Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh


Terima kasih buat saudara/i pengacara majlis. Yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Kain pelekat raginya dua,

PANTUN

Kain batik bunga bersusun;


Dengarlah kawan cerita saya,
Kisah Nabi Yunus ditelan ikan nun.
Nabi Yunus bin Matta diutus oleh Allah untuk berdakwah kepada penduduk Ninawa yang terletak dalam
Wilayah Mawsul, Iraq. Penduduk Ninawa menyembah berhala dan mereka sangat ingkar.
Mereka tidak menghiraukan seruan Nabi Yunus agar meninggalkan berhala malahan mengherdiknya;
Alasan apakah yang membenarkan kami meninggalkan agama yang diwariskan oleh nenek moyang kami
dan menggantikannya dengan agama barumu?
Nabi Yunus berdoa memohon kepada Allah supaya menjatuhkan azab ke atas penduduk Ninawa.

Subanallah...Besarnya kuasa Allah!


Tiba-tiba......Ninawa bertukar wajah. Suasana menjadi gelap gelita. Angin kencang.... ribut
melanda. Maka, bertempiaranlah mereka berlari ke sana ke mari. Menangis dan
merayu...memohon keampunan Allah. Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 88,
mafhumnya.....Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan Dia dari
kesusahan Yang menyelubunginya..
Ingatlah rakan-rakan,
Tugas berdakwah adalah tanggungjawab bersama seperti mana usaha pihak-pihak
ASTRO melaksanakan program realiti Imam Muda dan Pencetus Ummah.

Tanpa perintah Allah Ninawa ditinggal pergi

PANTUN

Sabar dan tabah sentiasa mengiringi


Gunung didaki jurang disusuri
Tiba di pantai kapal dinaiki
Firman Allah dalam surah as-Soffat ayat 140, maksudnya.....(ingatkanlah peristiwa) ketika ia melarikan diri
ke kapal Yang penuh sarat.
Berfikir dahulu sebelum bertindak akan meghasilkan keputusan yang bijak seperti mana Perdana Menteri
Malaysia yang telah mentadbir negara dengan adil dan saksama biarpun didatangkan dengan pelbagai
masalah.

Kapal yang dinaiki oleh Nabi Yunus telah dirempuh oleh ombak besar dan angin kencang lalu tidak boleh
belayar. Para penumpang mengadakan undian. Nama yang terpilih hendaklah terjun ke dalam laut bagi
mengurangkan beban muatan kapal.
Undian pertama, kedua dan ketiga

NASYID RASULULLAH

Nabi Yunus empunya nama


Kehendak Allah tidak ditolaknya
Terjun ke laut menebus dosa

Firman Allah dalam surah as-Soffat ayat 141 - 142 maksudnya...(dengan satu keadaan Yang memaksa)
maka Dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang Yang kalah Yang digelunsurkan(ke laut).
Setelah itu ia ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.
Nabi Yunus yang berada dalam perut ikan nun merasa sedih lalu memohon keampunan kepada Allah.
Sabar, tabah dan tidak mudah berputus asa untuk mencapai sesuatu kejayaan perlu ada dalam diri
setiap individu seperti mana atlit ( OKU ) dalam acara Powerlifting Wanita Negara, Siow Lee Chan
yang berazam untuk menyertai Sukan Paralimpik di London pada Ogos 2012.

Setelah beberapa jam berada di dalam perut ikan nun, Allah memerintahkan ikan nun memuntahkan Nabi
Yunus di pantai. Nabi Yunus kembali semula kepada kaumnya untuk berdakwah, mereka menyambutnya
dengan kepatuhan.
Firman Allah dalam surah as-Soffat ayat 148, maksudnya.(setelah berlaku apa Yang berlaku) maka
mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang
ditetapkan bagi masing-masing).

Oleh itu rakan-rakan, segeralah bertaubat di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.
Contohnya seperti mana yang kita lihat dalam dunia hiburan sekarang, ramai artis wanita yang dahulunya
berpakaian seksi berubah penampilan dengan bertudung. Tidak kurang juga ada yang mengurangkan
pembabitannya dalam dunia hiburan dan aktif sebagai pendakwah.
Kita hendaklah taat kepada perintah Allah dan Rasul , serta ingatlah setiap perbuatan yang dilakukan pasti
mendapat balasan Allah.

Kisah dibawa berakhir di sini,


Suka duka hayati bersama;
mana yang baik kita teladani,
InsyaAllah hidup akan bahagia.
Sekian, terima kasih. Wa billahi taufiq walhidayah assalammualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai