Anda di halaman 1dari 3

KEK LAPIS EVERGREEN (versi bakar)

Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan : Loyang 8" x 8"

10 biji telur gred A


450 g mentega berkualiti tinggi
200 g tepung hongkong/gandum
100 g serbuk horlicks
160 g gula halus (sudah dikurangkan)
1 botol kecil pandan paste
1 sudu besar ovallette
340 g susu pekat manis
1 tin kecil serikaya
100 g serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla

Cara -cara :

Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)


Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian
masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan
ratakan (anggaran 5 sudu makan).
Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi
proses hingga habis.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah
dipasangkan api bawah selama 10 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan
simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Kek Hitam Manis


By:HaSue

Bahan-bahan ( Loyang 9x9 )

* 450g Mentega berkualiti


* 200g Gula halus-boleh kurangkan ke 180g
* 10 biji telur saiz A
* 1 penutup botol esen vanilla
* 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
* 1 tin sederhana serikaya
* 1 tin kecil nestle cream(rujuk gambar di bawah)
* 200g horlicks
* 150g browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
* 200g tepung hong kong/tepung gandum
* 1 sudu teh ovalete

Nestle cream yang digunakan dalam resepi


ini..ada 2 saiz di pasaran.

Cara-cara:

1. Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan
loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
2. Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan
sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk)
dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
3. Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung
gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya.
4. Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus
sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
6. Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat mencuba! :)

RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID

BAHAN-BAHAN :
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING


1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN
tauhu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

=================
CARA-CARA PENYEDIAAN
=================

CARA TEPUNG UDANG KERING


Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.
Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng
adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung
ini.

CARA MASAK KUAH


Panaskan minyak dalam periuk.
Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar
hingga naik bau.
Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah
dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air
untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.
Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng,
telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Okey, selamat mencuba

Anda mungkin juga menyukai