Anda di halaman 1dari 3

KISAH KETABAHAN NABI AYUB ALAIHISSALAM

Assalamualaikumwarah matullahhiwabarakatuh
Terima kasih tuan pengerusi majlis, Panel hakim yang bijaksana seterusnya hadirin sekalian.
Qisasul Ambiyak empunya cerita,
Kisah Ketabahan nabi Ayub hayatilah bersama..
Ya kawan-kawan,
Nabi Ayub merupakan cucu nabi Ishak dan cicit nabi Ibrahim. Baginda merupakan seorang
yang kaya raya, mempunyai banyak binatang ternakan,harta benda malah baginda juga
mempunyai ramai anak. Nabi Ayub bahagia hidup bersama isterinya Rahmah dan kesemua
anak-anaknya.Beliau dikurniakan sifat pemurah dan istiqomah dalam kehidupannya. Oleh
kerana itu beliau dilantik menjadi nabi.
Sebagai manusia kita perlulah bersyukur dengan nikmat Allah dengan cara
bersedekah, berzakat dan membantu orang yang susah.sepertimana usaha yang
dijalankan oleh badan-badan N.G.O yang aktif menghantar sumbangan ke Somalia dan
Palestin.
Firman Allah di dalam Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud;
Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika
kamu mengingkari maka sesungguhnya azabku sangat pedih
Ya kawan-kawandengarkanlah seterusnya
Iblis sangat cemburu melihat ketaatan dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada nabi Ayub.
Pada suatu hari.Iblis bertemu Allah sambil berkata;
Hambamu yang bernama Ayub tidak jujur dan berpura pura taat kepada perintahmu,
kerana takut hartanya hilang.
Maka iblis berusaha menguji keimanan Nabi Ayub dengan izin Allah.

Iblis dan syaitan jalankan rancangan,

SAJAK 1

Merosak memusnah segala kekayaan,


Hiduplah baginda dalam kemiskinan,
Tabah hatinya menerima ujian.
Masyaallah ..dalam sekelip mata semua kekayaannya musnah tidak diduga.termasuklah
putera dan puteri tercinta. Tak sedikit pun goyah iman didada. Kerana semuanya
pinjaman semata-mata.
Firman Allah dalam surah Sod ayat 41 mafhumnyaSesungguhnya aku diganggu syaitan
dengan kepayahan dan siksaan.
Ya kawan-kawan.
Peristiwa tersebut mengajar kita berfikir ke atas semua peristiwa yang berlaku..
kemusnahan harta benda dalam kebakaran, banjir dan ribut, kemarau yang panjang
malahan penyakit berjangkit yang mengorbankan jiwa ..semuanya adalah
ujian untuk mengukuhkan lagi keimanan kita kepada Allah. Setiap ujian itu bukti
sayangnya Allah kepada kita.
Dendam iblis tiada akhirnya .nabi Ayub terus didugadan diuji dengan penyakit kulit
yang sangat dahsyat menular keseluruh tubuhnya. Kecuali hati dan lidah yang sentiasa
berzikir kepada Allah. Nabi Ayub diejek dan dihina hinggalah baginda dihalau dari kampung
tersebut. Kecuali isterinya ..tetap setia menjaga dan memenuhi keperluannya dengan
penuh kasih dan sayang.
Firman Allah lagi di dalam surah al-Baqarah ayat 153: Mafhumnya ..Sesungguhnya Allah
bersama orang yang sabar.
Ya kawan-kawan..
Sabarkasih sayang dan saling tolong menolong sifat terpuji yang perlu ada dalam
diri kita.apatah lagi bila ditimpa penyakit penyakit kronik.seperti
kanserTetapi kini kita sangat beruntung ,dengan adanya perubatan yang canggih
lagi moden setiap penyakit dapat dikesan lebih awal.

Iblis terus menggoda.Tahukah kawan-kawan apakah yang berlaku seterusnya?


Pada ketika itu, ketaatan dan kesabaran isterinya pula yang menjadi taruhan. Hinggakan
isteri baginda pergi meninggalkan Nabi Ayub.
Nabi Ayub berserah kepada Allah...baginda mengetahui ia tipu daya iblis itu.seraya berkata
kepada isterinya, Jika aku sembuh engkau aku pukul seratus kali.
Berdoalah Nabi Ayub memohon petunjuk, lantas Allah menurunkan wahyu di dalam Surah
Sod ayat 42Mafhumnya Hentakkan kakimu , inilah air yang sejuk untuk mandi dan
untuk minumanmu.
Dengan kuasa Allah s.w.t, penyakit Nabi Ayub hilang hingga tiada kesanpun pada badannya
setelah meminum dan mandi menggunakan air tersebut. Isteri Nabi Ayub kembali memohon
ampun.dan Nabi Ayub melaksanakan sumpahnya.isteri dirotan 100 kali sebagai
hukuman.
Kunci kebahgiaan keluarga ialah kesetiaan dan kasih sayang yang
berpanjanganagar tidak berlaku penceraian ..Kini institusi keluarga semakin
rapuh lihatlah berapa banyak kes-kes penceraian difailkan dimahkamah..
Masyaallah....
Alangkah kecewanya iblis.akhirnya iblis mengakui ketabahan Ayub alaihissalam dalam
menghadapi dugaan .Segala kekayaannya dikembalikan. Benarlah janji Allah.
Sekian wabillahi taufiq wal hidayah....wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Anda mungkin juga menyukai