Anda di halaman 1dari 2

Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : loyang kecil

 1 cawan tepung gandum*


 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
 1 sk serbuk penaik*
 1/2 sk soda bikarbonat*
 1/4 sk garam
 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula
icing)
 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
 3/4 cawan air kopi panas
 1/3 cawan susu segar
 1 sk esen vanilla
 1 sk cuka / jus lemon (DJ prefer guna cuka)

Cara-cara :

1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan


sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda
*.  Masukkan gula dan kacau rata-rata.
3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah
dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula.
Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2
panas)
4. Tapiskan adunan.
5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah
selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung
pada jenis oven masing2).
7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong.
Nak hiaskan dengan ganache pun ok.

*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-


bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik
dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.
** Baru-baru ni ada yg menghantar emel meminta dyg menulis tip2
membakar kek dan masalah kek ranap. Sila rujuk DI SINI untuk tip
membakar kek.

Update :
Resepi Ganache

Bahan-bahan : anggaran shj

 200 g coklat masakan (dipotong kecil2)


 125 ml susu segar
 50 g butter (dipotong kecil2)
 50 g gula icing
 sedikit esen vanilla

Cara-cara : 
Satukan mentega dan coklat masak di dlm periuk dan cairkan.
Kemudian tuangkan susu dan masukkan gula icing. Kacau
perlahan2 dengan menggunakan kaedah double boil. Masukkan
esen vanilla dan kacau lagi hingga pekat dan berkilat. Sejukkan
terlebih dahulu sebelum dituangkan ke atas kek.

Anda mungkin juga menyukai