Anda di halaman 1dari 32

SINOPSIS NOVEL PAPA

Bab 1:

Latihan Pengukuhan

Intan Julia berbual-bual dengan Mak Cik Noraini yang sedang


menggoreng karipap di ruang dapur. Tiba-tiba dia terlihat
ibunya, Intan Maliana dan bapanya Jeffri yang sedang berada
di kebun kecil berhampiran dengan rumah mereka. Sambil
memetik kacang panjang, Jeffri meminta Maliana supaya
memasak sayur itu dan bukan orang gaji mereka, mak Cik
Noraini. Baginya masakan Maliana adalah yang paling sedap.
Jagung yang ditanam oleh mereka pula masih muda dan
Jeffri juga mahu supaya Maliana memasaknya apabila sudah
boleh dipetik nanti. Hubungan yang terlalu mesra antara
suami isteri itu kurang disenangi oleh Julia dengan alasan
Julia telah dewasa dan sepatutnya mereka berdua tidak
berbuat demikian. Mak Cik Noraini mengatakan bahawa
kemesraan ibu bapa Julia itu adalah disebabkan mereka
berdua terlalu saling menyayangi.

Bab 1
1. Apakah yang dilakukan oleh Mak Cik
Noraini?
2. Apakah yang diminta
kepada Maliana?

oleh

Jeffri

3. Apakah pandangan Jeffri kepada masakan


Intan Maliana?
4. Kenapakah Julia berasa kurang senang?
5. Apakah yang dikatakan oleh Mak
Cik Noraini?
6. Nyatakan nilai murni dalam bab ini.

Bab 2:
Bab 2

Dua minggu kemudian, Julia balik dari sekolah dengan


menaiki bas kerana ibunya Cikgu Intan Maliana dijemput oleh
bapanya disebabkan Maliana pening dan tidak sedap badan.
Petang itu, Julia ditinggalkan berdua dengan Mak Cik Noraini
kerana ibu bapanya ke hospital. Semasa membuat kerja
sekolah Julia terkenang akan hubungan kasih sayang antara
ibu dengan bapanya yang amat mesra dan berharap dia juga
akan mendapat suami yang penyayang seperti bapanya.
Semasa Mak Cik Noraini menghidangkan bubur jagung, Julia
masih mengenangkan hubungan ibu dengan bapanya. Mak
Cik Noraini kerap menegur perbuatan Julia yang suka
berangan.Menurut Mak Cik Noraini, bapanya pernah
mencintai seorang bakal doktor tetapi hubungan cinta itu
putus. Bapanya juga pernah mencintai seorang doktor tetapi
hubungan mereka juga putus kerana doktor tersebut sudah
menjadi tunangan orang. Akhirnya bapa Julia menemui
ibunya, Maliana sehingga cinta mereka semakin erat.Ibu dan
bapanya balik dari hospital dengan girang. Apabila diberitahu
bahawa Maliana mengandung, Julia berasa amat gembira
kerana akan mendapat seorang adik. Walau bagaimanapun
Mak Cik Noraini berasa amat bimbang dengan berita itu
kerana Maliana pernah mengalami komplikasi yang teruk
semasa mengandung kali pertama dahulu. Jeffri
memberitahu Mak Cik Noraini bahawa semua yang telah dan
akan berlakuialah ketentuan Tuhan.
1

1. Kenapakah Julia balik ke sekolah


dengan menaiki bas?

2. Ke manakah ibu dan bapa Julia pergi?

3. Apakah yang dikenangkan oleh Julia?


4. Apakah sikap negatif Julia?
5. Dengan siapakah Jeffri bercinta?
6. Kenapakah ibu bapa Julia berasa gembira?

7. Kenapakah Mak
berasa bimbang?

Cik

Noraini

8. Apakah nilai murni dalam bab ini.

Bab 3:

Bab 3

Suatu hari Julia pulang lewat dan terdengar perbualan antara


ibunya, Maliana dengan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini
yang bimbang Maliana sedang mengandung menyarankan
supaya Maliana menggugurkan kandungannya. Hal ini
disebabkan Maliana pernah tidak sedarkan diri akibat tumpah
darah semasa melahirkan Julia. Anak yang dilahirkannya pula
terlalu kecil, menghidap demam kuning serta sukar dijaga
kerana alah pada susu tepung. Maliana menegaskan beliau
tidak akan menggugurkan kandungannya kerana kandungan
itu ialah permintaan Jeffri. Dia amat menyayangi Jeffri dan
sanggup
berkorban
untuk
suami
yang
amat
disayanginya.Julia mengajak bapanya untuk bermain tenis di
Kelana Jaya tetapi Jeff menolak dengan alasan terlalu penat.
Julia memberitahu bahawa dia akan mengajak ibunya
bermain tenis jika bapanya enggan. Jeff tidak
membenarkannya kerana Maliana sedang mengandung.
Akhirnya dia mengalah dan petang itu dia bermain tenis
bersama Julia. Semasa bermain tenis, Julia terkenang akan
kehebatan bapanya dalam sukan itu sehingga beliau digilai
oleh ramai gadis. Ibunya juga pernah bercerita bahawa
ayahnya selalu ditegur oleh gadis walaupun pada waktu itu
ibunya ada di sisi. Semasa mengelamun, muka Julia terkena
bola yang dipukul oleh bapanya.Seorang gadis menegur
bapanya lalu berbual. Julia berasa tidak senang dan akhirnya
Jeffri memperkenalkan gadis itu iaitu Aisyah (pelajar
kolejnya) kepada Julia. Akhirnya mereka bertiga minum di
sebuah kedai. Julia berasa kurang senang apabila ayahnya
berbual-bual dengan Aisyah. Akhirnya Julia bangun dan
mengajak bapanya balik. Dalam perjalanan, apabila ditanya
oleh Julia, Jeffri menceritakan bahawa Aisyah tinggal di Jalan
SS 7/5, Kelana Jaya. Julia bimbang jika ayahnya terpikat
dengan gadis cantik yang baru dikenalinya itu.

1. Apakah cadangan Mak Cik Noraini?

2. Kenapakah Mak Cik Rohani berkata


demikian?

3. Apakah keputusan Maliana?

4. Di manakah Julia ingin bermain tenis?

5. Kenapakah Jeffri digilai olah banyak


gadis?

6. Siapakah Aisyah?

7. Kenapakah Julia berasa kurang senang?

8. Di manakah Aisyah tinggal?

9. Kenapakah Julia berasa bimbang?

10. Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

Bab 4:

Bab 4

Julia turun menemui ibunya yang sedang menunggu di luar


kereta dengan agak lewat. Dia menceritakan kelewatan itu
disebabkan ada rakannya yang meminjam nota
geografinya kerana notanya lebih lengkap. Maliana yang
mengajar di sekolah yang sama untuk Tingkatan 1 hingga
3, memarahi Julia kerana meminjamkan buku itu
sedangkan rakannya juga belajar seperti Julia. Maliana
meminta Julia duduk di kerusi belakang kereta kerana
rakannya, Cikgu Suzie hendak menumpang kereta ibunya
ke bengkel tempat dia membetulkan keretanya yang
rosak.Dalam perjalanan, Suzie menasihati Maliana supaya
memikirkan dirinya yang sedang mengandung. Suzie
bimbang kerana semasa melahirkan anak pertama,
Maliana pernah pengsan dan bayinya pula hampir maut
kerana menghidap demam kuning. Maliana memberitahu
bahawa melahirkan anak itu bukan sesuatu yang
memudaratkan malah dia sanggup berkorban untuk
suaminya yang tersayang yang ingin akan anak itu. Apabila
terus diasak oleh Suzie, Maliana agak berang dan sebelum
turun di bengkel, Maliana memberitahu bahawa dia amat
menyayangi suaminya sedangkan Suzie tidak tahu akan
nilai kasih sayang itu kerana dia belum berkahwin.

1. Kenapakah Julia lewat?

Bab 5:
Empat bulan lagi Maliana akan melahirkan kandungannya.
Semasa di kebun kecilnya, Lia memberitahu Jeffri bahawa
dia berasa bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan
berlaku semasa dia melahirkan kandungannya nanti. Jeffri
menenangkan isterinya dan berharap Maliana akan tabah
dan menerima ketentuan daripada Tuhan. Maliana
menyatakan bahawa dia sedikit bimbang tetapi tidak
pernah menyesali tindakannya yang ingin memenuhi
kehendak suaminya yang amat disayangi. Jeffri memujuk
isterinya lalu memeluknya. Perbuatan mereka dilihat oleh
Julia dengan rasa yang kurang senang. Dia memberitahu
Mak Cik Noraini bahawa ibu bapanya tidak sepatutnya
berbuat begitu kerana dia (Julia) telah dewasa. Julia
bertanyakan Mak Cik Noraini keadaan dirinya semasa
dilahirkan.

2. Tingkatan
mengajar?

berapakah

Maliana

3. Kenapakah cikgu Suzie menumpang


kereta Lia?

4. Apakah nasihat Suzie kepada Maliana?

5. Kenapakah Suzie berasa bimbang?

6. Kenapakah Maliana sanggup meneruskan


kandungan itu?

7. Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

Bab 5
1. Kenapakah Maliana berasa bimbang?
2. Apakah nasihat Jeffri kepada Maliana?

3. Kenapakah Maliana tidak menyesali


tindakannya?

4.

Kenapakah Julia tidak bersetuju


dengan perbuatan Jeffri kepada mama?

Menurut Mak Cik Noraini, saiz Julia hanya sebesar anak


kucing dan sering pula menangis dan sukar untuk dijaga.
Julia minum susu ibunya yang diperah oleh seorang doktor
perempuan. Kesukaran membesarkan Julia itulah yang
menyebabkan Mak Cik Noraini terlalu menyayangi Julia
seperti anaknya sendiri.

5. Kenapakah Julia sukar dijaga pada


waktu kecil?

6. Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

Bab 6:

Bab 6

Di tempat kerja Jeffri, pelajarnya bernama Aisyah sering


berjumpa dan bertanya pelajaran daripada Jeffri serta
menumpang Jeffri untuk pulang ke rumahnya di Kelana
Jaya. Dia juga pernah mengajak Jeffri minum tetapi Jeffri
menolaknya. Aisyah ialah anak seorang hartawan. Dalam
kereta, Julia menyindir bapanya supaya berkahwin satu
lagi sebagai cara untuk menduga hati bapanya. Jeffri
memberitahu bahawa dia tidak boleh berbuat demikian
kerana tidak mahu menduakan Maliana yang dicintainya.
Dia juga berseloroh tidak mahu tidur di luar rumah kerana
Maliana marah apabila dia berkahwin lagi.

1. Apakah yang sering ditanya oleh


Aisyah kepada Jeffri?

Bab 7:

Bab 7

Julia telah masuk ke tingkatan lima dan saat ibunya


melahirkan anak kedua yang dijangka lelaki telah pun tiba.
Jeffri sibuk membeli barang keperluan bayi. Perbuatannya
itu ditegur oleh Mak Cik Noraini bahawa perbuatan
membeli barang sebelum bayi dilahirkan adalah tidak baik
dan boleh membawa bencana. Jeffri memberitahu bahawa
segala yang bakal berlaku ialah takdir Tuhan dan bukan
disebabkan perbuatannya membeli barang-barang itu.
Kira-kira pada pukul 4.00 pagi, ketika sedang lena tidur,
Julia dan Mak Cik Noraini dikejutkan oleh Jeffri dalam
keadaan cemas kerana Maliana telah sampai waktu untuk
bersalin. Keadaan Maliana amat membahayakan dan dia
hanya mampu berdiam diri kerana kesakitan. Dalam
keadaan cemas tersebut, Maliana dibawa ke Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Sebelum masuk
ke wad bersalin, Maliana meminta ampun kepada Jeffri
dan meminta dia meredakan apa-apa jua yang bakal
berlaku. Jeffri memujuk isterinya supaya bersabar dan

1. Apakah ramalan buruk Mak Cik


Noraini?

2. Bagaimanakah Julia menduga hati


bapanya?
3. Apakah reaksi Jeffri?

4. Nyatakan nilai murni dalam bab


ini?

2. Apakah yang diberitahu oleh Jeffri?

3. Kenapakah Julia dan Mak Cik


Noraini berasa cemas?
4. Bagaimanakah keadaan Maliana?
5. Apakah yang diminta oleh Maliana
ketika dibawa masuk ke wad
bersalin?
6. Nyatakan nilai murni dalam bab
ini?

memberitahu bahawa tiada apa-apa perkara yang buruk


bakal berlaku. Setelah itu, Jeff, Julia dan Mak Cik Noraini
menunggu di luar wad bersalin itu.
Bab 8:
Pada pagi itu seorang doktor keluar dari bilik bersalin dan
memberitahu Jeffri bahawa Maliana menghadapi
komplikasi dan perlu dibedah. Jeffri menandatangani
borang persetujuan. Jeffri hanya mampu berdoa agar
Maliana selamat. Selepas menunggu, seorang doktor
menemui Jeffri dan memberitahu bahawa Maliana telah
selamat melahirkan bayi kembar Siam tetapi bayinya mati
dalam kandungan. Isterinya, Maliana pula dalam keadaan
koma. Julia dan Mak Cik Noraini menangis tetapi sebagai
seorang lelaki, Jeffri tidak mengalirkan air mata walaupun
sangat sedih. Selepas menguruskan mayat anaknya, Jeffri
membawa Julia dan Mak Cik Noraini pulang. Melihat
keadaan Maliana, timbul kekesalan di hati Jeffri kerana
mahukan Maliana mengandungkan anak lagi. Jeffri
memberitahu perkara yang berlaku kepada rakanrakannya di kolej serta rakan Maliana di Sekolah Seri
Gading. Mereka datang memberi penghormatan untuk
anak Jeffri yang diberi nama Ahmad dan Muhammad
sebelum dikebumikan pada pukul 2.00 petang. (LM)
Mereka juga menasihati Jeffri supaya bersabar dan
menguatkan imannya. Aisyah turut datang berziarah dan
memberitahu bahawa perkara yang berlaku ada hikmah di
sebaliknya.
Bab 9:
Maliana masih lagi koma dan terlantar di hospital. Julia
dihantar oleh bapanya ke sekolah dan meminta supaya
Julia menunggunya ketika hendak balik nanti walaupun
Julia memberitahu ingin menaiki bas. Sebelum
meninggalkan sekolah itu, Jeffri mencium pipi Julia dan
memberitahu bahawa dia amat menyayangi anaknya itu.
Julia sedar ayahnya sedang dalam keadaan bimbang jika
ibunya,
Maliana
akan
meninggalkan
mereka
berdua.Rasylan seorang pelajar baru yang berwajah

Bab 8
1. Apakah yang diberitahu oleh doktor
kepada Jeffri?

2. Apakah yang berlaku kepada bayi


Maliana?

3. Apakah

yang berlaku kepada


Maliana Kenapakah Jeffri berasa
sesal?

5. Bilakah anak-anak Jefri


dikebumikan?

6.Apakah yang diberitahu oleh Aisyah?

7. Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

Bab 9
1. Bagaimanakah keadaan Maliana?

2. Apakah yang diberitahu oleh Jeffri


kepada anaknya?

Pan Asian menegurnya dan memberitahu bahawa Julia


amat beruntung mempunyai ibu bapa yang penyayang.
Dia menyatakan hasrat untuk berkenalan dengan ibu dan
bapa Julia. Di dalam kelas, Rasylan sentiasa mengerling
Julia kerana meminati Julia. Semasa kelas Matematik
Cikgu Suzie, Cikgu Suzie memberitahu bahawa dia ingin
mengikut Julia dan ayahnya untuk melawat Maliana di
hospital.Di kelas, seorang pelajar bernama Linda
mengumpat guru sejarahnya, Cikgu Raymond Brian yang
tidak hadir ke sekolah hari itu dengan mengatakan bahawa
Cikgu Brian menghantar kekasihnya bersalin. Perbuatan
Linda ditegur oleh Julia kerana bimbang akan diketahui
oleh Cikgu Brian.Sebelum balik, Rasylan menemui Julia
dan mengajaknya untuk keluar bersama. Tujuannya
hanyalah untuk mengenali Julia dengan lebih rapat kerana
dia mendengar cerita bahawa Julia seorang pelajar yang
pintar. Ju menolaknya dengan alasan dia ingin melawat
ibunya di hospital

Julia turut melihat gambar bapanya


mendokongnya semasa berusia 3
bulan dan gambar ketika hari jadi
Julia yang pertama.Mak Cik Noraini
mengajaknya makan bersama tetapi
Julia memberitahu bahawa dia ingin
berehat. Mak Cik Noraini ialah
sepupu bapanya. Suami dan
anaknya meninggal dunia akibat
kemalangan ketika dalam perjalanan
dari Johor ke Bidor manakala dia
terselamat.

3. Siapakah Rayslan?

4. Apakah yang diberitahu oleh


cikgu Suzie?

5. Apakah umpatan Linda kepada


guru sejarahnya?

6. Apakah tujuan Rasylan mengajak


Julia untuk keluar bersama?

Bab 10:
Julia mengikut bapanya menaiki kereta untuk melawat
ibunya. Cikgu suzie mengikut dengan keretanya di
belakang. Sesampainya di hospital mereka bertiga
menemui Maliana yang sedang koma. Jeffri sempat
bercakap dengan Maliana bahawa dia datang bersama
Julia dan Suzie. Jeffri juga memberitahu supaya Maliana
cepat sedar. Keadaan ini membuatkan hati Julia terlalu
sayu.Pada hari yang lain semasa bapanya lewat pulang
kerana ada sesi kaunseling dengan pelajarnya di kolej, Julia
mengulang kaji di bilik bacaan bapanya. Tiba-tiba dia
terjumpa sekeping gambar ibu dan bapanya semasa baru
berkahwin. Wajah ibunya sungguh manis dan bapanya
pula sangat kacak. Julia juga terjumpa album bapanya
yang mengandungi surat Jeffri kepada Maliana. Surat itu
menyebut bahawa Jeffri amat berterima kasih kepada
Maliana yang sanggup menyayangi dan menjadi isterinya.

7. Nyatakan nilai murni dalam bab


ini?

Bab 10
1. Kenapakah hati Julia terlalu sayu?
2. Kenapakah bapa Ju lewat pulang?
3. Apakah benda yang dijumpai oleh
Ju di bilik bacaan bapanya?

4. Apakah kandungan surat yang dijumpai Julia?

5. Siapakah Mak Cik Noraini?


6. Apakah yang berlaku kepada suami dan anak Mak Cik
Noraini?

Mak Cik Noraini diambil bekerja dengan Jeffri dan apabila


Julia dilahirkan, dialah yang menjaga Julia sehingga
dewasa. Akibatnya Mak Cik Noraini terlalu menyayangi
Julia seperti anaknya sendiri.Julia terkenang akan
rakannya, Murni yang memusuhinya sejak ibunya koma
dan tidak datang mengajar. Murni juga menghasut rakanrakan lain supaya membenci Julia. Puncanya ialah Murni
pernah dimarahi oleh Maliana kerana tidak menyiapkan
tugas yang diberinya. Rasylan memujuk Julia supaya
bersabar dengan perkara yang berlaku. Julia menangis
kerana sifatnya sebagai anak yang dimanjakan oleh ayah
dan ibunya. Rasylan menjelaskan bahawa Julia masih
belum matang dan pengalaman akan mengajar Julia
menjadi tabah apabila dewasa kelak.Mak Cik Noraini
masuk dan mengajak Ju makan. Julia menjelaskan bahawa
dia amat merindui ibunya. Mak Cik Noraini sedih dan
memeluk Julia. Apabila bapanya balik, bapa Julia
menasihati Julia supaya tabah dan tidak mengikutkan
perasaan. Jeffri memberitahu anaknya itu bahawa dia lebih
merindui Maliana dan terasa kehilangan kawan yang paling
rapat dalam hidupnya. Petang itu Julia mengajak bapanya,
Jeffri untuk melawat ibunya di hospital. Jeffri memberitahu
bahawa dia telah melawat ibunya kerana sesi kaunseling
telah dibatalkan.Semasa sedang makan bersama, Aisyah
menelefon Jeffri dan bertanyakan keadaan Maliana.
Keadaan ini menyebabkan Julia berasa kurang senang
tetapi hanya memendamkan perasaannya.
Bab 11:
Ketika baru balik dari menduduki peperiksaan, Julia
terdengar perbualan Jeffri dengan Mak Cik Noraini. Mak
Cin Noraini mengesyorkan supaya Jeffri berkahwin lain

kerana Maliana koma dan tidak


dapat berbuat apa-apa lagi. Jeffri
menolak cadangan itu kerana
baginya Maliana tiada penggantinya
di samping hendak menjaga hati
Julia.Ketika duduk di sofa, Julia dan
bapanya
berbual
tentang
peperiksaan yang telah diduduki
oleh Julia. Jeffri percaya anaknya
akan lulus dengan cemerlang. Julia
juga meminta kebenaran bapanya
untuk
mengikut
Rasylan
ke
rumahnya yang terletak di Andalas,
Kelang. Jeffri agak keberatan kerana
berasakan Julia masih terlalu mentah
tentang pasangannya. Sebaliknya
Jeffri mencadangkan supaya Julia
mengajak Rasylan datang ke
rumahnya untuk

1.
Kenapakah Mak Cik Noraini amat menyayangi
Julia?
2.

Apakah perkara yang dihasut oleh Murni?

3.

Bagaimanakah Rasylan memujuk Julia?

4.

Apakah perwatakan Julia ?

5.

Apakah nasihat Jeffri kepada anaknya?

6.

Bilakah Jeffri dan Julia akan melawat

Maliana?
7.

Kenapakah Julia berasa kurang senang?

8.

Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

Bab 11
1.
Apakah perkara yang dibualkan antara Jeffri dengan
Mak Cik Noraini?
2.
Kenapakah Jeffri menolak cadangan daripada Mak
Cik Noraini?
3.
Apakah perkara yang dibualkan antara Jeffri dengan
anaknya?
4.

Apakah cadangan Jeffri kepada anaknya?

5.

Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

berkenalan dengannya dahulu. Julia setuju dengan


cadangan bapanya.
Bab 12:
Sudah 8 bulan Maliana koma. Semasa Aisyah menelefon
Jeffri yang sedang sembahyang, Julia sempat berbual
dengan Aisyah tentang keadaan ibunya. Aisyah mengajak
Jeffri bermain tenis tetapi ditolak oleh Jeffri dengan alasan
terlalu sibuk. Jeffri mengesyorkan Aisyah bermain tenis
dengan Julia. Balik daripada menduduki peperiksaan
terakhir, Julia terperanjat melihat ambulans di depan
rumah. Ibunya telah dibawa balik dan ditempatkan di bilik
khas yang serba lengkap dan baru walaupun masih koma.
Tujuan Jeffri adalah supaya mereka dapat menjaga
Maliana dengan lebih baik dan menemani Maliana dengan
lebih kerap. Aisyah datang mengajak Julia bermain tenis
tetapi ditolak oleh Julia dengan alasan ingin menjaga
ibunya. Jeffri menasihati Julia agar tidak mungkir janji.
Akhirnya Julia pergi juga. Dalam perjalanan, Julia serta
Aisyah berbual tentang perancangan masa depan Julia.
Aisyah menasihati Julia supaya belajar manakala tugas
menjaga ibunya akan dibuat oleh bapanya, Jeffri. Selepas
bermain tenis, Julia mengikut Aisyah ke rumah Aisyah
kerana Aisyah ingin mandi dan menukar pakaian. Julia
sempat berkenalan dengan ibu dan bapa Aisyah yang
merupakan orang kaya.Julia dan Aisyah sampai ke rumah
pada waktu malam. Julia telah dimarahi oleh bapanya
kerana tidak menepati masa yang dijanjikan. Malam itu
Jeff berbicara lagi dengan Maliana yang masih koma
tentang tujuan dia membawa Lia balik ke rumah. Dia juga
berbual tentang harapannya melihat Julia berjaya
mendapat ijazah seperti yang diimpikan oleh Maliana
dahulu.
Bab 13:
Malam itu Jeffri dan keluarganya hanya makan bubur
dengan alasan agar mereka dapat merasakan kehidupan
golongan yang hidup susah. Julia pula memberitahu
bapanya bahawa makanan itu hanya sesuai untuk orang

Bab 12
1.Berapakah lama Maliana koma?

2.Kenapakah Jeffri menolak permintaan Aisyah untuk bermain


tenis?

3.Kenapakah Julia terperanjat?


4.Di manakah Lia ditempatkan?
5.Kenapakah Julia menolak ajakan Aisyah?
6. Apakah nasihat Aisyah kepada Ju?
7.Kenapakah Julia ke rumah Aisyah?
8.Bilakah Julia sampai ke rumah?
9. Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

Bab 13
1. Kenapakah keluarga Jeffri hanya makan bubur?
2. Apakah pandangan Julia tentang makanan itu?
3.

Kenapakah Ju berasa kagum kepada bapanya?

4. Siapakah Rasylan?

5. Apakah yang berlaku kepada ibu bapa Jefrri?


6. Apakah sumbangan Datuk Mustakim kepada Jeffri?

sakit seperti ibunya. Julia juga hairan bagaimana ibunya


akan sembuh jika tidak diberi sebarang makanan. Jeffri
menjelaskan bahawa segala-galanya adalah bergantung
kepada Tuhan. Malam itu, sekali lagi Jeffri berbicara
dengan Maliana seolah-olah Maliana dalam keadaan sedar.
Julia dapat merasakan bapanya sedang menghadapi
tekanan yang amat hebat tetapi kagum dengan sikap
bapanya yang terlalu menyayangi ibunya dan mengambil
berat. Rasylan datang dan memperkenalkan diri sebagai
anak Datuk Mustakim Bahadur. Jeffri mengungkit bahawa
Jeff ialah anak angkat Datuk Mustakim dan sebelum itu
telah menjadi anak angkat Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Jeffri juga menceritakan bahawa Datuk Mustakim telah
melanggar ibu dan bapanya semasa dalam perjalanan balik
daripada sembahyang terawih. Bapanya meninggal dunia
dan ibunya lumpuh. Datuk Mustakim takut untuk bertemu
dengan Jeffri tetapi ada memberi wang perubatan ibunya
sehinggalah
ibunya
meninggal
dunia.
Rasylan
mencadangkan untuk mempertemukan Datuk Mustakim
dengan Jeffri tetapi ditolak oleh Jeffri dengan alasan
bahawa segala-galanya telah terlambat.
Bab 14
Hubungan Julia dengan Rasylan kian bertambah intim dan
mesra. Nyatalah Julia menaruh hati terhadap Rasylan.
Setelah pulang ke rumah, Julia ditegur oleh papa kerana
pulang lewat. Papa tidak senang hati apabila Julia
bersahabat dengan Rasylan. Pendirian papa itu amat
mengejutkan dan menyedihkan Julia. Julia sendiri berasa
keliru dan kecewa dengan perasaan papa itu.Petang itu,
Julia sempat bertanya kepada papa tentang sebab-sebab
papa tidak merestui hubungan persahabatannya dengan
Rasylan. Menurut papa, latar belakang Rasylan tidak
begitu jelas. Malahan, ibu bapa angkat Rasylan juga tidak
memperlihatkan ciri-ciri yang mulia. Namun bagi Julia,
Rasylan baik orangnya. Rasylan bukan sahaja memiliki
nilai-nilai kemanusiaan yang murni malahan bijak dan
pandai menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun, demi
mengekalkan hubungan baiknya dengan papa, Julia

7.Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

Bab 14
1.Bagaimanakah hubungan antara Julia dengan Rasylan?
2.Kenapakah papa tidak senang hati?
3.Nyatakan sebab papa tidak merestui perhubungan Julia
dengan Rasylan.

4. Apakah pandangan Julia terhadap Rasylan?


5. Apakah janji Julia kepada papa?
6.Nyatakan nilai murni dalam bab ini.

berjanji bahawa dia akan merenggangkan hubungannya


dengan Rasylan.
Bab 15
Bab 15

Keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Julia dan


Rasylan telah memperoleh keputusan yang cemerlang.
Papa berasa amat gembira dengan keputusan Julia yang
begitu cemerlang. Selepas mendapat keputusan, Julia
mempelawa Rasylan meraikan kejayaan itu bersamasama.Di Starbucks Coffee, Julia terserempak papa
bersama dengan seorang perempuan sedang menikmati
pizza sambil berbual mesra. Keadaan itu menyebabkan
Julia berasa kurang selesa. Sekembalinya ke rumah, papa
menyambut kepulangan Julia dengan mesra. Papa turut
bertanya kepada Julia tentang perancangannya selepas
itu. Julia memberitahu papa bahawa dia ingin melanjutkan
pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam
jurusan ekonomi. Bagi Julia, UIA menitikberatkan ajaran
dan didikan agama yang dapat mendorong dirinya menjadi
insan yang mulia. Di samping itu, dia ingin menjadi
seorang ahli ekonomi yang disegani ramai.
Bab 16
Permohonan Julia untuk menyambung pelajaran di Kolej
Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa telah diluluskan.
Sebelum meninggalkan rumah, Julia ingin memaklumkan
perkara itu kepada mama. Di luar bilik mama, Julia sempat
melihat papa sedang berbual-bual dengan mama. Papa
memberitahu mama tentang keputusan Julia untuk
menyambung pelajaran di matrikulasi UIA. Papa akan
berasa kehilangan tanpa Julia di sisinya. Dia turut
menyuarakan harapannya agar mama cepat sedar dan
dapat menemani papa seperti dahulu. Papa menghantar
Julia ke UIA untuk pendaftaran pada hari pertama. Julia
telah ditempatkan di asrama Siti Khadijah. Rasylan turut
diterima masuk ke universiti yang sama dan dia
ditempatkan di asrama Usman bin Affan.Selepas sesi
pendaftaran, Julia dan Rasylan bertemu dan berbual-bual.
Rasylan menyatakan rasa cemburunya terhadap hubungan

1.Kenapakah papa berasa gembira?


2.Di manakah Julia terserempak dengan
papa dan Aisyah?

3.Apakah perancangan Julia ?


4.Kenapakah Julia memilih UIA?
5. Nyatakan nilai murni dalam bab 15.

Bab 16
1
0

1.Apakah yang dilihat oleh Julia di luar bilik mama?


2.Apakah yang diberitahu papa kepada mama?
3.Apakah harapan papa kepada mama?
4.Di manakah Julia telah ditempatkan?
5. Kenapakah Rasylan berasa cemburu?

6. Kenapakah Rasylan berasa kesal?

7. Ke manakah Julia dan Rasylan pergi? 8.Nyakan nilai


murni dalam bab ini?

mesra antara Julia dengan papa. Dia sendiri tidak akan


menikmati hubungan semesra itu bersama-sama ibu dan
bapa angkatnya. Malahan, hubungan antara mereka kini
bertambah renggang. Mereka tidak menemani Rasylan
pada hari pendaftaran kerana pergi ke Kuala Kangsar.
Rasylan berasa kesal terhadap sikap mereka itu.Pada
keesokan hari, Julia dan Rasylan telah pergi ke kedai buku
MPH di Mid Valley untuk membeli buku. Selepas itu, Julia
dan Rasylan pergi ke Starbucks Coffee untuk menikmati
kopi dan muffin kesukaan Julia. Secara kebetulan, Julia
terserempak papa dan Kak Aisyah lagi. Mereka begitu
mesra berbual-bual. Inilah kali kedua Julia terserempak
dengan mereka berdua.
Bab 17
Peristiwa Julia terserempak papa bersama-sama Kak Aisyah
tempoh hari merunsingkan Julia. Dia ingin bertanya kepada
papa tentang hubungan sebenar antara papa dengan Kak
Aisyah apabila dia pulang ke rumah pada hari Sabtu nanti.
Pada petang Sabtu, Julia pulang ke rumah. Papa sedang
duduk di ruang tamu ketika Julia masuk ke dalam rumah.
Julia bertanyakan keadaan mama. Papa memberitahu Julia
bahawa keadaan mama sama sahaja. Ketika berada di dalam
bilik, Julia memikirkan hubungan antara papa dengan Kak
Aisyah. Dia sendiri agak keliru tentang hubungan antara
mereka. Baginya, ada kemungkinan papa memerlukan
seorang pengganti untuk berkongsi perasaan dan fikirannya.
Akhirnya, Julia membuat keputusan bahawa apa yang
dilihatnya dan disangkanya itu adalah tidak benar. Pada
keesokan hari, papa menghantar Julia untuk pulang ke kolej
Matrikulasi UIA. Papa turut memberikan Julia wang saku
yang agak banyak kerana Julia tidak akan pulang ke rumah
pada minggu yang berikutnya memandangkan dia perlu
membereskan tugasan kursusnya. Pada hari minggu, papa
menelefon Julia. Pada mulanya, Julia keberatan untuk
menjawab panggilan papa itu. Namun, selepas memikirkan
kalau-kalau papa membawa berita tentang mama, Julia terus
menjawab panggilan papa itu. Setelah diberitahu papa
bahawa mama tidak menunjukkan sebarang tindak

Bab 17
1.Kenapakah Julia berasa runsing?

2.Apakah yang ingin ditanya oleh Julia kepada papa?

3.Bagaimanakah keadaan mama?

4.Apakah kemungkinan yang diperlukan oleh papa?

5.Kenapakah papa memberikan wang saku yang lebih kepada


Julia?

6.Kenapakah Julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab telefon


itu?

balas, Julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab panggilan


telefon papa itu. Tanpa disedarinya, dia telah
menyinggung perasaan papa dengan melemparkan
pertanyaan yang tidak patut ditanya. Julia sempat
memohon maaf kepada papa atas sikapnya itu. Rasylan
mempelawa Julia untuk menjamu selera di Restoran A&W
yang terletak di Amcorp Mall. Dalam perjalanan, Rasylan
sempat memberitahu Julia tentang Encik Muaz al-Khalibi
yang memintanya untuk menjalankan pemeriksaan DNA
kerana beliau mengesyaki bahawa Rasylan ialah anak
kandungnya.
Julia
pula
terpaksa
merahsiakan
hubungannya dengan Rasylan kerana papa tidak merestui
hubungan mereka dan tidak ingin mempunyai hubungan
persaudaraan dengan Datuk Mustakim.Ketika mereka tiba
di pusat beli-belah tersebut, Julia terlihat kereta papa. Di
suatu sudut dalam Restoran A&W, Julia mendapati papa
sedang berbual-bual dengan Kak Aisyah. Hatinya kecewa
dan sedih melihat telatah mereka berdua itu. Kemudian,
Julia meminta Rasylan agar meninggalkan restoran itu
kerana dia tidak ingin kehadirannya itu diketahui oleh
papa.
Bab 18
Julia pulang ke rumahnya. Semasa di pintu masuk, Julia
sempat mendengar perbualan antara papa dengan Mak
Cik Noraini yang menyokong penuh keputusan papa untuk
berkahwin lagi. Ketika Julia masuk ke dalam rumah, papa
yang sedang membaca majalah menyambut kepulangan
Julia dengan senyuman. Kemudian, Julia duduk di ruang
tamu dan cuba membangkitkan isu tentang niat papa
untuk berkahwin lagi. Julia memberitahu Papa bahawa dia
telah terserempak dengan papa dan Kak Aisyah sebanyak
tiga kali, iaitu pertama di Restoran Pizza Hut, kedua di
Restoran Starbucks Coffee Mid Valley, dan kali ketiga pada
minggu lepas di Restoran Pandu Lalu A&W, Seksyen
17.Julia cuba menyedarkan papa bahawa mama masih
hidup lagi. Dia tidak sanggup melihat papa menjadi suami
yang tidak setia kepada isterinya. Dia menganggap
bahawa papa sebagai seorang pengkhianat dan suami
yang curang. Dakwaan Julia itu benar-benar menimbulkan

7.Kenapakah Julia memohon maaf kepada papa?

8.Apakah yang diminta oleh Encik Muaz?

9.Kenapakah Julia merahsiakan hubungannya


dengan Rasylan?

10.Kenapakah hati Julia berasa kecewa?

11.Kenapakah Julia meminta Rasylan


meninggalkan restoran itu?

12. Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

1
2

Bab 18
1.Nyatakan isi perbualan antara papa dengan Mak Cik
Noraini?

2. Namakan tempat Julia terserempak papa dengan Aisyah?

3.Apakah yang tidak sanggup dilihat oleh Julia?

4.Nyatakan kesan yang diterima oleh Aisyah


menyatakan papa seorang suami yang curang?
5.Kenapakah Aisyah berasa terkejut dan sedih?

apabila

kemarahan papa. Papa telah menampar muka Julia. Julia


berasa terkejut dan sedih dengan tindakan papa itu kerana
papa tidak pernah melayannya sedemikian. Pagi keesokan
hari, Julia pulang ke kampusnya. Pelawaan papa agar
bersarapan pagi bersama-samanya ditolak oleh Julia.
Ketika melangkah keluar, Julia sempat melihat wajah papa
yang jelas memperlihatkan kekesalannya terhadap perkara
yang berlaku.
Bab 19
Rasylan cuba menasihati Julia agar menerima kenyataan
bahawa papa ingin berkahwin lagi. Bagi Rasylan, papa
seperti manusia biasa yang lain, ingin mempunyai seorang
teman yang dapat berkongsi pengalaman hidup
dengannya. Namun, Julia tetap tegas dengan pendiriannya
kerana dia tidak sanggup berkongsi papanya dengan
perempuan lain.Kemudian, Julia bertanya kepada Rasylan
sama ada dia telah menjalani pemeriksaan DNAnya
sebagaimana yang diminta oleh Encik Muaz Al-Khalibi.
Rasylan memberitahu Julia bahawa dia sudah menjalani
pemeriksaan itu dan keputusannya positif. Rasylan ialah
anak kandung Encik Muaz. Namun, Rasylan tidak dapat
menerima kenyataan bahawa dirinya ialah anak luar nikah.
Dia juga keliru terhadap keputusan Encik Muaz untuk
menghantarnya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat ketika
dia masih kecil lagi. Dia langsung tidak menduga semua
peristiwa itu akan berlaku pada dirinya. Julia bertemu
dengan Rasylan di Laman Budaya. Rasylan pula ketika itu
sedang berbual-bual dengan Encik Muaz Al-Khalibi.
Kemudian, Rasylan memberitahu Julia bahawa papa
sedang menunggunya di luar kampus. Dengan perasaan
serba salah dan berat hati, Julia melangkah menuju ke luar
kampus untuk bertemu dengan papa. Papa mempelawa
Julia minum bersama dengannya kerana ada hal penting
yang hendak dibincangkan oleh papa dengan Julia.Papa
membawa Julia ke Hotel Paya Sergi yang terletak di PJ
New Town, iaitu tempat kebiasaan di mana Julia, Papa,
dan Mama sering menjamu selera pada suatu ketika
dahulu. Mereka. menjamu selera di Coffee House hotel
itu.Papa cuba menerangkan situasi yang sedang

1
3

6. Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

Bab 19
1.Apakah yang dinasihati Rasylan kepada Julia?

2.Apakah pandangan Rasyalan terhadap papa?

3.Nyatakan pendirian Aisyah?

4.Siapakah Rasylan yang sebenarnya?

5.Bagaimanakah Rasylan mendapat tahu keturunannya yang


sebenar?

6.Apakah keputusan yang dibuat oleh Encik Muaz?

7.Di mana papa sedang menunggu Julia?

8.Di mana mereka menjamu selera?

9.Apakah yang diterangkan oleh papa kepada Julia?

10.Apakah dakwaan Aisyah kepada papa?

dihadapinya ketika itu kepada Julia. Sebagai seorang lelaki,


dia memerlukan seorang teman sejati untuk berkongsi
pengalaman hidupnya. Dia turut berasa sunyi sejak mama
koma. Kesihatan papa juga kian merosot. Dia memerlukan
seorang teman untuk mengingatkannya masa makan ubat 11.Apakah reaksi papa terhadap dakwaan itu?
dan menemaninya berjumpa dengan doktor. Namun, Julia
mendakwa bahawa papalah punca penyakit mama itu.
Dakwaan Julia itu mengejutkan papa. Namun, papa tetap 12.Apakah yang dikhuatiri oleh Julia?
bersabar menghadapi karenah Julia itu dengan
memberitahu Julia bahawa dirinya tetap bersabar sekian
lama kerana berasa terhutang budi kepada mama. 13.Nyatakan nilai murni dalam bab ini?
Penjelasan papa itu benar-benar membimbangkan Julia.
Dia berasa khuatir akan kesihatan papa. Akhirnya, Julia
merestui keinginan papanya berkahwin lagi. Dia ingin
melihat papa bahagia, bukan sebaliknya.

Bab 20
Bab 20
Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai 1.Siapakah ibu Rasylan?

seorang anak luar nikah hasil hubungan Encik Muaz AlKhalibi dengan seorang warga Indonesia. Namun, semasa
ibunya mengandungkannya, Encik Muaz meninggalkan
Malaysia. Selepas dilahirkan, dia ditinggalkan oleh ibunya
di tepi longkang besar di Bandar Kiang kerana tidak
sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami.
Rasylan berasa benci terhadap ibu kandungnya dan Encik
Muaz. Baginya, bapa tunggalnya ialah Datuk
Mustakim.Emosi Rasylan itu menyebabkan Julia terfikir
tentang keikhlasan hatinya mengizinkan papa untuk
berkahwin dengan Kak Aisyah. Yang dikhuatiri ialah kasih
sayang papa terhadapnya akan berkurangan. Dalam
hatinya, Julia benar-benar mengharapkan agar mama
cepat sembuh dan keluarganya dapat kembali bahagia
dengan kehadiran mama.Hari itu, papa menelefon Julia
dan mempelawanya minum di luar untuk memperkenalkan
bakal isterinya kepada Julia. Julia terpaksa akur demi
menjaga perasaan papa.Papa meminta Julia agar
memanggil Kak Aisyah "mak cik." Julia sudah lama
berkenalan dengan Kak Aisyah dan pertemuan itu
sebenarnya bukan kali pertama mereka bertemu.Pada
hujung minggu itu, papa meminta Julia pulang ke rumah

2.Di manakah Rasylan ditinggalkan oleh


ibunya?

3.Apakah yang dikhuatiri oleh Aisyah?

4.Apakah harapan Aisyah?

5.Apakah tujuan papa mempelawa Julia


minum di luar?

6.Kenapa Aisyah perlu pulang ke rumah pada


hujung minggu?

7.Apakah tindakan papa apabila melihat Julia


menangis?

14

8. Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

untuk menghadiri upacara pernikahannya dengan Kak


Aisyah. Namun, Julia enggan dan memberi alasan bahawa
dirinya ingin tinggal di rumah menjaga mama.Ketika
melihat Julia menangis, papa bertindak mahu
membatalkan upacara pernikahan itu. Namun, Julia
meminta papa agar meneruskannya kerana upacara itu
telah lama dirancang dan banyak orang pula sedang
menunggu papa. Melihatkan pemergian papa, fikiran Julia
berkecamuk.
1
5

Bab 21
Julia mengalami demam panas yang agak serius dan
dihantar oleh papa ke hospital. Ketika terlantar di katil
hospital, Julia telah bermimpi seorang lelaki yang
wajahnya mirip papa dan bernama Jeffri. Wajah Jeffri lebih
muda daripada papa. Dalam mimpi itu, Jeffri cuba
memujuk Julia agar merelakan keputusan papa untuk
berkahwin lagi. Itulah satu-satunya cara untuk
membahagiakan papa.Walau bagaimanapun, Julia tetap
berat hati untuk menerima Mak Cik Aisyah sebagai ibu
tirinya, menggantikan tempat mama. Dia enggan
berkongsi kasih sayang papa dengan perempuan lain. Julia
ingin terus memonopoli kasih sayang papa seperti dahulu
kala.Ketika Julia sedar, dia mendapati papa dan Mak Cik
Aisyah
sedang
duduk
memandangnya
sambil
melemparkan senyuman. Kemudian, doktor menyuntik
ubat ke dalam badan Julia. Sejurus Selepas itu, Julia tidak
sedarkan diri.
Bab 22
Tiga hari Julia terlantar di hospital. Pada hari yang ketiga,
Julia didatangi oleh Doktor Razif, doktor yang merawatnya
sepanjang dia terlantar di hospital. Beliau cuba
bertanyakan sebab-sebab Julia jatuh sakit. Namun, Julia
tidak memberitahu hal yang sebenar. Beliau mengatakan
bahawa Julia mengalami masalah jiwa dan emosi sehingga
mengganggu kesihatannya. Beliau meminta Julia agar
tabah dan sabar menghadapi segala cabaran hidup yang

Bab 21
1.Apakah yang berlaku kepada Julia?

2.Apakah yang dimimpikan oleh Julia?

3.Bagaimanakah Julia dapat membahagiakan papa?

4.Kenapakah Aisyah tetap berat hati?

5.Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

Bab 22
1.Berapa lamakah Julia terlantar di hospital?
2.Apakah yang diberitahu oleh Julia kepada Doktor Razif?
3.Apakah nasihat Doktor Razzif kepada Julia?
4.Apakah yang diminta oleh Aisyah kepada Julia?
5.Apakah soalan yang ditanya oleh Julia kepada papa?
6.Kenapakah peperiksaan akhir semester itu begitu penting
buat Julia?

bakal dihadapinya. Papa dan Mak Cik Aisyah datang untuk


menjemput Julia pulang ke rumah. Mak Cik Aisyah
meminta Julia agar mengemaskan rambutnya namun tidak
diendahkan oleh Julia. Walaupun begitu, akhirnya Mak Cik
Aisyah berjaya memujuk Julia. Selepas Julia mengemaskan
rambutnya, dia pun mengenakan gincu pada bibirnya.Cuti
pertengahan semester Julia telah tamat dan dia akan
pulang ke kampusnya. Sebelum melangkah turun dari
kereta papa, Julia sempat bertanya kepada papa tentang
bilakah agaknya mama akan sedar daripada koma. Papa
sendiri tidak mengetahui jawapannya. Julia akan
menduduki peperiksaan akhir semester yang menjadi
penentu sama ada dia akan ditawarkan tempat di kampus
induk UIA di Gombak kelak atau tidak. Dia dan Rasylan
begitu bersungguh-sungguh menduduki peperiksaan itu
agar mereka memperoleh keputusan akademik yang
cemerlang. Selepas lapan minggu Julia dan Rasylan belajar
bersungguh-sungguh tanpa rasa jemu, akhirnya mereka
diberi pelepasan selama beberapa hari untuk merehatkan
minda mereka. Rasylan mengajak Julia pergi ke Mid Valley
bersama-samanya.Selepas peperiksaan semester kedua,
Julia pulang ke rumahnya. Dia dan Rasylan berasa yakin
bahawa mereka akan memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan tersebut.Semasa duduk di
ruang tamu bersama-sama papa dan Mak Cik Aisyah, Julia
sempat bertanya kepada papa tentang perancangan bulan
madu mereka. Namun, papa tidak menjawab pertanyaan
Julia itu, sebaliknya dia bertanya tentang peperiksaan yang
sudah diduduki oleh Julia. Julia memberitahu papa bahawa
keputusan peperiksaan itu akan diumumkan dua minggu
sebelum akhir tahun.Ketika Julia berjalan melepasi bilik
bacaan papa, dia terdengar pertelingkahan antara papa
dengan Mak Cik Aisyah. Papa menegur perbuatan Mak Cik
Aisyah yang masuk ke dalam bilik mama. Papa cuba
menyedarkan Mak Cik Aisyah bahawa mama ialah orang
yang amat penting dalam kehidupannya dan
Julia.Daripada perbualan mereka, Julia sempat
mengetahui bahawa Mak Cik Aisyah sudah mengandung.
Dia berbesar hati untuk mengetahui kedudukan mama dan
dirinya dalam hati papa.Perbuatan Julia yang mencuri

1
6

7.Berapa lamakah masa Julia dan Rasylan belajar dengan


bersungguh-sungguh?
8.Apakah keyakinan mereka?
9.Apakah perkara yang ditanya oleh Julia kepada papa?
10.Apakah perkara yang menjadi pertelingkahan antara papa
dan Aisyah?
11.Apakah perkara yang diketahui oleh Aisyah?
12.Kenapakah Mak Cik Noraini menegur Julia?
13.Apakah dakwaan Julia kepada Aisyah?
14.Apakah perasaan Aisyah terhadap dakwaan itu?
15.Apakah yang dinyatakan oleh Julia kepada Aisyah?
16.Nyatakan nilai murni dalam bab ini.

dengar perbualan orang tuanya ditegur oleh Mak Cik


Noraini. Ketika berada di meja makan, Julia menceritakan
peristiwa papa memarahi Mak Cik Aisyah kerana ada
kemungkinan Mak Cik Aisyah akan cuba meracuni mama.
Dakwaan Julia itu sempat didengar oleh papa dan Mak Cik
Aisyah. Mak Cik Aisyah berasa sungguh sedih
mendengarkan dakwaan Julia itu.Julia memohon maaf
kepada Mak Cik Aisyah kerana dia telah terlanjur kata.
Julia menyatakan kerelaannya untuk menerima Mak Cik
Aisyah dengan hati yang ikhlas. Mak Cik Aisyah berterima
kasih kepada Julia kerana sedia menerima kehadirannya
dalam keluarga itu dan berjanji akan menjaga Julia dan
papa dengan balk.

Bab 23
Bab 23

Hubungan antara Julia dengan Rasylan bertambah intim.


Kekacakan Rasylan pula kian terserlah. Tidak kira ke mana
mereka berdua di dalam kampus, kemunculan Rasylan
akan menarik perhatian sesetengah warga kampus.
Kadang-kala, Julia berasa kurang selesa dipandang orang
lain
begitu
sahaja.
Dia
cuba
meluahkan
ketidakselesaannya itu untuk makluman Rasylan. Namun
di luar dugaannya, perkara itu menimbulkan rungutan dan
perasaan cemburu pada diri Rasylan. Menurut Rasylan, dia
pernah terserempak Julia ditegur dan didampingi pelajar
senior yang kacak. Julia pula cuba mengungkit kenyataan
bahawa Rasylan juga sering didampingi oleh pelajarpelajar perempuan, tidak kira sama ada junior atau senior.
Namun, dia tidak pernah memarahi Rasylan berhubung
soal itu.Pertengkaran mereka itu berhenti apabila salah
seorang pelajar perempuan yang lebih senior memberi
salam kepada mereka. Dengan cepat Rasylan menjawab
salamnya. Bagi Julia, tiada gunanya jika dia berasa
cemburu terhadap kebebasan Rasylan untuk bertegur sapa
dengan pelajar perempuan yang lain.Yang perlu
diutamakan ialah usahanya untuk menimba ilmu
pengetahuan. Rasylan dan Julia pulang bersama-sama
dengan menaiki bas awam semasa cuti pertengahan

1
7

1. Kenapakah Rasylan menjadi tarikan warga kampus?


2. Berikan bukti yang menunjukkan Rasylan berasa cemburu
terhadap Julia?
3. Apakah pula yang diungkitkan oleh Julia?
4. Apakah yang paling penting bagi Julia dalam hidupnya?
5. Kenapakah Rasylan tidak dapat memaafkan Encik
Muaz?
6. Kepada Rasylan terhutang budi kepada Datuk Mustakim?
7. Apakah nasihat Julia kepada Rasylan?
8. Apakah janji Julia kepada Rasylan?
9.

Nyatakan nilai murni dalam bab ini?

semester mereka bermula. Dalam perjalanan, Julia sempat


bertanya Rasylan sama ada Datuk Mustakim sudah
mengetahui tawaran Encik Muaz Al-Khalibi kepadanya
atau tidak. Oleh sebab Rasylan ticlak menjawab
pertanyaan itu, Julia menanyakan soalan lain sama ada dia
sedia menerima tawaran Encik Muaz itu. Namun, menurut
Rasylan, dia akan menolak tawaran tersebut. Dalam
hatinya dia tetap tidak dapat memaafkan Encik Muaz yang
sanggup mengabaikan tanggungjawabnya sebagai
seorang bapa semasa dia masih kecil. Sebaliknya, Rasylan
amat berterima kasih kepada Datuk Mustakim kerana
pada saat dia memerlukan pertolongan, Datuk Mustakim
muncul dan menjadikannya anak angkat. Rasylan berasa
amat terhutang budi kepada beliau. Julia menasihati
Rasylan agar memberi peluang kepada Encik Muaz untuk
menebus kesalahannya. Namun, nasihat itu sia-sia
sahaja.Julia berjanji kepada Rasylan bahawa dia akan tetap
bersama-sama Rasylan walau apa-apa pun keputusan yang
dibuatnya. Bagi Rasylan janji yang dibuat oleh Julia itu
masih terlalu awal kerana dia sendiri tidak tahu apa-apa
yang akan berlaku pada kemudian hari. Namun, Julia tetap
menegaskan bahawa dia akan berpegang teguh pada
janjinya itu.
Bab 24
Apabila Julia tiba di rumah, suasana rumahnya kelihatan
lengang. Papa dan Mak Cik Aisyah tiada di rumah. Menurut
kata Mak Cik Noraini, papa pergi ke rumah Mak Cik Aisyah
di Kelana Jaya.Julia berasa gembira menunggu saat
kelahiran adiknya tidak lama lagi yang bakal
menggantikan Ahmad dan Muhammad yang telah
meninggal dunia. Papa pula kini semakin bersemangat
menjalani kehidupan.Semasa duduk di ruang tamu, Mak
Cik Aisyah bertanyakan masalah Julia dan mahu berkongsi
masalah itu. Akhirnya, Julia menceritakan masalah
hubungan cintanya dengan Rasylan. Dia juga bertanyakan
Mak Cik Aisyah sama ada dia pernah mengalami masalah
ini semasa menuntut di universiti dahulu. Menurut Mak Cik
Aisyah, papalah orang yang dicintainya semasa di
universiti. Seterusnya, Mak Cik Aisyah menasihati Julia
agar bersabar menghadapi karenah teman lelaki kerana
rasa cemburu merupakan perkara biasa dalam

1
8

Bab 24
1.Kenapakah rumah Julia lengang? 2.Kenapakah Julia
berasa gembira?
3.Apakah masalah yang dihadapi oleh Aisyah?
4.Apakah nasihat Aisyah kepada Julia? 5.Kenapakah Rasylan
mengajak Julia keluar? 6.Kenapakah Julia dan papa berasa
gembira? 7.Kenapakah mama berasa hairan? 8.Apakah yang
dilakukan oleh papa? 9.Apakah yang berlaku kepada mama?
10.Apakah yang berlaku kepada papa? 11.Nyatakan nilai murni
dalam bab ini.

perhubungan.Perbualan Julia terhenti apabila papa


memberitahu Rasylan menelefon Julia. Pada mulanya,
Julia enggan menjawab panggilan Rasylan. Papa
menasihati Julia agar menyelesaikan masalah mereka
dengan menjawab panggilan tersebut. Akhirnya, Julia
akur. Rasylan mengajak Julia keluar untuk menyelesaikan
masalah mereka tetapi Julia menolak.Selesai sembahyang
maghrib, papa dan Julia pergi ke bilik mama. Tanpa
disangka, mama membuka matanya, menggerakgerakkan jarinya dan mulutnya kelihatan terkumat-kamit
seolah-olah cuba mengatakan sesuatu. Julia dan papa
berasa gembira akan perkembangan mama Itu.Namun,
kemunculan Mak Cik Aisyah menghairankan mama. Papa
cuba mengambil kesempatan itu untuk memperkenalkan
Mak Cik Aisyah kepada mama dan menerangkan sebab dia
memperisteri Mak Cik Aisyah. Namun, mama sukar
menerima kenyataan itu. Dalam tangisan, mama
menghembuskan nafas terakhirnya. Papa tidak dapat
menahan air matanya atas pemergian mama itu. Papa
berasa satu kehilangan yang amat sangat. Bagi Julia, papa
kini benar-benar tewas akibat kehilangan isteri yang begitu
dicintainya.

19

Anda mungkin juga menyukai