Anda di halaman 1dari 3

Bismillah.

Terima kasih pengerusi majlis, barisan kehakiman, seterusnya seluruh warga dewan pencinta bahasa
Melayu.

Merenung ke belakang,

Mengimbau begitu sakit,

Terkenangkan rentetan peristiwa pahit perit berliku

Perjuangan bahasa melayu kian luntur

Bahasa Melayu entah hilang dimana zahirnya.

Jelas bahawa Bahasa Melayu seakan mula lenyap di bumi Melayu

Perkara ini berkehendakkan kita untuk berbicara tentang Kedudukan Bahasa MElayu Hari Ini?

Kita akan merungkai dan mendalami 3 perspektif berbeza

1. Bahasa Melayu Dalam Dunia Pemikiran


2. Bahasa Melayu Dalam Dunia Pendidikan
3. Bahasa Melayu Dalam Dunia Teknologi

Saudara dan saudari,

Kedudukan bermaksud terletaknya atau berdirinya dimana sesuatu benda atau perkara tersebut.
Oleh itu, kedudukan bahasa melayu hari ini bermaksud kita akan melihat sekuat mana berdirinya
bahasa melayu dalam 3 persepektif berbeza.

Pertama, Bahasa Melayu Dalam Dunia Pemikiran

Jika kita tinjau persekitaran bahasa hari ini, BM seakan mengahdapi komplikasi penyakit disebabkan
oleh virus yang dicipta dan disebar oleh rakyat Malaysia sendiri. Mereka mendakwa Bahasa Melayu
tidak sempurna, tidak standard, tidak bersifat antarabangsa, dan tidak mungkin dapat menyaingi
Bahasa Inggeris. Hal ini kerana bangsa berabad lamanya dididik untuk menganggap apa-apa yang
datang dari luar itu sentiasa lebih baik, termasuk hal bahasa. Lantaran itu, ramai tidak
mementingkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai aspek. Buktinya, hari ini ibu bapa mendidik anak
sejak kecil dengan Bahasa Inggeris, sehingga pada minggu lepas saat saya sedang mencari kedai
makan, saya melihat seorang ibu yang sedang mendukung anaknya, “Maaf kak, tumpang Tanya,
dimana kedai ikan bakar?” Lantas anak kecil yang didukung ibu tersebut yang berusia lingkungan 3-4
tahun menjawab “sorry uncle, what are you talking about? I don’t understand” terpegun seketika
saat mendengar jawapan adik tersebut bukan kerana bangga tapi rasa sedih. Apakah yang telah
terjadi dengan bahasa kita hari ini? Sakit kepala saya memikirkannya. Anda fikir saya ada masa untuk
sakit kepala? Didikan Bahasa Melayu bermula daripada pemikiran kita sama ada kita ingin melihat
BM terbang tinggi atau ditandus tanah. Anda mampu mengubahnya.
Tuan-tuan dan puan-puan,

Kedua, Bahasa Melayu dalam Dunia Pendidikan.

Merenung masa depan Bahasa Melayu dalam pendidikan ibarat melihat bintang kecil di langit tinggi.
Hal ini kerana di luar alam melayu, BM mula diajar dan dipelajari. Di Jepun, pengajian Melayu
ditwarkan di Universiti Asing Tokyo. Di Korea Selatan generasi muda berminat dengan bahasa dan
budaya Melayu. Di China, di Universiti Bahasa Asing Beijing, BM mendapat permintaan tinggi
sehingga wujudnya radio BM di Beijing. Namun, di Malaysia BM sering diragui kemampuannya bagi
membicarakan bidang ilmu, khususnya sains dan teknologi. Kata mereka BM hanya bahasa sastera
dan bahasa kampungan kerana tidak mampu untuk dijadikan bahasa ilmu yang lebih tinggi.
Persoalan mampu atau tidak mampu terletak pada penggunanya. Hal ini terbukti di Negara maju,
Jepun menyatakan rahsia kemajuan di Negara mereka adalah kerana pendidikan menggunakan
bahasa sendiri. Ulas mereka lagi, manusia sebenarnya banyak idea tetapi sukar untuk diluahkan jika
bahasa dijadikan penghalang. Hari ini timbul lagi isu keterbalikkan, pelajar kita yang melanjutkan
pembelajaran ke Jepun, Kanada, Perancis dan sebagainya perlu mengikuti kursus persediaan bahasa
Negara yang hendak ditujui. Di Negara kita berbeza, orang asing yang belajar di Malaysia tidak perlu
menguasai Bahasa Melayu dan yang peliknya mewajibkan pelajar asing menguasai bahasa Inggeris.
Sehingga pelajar kita lepasan STPM perlu mengambil MUET untuk melayakkan diri ke Universiti di
Negara sendiri, Kalau Negara luar lain boleh, kenapa tidak kita? Bolehkah kita? Anda Tanya isi hati
sendiri. Segalanya bermula dengan diri kita untuk perubahan segalanya.

Ketiga, Bahasa MElayu dalam Dunia Teknologi

Lambakan laman media social seperti Facebook, Wechat, Twitter dan sebagainya sedikit sebanyak
mendatangkan ancaman kepada bahasa kebangsaan kita. Contoh mudah yang boleh kita perhatikan
adalah apabila seseorang itu mengemas kini statusnya dalam media social. Misalnya, golongan yang
digelar ‘Budak Wechat’. Saya baru sahaja melihat sebentar tadi, berusia 13 tahun menulis ‘I cinta
you sampai mati, selamat anniversary ke 2 bulan loveku. Wah cinta sejati 2 bulan, hebatnya cinta
mereka. Namun, tindakan inilah yang meracuni BM. Masalah bahasa rojak semakin menjadi-jadi
sejak era teknologi. Bahasa rojak umpama kita melihat rojak buah. Namun rojak buah sedap
dimakan, bahasa rojak pahit diterima. BM kini ‘sangat beraneka rupa’ dengan sifat rojak, cacamarba
dan ranju. Hal ini kerana ketidakpedulian penutur terhadap BM sehingga bebas menggunakan
bahasa yang mencemar BM di media sosial. Kita seharusnya memanfaatkan teknologi dan berusaha
bersama-sama menjadikan perkembangan BM seiring dengan era teknologi. Bukan merosakkan
bahasa. Adakah kita rela bahasa kita musnah kerana tindakan kita dengan teknologi? Anda jawab
sendiri.

Penutup

Mengimbau kisah perjuangan bahasa kian lama terukir,

Di perancis, Alexius Dixtus sanggup mempertaruhkan darah demi pejuangan bahasanya,

Di Jepun, Bushido sanggup mengorbankan harta bendanya demi pejuangan bahasanya,


Di China, Xiao Lian sanggup berjauhan dari keluarga demi bahasa pejuangan bahasanya,

Di Malaysia tidak kurang hebatnya, ramai pejuang bahasa Melayu.

Bangkitlah kita semua wahai rakyat Malaysia. Sedarlah Bahasa Melayu perjuangan bersama

Perjuangan memartabatkan BM di Malaysia harus dilihat sebagai amanah dan tanggungjawab sosial.
Jika matlamat ini dapat difahami, BM dengan sendirinya akan bangkit menjadi bahasa terpenting di
rantau ini. Memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman, bahasa kebangsaan merupakan roh bangsa dan
Negara yang merdeka, dan tidak seharusnya dikorbankan atas nama pembangunan dan kemajuan.
Maka dengan itu, bersama-samalah kita bangkit perjuangkan BM kita. Ini bahasa kita kita.

Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul

Haji gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah,

Gunung sama didaki, lurah sama dituruni

Semoga Bahasa Melayu terus kekal dan mekar di dunia ini khusus di Bumi Melayu.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai