Anda di halaman 1dari 2

2.0 SISTEM DEMOKRASI DAN SISTEM SYURA.

2.1 MAKSUD

Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan di mana kuasa menggubal undang-undang dan
struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang
digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Sebuah negara atau
kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi adalah dipanggil negara atau kerajaaan yang
demokratik.

Manakala sistem syura adalah permesyuaratan yang diadakan oleh sekumpulan ulama yang
muktabar dan umat islam dalam segala hal yang berkaitan dengan kepentingan dengan
kebajikan mereka berdasrkan kepada keimanan dan ketakwaan kepada allah (S.A.W).

2.2 PEMILIHAN KETUA

Sistem demokrasi diketuai oleh pemimpin. Pemilihan pemimpin berdasarkan suara majoriti
rakyat dalam pilihanraya. Syarat-syarat untuk menjadi pemimpin adalah seperti mempunyai
latar belakang yang baik dari segi akademik dan peribadi, bukan seorang yang telah
disenaraihitamkan dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk jenayah atau pernah
dipenjarakan.

Manakala sistem syura diketuai oleh Khalifah. Sebelum dilantik menjadi khalifah, calon
khalifah itu sendiri dinilai dalam permesyuaratan ahli-ahli majlis syura. Seterusnya ia dinilai
berdasarkan persetujuan seluruh rakyat dan rakyat bebas untuk menerima atau menolak
seseorang calon khalifah tersebut. Kriteria dalam pemilihan khalifah adalah berasaskan
kebenaran yang disarankan dalam al-Quran yang menekankan ciri keimanan kepada Tuhan
yang menjadi tonggak dan tunjang kepada kepimpinan yang adil, bijaksana dan
seumpamanya.

2.3 BIDANG KUASA

Dalam sistem demokrasi, seorang pemimpin mempunyai bidang kuasa yang luas termasuklah
dalam perkara-perkara yang diharamkan dari segi syariat asalkan sesuatu perkara itu
dipersetujui oleh majoriti rakyat. Sesuatu perkara yang diharamkan oleh syariat boleh
menjadi halal dengan kuasa seseorang pemimpin itu asalkan difikirkan perlu dan mendapat
sokongan majoriti rakyat. Dengan kata lain, bidang kuasa yang digunakan adalah
berpandukan akal fikiran manusia ataupun mengikut logikal akal manusia semata-mata dan
bukan berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah.

Dalam sistem syura, seseorang khalifah itu juga menggunakan kuasanya berdasarkan garis
panduan yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Maknanya seseorang
khalifah itu perlu amanah dalam kepimpinannya dan haram baginya untuk pecah amanah.
Seseorang khalifah dalam sistem syura perlu mempunyai ketegasan yang tinggi dalam soal
mempertahankan syariat iaitu memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.

2.4 PERUNDANGAN

Sistem demokrasi mengamalkan sistem perundangan yang berdasarkan kehendak semasa


asalkan mendapat sokongan atau majoriti daripada rakyat dan boleh berubah dari semasa ke
semasa. Ianya memiliki dua corak dalam perundangan. Peraturan yang tetap yang tidak
menerima perubahan dan pertukaran iaitu perlembagaan yang berterusan atau undang-undang
perlembagaan. Peraturan yang kedua ialah peraturan yang tunduk kepada perubahan dan
pertukaran dengan gabungan suara majoriti di dalam majlis ummah dan pimpinan atau
lembaga kabinet manteri atau selain daripada itu yakni golongan yang mempunyai wibawa
politik di dalam sesebuah negara.

Manakala dalam sistem syura, perundangan adalah berdasarkan permesyuaratan yang


bersumberkan al-Quran dan al-Hadis. Daripada aspek bahagian yang tetap di dalam undang-
undang, Islam memandangkan bahawa Allah S.W.T adalah Satu-satunya yang menentukan
kedudukan syariat yang menjadi asas-asas pemerintahan, tidak ada hal seorang pun yang lain
berhak campurtangan dalam hal ehwal menggubal syari’at dalam sitem Islam walaupun Nabi
S.A.W sekalipun. Manakala daripada aspek kedua iaitu (bahagian yang tunduk kepada
perubahan yang mana sistem tunduk kepadanya).

Anda mungkin juga menyukai