Anda di halaman 1dari 8

Pengertian puasa

 Bahasa: Menahan daripada sesuatu sama ada kata-kata atau makanan.


Dalil: “Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana Allah” (Maryam: 26)
 Syarak: Menahan diri daripada perkara- perkara yang membatalkan puasa bermula
terbit fajar hinnga terbenam matahari disertakan dengan niat.

Sejarah pensyariatan puasa

 Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun ke-2 Hijrah
 Amalan puasa biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman
dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah, ayat 183:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa (Ramadhan)


sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu
bertaqwa.” [Al-Baqarah : 183]

 Tetapi kewajiban berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu.
Persamaan antara mereka dengan umat‐umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan
puasa itu saja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khususnya difardhukan puasa
bulan Ramadhan.

Hukum meninggalkan puasa tanpa keuzuran

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas
orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (QS. Al-Baqarah: 183)

 Orang yang mengingkari kefardhuannya adalah kafir dan dia hendaklah diperlakukan
sebagaimana diperlakukan terhadap orang murtad.
 Dia hendaklah diminta bertaubat; sekiranya dia bertaubat, taubatnya itu diterima. Kalau
tidak mahu bertaubat, dia hendaklah dibunuh sebagai melaksanakan hukum hudud
sebagai kesalahan murtad.
 Manakala orang yang meninggalkan puasa tanpa keuzuran dan dia tidak mengingkari
kewajipannya seperti dia berkata: “Saya wajib berpuasa tetapi saya tidak mahu
berpuasa”, maka orang ini hukumnya fasik dan tidak kafir.

Hikmah berpuasa

 Dapat menimbulkan rasa hibah terhadap fakir miskin yang seringkali tidak makan
sehingga timbul rasa untuk menolong.
 Dapat melatih diri untuk menahan daripada melakukan perkara yang dilarang dalam
bulan Ramadhan.
 Dapat melatih diri daripada melakukan perkara yang keji dan dusta.

  Syarat Wajib & Syarat Sah Puasa

Syarat Wajib:

a)      Islam: Puasa hanya diwajibkan bagi orang yang beragama islam


b)      Baligh: (umur 15 tahun ke atas) atau tanda yang lain. Anak kecil tidak wajib puasa.
c)      Berakal : Orang gila tidak wajib berpuasa
d)     Mampu melaksanakan puasa : Orang yang tidak mampu samada kerana tua atau sakit tidak
diwajibkan ke atas mereka berpuasa.

Syarat Sah:

a)      Islam. Orang yang bukan Islam tidak sah puasa.


b)      Mumayyiz (iaitu dapat membezakan yang baik dengan yang tidak baik).
c)      Suci dari haid (darah kotoran) dan nifas (darah setelah melahirkan anak). Orang yang
kedatangan haid atau nifas tidak sah berpuasa tetapi keduanya wajib mengganti (membayar)
puasa yang tertinggal itu secukupnya.

*(Qada': Ialah membayar kewajipan yang ditinggalkan sesudah waktunya, seperti orang yang
meninggalkan puasa kerana haid, wajib ke atasnya menebus puasa yang ditinggalkan itu di
dalam bulan lain. Kalau ketinggalan 3 hari, wajib ke atasnya qada' 3 hari juga).

Rukun Puasa

1. Niat:

Niat puasa Ramadhan untuk satu bulan (dibaca pada awal ramadhan):
‫ن كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى‬
َ ‫ضا‬ َ ‫م شَ هْرِ َر‬
َ ‫م‬ َ ْ ‫صو‬
َ ‫ت‬
ُ ْ ‫نَوَي‬

"Aku niat berpuasa selama satu bulan penuh di bulan Ramadhan tahun ini karena Allah
Taala"

Niat puasa Ramadhan harian (pada setiap malam):

‫سنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى‬ َ ‫نويت صوم غَد ع‬


َّ ‫ن هَذِهِ ال‬
َ ‫ضا‬
َ ‫م‬ ِ ‫َن أدَاءِ فَ ْر‬
َ ‫ض االشَّ هْرِ َر‬ ْ ٍ َ ْ َ ُ َْ َ

"Aku niat berpuasa esok hari untuk menunaikan kewajiban puasa pada bulan Ramadhan
tahun ini karena Allah Taala".

2. Menjauhi perkara yang membatalkan puasa:

a)      Gila dan murtad (keluar dari agama islam)


 Gila dan murtad merupakan penghalang daripada sahnya puasa kerana orang yang
berada di dalam keadaan ini tidak mempunyai kelayakan untuk beribadat

b)      Muntah dengan sengaja


 Muntah dengan sengaja membatalkan puasa sekalipun orang yang berpuasa yakin
bahawa muntahnya tidak masuk semula ke dalam al-jaufnya (rongga mulut) walaupun
sedikit
c)      Makan dan minum dengan sengaja
 Puasa terbatal sekiranya ia dilakukan dengan sengaja walaupun makanan atau minuman
itu sedikit. Sekiranya terlupa bahawa dia sedang puasa lalu dia makan ataupun minum,
maka puasanya tidak terbatal walaupun berapa banyak dia makan atau minum
d)     Haid dan Nifas
 Keuzuran yang menghalang daripada sahnya puasa. Sekiranya wanita yang berpuasa
keluar haid ataupun nifasnya pada sebahagian daripada siang, maka batal puasanya. Dia
wajib mengqada’kan puasa hari tersebut.
f) Al-istimna’
 Mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya ataupun
menggunakan dengan tangan. Sekiranya orang yang berpuasa sengaja melakukannya,
maka batal puasanya. Tetapi jika berlaku di luar kawalannya, puasanya tidak terbatal.
Dengan ini dimakruhkan dengan Karahah Tahrim ( Makruh yang hampir haram) bercium
pada siang Ramadhan bagi orang yang cepat naik syahwatnya sama ada lelaki atau
wanita kerana ia boleh merosakkan puasanya. Mengenai orang yang tidak cepat naik
syahwatnya, dia perlulah meninggalkannya demi menutup pintu yang merosakkan
puasanya.
g) Bersetubuh dengan sengaja
Apabila seseorang telah melakukan persetubuhan, puasanya terbatal dan wajib
mengqada’ serta dikenakan kafarah (denda) mengikut urutan sebagaimana hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a di dalam Sahih Al-bukhari dan Muslim
 Membebaskan seorang hamba yang beriman
 Jika tidak menemuinya, wajib berpuasa selama dua bulan berturut turut dan tidak boleh
diselangi kecuali sebab sebab yang dibenarkan dalam syarak seperti hari raya, sakit dan
sebagainya. Jika dilakukan juga, dia perlu mengulangi jumlah hari seperti asal.
 Jika tidak mampu setelah berusaha melakukannya, dia hendaklah memberi makan
kepada 60 orang miskin

Adab-adab puasa
a) Menyegerakan berbuka

 Dilakukan sejurus setelah diyakini tenggelamnya matahari


 Yang paling afdhal ialah berbuka dengan buah kurma yang kering ataupun basah.
Sekiranya tidak ada kurma, maka berbuka dengan air.

b) Sahur

 Sahur bermaksud makanan yang dimakan pada akhir malam. Dalil sahur disunatkan
ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (1823) dan Muslim (1095), Nabi s.a.w.
bersabda;

“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah.”

 Hikmah disunatkan sahur ialah untuk menguatkan diri melakukan puasa.


 Masuknya waktu sahur ialah dengan berlalunya separuh malam.
 Fadhilat sahur diperolehi dengan memakan sesuatu tidak kira banyak atau sikit atau
sekadar minum air sahaja.

c) Melewatkan sahur

 Dilakukan dengan berhenti makan dan minum ketika fajar hampir terbit.

d) Meninggalkan kata-kata yang mesti dijauhi

 Kata-kata yang mesti dijauhi seperti mencela, menipu, mengumpat, menghasut dan
seumpamanya merupakan perkara yang sememangnya diharamkan

e) Mandi junub sebelum fajar


 Melakukan untuk memastikan dirinya bersih daripada awal puasa lagi
 Ini bermakna junub tidak menidakkan puasa tetapi yang lebih afdhal ialah
menyelesaikannya sebelum fajar.
 Wanita haid dan nifas juga disunatkan agar mandi sebelum fajar apabila telah sempurna
suci dan darah berhenti sebelum itu.

f) tidak berbekam dan seumpamanya

 Ini kerana ia akan melemahkan diri orang yang berpuasa.


 Dia juga hendaklah tidak merasa masakan kerana dibimbangi sesuatu masuk ke dalam
rongganya.

g) Berdoa sewaktu berbuka

 Doa tersebut ialah :

h) Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa

 Sekiranya dia tidak mampu memberikan mereka makanan, dia hendaklah memberikan
buah kurma ataupun minuman untuk mereka berbuka

i) Banyak bersedekah, membaca Al-Quran, bertadarus, dan beriktikaf di masjid terutama pada
10 malam terakhir

Anda mungkin juga menyukai