Anda di halaman 1dari 6

Sistem Politik Dalam

1.0     Pengertian Politik Menurut Islam


 
Politik adalah 'ilmu pemerintahan' atau 'ilmu siyasah', iaitu 'ilmu tata negara'
.
 
Pengertian dan konsep politik atau siasah dalam Islam sangat berbeza dengan pengertian dan konsep
yang digunakan oleh orangorang yang bukan Islam.
 
Politik dalam Islam menjuruskan kegiatan ummah kepada usaha untuk mendukung dan
melaksanakan syari'at Allah melalui sistem kenegaraan dan pemerintahan.
 
la bertujuan untuk menyimpulkan segala sudut Islam yang syumul melalui satu institusi yang
mempunyai syahksiyyah untuk menerajui dan melaksanakan undang undang.
 
Pengertian ini bertepatan dengan firman Allah yang mafhumnya: "Dan katakanlah: Ya Tuhan ku,
masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan
berikanlah kepadaku daripada sisi Mu kekuasaan yang menolong." (AI Isra': 80)
 
Di atas landasan inilah para 'ulama' menyatakan bahawa: "Allah menghapuskan sesuatu perkara
melalui kekuasaan negara apa yang tidak dihapuskan Nya meIaiui al Qur'an"
 
 
2.0     Asas asas Sistem Politik Islam Asas asas sistem politik Islam ialah:
 
2.1    Hakimiyyah Ilahiyyah Hakimiyyah atau memberikan kuasa pengadilan dan kedaulatan hukum
tertinggi dalam sistem politik Islam hanyalah hak mutlak Allah.
 
Tidak mungkin ianya menjadi milik sesiapa pun selain Allah dan tidak ada sesiapa pun yang
memiliki suatu bahagian daripadanya.
 
Fir man Allah yang mafhumnya: "Dan tidak ada sekutu bagi Nya dalam kekuasaan Nya." (Al
Furqan: 2)
 
"Bagi Nya segaIa puji di dunia dan di akhirat dan bagi Nya segata penentuan (hokum) dan kepada
Nya kamu dikembalikan."   (A1 Qasas: 70)
 
"Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah."   (A1 An'am: 57)
 
- Hakimiyyah Ilahiyyah membawa pengertian pengertian yang berikut:
 
-Bahawasanya Allah adalah Pemelihara alam semesta yang pada hakikatnya adalah Tuhan yang
menjadi Pemelihara manusia, dan tidak ada jalan lain bagi manusia kecuali patuh dan tunduk
kepada sifat Ilahiyyah Nya Yang Maha Esa    -Bahawasanya hak untuk menghakimi dan mengadili
tidak dimiliki oleh sesiapa kecuali Allah. Oleh kerana itu, manusia wajib ta'at kepada Nya dan
ber'ibadat kepada Nya    -Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak mengeluarkan hukum
sebab Dialah satu satu Nya Pencipta    -Bahawasanya hanya Allah sahaja yang memiliki hak
mengeluarkan peraturan peraturan, sebab Dialah satu satu Nya Pemilik    -Bahawasanya hukum
Allah adalah sesuatu yang benar sebab hanya Dia sahaja Yang Mengetahui hakikat segala sesuatu,
dan di tangan Nyalah sahaja penentuan hidayah dan penentuan jalan yang selamat dan lurus.
 
Hakimiyyah Ilahiyyah membawa erti bahawa teras utama kepada sistem politik Islam ialah tauhid
kepada Allah di segi rububiyyah dan uluhiyyah Nya.
 
2.2    Risalah Jalan kehidupan para rasul diiktiraf oleh Islam sebagai sunan al huda atau jalan jalan
hidayah.
 
Jalan kehidupan mereka berlandaskan kepada segala wahyu yang diturunkan daripada Allah untuk
diri mereka dan juga untuk umat umat mereka.
 
Para rasul sendiri yang menyampaikan hukum hukum Allah dan syari'at syari'at Nya kepada
manusia.
 
Risalah bererti bahawa kerasulan beberapa orang lelaki di kalangan manusia sejak Nabi Adam
hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah satu asas yang penting dalam sistem politik Islam.
 
Melalui landasan risalah inilah maka para rasul mewakili kekuasaan tertinggi Allah di dalam bidang
perundangan dalam kehidupan manusia.
 
Para rasul menyampaikan, mentafsir dan menterjemahkan segala wahyu Allah dengan ucapan dan
perbuatan mereka.
 
Dalam sistem politik Islam, Allah telah memerintahkan agar manusia menerima segala perintah dan
larangan Rasulullah s.a.w.
 
Manusia diwajibkan tunduk kepada perintah perintah Rasulullah s.a.w dan tidak mengambil selain
daripada Rasulullah s.a.w untuk menjadi hakim dalam segala perselisihan yang terjadi di antara
mereka.
 
Firman Allah yang mafhumnya: "Apa yang diperintahkan Rasul kepadamu, maka terimalah dan apa
yang dilarangnya bagi kamu, maka tinggatkanlah."   (Al Hasyr: 7)
 
"Dan Kami tidak mengutus seorang Rasul melainkan untuk dita'ati dengan seizin Allah." (An Nisa':
64)
 
"Dan barangsiapa yang menentang Rasul setelah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang
bukan jalan orang orang mu'min, akan Kami biarkan mereka bergelimang daiam kesesatan yang
telah mereka datangi, dan Kami masukkan ia ke dalam jahannam dan jahannam itu adalah seburuk
buruk tempat kembali." (An Nisa: 115)
 
"Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu
hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati
mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan
sepenuhnya." (An Nisa': 65)
 
 
2.3    Khalifah Khalifah bererti perwakilan. Dengan pengertian ini, ia bermaksud bahawa kedudukan
manusia di atas muka bumi ialah sebagai wakil Allah.
 
Ini juga bermaksud bahawa di atas kekuasaan yang telah diamanahkan kepadanya oleh Allah, maka
manusia dikehendaki melaksanakan undang undang Allah dalam batas batas yang ditetapkan.
 
Di atas landasan ini, maka manusia bukanlah penguasa atau pemilik, tetapi ia hanyalah khalifah atau
wakil Allah yang menjadi Pemilik yang sebenarnya.
 
Firman Allah yang mafhumnya: "Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:
"Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi... " (Al Baqarah: 30)
 
"Kemudian Kami jadikan kamu khalifah khalifah di muka bumi sesudah mereka supaya Kami
memperhatikan bagaimana kamu berbuat." (Yunus: 14)
 
Seseorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana ia benar benar mengikuti hukum
hukum Allah.
 
- Oleh itu khilafah sebagai asas ketiga dalam sistem politik Islam menuntut agar tugas tersebut
dipegang oleh orang orang yang memenuhi syarat syarat berikut: -Mereka mestilah terdiri
daripada orang orang yang benar benar menerima dan mendukung prinsip prinsip tanggungjawab
yang terangkum di dalam pengertian khilafah    -Mereka tidak terdiri daripada orang orang zalim,
fasiq, fajir dan lalai terhadap Allah serta bertindak melanggar batas batas yang ditetapkan oleh Nya
-Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang ber'ilmu, berakal sihat, memiliki kecerdasan,
kea'rifan serta kemampuan intelek dan fizikal    -Mereka mestilah terdiri daripada orang orang yang
amanah sehingga dapat dipikulkan tanggungjawab kepada mereka dengan aman dan tanpa
keraguan
 
 
3.0     Prinsip prinsip Utama Sistem Politik Islam Prinsip prinsip sistem politik Islam terdiri
daripada beberapa perkara di antaranya:
 
3.1     Musyawarah - Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. -Asas
musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang orang
yang akan menjawat tugas tugas utama dalam pentadbiran ummah.<p> </p>-Asas musyawarah
yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undangundang
yang telah dimaktubkan di dalam al gur'an dan al Sunnah.<p> </p>-Asas musyawarah yang
seterusnya ialah berkenaan dengan jalan jalan menentukan perkara perkara baru yang timbul di
kalangan ummah melalui proses ijtihad.
 
3.2     Ke'adilan Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Ini adalah menyangkut
dengan ke'adilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam.
 
Ke'adilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa
politik yang melindungi dan mengembangkannya.
 
Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip ke'adilan yang terkandung dalam sistem politik Islam
meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia,
termasuk ke'adilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan
pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antaxa ibu bapa dan anak anaknya.
 
Oleh sebab kewajiban berlaku 'adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas
utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk
memelihara asas tersebut.
 
Pemeliharaan terhadap ke'adilan merupakan prinsip nilai nilai sosial yang utama kerana dengannya
dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.
 
3.3     Kebebasan Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang
dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan.
 
Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan tujuan terpenting bagi sistem
politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang undang perlembagaan negara Islam.
 
3.4     Persamaan Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah.
 
Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak hak, persamaan
dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat peringkat yang ditetapkan oleh undang undang
perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang undang.
 
3.5     Hak Menghisab Pihak Pemerintah Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak
rakyat untuk menghisab pihak pemeriritah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya.
 
Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal
hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah.
 
Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk
menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran.
 
Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk
dan keputusankeputusan pihak pemerintah.
 
Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya: "Dan apabila ia berpaling (daripada
kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman
dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)
 
"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa
nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang
sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari
perhitungan." (Sad: 26)
 
 
4.0     Tujuan Politik Menurut Islam Tujuan sistem politik Islam ialah untuk membangunkan
sebuah sistem pemerintahan dan kenegaraan yang tegak di atas dasar untuk melaksanakan seluruh
hukum syari'at Islam.
 
Tujuan utamanya ialah untuk menegakkan sebuah negara Islam atau Darul Islam.
 
Dengan adanya pemerintahan yang mendukung syari'ah, maka akan tertegaklah al Din dan
berterusanlah segala urusan manusia menurut tuntutan tuntutan al Din tersebut.
 
- Para fuqaha Islam telah menggariskan sepuluh perkara penting sebagai tujuan kepada
sistem politik dan pemerintahan Islam. -Memelihara keimanan menurut prinsip prinsip yang telah
disepakati oleh 'ulama' salaf daripada kalangan umat Islam    -Melaksanakan proses pengadilan di
kalangan rakyat dan menyelesaikan masalah di kalangan orang orang yang berselisih    -Menjaga
keamanan daerah daerah Islam agar manusia dapat hidup dalam keadaan aman dan damai    -
Melaksanakan hukuman hukuman yang ditetapkan syara' demi melindungi hak hak manusia    -
Menjaga perbatasan negara dengan pelbagai persenjataan bagi menghadapi kemungkinan serangan
daripada pihak luar    -Melancarkan jihad terhadap golongan yang menentang Islam    -
Mengendalikan urusan pengutipan cukai, zakat dan sedekah sebagai mana yang ditetapkan oleh
syara'    -Mengatur anggaran belanjawan dan perbelanjaan daripada perbendaharaan negara agar
tidak digunakan secara boros ataupun secara kikir    -Mengangkat pegawai pegawai yang cekap dan
jujur bagi mengawal kekayaan negara dan menguruskan hal ehwal pentadbiran negara    -
Menjalankan pengaulan dan pemeriksaan yang rapi di dalam hal ehwal amam demi untuk memimpin
negara dan melindungi al Din. 
 
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Islma untuk lebih
mendalami diri mereka dengan ilmu 'ALLAH' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Anda mungkin juga menyukai