Anda di halaman 1dari 3

Seruan harmoni jambatan kekufuran

Dalam menghadapi dan mengendalikan kepelbagaian kaum di malaysia yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan usul, kita tidak dapat lari dari konsep harmoni dan kedamaian antara
kaum. Tidak dapat dinafikan bahawa sangatlah penting dalam menjaga keharmonian,
kedamaian, kesefahaman antara kaum bagi memastikan Malaysia yang aman.
Peranan untuk menjaga status Malaysia sebagai negara maju dan aman hendaklah perlu
digalas oleh semua masyarakat tidak kira bangsa apa sekali pun. Biarlah tragedi 13 mei
hanya tinggal dalam lipatan sejarah dan diambil pengajaran supaya perkara yang sama tidak
berlaku pada generasi kini.
Masalah mula timbul apabila beberpa pihak yang menimbulkan provokasi. Dan yang
menimbulkan provokasi ini bukanlah dari kalangan orang Melayu sendiri. Tetapi akhirnya
kenapa tuduhan ini dikembalikan kepada orang Melayu? Sedangkan orang Melayu hanya
pertahankan kembali hak yang cuba dilanggar.
Mengapa atas dasar keharmonian kaum, tetapi pihak yang melakukan provokasi seakan-
akan terlepas dari hukuman bahkan yang terpaksa menanggung pertuduhan adalah pihak
yang cuba mempertahankan diri?
Mengapa untuk menjaga hati kaum lain, bangsa Melayu perlu akur dan meleburkan identiti
bangsa dan hak istimewa sedangkan sejak bertahun lama kaum lain dibenarkan untuk
mengamalkan cara hidup masing-masing.
Saya sebagai ahli Ikatan Muslimin Malaysia tidak rasa ragu bahkan menyokong penuh
kenyataan Ustaz Abdullah Zaik bertarikh 6 mei yang menegaskan kembali hakikat sejarah
sejak awal bagaimana kedatangan kaum cina dan india ke tanah Melayu. Tanpa berniat
untuk menyinggung mana-mana kaum. Akhirnya landasan dan garis antara kaum perlu di
tekankan semula untuk menjaga asas perpaduan itu sendiri.
Selama bertahun-tahun rakyat Malaysia hidup dengan aman dan harmoni. Mengapa
sekarang munculnya seruan untuk menyama ratakan hak antara semua kaum atas dasar
keharmonian? Dan pihak yang menimbulkan provokasi itu sendiri yang mengajak kepada
perpaduan dan keharmonian.
Bukanlah kita hendak mengeksklusifkan islam itu untuk bangsa Melayu. Maklum bahawa
islam itu adalah untuk semua. Sebagai kaum majoriti yang identitinya dekat dengan Islam
yang pengamalan Islam juga sangat sinonim dengan budaya Melayu, identiti Melayu itu
sendiri perlu dijaga dan diwariskan ke generasi seterusnya.
Dalam menyeru memperbaiki hubungan antara kaum, apa yang perlu kita faham adalah
perlunya berpegang kepada perkara dan konsep asas Islam. Bukanlah semata-mata kita ingin
memperbaiki hubungan antara kaum tetapi kita menafikan ayat-ayat Al-Quran tentang
larangan untuk wala' kepada orang kafir.
Seruan yang dilaungkan oleh pertubuhan NEGARA-KU untuk perbaiki hubungan antara kaum
atas dasar keharmonian dan sebagainya tidak lain hanya untuk mewujudkan sebuah
masyarakat majmuk pelbagai agama yang tidak berdiri di atas landasan Islam.
Masyarakat yang dibina di atas dasar harmoni, kedamaian semata-mata dan bukan atas
dasar akidah hakikatnya merupkan sebuah masyarakat yang batil dan tidak diredai Allah.
Perkataan harmoni dan dasar menjaga kesefahaman di sini hanyalah sebagai alasan dan
penipuan supaya membenarkan kebatilan itu hidup dan terus menjalar dalam masyarakat.
Permulaan dakwah Rasulullah juga adalah seruan supaya mentauhidkan Allah sebagai
penguasa alam dan pencipta manusia. Dia lah yang menciptakan manusia dan kepada-Nya
tunduk seluruh manusia. Dan tidak boleh tidak, matlamat akhir adalah untuk membebaskan
manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhamabaan kepada Allah sahaja.
(

) [Surat Al-Anfal : 39]



Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu
seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari
kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana
sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.
Hakikat pertembungan dengan kekufuran itu jelas. Bukanlah sekadar cuba keluarkan solusi
"menang-menang" saja. Yang membiarkan kekufuran itu hidup dalam masyarakat bahkan
diangkat menjadi ketua.
Persoalannya timbul di sini, bagaimana hendak mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang
selaras dengan manhaj qurani tetapi pada masa yang sama kekufuran tetap wujud secara
seiring? Masyarakat Islam hendaklah bebas dari sebarang perhambaan yang selain dari
Allah.
Memanglah perjalanan dan proses untuk mewujudkan masyarakat Islam yang patuh kepada
hukum Islam itu jauh tapi janganlah pada hari ini atas projek barat kita terpaling jauh bahkan
kebelakang dari projek ini.
Pendekatan dalam membina masyarakat madani(civil society) juga mencalarkan imej Islam
yang suci. Dengan pendekatan yang "moderate" dan disifatkan sebagai harmoni oleh
sesetengah golongan, seolah-olah meraikan kekufuran yang mereka lakukan serta merta
menghapuskan sebab mengapa perlunya kepada individu itu untuk masuk Islam. Konsep
"Co-exisctance" yang berlaku dalam masyarakat adalah cara bagi memastikan tidak
terputusnya nafas jahiliah dalam masyarakat itu sendiri.
Bukanlah kita tidak mengiktiraf kedudukan bangsa lain dan bukan Islam. Tetapi perlu kepada
patuhnya kepada Perlembagaan Malaysia itu sendiri. Sedangkan Perlembagaan Malaysia itu
sendiri yang tidak sepenuhnya menurut syariat Islam sudah ada yang menentang apatah lagi
bila syariat itu dijalankan sepenuhnya. Pihak yang mencetuskan provokasi terhadap Melayu
dan Islam tidak patut dibelai bahkan diangkat menjadi ketua gerakan.
Tugas dan peranan kita adalah untuk menjadikan syariat islam itu sendiri panduan tertinggi.
Serta merta menghilangkan tembok yang menghalang hati manusia kepada Islam.
Kedudukan islam yang terfitnah sekarang merupakan punca utamanya jauh hati-hati yang
sepatutnya merasa nikmat Islam sejak dulu lagi. Akhirnya tertipu dan terbelit dalam realiti
yang menipu hidup.
Dakwah dengan berhikmah bukanlah lembut semata-mata, tapi perlunya hikmah itu dengan
pendekatan dakwah yang tepat dengan cara yang tepat. Jika setiap masa mengikut sahaja
maka kemana perginya hikmah tersebut.
Masyarakat islam yang sebenarnya dan kita idamkan perlulah terbina di atas satu dasar iaitu
atas kalimah La Ilah illa Allah. Janganlah kita tertipu kepada seruan untuk menjaga
keharmonian sehingga kita terlupa konsep asal masyarakt islam itu sendiri.


Omeerul Rafie Mat Nordin
Unit Kajian Liberalisme dan Hegemoni Barat
Al-Quds Centre for Development and Studie
Ikatan Muslimin Malaysia Jordan

Anda mungkin juga menyukai