Anda di halaman 1dari 2

Kata Pengantar Editor Wacana Pemikiran Reformis: Jilid II

October 13, 2014 by Ahmad Farouk Musa


Maka bukanlah suatu keterlaluan untuk mempotretkannya sebagai
kebangkitan semula mazhab rasional atau dikenali sebelumnya sebagai
muktazilah dalam dunia Islam. Sebagaimana kaum rasionalis meyakini
bahawa salah satu sifat Tuhan yang penting adalah adil, lantaran itu
manusia harus memiliki kehendak yang bebas. Manusia harus
menggunakan daya nalarnya yang dikurniakan Tuhan untuk mengecam
antara yang benar dan salah dan untuk menegak keadilan. - See more at:
http://irfront.net/post/articles/kata-pengantar-editor-wacana-pemikiranreformis-jilid-ii/#sthash.6dBcLChZ.dpuf
Justeru, prinsip keadilan, kesetaraan, hak asasi dan persaudaraan manusia
yang telah memandu Nabi sesungguhnya kekal sebagai bingkai rujukan
melangkaui zaman, tetapi model kota Madinah yang ditemui oleh Nabi
pada abad ke-7 adalah realisasi sejarah yang terikat dengan realiti dan
keperluan pada zamannya. - See more at:
http://irfront.net/post/articles/kata-pengantar-editor-wacana-pemikiranreformis-jilid-ii/#sthash.6dBcLChZ.dpuf
Sesungguhnya asas yang berurat berakar dalam budaya intelektual pada
waktu itu tidak lain melainkan mazhab kalam Muktazilah yang rasional.
Mereka diilhamkan oleh hadith dan ayat-ayat al-Quran yang menekankan
nilai ilmu, perenungan dan penemuan dalam Islam. Mazhab Muktazilah
mendakwa, antara lain, bahawa manusia mempunyai kehendak bebas
yang mutlak, dan bahawa perbuatan kita tidak ditakdirkan. - See more at:
http://irfront.net/post/articles/kata-pengantar-editor-wacana-pemikiranreformis-jilid-ii/#sthash.6dBcLChZ.dpuf
Justeru ide tentang kebebasan, baik kebebasan naluri, kebebasan
bersuara, kebebasan berucap atau kebebasan untuk membaca apa jua
yang kita ingin baca, bukanlah sesuatu yang asing dalam dunia Islam
klasik. Kaum Berakal (People of Reason) jelas mencita-citakannya. Dan
mereka mungkin telah menuju kepada pembikinan konsep hurriyyah
atau kebebasan yang asli - See more at:
http://irfront.net/post/articles/kata-pengantar-editor-wacana-pemikiranreformis-jilid-ii/#sthash.6dBcLChZ.dpuf
Tetapi ia mencadangkan bahawa faham kemajuan umat Muslimin tidak
harus dimaknai dalam bentuk kuasa negara, atau kawalan terhadap
kehidupan orang lain tetapi pencarian yang asli, penerokaan ilmu dan
penemuan dunia. - See more at: http://irfront.net/post/articles/katapengantar-editor-wacana-pemikiran-reformis-jilidii/#sthash.6dBcLChZ.dpuf

Pengejaran yang tak berkesudahan terhadap Negara Islam

December 30, 2012 by Dr Ahmad Farouk Musa


Sesungguhnya harus difahami bahawa negara bukanlah sesuatu daripada
Tuhan tetapi daripada rakyat. Negara harus melayani rakyat
keseluruhannya dan bukan hanya kumpulan tertentu berdasarkan agama
mereka. Negara harus menjadi neutral dalam semua aspek. Harus juga
dinyatakan dengan jelas bahawa negara adalah produk manusia dan
menguruskan negara memerlukan daya usaha manusia dan bukannya
inspirasi wahyu. Mentadbir negara berada dalam wilayah politik dan bukan
dalam wilayah wahyu. - See more at:
http://irfront.net/post/articles/pengejaran-yang-tak-berkesudahanterhadap-negara-islam/#sthash.6Ri7FHU8.dpuf
Sebarang kepatuhan kepada nilai agama tidak harus dilakukan melalui
paksaan. Negara harus menghormati keyakinan peribadi dan nilai moral
dan tidak mengerahkannya ke atas rakyatnya. - See more at:
http://irfront.net/post/articles/pengejaran-yang-tak-berkesudahanterhadap-negara-islam/#sthash.6Ri7FHU8.dpuf
Negara tidak harus mendikte bagaimana kita harus berpakaian di tengah
khalayak awam kerana ia berada dalam wilayah peribadi. Namun
peraturan bagaimana wanita harus berpakaian kelihatan seakan menjadi
agenda yang utama di bawah kebanyakan kerajaan Islam - See more at:
http://irfront.net/post/articles/pengejaran-yang-tak-berkesudahanterhadap-negara-islam/#sthash.6Ri7FHU8.dpuf
Persoalan dhamir seperti keimanan harus ditinggalkan kepada individu. Ia
bukan urusan negara untuk menjadi pengatur dan penentu dalam hal
yang bersangkut dengan dhamir. Memaksa manusia untuk beriman
terhadap agama yang mereka tidak yakini lagi melalui paksaan oleh
aparatus negara hanya mendorong manusia untuk menjadi golongan yang
munafik. Manusia telah diciptakan bebas dan sebarang tindakan oleh
negara untuk memaksa manusia untuk menganut atau meninggalkan
agama adalah tidak bermakna dan sia-sia. - See more at:
http://irfront.net/post/articles/pengejaran-yang-tak-berkesudahanterhadap-negara-islam/#sthash.6Ri7FHU8.dpuf
Justeru keadilan tidak boleh dicapai melainkan hak asasi dijamin bagi
setiap individu dan kumpulan dalam negara ini. Dan perkara utama dalam
soal hak asasi adalah hak untuk beriman dan menzahirkan keimanan
seseorang.- See more at: http://irfront.net/post/articles/pengejaran-yangtak-berkesudahan-terhadap-negara-islam/#sthash.6Ri7FHU8.dpuf

Anda mungkin juga menyukai