Anda di halaman 1dari 3

5.

5 : KEMAHIRAN MENGENAL PASTI MASALAH


satu usaha kaunselor menonjolkan perkaraperkara penting atau terma-terma utama mengandungi isi dan perasaan klien semasa proses perundingan dibuat. merangkumi aspek mengulang dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh klien. (Mizan & Halimatun, 1996)

5.5.2 - KEMAHIRAN MERUMUS

proses merumuskan segala apa yang dibincangkan di dalam sesi kaunseling mengutamakan bahan-bahan penting yang telah dibincangkan serta perkara-perkara yang akan dibentangkan. Bahasa yang jelas dan mudah difahami harus digunakan. Ibarat proses penggulungan di dlm debat

Kemahiran merumus dan penggulungan merupakan satu cara mengenalpasti dan memberikan semula intipati komunikasi klien dalam bentuk maklum balas. Kedua-dua kaedah ini adalah hampir sama kalaupun tidak betul-betul sama. (Muhd. Mansur Abdullah, 1993)

menceritakan semula apa yang telah didengarnya mengikut ayat-ayat dan pemahaman serta pengalaman. menggunakan penceritaan semula panjang lebar dan mengandungi perkara-perkara penting berkaitan dengan isu yang dibincangkan serta maklum balas jika dibandingkan dengan kemahiran parafrasa. Memudahkan usaha kaunselor untuk memfokus permasalahan klien dibahagikan kepada dua bentuk iaitu rumusan kecil dan rumusan besar.

Rumusan kecil merupakan satu rumusan yang dibuat beberapa kali dalam satu sesi kaunseling (Mizan & Halimatun, 1996) Rumusan pendek merupakan satu daripada cara menyatu dan menggabungkan perkara-perkara kecil yang terdapat semasa temubual (Muhd. Mansur Abdullah, 1993)

Membantu klien dan kaunselor mengingat kembali apa yang sedang diperbincangkan. Menyemak persepsi klien dan kaunselor agar berada di tahap yang sama. Membantu memberi fokus kepada beberapa isu atau tema yang masih belum disatukan. Memastikan pemahaman kaunselor tidak menyeleweng.

Merangsangkan klien agar terus meneroka ke arah perkara yang dirumus oleh kaunselor. Membantu klien melihat sesuatu aspek yang mustahak dengan jelas dan nyata. Kaunselor dapat menumpukan perhatian kepada isi perkara yang penting-penting sahaja untuk dibincangkan. Menerangkan satu-satu keadaan dengan lebih tepat dan nyata.

Kaunselor harus memberi perhatian kepada nada, emosi dan isi penting yang dibincangkan oleh klien. Menyusun idea-idea dan perasaan yang penting dengan baik agar memudahkan klien memahaminya. Gunakan bahasa yang mudah dan elakkan daripada menambah idea baru. (Mizan & Halimatun, 1996) Boleh juga berlaku pada awal sesi kedua & berikutnya.

Dalam masa 15 minit kita berbincang tadi, anda telah menyentuh empat perkara yang sungguh merisaukan anda ketika ini, iaitu masalah kerja yang belum disahkan, desakan teman wanita agar lekas berkahwin dan masalah kewangan yang menyulitkan lagi kehidupan anda. Antara keempat-empat perkara ini, yang manakah agaknya anda rasa perlu dibincangkan dahulu?

Rumusan di atas dapat membantu klien mendengar apa yang telah diperkatakan dan mengajak pula dia berfikir apa sebenarnya yang paling utama ingin diatasinya dahulu. Kebolehan klien memilih isu utama adalah satu langkah yang penting dalam sesi kaunseling. Ia merupakan satu kemajuan dan petanda baik.

Rumusan besar merupakan satu rumusan yang merumuskan kembali segala yang telah dirundingkan dan yang telah dipersetujui untuk menamatkan sesuatu sesi kaunseling. (Mizan & Halimatun, 1996) Rumusan besar merupakan satu rumusan yang merangkumi semua perkara yang besar-besar semasa sesi berlaku. Ia berguna kerana menggabungkan aspek-aspek yang lain semasa temubual (Muhd. Mansur Abdullah, 1993)

Untuk menamatkan sesuatu sesi. Membantu klien mengingat kembali dan memastikan ketepatan kepada perkara yang telah difahami oleh kaunselor. Membantu klien mendapatkan struktur yang jelas untuk bertindak seterusnya.

Isi perundingan. Perasaan yang terlibat. Perubahan yang terjadi. Pemilihan yang dibuat. Langkah yang dipersetujui.

Rumusan

Besar hanya dibuat sekali sahaja


dalam satu sesi

SEKIAN, TERIMA KASIH..

Anda mungkin juga menyukai