Anda di halaman 1dari 7

PERTANDINGAN CATUR ANJURAN SEKOLAH

KEBANGSAAN KOTA

Penganjur : PIBG Sekolah Kebangsaan Kota

PPD Daerah Kota Bharu

Tarikh : 15 April 2019

Tempat : Dewan Besar Sekolah Kebangsaan Kota

Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang

Ahli Jawatankuasa :
 Jawatankuasa Induk
 AJK Persiapan Tempat
 AJK Dokumentasi dan PA sistem
 AJK Makanan
 AJK Hadiah dan Cenderahati
 AJK Peralatan

SENARAI SEMAK

JAWATANKUASA INDUK

Bil Perkara Tindakan / Catatan


Sebelum
1. Memohon kebenaran dari guru besar sekolah
untuk mengadakan pertandingan catur.
2. Menyediakan kertas kerja dan carta gantt untuk
mengadakan pertandingan catur.
3. Membentuk jawatankuasa untuk membuat gerak
kerja.
4. Memastikan kertas kerja diluluskan untuk
memudahkan gerak kerja.
5. Membuat anggaran perbelanjaan untuk program
dan mencari dana.

1
Semasa
1. Memastikan program berjalan dengan lancar.
2. Menyelia dan memantau kelancaran tugas.
3. Memastikan ajk berada pada tempatnya.
4. Membantu ajk dalam membuat keputusan.

Selepas
1. Memastikan ajk membuat laporan.
2. Membuat post mortem untuk cadangan
penambahbaikan.
3. Memberi penghargaan kepada ajk yang
melaksanakan tugas dengan memberi sijil.

SENARAI SEMAK

1) JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT

Bil Perkara Tindakan / catatan


Sebelum
1. Menentukan keperluan dan mengurus persediaan
bahan dan alatan.
-kerusi
-meja
-set alatan catur
-speaker
-mikrofon
2. Memohon kebenaran daripada guru besar untuk
mengunakan dewan besar semasa pertandingan
catur tersebut.
3. Bekerjasama dengan ajk peralatan untuk
menyiapkan susun atur dewan.
Semasa
1. Berada di dewan besar sebelum majlis bermula.
2. Memastikan bahan dan peralatan mencukupi
sepanjang program.

2
3. Sentiasa memantau keadaan susun atur dewan
sepanjang program.
4. Bersedia untuk menggantikan sebarang peralatan
yang rosak semasa program.

Selepas
1. Menguruskan dan mengemas peralatan yang
dipinjam.
2. Memastikan dewan berada dalam keadaan bersih
dan teratur.
3. Memulangkan semula barang dan peralatan yang
dipinjam.
4. Memastikan peralatan yang dipinjam berada dalam
keadaan yang baik dan berfungsi.

2) JAWATANKUASA DOKUMENTASI dan PA sistem

Bil Perkara Tindakan/ catatan


Sebelum
1. Membentuk jawatankuasa mengikut senarai
aktiviti.
2. Menyediakan jadual petugas untuk mengambil
gambar.
3. Menyediakan susun atur perjalanan program yang
hendak didokumentasikan.
4. Meminjam kemera daripada kelab fotografi
sekolah.
5. Memastikan peralatan PA sistem berfungsi
sebelum program.
Semasa
1. Merakam gambar dan video sepanjang
pertandingan catur berlangsung.
2. Membantu mengurus dan mengatur kemudahan
siaraya di dewan besar.

3
3. Memastikan peralatan PA sistem berfungsi
dengan baik sepanjang pertandingan catur
berlangsung.
Selepas
1. Menerbitkan buku dokumentasi penuh untuk
rujukan semua pihak.
2. Membuat salinan dokumentasi program
pertandingan catur dalam bentuk ‘soft copy’.
3. Memulangkan semula camera yang telah
dipinjam.
4. Mengemas peralatan PA sistem dan
menyimpanya di tempat yang selamat.

3) JAWATANKUASA MAKANAN

Bil Perkara Tindakan/ catatan


Sebelum
1. Mendapatkan kafeteria yang menawarkan
perkhidmatan untuk keperluan makanan dan
minuman.
2. Menyediakan bajet dan jenis makanan atau
hidangan yang perlu disediakan bagi
jawatankuasa sepanjang program berlansung.
3. Menyenaraikan bahan makanan serta jadual
memasak.
4. Memastikan segala bahan mentah masakan
mencukupi.
5. Menyediakan kos perbelanjaan untuk bahan
keperluan makanan ketika program.
6. Menyediakan bajet bagi setiap peserta.
7. Membuat tempahan dan memaklumkan jenis
makanan serta jumlahnya.
8. Membeli makanan tambahan untuk keperluan
program.

4
Semasa
1. Memaklumkan kepada peserta tentang hidangan
makanan.
2. Menyediakan hidangan jamuan makanan kepada
pihak-pihak yang berkaitan dan memastikan tiada
ahli jawatankuasa lain yang ketinggalan.
3. Memastikan kebersihan makanan dan tempat
makanan dihidangkan.
4. Memastikan setiap peserta dan pihak yang terlibat
menerima makanan secukupnya.
5. Memastikan bilangan makanan yang disediakan
mencukupi.
Selepas
1. Menyenaraikan masalah-masalah yang berlaku
dalam penyediaan makanan.
2. Memberi cadangan penambahbaikan untuk
program akan datang.
3. Menghadiri mesyuarat post-mortem.
4. Menyediakan laporan khusus mengenai Ahli
Jawatankuasa Makanan.

4) JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAHATI

Bil Perkara Tindakan/ catatan


Sebelum
1. Perlantikan AJK Cenderahati oleh barisan AJK
Tertinggi Program.
2. Mesyuarat dilakukan dalam kalangan AJK
cenderahati untuk menyenaraikan kos
perbelanjaan hadiah untuk dihantar ke AJK
kewangan.
3. Proses pembelian barangan hamper dan hadiah
serta tempahan sijil.
4. Memastikan kuantiti hadiah mencukupi bilangan
penerima.

5
5. Proses penghantaran surat permohonan kertas sijil
kepada penolong kanan ko-kurikulum.
6. Membincangkan tentang draf sijil penghargaan dan
penyertaan sebelum di hantar ke penolong kanan
ko-kurikulum.
7. Proses pencetakan sijil dan kemudian dihantar ke
fakulti untuk dapatkan tandatangan penolong
kanan Ko-Kurikulum.
8. Menyelesaikan tugasan membalut hamper
tersebut.

Semasa
1. AJK cenderahati mendapat dua buah hamper
daripada pihak pengurusan makanan untuk
diberikan kepada tetamu jemputan.
2. Menyusun hadiah mengikut urutan nama
penerima.
3. Penyampaian hadiah serta sijil kepada peserta dan
pemenang pertandingan catur.
4. Penyampaian cenderahati berupa hamper kepada
guru-guru terlibat.

Selepas
1. Post-mortem ringkas sesama AJK Pelaksana.
2. Menyediakan laporan selepas program untuk
dimajukan kepada Setiausaha Program.
3. Menyimpan hadiah dan sijil pemenang dan peserta
yang tidak hadir ke majlis penutup pertandingan
untuk diberikan selepas pertandingan.
4. Memberikan penghargaan kepada AJK terlibat.

5) JAWATANKUASA PERALATAN

Bil Perkara Tindakan/ catatan


Sebelum

6
1. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
2. Menyediakan anggaran perbelanjaan seperti
perbelanjaan untuk membeli alatan dan barang
perhiasan tempat.
3. Menyediakan alatan dan membantu jawatan
kuasa pertandingan.
4. Memeriksa alatan dan memastikan mengikut
spesifikasi.
5. Menyediakan tempat pertandingan di dewan.
6. Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal
bagi melicinkan perlaksanaan program.
7. Menyediakan meja sebagai tempat pendaftaran
semasa pertandingan.
8. Memastikan pentas dalam keadaan bersih dan
teratur semasa hari pembahagian hadiah dan
pingat.
Semasa
1. Mengawal segala pergerakkan alatan supaya tidak
hilang.
2. Sentiasa mengemaskini papan tanda keputusan
semasa pertandingan berlangsung.
3. Memastikan peralatan dan mencukupi dalam
keadaan baik dan boleh digunakan semasa
kejohanan.
Selepas
1. Menyerahkan segala bil-bil pembelian barang
kepada bendahari.
2. Membuat post moterm selepas tamat kejohanan.
3. Mengumpul segala peralatan dan mencatat
semua peralatan untuk dihantar ke pihak
berkenaan

Anda mungkin juga menyukai