Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Dewasa ini, kesalahan bahasa semakin berleluasa. Kita dapat lihat pelbagai kesalahan
bahasa ini baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Penciptaan papan-papan tanda ini di premis-
premis awam ini haruslah menggunakan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa serta
memenuhi kehendak penggunaan bahasa kebangsaan sebagai lambang citra negara bangsa
Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Senario saban hari, kesalahan bahasa di premis-premis awam ini dilihat sebagai “trend”
masyarakat. Hal ini demikian kerana,pemilik premis-premis awam tidak mengambil kira aspek
kesalahan bahasa apabila meletakkan papan tanda di premis mereka. Disebabkan itu, fenomena
kesalahan bahasa di papan-papan tanda di sekitar Malaysia semakin meningkat seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Kesalahan bahasa ini banyak memberi kesan buruk kepada
masyarakat terutamanya para pelajar yang baru berjinak-jinak dengan subjek bahasa. Hal ini
demikian kerana, kesalahan bahasa ini menyebabkan mereka keliru dan akhirnya tidak dapat
skor dalam pembelajaran. Tambahan pula, masyarakat sudah terbiasa dengan papan tanda yang
salah sehinggakan tidak tahu yang mana betul dan yang mana salah dari aspek penggunaan
bahasa.

2.0 POLA KESELARASAN VOKAL

Dalam bahasa Malaysia, ada enam bunyi vokal.huruf-huruf yang melambangkannya ialah a,
e, e, i, o, dan u. Huruf e ditulis dua kali kerana huruf itu melambang dua bunyi vokal yang
berlainan:

i. e pepet : e seperti dalam perkataan e-mak

ii. e taling : e seperti dalam perkataan e-sok.

Pola keselarasan vokal merujuk kepada kesesuaian dua huruf vokal membentuk dua suku
kata pada kata dasar iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf
vokal. Prinsip keselarasan vokal ini berlaku dengan syarat-syarat yang berikut:

A. Keselarasan adalah antara dua huruf vokal pada kata dasar.

B. Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

C. Bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata,yang terlibat dengan sistem
keselarasan vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

1
Terdapat 18 pasang huruf vokal yang telah ditetapkan dalam Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia.

POLA KESELARASAN CONTOH

1. a - a Asah, balak, halaman


2. a - i Alih, balik, sumbangsih
3. a - u Asuh, datuk, lembayung
4. e pepet - a Emas, kelam, tembelang
5. e pepet – i Lebih, betik, sembelih
6. e pepet - u Telur, tempuh, temenggung
7. e taling - a Alak, dewan, belerang
8. e taling – e taling Leceh, gelek, selekeh
9. e taling - o Esok, telor, selekoh
10. i - o Ingat, kilang, selinap
11. i - a Intip, sisih, belimbing
12. i - u Riuh, tidur, tembeliung
13. o - a Otak, borang, sekolah
14. o – e taling Oleh, boleh, celoteh
15. o - o Obor, borong, kelompok
16. u - a Ubat, tumpang, ketupat
17. u - i Usik, kuih, gerusih
18. u - o Untuk, tunduk, tengkujuh

3.0 KESILAPAN EJAAN YANG TERDAPAT PADA PAPAN TANDA

Terdapat beberapa kesilapan ejaaan yang terdapat di papan tanda di premis perniagaan
di kawasan Jitra, Kedah. Kesilapan ejaan bukanlah sesuatu perkara yang remeh. Hal ini kerana
kesilapan ejaan mampu menimbulkan salah faham terhadap masyarakat. Antara kesilapan ejaan
yang terdapat pada papan tanda adalah seperti berikut:

2
PAPAN TANDA 1

Merujuk papan tanda di atas, terdapat kesilapan ejaan pada perkataaan “perabut”. Ejaan
yang betul ialah “perabot”. Pola keselarasan yang sepatutnya terdapat dalam papan tanda ialah
a - o. Hal ini demikian kerana “perabut” merupakan ejaan lama.

PAPAN TANDA 2

Berdasarkan papan tanda di atas, kesalahan ejaan yang dapat dikesan ialah ejaan
perkataan “bilek”. Ejaan yang sebenar ialah “bilik”. Pola keselarasan yang sepatutnya terdapat
dalam papan tanda ialah i - i.

PAPAN TANDA 3

Terdapat kesilapan ejaan pada papan tanda di atas iaitu ejaan “kelinik”. Ejaan yang
betul ialah “klinik”. Pola keselarasan yang sepatutnya terdapat dalam papan tanda ialah i - i.

3
PAPAN TANDA 4

“Satay Kecil dan satay besar” yang ditulis pada papan tanda 4 telah melakukan
kesilapan ejaan. Perkataan yang salah ditulis ialah “satay”. Pembetulan ejaan bagi “satay” ialah
“sate”. Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vocal yang
utama. Berdasarkan pola keselarasan, suku kata praakhir “a” perlu bergabung dengan suku
kata tertutup “e taling”. Dengan ini, perkataan “sate” boleh dieeja dengan betul.

PAPAN TANDA 5

“Alor Star” yang ditulis pada papan tanda 5 telah melakukan kesilapan ejaan. Perkataan
yang salah ditulis ialah “star”. Pembetulan ejaan bagi “star” ialah “setar”. Berdasarkan pola
keselarasan, suku kata praakhir “e pepet” perlu bergabung dengan suku kata tertutup “a”.
Justeru, perkataan “setar” boleh dieeja dengan betul.

PAPAN TANDA 6

Berdasarkan rajah di atas, kesalahan ejaan yang dikenal pasti ialah ejaan perkataan
“mutabak”. Ejaan yang sepatutnya ialah “martabak”. Berdasarkan pola keselarasan, suku kata
praakhir “a” perlu bergabung dengan suku kata tertutup “a”. Justeru, perkataan “martabak”
boleh dieeja dengan betul.

4
PAPAN TANDA 7

Kesalahan ejaan yang terdapat dalam papan tanda di atas ialah ejaan perkataan
“koeytoew”. Ejaan yang sebenarnya ialah “kuetiau”. Berdasarkan pola keselarasan, suku kata
praakhir “u” perlu bergabung dengan suku kata tertutup “a”. Justeru, perkataan “kuetiau” boleh
dieeja dengan betul.

PAPAN TANDA 8

Merujuk papan tanda di atas, terdapat kesilapan ejaan pada perkataan “bihun”.
Perkataan yang sepatutnya ialah “mihun”. Pola keselarasan yang sepatutnya terdapat dalam
papan tanda ialah i - u.

PAPAN TANDA 9

Papan tanda di atas salah mengeja perkataan “tulin”. Ejaan yang betul ialah “tulen”. Pola
keselarasan yang sepatutnya terdapat dalam papan tanda ialah u – e pepet.

5
PAPAN TANDA 10

Perkataan “celop” yang ditulis pada papan tanda 10 itu telah melakukan kesilapan ejaan.
Pembetulan ejaan bagi “celop” ialah “celup”. Suku kata praakhir “e pepet” perlu bergabung
dengan suku kata tertutup “u”. Justeru, perkataan “celup” boleh dieeja dengan betul.

PAPAN TANDA 11

Papan tanda di atas salah mengeja perkataan ”warong”. Ejaan yang betul ialah “warung”.
Pola keselarasan yang sepatutnya terdapat dalam papan tanda ialah a - u.

PAPAN TANDA 12

“Nasi Campur Selera Kampong”, papan tanda ini telah melakukuan kesilapan ejaan.
Antara kesilapan ejaannya ialah “kampong”. Ejaan yang betul bagi perkataan itu ialah “kampung”.
Berdasarkan pola keselarasan vokal, suku kata praakhir “a” mestilah bergabung dengan suku
kata akhir tertutup “u” supaya ejaan “kampung” betul.

6
PAPAN TANDA 13

Kesalahan yang terdapat dalam iklan di atas ialah ejaan perkataan “obat”. Ejaan yang
betul ialah “ubat” kerana menggunakan pola keselerasan u - a.

PAPAN TANDA 14

“Asri Apom Balek”, papan tanda ini telah melakukuan kesilapan ejaan. Antara kesilapan
ejaannya ialah “apom” dan “balek”. Ejaan yang betul bagi perkataan itu ialah “apam” dan “balik”.
Berdasarkan pola keselarasan vokal, suku kata praakhir “a” mestilah bergabung dengan suku
kata akhir tertutup “a” supaya ejaan “apam” betul. Manakala bagi ejaan “balik” mestilah
menggunakan pola keselarasan a – i.

PAPAN TANDA 15

Kesalahan papan tanda di atas ialah ejaan perkataan “sehat”. Ejaan yang betul ialah
“sihat”. Pola keselarasan yang sepatutnya terdapat dalam papan tanda di atas ialah i – a.

7
4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, masalah kesalahan ejaan di premis-premis awam dapat di atasi sekiranya


semua pihak memainkan peranan dengan baik. Usaha yang proaktif perlu dilakukan agar
kesalahan ejaan dapat diatasi dan diperbaiki. Masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan
bekerjasama dengan kerajaan demi mencapai matlamat yang di inginkan. Masalah kesalahan
ejaan tidak dapat di atasi sekiranya tiada usaha yang bersungguh-sungguh daripada semua
pihak. Justeru, sebagai masyarakat yang mencintai bahasa kebangsaan kita perlulah peka
dengan kesalahan-kesalahan bahasa ini. Hal ini demikian kerana, bahasa jiwa bangsa.

8
Bibliografi
Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim & Mashudi Kader. (1987). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hajah Noresah bt. Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Intan Isna. (2011, Februari 07). blogspot. Retrieved from POLA KESELARASAN VOKAL: http://pengajian-
ipg.blogspot.my/2011/02/pola-keselarasan-vokal.html

IPG KAMPUS BAHASA MELAYU. (2014, Ogos 27). slideshare.net. Retrieved from pola keselarasan vokal:
https://www.slideshare.net/mashudibahari/pola-keselarasan-vokal-38432129

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2004). Tatabahasa Dewan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rosakejora. (2009, Ogos 30). scribd. Retrieved from bahasa melayu (pola keselarasan vokal):
https://www.scribd.com/archive/plans?doc=19227154&metadata=%7B%22context%22%3A%2
2archive%22%2C%22page%22%3A%22read%22%2C%22action%22%3Afalse%2C%22platform%2
2%3A%22web%22%2C%22logged_in%22%3Atrue%7D

S. Nathesan. (1995). Beberapa Persoalan Penggunaan Bahasa Melayu Dan Penyelesaiannya. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syafiqah Mohamed Noor. (2014, Januari 04). SlideShare. Retrieved from Laporan kesalahan ejaan:
https://www.slideshare.net/IQASIPUT/laporan-kesalahan-ejaan

Anda mungkin juga menyukai