Anda di halaman 1dari 2

Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, 06000 Darulaman, Kedah

Minggu Praktikum :2

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 16 Jun 2019

Tajuk Jurnal : Penghasilan Bahan Bantu Mengajar yang kurang menarik

1. Isu yang difokuskan:

Penghasilan bahan bantu mengajar yang kurang menarik perhatian murid semasa Pdp.

2. Analisis isu yang difokuskan (Punca dan kesan Isu):

Punca penghasilan bahan bantu mengajar yang kurang menarik ialah saya telah menggunakan
bahan 2D. Bahan seperti kad gambar kurang memberi rangsangan yang kuat kepada murid
semasa Pdp. Mereka kurang berminat untuk berinteraksi dengan bahan yang disediakan. Ini
menyebabkan Pdp yang dijalankan kurang lancar dan menyebabkan aktiviti yang telah dirancang
terpaksa tukar atau memendekkan masa langkah tersebut.

3. Kajian lampau terhadap Isu:

Menurut Ahmad dan Tamuri (2010), penggunaan bahan bantu mengajar TMK dapat
merangsangkan minda murid dan menarik perhatian mereka semasa Pdp. Secara tidak langsung,
aktiviti Pdp yang diadakan dapat mencapai objektifnya serta membantu murid menguasai
pembelajaran pada hari tersebut.

4. Cadangan dan idea penyelesaian Masalah:

Berdasarkan kepada analisis yang saya lakukan terhadap isu ini telah saya kenal pasti, saya
bercadang untuk:

 Menghasilkan bahan bantu mengajar dan belajar berunsur TMK.


 Memastikan penjelasan cara penggunaan bahan dengan jelas.
 Membimbing dan memantau murid menggunakan bahan tersebut.

5. Tempoh Masa Penyelesaian:

1 minggu

6. Tindakan Susulan:
Saya akan menghasilkan bahan yang berunsur TMK seperti tayangan video, PPT berinteraksi
dan lain-lain. Saya juga akan memastikan menjelaskan cara penggunaan bahan kepada murid
sebelum menggunakannya.

7. Tarikh Tindakan Susulan dilaksanakan:

17 Jun 2019

8. Keberkesanan langkah yang dicadangkan:

Tindakan yang dilaksanakan dengan menggunakan cadangan tersebut telah memberi impak
yang positif, ini dapat diperhatikan semua murid di dalam kelas telah menunjukkan minat yang
tinggi dan ingin mencuba bahan tersebut. Sepanjang Pdp setiap murid dapat menumpukkan
perhatian mereka dan kebanyakan objektif pengajaran Pdp hari tersebut dapat dicapai.

9. Kesimpulan:

Saya berasa berpuas hati dengan prestasi murid semasa Pdp dijalankan apabila cadangan
tindakan saya berjaya menyelesaikan masalah saya.

Rujukan:

Ahmad, S. F., & Tamuri, A. H. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar
berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic
Education, 2(2), 53-64.

Anda mungkin juga menyukai