Anda di halaman 1dari 2

Cara permainan wau

Cara-cara bermain wau atau layang-layang. Pada


kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang,
iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi
dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila
angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus
angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau atau layang-layang tersebut
tinggi di udara.

Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi


wau yang dihias berwarna-warni. Di masa kini
walaupun wau atau layang-layang masih
mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah
mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan
juga antarabangsa.

Pelbagai bentuk dan corak wau dan layang-


layang telah dicipta, ada layang-layang yang
berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang
dimainkan dengan menggunakan dua utas tali.
Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang
masih mendapat tempat di Malaysia, terutama ketika
hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau
antarabangsa.
http://carikerja11.blogspot.com/2014/06/cara-cara-
bermain-wau-atau-layang-layang.html

Anda mungkin juga menyukai