Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN SUKAN TAHUNAN 2014

TEMPAT : PADANG SMKTB


TARIKH : 22 APRIL 2016
MASA : 7.45 PAGI
JURUACARA : PN NORADILLAH BT ABD SAMAD
: PN NURUL AIN FATHIHAH BT MOHD ROSHIDAN

Nama Teks Catatan


Para tetamu
Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat diminta
berdiri
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, Encik Abdul Wahab bin Tahir

YDP PIBG SMK Tanjong Bunga.

***hadirin dijemput duduk

Ucapan Alu-aluan

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia En Abdul Wahab bin Tahir


Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga

Yang berusaha Puan Sharifah bt Abdul Gany,


Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga

Puan Faridah Bt Abdul Wahab


Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga

En Chew Siew Ghee


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga

Encik Abdul Samad bin Ismail


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga

Yang dimuliakan
Barisan guru-guru, Ahli jawatan kuasa PIBG, ibu bapa dan yang dikasihi para
pelajar sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera.


Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian En Abdul Wahab bin
Tahir Yang DiPertua PIBG kerana menghadirkan diri bagi memeriahkan
Kejohanan Olahraga Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TANJONG BUNGA KALI KE-42,
TAHUN 2014.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi,


kerana atas limpah kurnia-NYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari
yang bersejarah ini untuk menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 42.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan
untuk hadir memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua
membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk menjulang dan
memartabatkan SMKTB ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan.

PERASMI MENERIMA TABIK HORMAT


Taufik beri
Upacara perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan dimulakan dengan upacara lintas arahan
hormat oleh kontinjen-kontinjen yang terdiri daripada Unit beruniform, Rumah pasukan
Sukan serta Prndidikan Khas serta Lembaga Pengawas. perbarisan
berarak

Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Berbahagia En Abdul


Wahab bin Tahir Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru diringi Puan
Sharifah bt Abdul Gany untuk menerima tabik hormat

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

****Taufik bagi arahan cepat jalan.


****Muzik perbarisan dimainkan

Upacara Perarakan Rumah Sukan dan Panji Kejohanan

Hadirin yang dihormati,

Sekarang, Upacara Pembukaan Rasmi Kejohanan akan dimulakan dengan


perarakan kontinjen rumah sukan yang terdiri daripada rumah Biru, Hijau, Kuning
dan Merah.

Mengetuai kontinjen perbarisan pada hari ini ialah Komandan Perbarisan


Koperal Irwan Yuhazril diikuti oleh Ketua Olahraga

Menyusun langkah bak pahlawan


membawa Jalur Gemilang,
Nur Hidayah Binti Mohamed membawa bendera Negeri Pulau Pinang,
dan Mohd Adib Izzat Bin Mad Nor membawa bendera sekolah.
Seterusnya, perbarisan lintas hormat disambung dengan perarakan rumah sukan
SMKTB.

Tampil setia dengan warna biru ialah Kontinjen Rumah Biru di bawah pimpinan
Saudara Mohd Syafiq Bin Yusri.

Cik Sarimah merupakan guru yang bertanggungjawab menguruskan rumah sukan


ini.

Rumah Biru berpegang dengan slogan

“_________________________________________”

Maskot pasukan ini ialah _____________________ yang diharap dapat membuat


perubahan ke arah rumah biru yang lebih gemilang. Pada tahun ini, diharapkan
Rumah Biru dapat memperbaiki kedudukan mata berbanding tahun lepas.

Kontinjen serba hijau melangkah gagah ialah Rumah Hijau yang diketuai
Saudara Mohd Amir Farhan Bin Awaludin, gagah melangkah dengan slogan
rumah sukan ‘ Hijau Hebat ! Hijau Kuat! ‘

Guru yang yang bertanggungjawab ialah Pn Afida Md Husin.

Maskot Rumah Hijau ialah ________________ yang melambangkan

__________________________________________________________________.

Pasukan ini diharap dapat berusaha dengan lebih jitu untuk merampas takhta
kejuaraan pada tahun ini.

Menyusul seterusnya dengan warna kuning diraja ialah Pasukan Rumah Kuning
diketuai Saudara Mohd Hafis bin Mohd Rafi.

Pada tahun ini, Rumah Kuning mendapat sentuhan Guru Rumah iaitu Puan
Rosidah Binti Ismail

Setelah menduduki takhta kejohanan pada tahun lalu, Rumah Kuning percaya
akan menang psikologi dan mampu mengatasi rumah-rumah lain pada tahun ini.

Dengan moto pasukan ____________________________________________

marilah kita sama-sama berharap agar pasukan ini tidak akan dilanda kecewa.

Tampil Merah Garang ialah kontinjen Rumah Merah yang melangkah dengan
semangat membara dan slogan pasukan

“________________________________________________________”

Pasukan ini diketuai oleh Saudara Mohd Taufik bin Rosman.

Rumah ini diselia oleh Puan Siti Aishah binti Aziz.


Maskot rumah merah iaitu _____________________ melambangkan kekuatan dan
kehebatan rumah merah.

Kontinjen terakhir ialah pembawa panji-panji terdiri daripada Badan Pengawas


bersama panji meriah berwarna-warni.

Sekarang kita sedang menyaksikan perarakan masuk Bendera Kejohanan


Olahraga oleh 4 anggota Kadet Remaja Sekolah yang begitu segak dan mantap
sekali.

Untuk makluman para hadirin sekalian, empat warna yang terdapat dalam empat
gelung mewakili empat buah rumah sukan, iaitu biru, hijau, kuning dan merah.

Layar putih yang mendasari bendera kejohanan bermaksud ketulusan dan


keikhlasan dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan, sama
ada sebagai guru atau pelajar dalam meningkatkan mutu sukan ke arah
SMKTB cemerlang.

Gelung bertindih melambangkan semangat perpaduan yang utuh antara


setiap pasukan yang bertanding.

Manakala obor yang menyala melambangkan semangat kesukanan yang


tinggi dan tidak pernah padam dalam jiwa setiap para pelajar

**TUNGGU ARAHAN BERHENTI OLEH KOMANDAN

Bacaan Doa

Hadirin yang dihormati.


Untuk memberkati temasya sukan tahunan ini, majlis dengan sukacitanya
menjemput Encik Mohd Fazli Bin Ibrahim untuk memimpin bacaan doa. Majlis
mempersilakan dengan segala hormatnya.

Amin...amin...amin...ya Rabbal alamin...

Terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Fazli Bin Ibrahim atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi . Semoga Yang Maha Esa memberkati Kejohanan Sukan
Tahunan kali ke 40 kita pada pagi ini

Nyanyian Negaraku

Seterusnya, kita akan menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau
Pinang.

Hadirin diminta berdiri.**************

Terima kasih diucapkan atas nyanyian lagu sebentar tadi. Hadirin dijemput duduk.
Ucapan Pengetua

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis dengan penuh takzim menjemput Cik Nooriah Binti Mohamad, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

****** bla bla bla bla pot pet pot pet…..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh
puan pengetua sebentar tadi.

Ucapan Tetamu Kehormat

Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan daripada
Tetamu Kehormat. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang
Berbahagia Dato’ Haji Ahmad bin Ismail untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SMKTB kali ke-40.

**...perasmian…bunyi drum roll…bendera dinaikkan…maka rasmilah sudah


Kejohanan Olahraga Tahunan…VIP duduk

(VIP duduk
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada Dato’ Haji Ahmad bin Ismail dulu)
kerana menyempurnakan upacara perasmian itu tadi

Dengan berkibarnya Bendera Kejohanan, maka rasmilah sudah Kejohanan


Olahraga Tahunan kali ke 40. Diharap agar semua pelajar dapat melakukan yang
terbaik dan bersaing secara sihat dalam kejohanan pada tahun ini. Seterusnya,
menjadikan SMK Tanjong Bunga sekolah yang cemerlang selaras dengan visi dan
misi sekolah.

Hadirin sekalian,

Kejohanan Olahraga tahunan kita pada pagi ini disemarakkan lagi dengan lafaz
ikrar yang diketuai oleh Kapten Olahraga Saudara Mohd Afif Luqman Bin
Azmi

Dipersilakan

Perarakan Keluar Kontijen

Dengan terpatrinya lafaz ikrar sebentar tadi, maka selesailah sudah upacara
perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-40.

Sekarang dipersilakan semua kontinjen yang mengambil bahagian untuk bergerak


keluar ke khemah masing-masing bagi kita meneruskan acara sukan pada pagi ini.
Sebagai halwa mata dan telinga, sebentar lagi kita akan menyaksikan gimik
permainan sepak takraw daripada Kelab Sepak Takraw dan persembahan
bertenaga daripada Kelab Taekwondo SMK Tanjung Bunga.

Majlis menjemput pelajar Kelab Sepak Takraw untuk melakukan gimik


persembahan.

Yang Berbahagia Dato Haji Ahmad Bin Ismail dijemput turun ke padang untuk
bersama-sama dengan pelajar bermain sepak takraw.

Dipersilakan.

Pencapaian sepak takraw Umum


Untuk pengetahuan para hadirin, guru penasihat Kelab Sepak Takraw SMK semasa
Tanjong Bunga adalah Encik Mohd Rezuan Bin Ahmad. Hasil sentuhan emasnya, permainan
SMK Tanjong Bunga telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi dalam berlangsung.
sukan sepak takraw.

Antara pencapaian yang membanggakan pihak sekolah adalah

1.

2.

3.

**************** tunggu permainan selesai

Terima kasih diucapkan kepada pelajar dan Yang Berbahagia Dato atas kesudian
turun padang untuk bersama-sama melakukan gimik permainan itu tadi.

Seterusnya majlis menjemput Kelab Taekwando untuk membuat persembahan.


Dipersilakan.

Pencapaian Kelab Taekwando


Umum
Para hadirin sekalian, kelab yang menjalankan latihan pada setiap hari rabu ini semasa
diuruskan oleh guru penasihatnya, Cik Lim Siew Wan. Manakala ketangkasan dan persembahan
disiplin para pelajar kelab ini merupakan hasil didikan tegas jurulatih kelab, Encik
Gunasekaran A/L Manivelo.

Antara pencapaian cemerlang kelab ini adalah

1.

2.

3.

**************** tunggu persembahan selesai


Terima kasih diucapkan atas dua persembahan menarik sebentar tadi.

Penyampaian Cenderamata

Sebagai tanda terima kasih dan ingatan berpanjangan daripada kami, dijemput
Puan Pengetua Cik Nooriah bt Mohamad diiringi Penolong Kanan
Pentadbiran Cik Athiyah Abd Razak untuk menyampaikan cenderamata kepada
Dato’ Haji Ahmad bin Ismail

Sirih puan terselit di jari,


Ingin ku cecah kapur di gagang;
Kesudian Tuan hadir ke mari,
Temasya yang indah tambah gemilang.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Dato’ Haji Ahmad bin Ismail.
Semoga buah tangan daripada pihak kami menjadi tanda ingatan tuan kepada kami
di sini.

Acara balapan akan bermula dalam masa 5 minit dari sekarang.

Perhatian - Diminta semua pegawai kejohanan yang bertugas di padang untuk


bersedia kerana acara balapan akan dimulakan sebentar saja lagi.

ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk Buku Aturcara)

***Kejohanan Olahraga Tahunan pada pagi ini dimulakan dengan acara.

Berikut adalah senarai peserta yang mengambil bahagian.

**RUJUK BUKU PROGRAM

(REHAT)

Hadirin hadirat sekalian dimaklumkan bahawa acara kejohanan sukan tahunan


Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjong Bunga berhenti rehat seketika.

ACARA OLAHRAGA BERSAMBUNG

**RUJUK BUKU PROGRAM

Kini tibalah kita di acara kemuncak kejohanan olahraga tahunan sekolah iaitu
pertandingan akhir acara tarik tali antara pasukan
…………………………………………….

Diminta guru rumah sukan masing-masing menyediakan peserta masing-masing.


Diminta semua kontinjen badan beruniform dan pasukan rumah sukan berkumpul
di padang untuk upacara penutupan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah.

1.____________________
2.____________________
3.____________________
4.____________________

Penutup

Akhir kata dari kami berdua,


Maaf atas keterlanjuran kata dan bahasa, Syabas untuk semua dan
“Majulah Sukan SMKTB demi menjulang kecemerlangan di persada marcapada”

Majlis menjemput En Chiew Siew Ghee untuk mengetuai sorakan penutup.

TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN


KALI INI.
HIP-HIP…..HOORAY 3X

Dengan sorakan itu, maka berakhirlah kejohanan Olahraga Tahunan kita kali ke 40
ini. Akal yang cerdas bermula dari badan yang sihat.

Sebelum majlis bersurai semua pelajar diminta membersihkan kawasan padang .

Wabillahitaufik wslmk wrt

SEKIAN TERIMA KASIH

*emcee sila alert!!


- disiplin pelajar.
-markah keseluruhan terbaru setiap rumah sukan
-keputusan tak rasmi
-kebersihan padang
-sebelum penyampaian hadiah, umumkan terlebih dahulu supaya guru rumah sukan dapat menyediakan
peserta

Anda mungkin juga menyukai