Anda di halaman 1dari 3

Apakah Covid-19?

Novel Coronavirus atau Covid-19 in merupakan satu strain coronavirus yang baru dijumpai
pada 2019 di Wuhan, China. Jangan confuse ya, coronovirus dah ada lama dah, cuma
Covid-19 (satu strain atau mutasi baru) yang tengah hangat sekarang. Menurut World Health
Organization (WHO), virus ini boleh menjangkiti daripada seorang individu ke individu yang
lain melalui titisan pernafasan (bersin, batuk & sebagainya) dan sentuhan langsung. Ia juga
boleh duduk di atas permukaan objek seperti butang lif dan tombol pintu. Buat masa
sekarang, pada 6.1.2021, terdapat 86,833,587 orang yang telah dijangkiti seluruh dunia dan
akan terus meningkat dan meningkat. Ada 4 simptom yang paling lazim; demam, batuk kering
dan kesukaran untuk bernafas termasuklah kehilangan deria rasa dan bahu. Jika anda
mengalami mana-mana simptom ni, pergilah ke klinik atau hospital berdekatan dengan me -
makai pelitup muka dan elakkan bersosial dengan orang lain.

Apakah Impak Covid-19 Terhadap Dunia?

4 Cara Untuk Mencegah Covid-19

1. Sentiasa Pakai Face Mask

Buat masa kini, Malaysia salah satu negara di dunia ini yang mewajibkan penggunaan pelitup
muka apabila di kawasan awam yang sesak seperti di mall dan supermarket. Pada 1 Ogos
2020, Menteri Kanan Keselamatan (MKN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat
pengumuman yang mewajibkan pemakaian tersebut. Pastikan anda pakai ya, kalau tak,
boleh kena RM 1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988). Habis melayang duit belanja. Sekarang face mask 3-ply (warna biru) hanya-
lah lebih kurang RM 10.00 untuk 50 keping sekotak, jangan lupa beli dan pakai.

Pelitup Muka 3-Ply


2. Amalkan Kebersihan Diri (Personal Hygiene)

Yang pertama, apabila anda pulang dari mana-mana luar rumah ke rumah anda,
pastikan anda basuh dahulu tangan anda secara menyeluruh dengan menggunakan sabun.
Kita tidak tahu sama ada virus ni ada atau tak di tangan kita. Yang kedua, jika anda berada
dalam keadaan tidak memakai mask ketika makan di restoran atau bersenam di taman,
pastikan anda tutup mulut dan hidung ketika nak bersin atau batuk kerana Covid-19 ini
memang cepat dia terapung dan jangkiti orang lain. Yang ketiga, kerapkan mandi. Kalau
sesiapa yang suka mandi sehari sekali tu, up sikit jadi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kita
tak tahu kat mana virus ni melekat, boleh jadi tangan, kaki, dan sekitar bahagian yang lain.

3. Penjarakan Diri (Social Distancing)

Antara punca utama, hampir seluruh negara di dunia memperkenalkan “Lockdown” adalah
untuk elakkan rakyatnya daripada berdekatan antara satu sama lain. Seperti yang telah
dikatakan, dengan hanya bersin atau batuk daripada orang yang bergejala, semua orang
dalam radius 1 meter berkemungkinan sangat tinggi untuk dijangkiti Covid-19. Jadi apa yang
perlu kita buat? Apabila dalam keadaan sesak seperti di mall atau mesin ATM, pastikan anda
jarakkan diri anda dengan orang sekeliling anda sejauh 1 meter. Dengan cara ini, peratus
anda untuk dijangkiti menurun secara mendadak menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr.
Noor Hisham Abdullah.

Ihsan daripada Kementerian Kewangan Malaysia


4. Stay At Home (Duduk Di Rumah)

Frasa “Stay At Home” sentiasa bergema di seluruh negara serta di negara-negara luar seperti
United Kingdom & United States. Pada awal pandamik ini, setiap negara bergesa-gesa nak
Lockdown kerana tak tahu nak buat apa lagi. Sekarang, dengan nasihat WHO, orang yang
bergejala sahaja yang tinggal di rumah atau terus ke hospital jika anda rasa risau. Sekali lagi,
simptom Covid-19 adalah batuk kering, selesama, demam, hilang deria rasa dan bau dan
juga ketidakselesaan kepada tekak.

Ihsan Daripada Jabatan Pergigian Negara

Anda mungkin juga menyukai