Anda di halaman 1dari 17

TAFSIR AL FATIHAH

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah


dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
SURAH ini dinamakan dengan berbagai-bagai nama seperti al-Fatihah, Um
al-Kitab, as-Sabai al-Masthani dan lain-lain. Imam al-Qurtubi menghitung
12 nama Fatihah, sedangkan al-Alusi menyebut sebahagian ulama
mengira sampai dua puluh dua nama, sama ada secara tauqif daripada
nabi atau ijtihad para sahabat.
Mempunyai tujuh ayat dengan ijmak yang bersalahan ulama pada cara
bilangannya, sama ada basmalah termasuk dalam ayat atau tidak.
Surah al-Fatihah termasuk surah-surah Makkiah seperti yang dinyatakan
oleh al-Wahidi dalam Asbab an-Nuzul dan ath-Thalabi oleh Ibn Abi
Syaibah, Abu Naim dan al-Baihaqi.
Ada pendapat yang menganggap surah ini termasuk surah Madaniah
berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, Abu Said
bin al-Arabi, at-Tabarani daripada Mujahid daripada Abi Hurairah :
menangislah iblis ketika diturunkan al-Fatihah di Madinah.
Menghimpun
Pendapat yang ketiga, ia diturunkan dua kali, Mekah dan Madinah sebagai
menghimpun antara riwayat-riwayat.
Nas-nas hadis yang menunjukkan banyak kelebihan surah al-Fatihah
antaranya :
1. Sebesar-besar surah dari segi kelebihannya seperti riwayat al-Bukhari
daripada Abi Said bin Mualla.
2. Tiada tandingan dan bandingan dengan mana-mana surah dan kitab
seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Furqan daripada surah al-Fatihah seperti
riwayat Imam Ahmad daripada Ubay bin Kaab.
3. Dua cahaya yang digembirakan oleh malaikat iaitu al-Fatihah dan
penutup surah al-Baqarah seperti riwayat Muslim daripada Ibn Abbas.

4. Penyembuh penyakit seperti terkena patukan ular, kala jengking dan


lain-lain. Ini dinyatakan al-Bukhari dan Muslim daripada Abi Said al-Khudri.
5. Kelebihan Fatihah jelas apabila diwajibkan dalam setiap rakaat solat
seperti riwayat al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmizi daripada Abu Hurairah.
6. Menyembuh penyakit gila seperti riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, anNasai, Ibn Sunni, Ibn Jarir, al-Hakim yang mensahihkannya daripada
Kharijah bin as-Salt at-Tamimi daripada bapa saudaranya yang datang
bertemu Rasulullah s.a.w. dan pulang, kemudian lalu di perkampungan
yang terdapat seorang lelaki yang dirantai dengan besi lantas kata
keluarganya : Adakah kamu boleh rawatnya, kerana kamu datang
daripada sahabatmu (Rasulullah s.a.w.) yang amat baik.
Aku pun membaca al-Fatihah selama tiga hari sebanyak dua kali pada
waktu pagi dan petang setiap hari, aku hembus ke mukanya kemudian
dengan izin Allah dia sembuh dan diberikan kepadaku 100 ekor kambing,
aku datang kepada Rasulullah s.a.w. dan menceritakannya, sabda
Rasulullah s.a.w : Makanlah, siapa yang berjampi dengan bathil?
Sesungguhnya kamu berjampi dengan sebenarnya.
Inilah sebahagian daripada fadilat al-Fatihah.
INTI PATI DAN KANDUNGAN
Al-Fatihah mempunyai makna-makna al-Quran yang diasaskan dengan
maksud-maksud secara ijmal, terdiri daripada usul ad-din dan cabangcabangnya seperti akidah, ibadah, tasyri, iktikad dengan Hari Akhirat,
beriman dengan sifat-sifat Allah yang mulia, mengesahkannya dalam
beribadat, meminta pertolongan dan doa.Selain itu memohon hidayah ke
jalan yang benar di samping menetapkan iman dan jalan orang-orang
solehin, menjauhkan daripada golongan yang dimurka Allah dan yang
sesat. Justeru dinamakan Um al-Kitab kerana menghimpun segala
maksud-maksud asas.
As-Shahid Hasan al-Banna dalam risalahnya Mukadimah fi at-Tafsir
berkata : Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang mulia ini pasti
dapat melihat kayanya makna dan keindahannya serta keserasiannya,
antara lain dapat dilimpahi cahaya pada hatinya.
As-Shahid Syed Qutb dalam tafsirnya Fi Zilal al-Quran antara lain berkata
: Sesungguhnya surah ini mengandungi inti pati akidah Islamiyah

tasawwur Islami, perasaan dan harapan doa kepada Ilahi yang


diisyaratkan daripada hikmah pemilihan surah ini pada setiap rakaat solat.
As-Syeikh Abdul Rahman Habannakah al-Midani di dalam kitabnya Ma`arij
at-Tafakkur membahagikan inti pati al-Fatihah kepada empat :
1. Asas iman yang wajib diimani hamba-hamba Allah yang diujinya ketika
berkelana di dunia secara mesti.
2. Tuntutan Allah terhadap hamba-Nya beribadat dan bergantung kepadaNya tanpa sekatan dengan yang lain.
3. Agama pilihan Allah bagi hamba-hamba-Nya yang diuji, hanya sirat almustaqim yang dapat kemenangan yang disuruh pohon hidayah kepadaNya.
4. Dua masa ujian, ujian di dunia dalam kehidupan semenjak lahir dan
hingga kiamat terhadap tuntutan Allah.
Justeru dinamakan surah ini Um al-Quran kerana rangkuman segala inti
pati al-Quran
TAFSIR AYAT PERTAMA
Basmalah maksudnya : Dengan menyebut nama Allah Yang Maha
Pemurah lagi Maha Penyayang. Makna ayat ini ialah, akan memulakan
menyebut nama Allah sebelum setiap sesuatu dengan memohon
pertolongan kepada Allah dalam segala urusan, kerana Allah bersifat
Maha Perkasa di atas setiap sesuatu.
Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya Muhammad
s.a.w. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah dimulakan dengan
nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah bagi sekalian makhlukNya sama ada percakapan, surat, kitab dan hajat-hajat.
Gesaan ini jelas dengan arahan Allah dalam ayat pertama yang
diturunkan dalam surah al-`Alaq. Justeru Allah mukadimahkan ayat ini
pada semua surah kecuali surah at-Taubah. Ini kerana mengikut
sebahagian ulama, ayat ini untuk memohon rahmat sedangkan surah atTaubah mengkisahkan tentang perang atau hukuman Allah.
Dicabut

Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi
Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : Setiap
sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah, ia akan terputus. Hadis
ini dihasankan oleh an-Nawawi, maksud `terputus di sini adalah dicabut
daripada kebaikan dan berkat.
Al-Alusi dalam kitabnya Ruh al-Maani berkata : Ulama khilaf adakah
ayat ini khusus untuk umat ini atau tidak? Abu Bakar at-Tunisi menaqalkan
ijma ulama bahawa Allah mukadimahkan setiap kitab-Nya dengan
basmalah.
Dalam basmalah terdapat tiga nama Allah, iaitu Allah, ar-Rahman dan arRahim. Allah adalah nama bagi zat yang wajib ada yang bergantung
segala alam dengan-Nya seperti firman Allah s.w.t : Hai manusia, kamu
semua fakir (berhajat) kepada Allah, dan Allah bersifat Maha Kaya lagi
Terpuji.
Satu-satunya nama yang dikaramahkan Allah ialah nama-Nya sendiri
`Allah yang tidak disekutukan oleh mana-mana makhluk termasuk
manusia yang Islam atau bukan, yang bertamadun atau tidak. Semuanya
tidak menamakan anak-anak mereka dengan nama Allah. Inilah ajaib
nama ini.
Perbezaan antara Allah dan ilah, iaitu Allah menunjukkan kepada nama
khas bagi zat yang Maha Suci tidak disekutukan dengan yang lain, yang
bermaksud Tuhan yang diabdikan dengan sebenarnya. Sebaliknya ilah
menunjukkan umum, sama-ada kepada Allah, Tuhan yang sebenar atau
tuhan-tuhan lain yang bathil.
Ar-Rahman dan ar-Rahim menunjukkan rahmat Allah yang meliputi
sekalian makhluk. Ar-Rahman dan ar-Rahim apabila disekalikan
sebutannya memberi makna yang berbeza. Ar-Rahman lebih umum dan di
dunia ini, sedangkan ar-Rahim khusus untuk ahli taat di Hari Akhirat.
Sebaliknya apabila disebut ar-Rahman atau ar-Rahim sahaja, ia mewakili
antara satu sama lain seperti pendapat Syeikh Abdullah Sirajuddin di
dalam tafsir surah al-Fatihah.
Hikmah dikhususkan sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim dalam basmalah
kerana beberapa perkara :

1. Supaya hamba-Nya tahu bahawa Allah Tuhan mereka bersifat Rahman


dan Rahim untuk menjadikan mereka taat dan beribadah memohon
kepada-Nya.
2. Nama ar-Rahman meliputi segala alam yang kesannya dapat dilihat dan
dibuktikan. Dan semua makhluk seperti manusia, jin dan lain-lain dicipta
dengan rahmat Allah, justeru dengan menghayati kalimat ini
menambahkan lagi ketaatan kita kepada Allah.
Kenapa disebut dengan nama Allah, bukan Allah sahaja?
Persoalan ini timbul adakah diminta harap atau doa kepada Allah atau
nama Allah. Jawabnya : Dengan Allah, tetapi Allah sendiri yang menyuruh
bertawassul dengan nama-Nya, justeru tidaklah menjadi masalah.
Kedua, al-Allamah Abu Suud membezakan antara sumpah dan minta
berkat, ini kerana kenyataan seseorang dengan Allah boleh diandaikan
sebagai sumpah dan juga tabarruk. Oleh itu diletakkan nama Allah untuk
membezakannya. Inilah yang sahih seperti kenyataan ahli tahqiq daripada
kalangan mufassirin.
Ibadah Matlamat asal ciptaan jin dan manusia
AYAT ketiga (AR-RAHMAN AR-RAHIM). Maksudnya : Maha Pemurah lagi
Maha Penyayang. Dua sifat ini diambil daripada rahmat, ar-Rahman atas
wazan falan untuk menunjukkan lebih dan banyak, kerana hendak
diibaratkan dengan banyaknya rahmat.
`Ar-Rahman sebahagian ulama menganggap khusus untuk nama Allah
dan tidak digunakan sifat yang lain, hampir-hampir menjadi nama khusus.
`Ar-Rahim juga diambil daripada rahmat, atas wazan fa`ill
menunjukkan banyak tetapi lafaz `Rahman lebih banyak hurufnya
daripada `Rahim. Dan keputusan kaedah oleh ulama bahasa Arab
bahawa bertambahnya binaan huruf menunjukkan bertambah maknanya.
Secara umumnya, Rahman memberi makna segala nikmat yang besar.
Sedangkan makna Rahim segala nikmat yang seni lagi kecil. Ada
pendapat yang mengatakan bahawa kedua-dua lafaz ini memberi makna
yang satu kecuali yang kedua menjadi penguat kepada yang pertama.
Inilah pendapat as-Sobban dan al-Jalal. Tetapi pendapat ini daif. Ibn Jarir
menegaskan, tidak ada di dalam al-Quran kalimah tambahan tanpa

makna yang dimaksudkan. Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim


kerana beberapa perkara:
- Penguat pujian kepada Allah dengan sifat rahmat-Nya yang memberi
kesan kepada hamba-Nya.
- Meminta rahmat dan kasih sayang bagi menunjukkan sangat suka
dengan nikmat Allah, ihsan dan banyak kurniaan-Nya.
- Isyarat kepada rahmat-Nya dengan mengutus nabi akhir zaman sebagai
rahmat untuk sekalian alam, termasuk menurunkan al-Quran dan lain-lain.
- Isyarat kepada sempurnanya rahmat Allah yang besar dan seni terhadap
hamba-Nya di dunia dan akhirat.
Kebanyakan lafaz `Rahman digunakan dalam al-Quran merangkumi
rahmat kepada orang Islam dan bukan Islam. Sedangkan lafaz `Rahim
digunakan untuk rahmat yang khusus bagi orang yang beriman. Justeru
banyak ayat `ar-Rahim datang dengan ibarat `al-Ghafur Maha
Pengampun yang tidak dapat kecuali orang yang beriman. Inilah khusus
al-Quran.
Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim adalah di atas jalan takhsis
(khusus) selepas umum. Inilah pendapat Sheikh Abdur Rahman
Habannakah dalam tafsirnya, Ma`arij at-Tafakkur. Ibn al-Qayyim berkata:
Himpunan antara ar-Rahman dan ar-Rahim mempunyai makna yang
cukup indah, iaitu ar-Rahman menunjukkan sifat yang berdiri bagi Allah,
sedangkan ar-Rahim menunjukkan bergantungnya dengan apa yang
dirahmatinya, seolah-olah yang pertama sebagai sifat dan yang kedua
sebagai perbuatan. Kemudian beliau menambah noktah ini : Kamu hampir
tidak mendapati pada mana-mana kitab. Inilah pendapat yang rajih
mengikut ahli tahqiq.
Faedah sebutan ar-Rahman dan ar-Rahim selepas lafaz `Rab al-`alamin
ialah lafaz Rab menggambarkan kebesaran, ketua dan kuasa. Boleh jadi
tanggapan pandangan bahawa Rab ini amat keras tanpa kasihan belas
terhadap hamba-Nya yang sudah tentu diselubungi hatinya perasaan
takut dan putus asa. Justeru amat munasabah didatangkan dengan jumlah
ini untuk mengesahkan bahawa Rab ini bersifat Rahman dan Rahim. Abu
Hayyan dalam tafsirnya, Bahru al-Muhit berkata : Dimulakan dengan sifat
rububiyah jika Rab dengan makna ketua, tuan atau pemilik yang berhak
diabdikan. Jadilah ia sifat perbuatan baginya. Justeru sifat Rahmaniah dan
Rahimiah dinyatakan untuk membuka ruang cita-cita hamba dalam
memohon keampunan sekalipun sudah tergelincir.
AYAT keempat (MALIKI YAUMID DIN). Maksudnya : Yang menguasai hari
pembalasan. `Maliki dengan dipanjangkan `ma memberi maksud

pemilik, sedangkan `ma tanpa dipanjangkan memberi maksud raja.


Kedua-dua bacaan ini mutawatir mengikut bacaan qurra yang sepuluh.
Syeikh Abdul Rahman Habannakah berkata : Dua bacaan ini saling
menyempurnakan dalam menunaikan makna yang dikehendakinya. Allah
pada hari tersebut adalah raja pada setiap sesuatu dengan kerajaan-Nya
yang besar, tanpa sebarang sekutu dalam kerajaan-Nya walaupun dalam
bentuk gambaran sekalipun. Allah juga pemilik pada hari tersebut yang
tidak disertakan oleh mana-mana makhluk dalam pemilikannya.
`Yaum dengan makna hari, masa, zaman dikehendaki juga dengan setiap
sesuatu padanya yang maddi atau maknawi. `Ad-Din bermakna agama
atau disebut hari balasan dan penghisaban Allah terhadap hamba-Nya.
Syeikh Sirajuddin berkata : Ayat ini menegaskan beberapa perkara:
- Ingatan kepada wujud dan benarnya hari ini sebagai pembalasan.
- Ingatan kepada amalan yang baik kerana pasti dibalas mengikut amalan
masing-masing.
- Hikmah yang sebenarnya kerana orang baik dan jahat tidak sama,
justeru hari ini sebagai pemisah.
- Dalil bahawa semua hamba yang mukalaf dikurniakan Allah akal, fikiran,
ikhtiar dan kudrat yang memungkinkan bagi mereka melakukan kebaikan
dan kejahatan.
As-Syahid Syed Qutb mengibaratkan ayat ini dengan gambaran yang
besar lagi mendalam berhubung dengan keseluruhan iktikad Hari Akhirat
yang menjadi pemisah antara dua golongan manusia yang beriman dan
yang ingkar. As-Syahid Hasan al-Banna menafsirkan bahawa jika perkara
yang demikian, jadilah hamba yang mukalaf mencari kebaikan dan jalan
yang selamat lebih penting daripada segala-galanya. Sabda Rasulullah
s.a.w. di dalam hadis riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim
daripada hadis Syaddad bin Aus: Orang yang cerdik ialah orang yang
sentiasa muhasabah dirinya dan beramal untuk bekalan selepas mati.
Inilah juga kenyataan Umar al-Khattab : Hisablah (hitunglah) dirimu
sebelum kamu dihisab.
AYAT kelima (IYYAKA NABUDU WA IYYAKA NASTA`IN). Maksudnya : Hanya
kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami
mohon pertolongan.
`Iyyaka nabudu- Makna ayat ini seperti kata Ibn Abbas : Kami ibadah
kepada-Mu dan tidak ibadah kepada yang lain. Didahulukan kalimah
`kepadamu daripada kalimah `kami ibadah, bertujuan kesungguhan
prihatin dan orang Arab mendahulukan yang paling penting daripada yang
penting seperti jawapan al-Qurtubi. Didahulukan yang kena buat (maf`ul)
daripada perbuatan memberi maksud terbatas dan takhsis kepada ini

sahaja. Dalam ibarat yang lain Ya Allah kepada-Mu saja kami ibadah dan
kepada-Mu sahaja kami minta tolong. Bahasa yang digunakan adalah
ramai kami ibadah dan kami minta tolong, sedangkan mungkin pelaku
ibadah seorang saja.
Abi Suud berkata : Ini kerana pengiktirafan hamba betapa lalai dan
cuainya dia ketika berdepan di pintu Raja segala Raja (Allah) yang
dimintanya pertolongan hidayah secara perseorangan, seolah-olah dia
berkata : Hai Tuhan, aku hamba yang fakir lagi hina tidak layak untuk
munajat-Mu secara bersendirian. Justeru aku sertakan bersama ahli tauhid
dan aku berdoa bersama mereka, justeru terimalah doaku bersama
mereka. Ini kerana kami semua ibadah kepada-Mu dan meminta
pertolongan dengan-Mu. Syeikh Abdullah Sirajuddin dalam tafsirnya
menambah sebab yang lain, iaitu digunakan `kami pada ibadah dan
meminta tolong sebagai iklan betapa berhajatnya semua untuk ibadah
kepada Allah yang menciptakan mereka.
Ibadah pada bahasa ialah kehinaan, ketundukan dan kepatuhan. Pada
syarak pula ialah:
- Perlaksanaan hamba segala perbuatan dan perkataan yang disyariatkan
Allah dengan disertakan ketaatan dan ketundukan untuk Tuhannya.
- Ibn Khatir mendefinisikan ibadah pada syarak dengan ibarat daripada
himpunan kesempurnaan kasih sayang, tunduk dan takut.
- Ibn Jarir mendefinisikan ibadah ialah, taat, tunduk, patuh dan merendah
diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.; mengakui dan meyakini bahawa Allah
sahajalah yang layak menjadi tumpuan segala ketaatan, tunduk patuh,
merendah diri, takut dan mengharap.
- Al-Alusi pula mendefinisikan ibadah ialah, tahap tertinggi daripada
segala ketundukan dan kepatuhan yang tidak mungkin berlaku dari segi
syarak dan akal mengerjakan ibadah selain-Nya.
Ibadah diasaskan kepada beberapa faktor:
- Marifah kepada Allah dan iktikad keEsaannya.
- Taat kepada Allah dengan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang
dilarang melalui Rasulullah s.a.w.

- Pemerhatian bahawa kesemuanya itu bagi melaksanakan kewajipan hak


Allah seperti hadis Muaz yang bersama Rasulullah s.a.w. ditanya tentang
hak Allah terhadap hamba dan hak hamba terhadap Allah.
Rahsia ibadah dan kesannya. Terdapat banyak kelebihan ibadah,
antaranya:
- Menghampirkan diri kepada Allah.
- Dengan beribadah, hati, roh dan jasad hamba menjadi sebati dalam
ketaatan.
- Dengan beribadah dapat menukar pengabdian yang umum kepada yang
khusus.
- Dengan beribadah hamba berada dalam pemeliharaan Tuhan.
- Mendapat kegembiraan daripada Allah.
- Mendapat keamanan daripada Allah.
- Dapat mengecapi kemanisan iman.
`Iyyaka nasta`in- Oleh kerana hamba semuanya fakir dan berhajat
kepada Allah Yang Maha Kaya, Kuasa dan Sempurna, justeru permintaan
hendaklah diadukan kepada-Nya juga. Hadis Muaz, Nabi bersabda : Ya
Mu`az, aku kasih kepadamu, aku wasiatkan supaya jangan kamu
tinggalkan selepas solat doa ini, `Ya Allah tolonglah aku untuk mengingatMu, bersyukur kepada-Mu dan baik dalam beribadah kepada-Mu. (Hadis
riwayat Ahmad dan Abu Daud).
Meminta doa dan pertolongan kepada Allah merupakan arahan Allah dan
Rasul-Nya melalui nas-nas al-Quran dan hadis.
Hikmah didahulukan ibadah daripada meminta tolong ialah:
- Ibadah adalah hak Allah, sedangkan meminta tolong adalah permintaan
mereka.
- Doa yang didahulukan dengan ibadah amat mustajab, seperti doa orang
berbuka puasa ketika berbuka adalah mustajab kerana ia dilakukan
selepas beribadah, iaitu ibadah puasa.
- Ibadah merupakan amanah yang besar yang dipikul oleh manusia,
meminta tolong kepada Allah nescaya Allah menolongnya sehingga dapat
ditunaikan hak ibadah dan dapat keluar daripada kezaliman dan kejahilan.
- Konsep ibadah merupakan asal matlamat ciptaan jin dan manusia,
justeru perlaksanaannya dengan meminta doa dan meminta pertolongan
kepada Allah hingga akhir hayat.
Sirathal mustaqim Mengapa kita meminta hidayah?

AYAT keenam (IHDINAS SIRATHAL MUSTAQIM). Maksudnya : Tunjukkilah


kami jalan yang lurus. Ibnu al-Jauzi melalui tafsirnya, Zad al-Masir
menyebut empat pendapat pada maksud ihdhina.
1.
2.
3.
4.

Thabit dan tetapkan kami sebagaimana pendapat Ali dan Ubay.


Tunjukkan kami.
Taufiqkan kami.
Ilhamkan kami.

Hidayah dalam al-Quran mengandungi beberapa makna :


- Hidayah umum bagi semua makhluk.
- Hidayah petunjuk dan mengetahui kebaikan.
- Hidayah taufiq, ilham dan masuk ke dalam hati.
Yang dimaksudkan hidayah di sini ialah yang ketiga.
Selesai memuji Allah amat sesuai meminta seperti firman Allah dalam
hadis qudsi : Separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku, dan
hamba-Ku apa yang diminta.
Inilah keadaan yang paling sempurna selepas puji. Kemudian meminta
hajat menjadi lebih mudah ditunaikannya seperti pendapat Ibn Kathir.
- Sirathal Mustaqim. Sirath dibaca dengan sad atau sin mengikut qiraat
mutawatir. Dinamakan sirath kerana perjalanan mudah tanpa menelusuri
kepayahan dan kesibukan.
Lafaz sirath menunjukkan syariat, hukum-hukum, nasihat dan peringatan,
segala keterangan agama yang berkaitan dengan akhlak hamba yang
zahir dan batin dalam kehidupan dunia beribadat untuk Tuhan mereka.
Ibn Jarir berkata : Ijmak ummah daripada ahli tafsir semuanya bahawa
sirathal mustaqim ialah jalan yang terang yang tidak bengkang bengkok.
Begitu bahasa semua orang Arab.
Kemudian ulama berselisih pada mentafsirkan sirath, iaitu jalan. Sekalipun
kembali kepada satu sahaja iaitu mengikut bagi Allah dan Rasul, ada
riwayat menyebut kitab Allah.
Di sini disenaraikan makna lain bagi sirath :

1. Mujahid mentafsirkannya dengan kebenaran.


2. Kitab Allah seperti riwayat Ali daripada Nabi s.a.w.
3. Agama Islam seperti pendapat Ibn Masud, Ibn Abbas, al-Hasan, Abu alAliah dan lain-lain.
4. Jalan yang membawa petunjuk kepada agama Allah, seperti riwayat
Abu Soleh daripada Ibn Abbas dan pendapat Mujahid.
5. Jalan ke syurga seperti yang dinaqalkan daripada Ibn Abbas.
Persoalannya kenapa orang Islam meminta hidayah, sedangkan mereka
telah diberi hidayah?
Terdapat tiga jawapan di sini :
1. Maksudnya, tunjukkan kami sentiasa di atas sirathal mustaqim, dibuang
perkataan sentiasa seperti pendapat Ibn al-Anbari.
2. Maksudnya, thabit dan tetapkan kami di atas petunjuk seperti
percakapan orang Arab.
3. Maksudnya tambahkan untuk kami hidayah.
Hidayah merupakan kurniaan Allah yang paling besar untuk hamba-Nya.
Dengan hidayah perjalanan hamba berubah daripada suasana yang
penuh dengan maksiat kepada limpahan cahaya iman dan ketaatan, yang
akhirnya membawa kebahagiaan dunia dan akhirat.
Tanpa dinafikan hakikat hidayah daripada Allah tetapi permohonannya
hendaklah diteruskan kerana arahan Allah dan Rasulnya s.a.w.
Sirathal-mustaqim ialah jalan yang dipilih Allah untuk dirinya dalam
perlaksanaan segala takdir, dan pilihan untuk hamba-Nya daripada
agama.
Sirathal mustaqim merupakan jalan Rasulullah s.a.w. dan para nabi
dahulu, dan inilah jalan yang diiltizamkam oleh golongan yang diberikan
nikmat Allah daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada dan orangorang solihin.
Berjalan di atas sirathal mustaqim memerlukan kepada dua perkara asas :
1. Sentiasa istiqamah, thabit dan tetap dalam melakukan perkara fardu
dan sunat serta menjauhi daripada yang haram dan larangan.
2. Keikhlasan yang benar dan tawajjuh kepada Allah Tuhan Rabbul
`Alamin.

Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah kadhi Thaubaa bahawa Nabi s.a.w.
bersabda, Istiqamahlah kamu dan jangan menghitung, dan ketahuilah
sesungguhnya sebaik-baik amalanmu ialah solat. Dan tidak menjaga
wuduk kecuali orang yang beriman.
Riwayat Imam Ahmad daripada Anas, sabda Rasulullah s.a.w., Tidak
istiqamah iman seorang hamba sehingga istiqamah hatinya, dan tidak
istiqamah hatinya sehingga istiqamah lidahnya.
Imam Muslim meriwayatkan hadis Sufian bin Abdillah al-Thaqafi, bertanya
Nabi s.a.w. tentang Islam yang tidak pula ditanya kepada orang lain lagi,
sabda Rasulullah s.a.w., Katakanlah, Aku beriman dengan Allah kemudian
istiqamah.Justeru, gabungan daripada hidayah, iman dan istiqamah dalam
kehidupan Muslim merupakan inti pati kejayaannya dalam mengikut
sirathal mustaqim.
Ayat ketujuh (SIRATHAL LAZINA AN`AMTA `ALAIHIM GHAIRIL MAGHDHUBI
`ALAIHIM WA LADDHAALIN)
Maksudnya : (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan
nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan
(pula jalan) mereka yang sesat.
-Sirathal lazina an`amta `alaihim. Selepas diminta hidayah sirathal
mustaqim, diulangkan lagi maksudnya sebagai penguat dan tafsiran jalan
yang diberikan nikmat oleh Allah.
Allah sendiri mentafsirkan nikmat kurniaan-Nya kepada golongan tertentu
seperti maksud firman-Nya dalam surah an-Nisa ayat 69 dan 70
maksudnya :
Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan
bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahkan nikmat oleh
Allah, iaitu para nabi, para siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan
orang-orang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. Yang
demikian itu adalah kurnia daripada Allah, dan Allah cukup mengetahui.
Golongan yang mendapat nikmat Allah :
1.
2.
3.
4.

Para
Para
Para
Para

nabi dan rasul.


siddiqin.
syuhada.
solihin.

5. Para orang yang baik.


As-Syaukani berkata, diumumkan lafaz nikmat supaya dapat dimasukkan
semua.
Ayat ini sebagai dalil bahawa sebesar-besar nikmat Allah ke atas hambaNya ialah nikmat hidayah dan taufiq kepada iman.
Tanpa dinafikan nikmat yang cukup banyak tidak mungkin dihitung seperti
yang diketahui.
Amin Penutup segala doa
GHAIRIL MAGHDHUBI `ALAIHIM WA LADHAALIN. Selepas diterangkan ahli
nikmat, disebut golongan yang terkecuali daripada mendapat nikmat iaitu
ada dua golongan :
1. Golongan yang dimurkai Allah.
2. Golongan yang sesat. Ibn Qutaibah berkata : Sesat ialah hairan dan
menyimpang daripada kebenaran.
Riwayat at-Tirmizi menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. menamakan
golongan yang dimurkai ialah Yahudi dan golongan yang sesat ialah
Nasara. Hadis ini seperti kata at-Tirmizi hasan gharib. Tafsiran ini
dikuatkan dengan riwayat Abdul Razzak.
Ibn Kathir berkata : Begitulah juga pendapat Ibn Abbas, ar-Rabi bin Anas,
Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam dan lain-lain.
Ibn Abi Hatim berkata : Aku tidak tahu di kalangan mufassirin yang
menyalahi tafsiran ini.
Amalan
Ibn Kathir membezakan antara golongan yang mendapat nikmat dengan
golongan yang tidak, iaitu jalan ahli iman berdasarkan kepada kebenaran
ilmu dan beramal dengannya. Sedangkan Yahudi melupuskan amalan dan
Nasara pula hilang pedoman ilmu. Justeru layaklah laknat ditimpa ke atas
Yahudi dan kesesatan bagi Nasrani.
Ini kerana golongan yang tahu dan meninggalkan apa yang disuruh
selayaknya dimurkai, berlainan dengan yang tidak mengetahui
disangkanya benar tetapi bukan sebenarnya, ini adalah sesat.

Sebenarnya kedua-dua golongan ini Yahudi dan Nasara adalah sesat dan
dimurkai, kecuali sifat yang lebih khusus murka ke atas Yahudi dan sesat
bagi Nasara kerana thabit dengan nas-nas hadis dan athar.
Ayat ini membahagikan tiga golongan manusia :
1. Golongan yang mendapat nikmat Allah.
2. Golongan yang mendapat kemurkaan Allah.
3. Golongan yang sesat dan menyimpang daripada ajaran Allah.
Moga-moga Allah masukkan kita dalam golongan nikmat-Nya dengan
sentiasa dapat hidayah dan taufik di atas landasan yang sebenarnya.
Kenapa Allah menisbahkan kepada-Nya pada nikmat, seperti ayat `yang
telah Engkau kurnia nikmat tetapi pada kemurkaan dan kesesatan tidak
dinisbahkan kepadaNya seperti `yang Engkau telah murka dan sesatkan ?
As-Syeikh as-Sobuni di dalam Sofwah at-Tafasir menjawab : yang demikian
itu untuk mengajar hamba beradab dengan Allah, iaitu kejahatan dan
keburukan tidak dinisbahkan kepada Allah secara beradab.
AMIN, maksudnya : Perkenankanlah.
Menurut sunah, selepas dibaca al-Fatihah hendaklah dibaca `amin
berdasarkan dalil riwayat Ashab as-Sunan, Imam Ahmad dan lainnya
daripada Wail bin Hujr daripada Rasulullah s.a.w. yang menyuruh dibaca
panjang `aamin.
Dalam riwayat Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan lainnya daripada Abi Musa
al-Asyari, sabda Rasulullah s.a.w. : Apabila pada ayat akhir Fatihah, maka
letakkanlah `amin nescaya diterima Allah bagimu.
Imam an-Nawawi berkata : Ini gesaan yang amat besar agar diaminkan.
Kelebihannya jelas berdasarkan riwayat Syaikhan, Ashab as-Sunan dan
lainnya daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : Apabila
imam menyebut amin, hendaklah kamu aminkan bersama, kerana sesiapa
yang aminnya bersamaan dengan amin malaikat, nescaya diampunkan
baginya dosa yang terdahulu.
Mengikut ulama, amin diertikan dengan Ya Allah terimalah doa kami.
Inilah pendapat al-Hasan dan az-Zajjaj.

Ia boleh dibaca panjang atau pendek mengikut bahasa Arab.


Al-Hafiz al-Munziri berkata : Dikatakan amin merupakan satu nama
daripada nama-nama Allah. Inilah juga pendapat Mujahid, Hilal bin Yasaf
dan Jafar bin Muhammad.
Dan dikatakan maknanya : Ya Allah perkenankan.
Kalimah
Ada pendapat menyatakan maksud amin ialah, begitulah yang diharap.
Seperti yang dihikayatkan daripada Ibn al-Anbari daripada Ibn Abbas dan
al-Hasan.
Ulama-ulama nahu menyatakan amin sebagai fi`el (nama perbuatan). Ia
kalimah yang bukan daripada al-Quran secara ijmak. Justeru disunatkan
pemisahan antaranya dengan akhir surah al-Fatihah dengan berhenti
seketika.
Mengikut riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan daripada Abi
Zuhair an-Namiri, sahabat Rasulullah s.a.w. yang apabila mendengar
orang berdoa ia berkata : khatamkanlah doamu dengan amin kerana amin
seperti cop di atas surah.
Ini dikuatkan lagi dengan riwayat ad-Dailami daripada Anas yang
menyebut : sesiapa yang mengkhatamkan bacaan Fatihah dengan amin,
nescaya tidak kekal di langit malaikat yang hampir, kecuali meminta
ampun untuknya.
At-Tabarani di dalam kitabnya ad-Doa, dan Ibn Mardawaih dengan sanad
yang daif daripada Abi Hurairah berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda :
Amin, khatam Tuhan Rab al-Alamin di atas lisan hamba-hamba-Nya yang
beriman.
Al-Allamah al-Munawi dalam syarah hadis ini berkata : Dengan makna
bahawa amin mencegah doa daripada rosak dan ditolak, seperti metrai di
atas surah menegah daripada dizahirkan ke tangan orang yang tidak
layak.
Orang-orang yang menghendaki sesuatu dan mengaminkannya secara
bersekutu akan mendapatkannya dengan doa.

Inilah yang diriwayatkan daripada Abdul Razzak, Ibn Jarir dan Abu asSyeikh daripada Ikrimah katanya : Nabi Musa berdoa sedangkan Nabi
Harun mengaminkan dan Allah memakbulkan untuk kedua-duanya.
Bacaan Fatihah menjadi syarat sah solat mengikut kebanyakan ulama
seperti Malik, Shafie dan Ahmad. Sedangkan Mazhab Hanafi dan Abu Thur
menganggap tidak wajib, tetapi riwayat Bukhari dan Muslim, hadis
Ubadah bin as-Somit daripada Nabi s.a.w. sabdanya : Tidak sah solat
tanpa bacaan Fatihah. Justeru pendapat jumhur lebih kuat dari segi
dalilnya.
Selepas menyelami makna-makna dan maksud di sebalik tabir ayat demi
ayat dalam al-Fatihah, didapati kalam Allah tidak mungkin dapat difahami
dengan sepenuhnya oleh akal manusia sekalipun kebijaksanaannya
dikurniakan. Inilah mukjizat al-Quran.
Makna dan maksud yang tinggi nilainya dan fahamannya merumuskan
dasar-dasar kehidupan Muslim sama ada dari segi akidah, iman, syariat,
akhlak hingga kepada tawajjuh kepadanya dalam permohonan hidayah
dan istiqamah di atas jalan yang lurus.
Mukadimah dengan sebutan nama Allah sebagai pembuka bicara dan
perbuatan orang-orang Islam yang hanya bergantung kepada-Nya sahaja
dalam harapan dan pertolongan.
Luahan daripada lubuk hati kesyukuran yang mutlak kepada Allah di atas
segala nikmat-Nya dijelmakan dalam ayat yang kedua.
Sifat-sifat Tuhan dipaparkan satu persatu bagi menggambarkan
kekuasaan, kebesaran, kerahmatan, pemilikan mutlak dan kerajaan pada
Hari Pembalasan.
Pengistiharan kehambaan untuk diabdikan hanya kepada-Nya sahaja,
begitu juga permohonan dan pertolongan diungkap selepas lidah dibasahi
dengan pujian.
Kemudian pengkhususan permohonan hidayah dilafazkan supaya sentiasa
thabit di atas keimanan dan perjalanan orang-orang solihin. Tambahan
dengan penjelasan hidayah kepada golongan yang Allah kurniakan
nikmat.
Sebaliknya meminta berlindung daripada golongan yang dimurka dan
sesat dalam melayari kehidupan dan dijauhi daripada jalan-jalan mereka

agar sentiasa dalam inayah Allah s.w.t. Terangkum di dalamnya kisah


umat terdahul
Termakbul
Ditutup dengan khatimah doa amin, semoga segala kehendak itu
termakbul dan dimustajabkan Allah. Justeru surah ini dinamakan Um alKitab kerana terkandung di dalamnya segala maksud-maksud asas.
As-Syeikh Hasan al-Banna dalam penutup tafsir surah al-Fatihah
mengungkap kata : Bersungguhlah kamu membaca dalam solat dan
lainnya dengan perlahan dan penuh perhatian, khusyuk dan menghinakan
diri, berhenti di setiap kepala ayat (tempat waqaf) dan berilah hak-hak
bacaan mengikut tajwid tanpa menyusahkan dan memayahkan diri
sehingga banyak menyibukkan lafaz-lafaz daripada makna-makna. Ini
boleh menolong kefahaman dan tiadalah sesuatu yang lebih manfaat
untuk hati daripada membaca al-Quran dengan tadabbur dan khusyuk

Anda mungkin juga menyukai