Anda di halaman 1dari 4

*Ar-Rahman Ar-Rahim*

Ini merupakan antara nama Allah yang paling banyak disebut oleh
umat Islam kerana ia wujud di dalam surah al-Fatihah dan basmalah.
‫بِس ِْم هَّللا ِ الرَّحْ َما ِن ال َّر ِح ِيم‬
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Nama Allah ar-Rahman dan ar-Rahim berasal daripada satu
perkataan iaitu al-Rahmat (‫)الرحمة‬. Imam Ibn Kathir menyatakan di
dalam Tafsir al-Quran al-Azhim, ketika membahaskan lafaz bismillah
dalam surah al-Fatihah;
} ‫ ورحمن أشد مبالغة من‬،‫الرحمن الرحيم} اسمان مشتقان من الرحمة على وجه المبالغة‬
‫رحيم‬،
Ar-Rahman dan Ar-Rahim merupakan dua nama yang diambil
daripada perkataan ar-Rahmat dalam bentuk mubalaghah (iaitu
menunjukkan betapa besarnya rahmat itu). Rahman itu pula lebih
hebat daripada Rahim.
Imam Ibn Kathir menukilkan sebuah riwayat yang menunjukkan beza
ar-Rahman dan ar-Rahim:
‫ والرحيم رحيم اآلخرة‬،‫والرحمن رحمن الدنيا واآلخرة‬.
Ar-Rahman ialah rahmat di dunia dan akhirat, manakala ar-Rahim
ialah rahmat di akhirat.
Ini sekaligus menerangkan kenapa ar-Rahman itu lebih besar
daripada ar-Rahim.
Ulama tafsir menerangkan bahawa ar-Rahman itu juga adalah sifat
rahmat yang meluas untuk semua makhluk, tidak kira dia beriman
atau tidak beriman. Ia juga merangkumi rahmat di dunia dan akhirat.
Manakala ar-Rahim pula menunjukkan rahmat yang khusus untuk
manusia-manusia yang beriman.
Imam Ibn Kathir membawakan beberapa dalil menunjukkan hal ini:
} } ‫ش ا ْستَ َوى‬ ِ ْ‫ { الرَّحْ َم ُن َعلَى ْال َعر‬:‫] وقال‬59 :‫ش الرَّحْ َم ُن} [الفرقان‬
ِ ْ‫ثُ َّم ا ْستَ َوى َعلَى ْال َعر‬
‫] فذكر االستواء باسمه الرحمن ليعم جميع خلقه برحمته‬5 :‫[طه‬
Kemudian Al-Rahman itu beristiwa di atas Arsy [al-Furqan : 59],
dalam ayat lain Allah menyebutkan: Al-Rahman berada di atas Arsy
[Toha : 5]. Perkataan Istiwa disebutkan bersama namaNya al-
Rahman menunjukkan rahmatnya umum untuk semua makhluk.
Manakala untuk al-Rahim pula dalilnya seperti berikut;
} ‫] فخصهم باسمه الرحيم‬43 :‫َو َكانَ بِ ْال ُمْؤ ِمنِينَ َر ِحي ًما } [األحزاب‬
Dia (iaitu Allah) adalah Maha Pemberi Rahmat kepada orang-orang
beriman [Al-Ahzab : 43]. Orang beriman dikhususkan pula dengan
namaNya al-Rahim.
Antara beza ar-Rahman dan ar-Rahim ialah ar-Rahman adalah nama
yang sangat khusus untuk Allah sahaja, seorang manusia hanya boleh
memakai nama ar-Rahman dengan diletakkan Abdul Rahman yang
bermaksud hamba kepada ar-Rahman. Manakala nama Allah, Rahim
boleh diberikan kepada manusia tanpa perlu menggunakan
perkataan Abdul.
Imam Ibn Kathir menerangkan:
‫ { قُ ِل ا ْد ُعوا هَّللا َ َأ ِو ا ْد ُعوا‬:‫ كما قال تعالى‬،‫ووصفه أوال بالرحمن الذي منع من التسمية به لغيره‬
‫ وأما الرحيم فإنه تعالى‬... .]110 :‫الرَّحْ َمنَ َأيًّا َما تَ ْد ُعوا فَلَهُ األ ْس َما ُء ْال ُح ْسنَى } [اإلسراء‬
ِ ‫ { لَقَ ْد َجا َء ُك ْم َرسُو ٌل ِم ْن َأ ْنفُ ِس ُك ْم ع‬:‫وصف به غيره حيث قال‬
‫َزي ٌز َعلَ ْي ِه َما َعنِتُّ ْم َح ِريصٌ َعلَ ْي ُك ْم‬
]128 :‫وف َر ِحي ٌم } [التوبة‬ ٌ ‫بِ ْال ُمْؤ ِمنِينَ َر ُء‬
Allah disifatkan pada awalnya dengan ar-Rahman yang mana nama
ini dilarang daripada diberikan kepada selainNya, sebagaimana
firmanNya: Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman.
Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai nama-
nama yang indah [al-Isra’ : 110]….. Adapun ar-Rahim, sesungguhnya
Allah memberikan sifat itu jua kepada selainNya. Firman Allah:
Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu
sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan
[keimanan dan keselamatan] bagimu, amat belas kasihan lagi
penyayang terhadap orang-orang mu’min. [at-Taubah : 128]
Imam Ibn Kathir merumuskan daripada hal ini:
‫ كاسم هللا‬،‫ ومنها ما ال يسمى به غيره‬،‫ أن من أسمائه تعالى ما يسمى به غيره‬:‫والحاصل‬
‫ ووصفه بالرحمن؛ ألنه أخص‬،‫والرحمن والخالق والرزاق ونحو ذلك؛ فلهذا بدأ باسم هللا‬
‫ فلهذا ابتدأ باألخص‬،‫) األسماء‬5( ‫وأعرف من الرحيم؛ ألن التسمية أوال إنما تكون بأشرف‬
‫فاألخص‬.
Di antara nama-nama Allah yang ada, terdapat nama-nama yang
turut boleh diberikan kepada selainNya, da nada juga nama-nama
yang tidak boleh diberikan kepada selainNya. Ini seperti nama Allah,
Al-Rahman, Al-Kholiq, Al-Rozzaq, dan selainnya. Oleh kerana itu, ayat
ini dimulakan dengan nama Allah, lalu disifatkan dengan ar-Rahman.
Ini kerana ar-Rahman itu lebih khusus daripada al-Rahim. Ini kerana
nama yang disebutkan dahulu hendaklah nama yang paling mulia.
Maka ia dimulakan dengan yang paling khusus, dan seterusnya.
Luasnya rahmat Allah:
ً‫ " ِإ َّن هَّلِل ِ ِماَئةَ َرحْ َم ٍة َأ ْن َز َل ِم ْنهَا َرحْ َمة‬: ‫ قَا َل‬، ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ ع َِن النَّبِ ِّي‬، َ‫ع َْن َأبِي هُ َري َْرة‬
‫ف‬ُ ‫ َوبِهَا تَ ْع ِط‬، َ‫ َوبِهَا يَتَ َرا َح ُمون‬، َ‫ فَبِهَا يَتَ َعاطَفُون‬، ‫س َو ْالبَهَاِئ ِم َو ْالهَ َوا ِّم‬ ِ ‫َوا ِح َدةً بَ ْينَ ْال ِجنِّ َواِإْل ْن‬
‫ " ْال َوحْ شُ َعلَى َولَ ِدهَا َوَأ َّخ َر هَّللا ُ تِ ْسعًا َوتِ ْس ِعينَ َرحْ َمةً يَرْ َح ُم بِهَا ِعبَا َدهُ يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة‬.
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat.
Allah menurunkan satu rahmatNya untuk dibahagikan kepada jin,
manusia, haiwan ternakan dan serangga. Dengan rahmat ini mereka
saling mengasihi, menyayangi. Dengan rahmat ini seekor haiwan
buas mengasihi anaknya. Allah mengakhirkan sembilan puluh
sembilan rahmat lagi yang mana dengannya Dia akan Merahmati
hamba-hambaNya pada hari Kiamat. [Sahih Muslim, Kitab at-Taubat,
hadis no: 4950]
Cuba kita bayangkan, kesenangan, kebahagiaan yang kita miliki di
dunia ini adalah hasil 1 rahmat Allah yang telah dibahagi-bahagikan
kepada semua makhluk. Bagaimana pula agaknya kebahagiaan dan
kasih sayang di akhirat kelak dengan 99 rahmat yang menanti kita.
Sungguh pasti, keimanan kepada ar-Rahman dan ar-Rahim terbukti
dengan kita berusaha memburu 99 rahmat yang sedang menanti di
hari kiamat kelak.
Apakah kesan beriman dengan nama Allah Ar-Rahman dan Ar-
Rahim?
Antara kesan yang akan kita perolehi apabila mengimani nama ar-
Rahman dan ar-Rahim ialah kita akan sentiasa berdoa kepada Allah.
Imam Ibn Kathir menukilkan kata-kata ‘Abdullah bin al-Mubarak
dalam hal ini:
‫ والرحيم إذا لم يسأل يغضب‬،‫ الرحمن إذا سئل أعطى‬:‫وقال ابن المبارك‬
Ar-Rahman; apabila diminta Dia Memberi. Ar-Rahim; apabila Dia
tidak diminta, Dia akan Murka.
Ini selari dengan sepotong hadis;
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬َ ِ ‫ال َرسُو ُل هَّللا‬ َ َ‫ ق‬: ‫ يَقُو ُل‬، َ‫ْت َأبَا هُ َر ْي َرة‬ ُ ‫ َس ِمع‬: ‫ال‬ َ َ‫ ق‬، ‫ي‬ ِ ‫ح ْال ُخ‬
ِّ ‫وز‬ ٍ ِ‫صال‬َ ‫ع َْن َأبِي‬
‫ضبْ َعلَ ْي ِه‬ َ ‫ " َم ْن لَ ْم يَ ْسَأ ْلهُ يَ ْغ‬: "
Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: Sesiapa yang tidak meminta kepada Allah, Dia
Murka kepadanya. [Riwayat Imam al-Bukhari dalam Al-Adab Al-
Mufrad, hadis no: 655, Shaikh al-Albani mensahihkannya]
Imam Ibn Kathir menukilkan sebuah syair:
‫ وسل الذي أبوابه ال تغلق‬... ‫ال تطلبن بني آدم حاجة‬
‫ وبني آدم حين يسأل يغضب‬... ‫هللا يغضب إن تركت سؤاله‬
Janganlah engkau memohon kepada anak Adam sebarang hajat…
Mintalah kepada Yang pintu-pintunya tidak tertutup.
Allah Murka tatkala engkau meninggalkan daripada meminta
kepadaNya… Sedangkan anak Adam murka tatkala engkau meminta.

Anda mungkin juga menyukai