Anda di halaman 1dari 2

USUL PENUBUHAN UNIT KESATUAN PENDUDUK TAMAN

SUBANG
MUKADDIMAH
Setiap individu muslim adalah ibarat batu bata bagi sesebuah bangunan.
Kekurangan satu bata akan mengakibatkan kecacatan bagi bangunan tersebut
kerana setiap bata menguatkan antara satu dengan yang lain, lantas menjadi
suatu bangunan yang utuh dan menjadi tempat berteduh bagi setiap yang
berada di dalamnya. Perumpamaan yang indah ini telah disabdakan oleh
Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-ashari di dalam hadith
sohih bukhari, sebagai petunjuk agar umat islam bersatu padu.

PENGENALAN
Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah di antara saudarasaudaramu. Ayat daripada surah Al-Hujurat ini jelas menunjukkan kepentingan
umat islam untuk bersatu padu. Kesatuan dalam kejiranan sangat dituntut di
dalam islam. Ia bagi menjamin keutuhan hubungan, keselamatan dan
keharmonian sesebuah masyarakat setempat. Atas kefahaman inilah, kertas
cadangan ini ditulis.

JUSTIFIKASI PENUBUHAN
* Pemerhatian umum terhadap kekerapan jemaah ke masjid adalah statik dari
segi umur dan jumlah

Sebahagian penduduk taman subang tidak mengenali antara satu


dengan yang lain
Banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan hasil saling kurang
mengenali antara sat sama lain

OBJEKTIF
1) Membina sebuah kejiranan muslim yang selamat, harmoni dan
bekerjasama
2) Memperkukuh hubungan antara jiran jiran muslim.
3) Menambah bilangan Jemaah masjid Al-Ikhlas di kalangan penduduk Taman
Subang.

STRUKTUR ORGANISASI

Unit kesatuan penduduk islam Taman Subang diletakkan di bawah Biro


Dakwah
Dianggotai oleh seorang ketua unit dan 2 orang ahli unit

BIDANG TUGAS

Merancang dan mengurus aktiviti berkaitan hubungan penduduk islam


Taman subang
Memastikan hubungan silaturrahim antara penduduk Islam Taman
Subang erat dan juga mengenali antara yang lama dan baru, yang
muda dan warga emas.
Mewujudkan komuniti yang mesra dan tolong menolong antara satu
sama lain.

CADANGAN AKTIVITI
-

Menganjurkan aktiviti ziarah menziarahi di antara ahli qaryah (lelaki)


secara tersusun. Kekerapan sebulan 2 kali
Menganjurkan aktiviti ziarah menziarahi di kalangan penduduk (wanita)
Menganjurkan aktiviti bersama di antara ahli qaryah.
Meneruskan aktiviti takbir rumah ke rumah
Menganjurkan masakan bubur lambuk mengikut rumah, lorong dll
Mengadakan mesyuarat untuk menganjurkan aktiviti yang boleh
melibatkan golongan muda dan tua sekaligus
Menganjurkan malam akademik di masjid untuk anak anak qaryah yang
masih belajar di sekolah menengah, bagi membantu mereka di dalam
pelajaran.

PENUTUP
Usul cadangan ini dibuat semata- mata ingin melihat keharmonian hidup dan
kerukunan tetangga di kalangan ahli qaryah taman subang. Moga-moga usaha
kecil dan tidak seberapa ini diterima oleh Allah swt sebagai penimbang amal
kebajikan, juga moga usul ini dapat diluluskan oleh pihak pihak di dalam
mesyuarat agong kelak.

Anda mungkin juga menyukai