Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN

MEI 2015 SEMESTER 9

KOD KURSUS EEM 421

NAMA KURSUS PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK JOUDICK MICKEY

PUSAT PEMBELAJARAN AEU RANAU

1
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

BAHAGIAN A 3

BAHAGIAN B 9

BAHAGIAN C 12

RUJUKAN 18

2
Bahagian A

a) Penjelasan penulis mengenai pendidikan etika, moral dan integriti.

Di Malaysia, terdapat dua sektor utama dalam bidang perkhidmatan iaitu


sektor awam dan sektor swasta. Setiap sektor ini mempunyai organisasinya yang
trsendiri mengikut bidang masing-masing. Jika dibandingkan jumlah anggota
yang bertugas di kedua-dua bidang, dapat dipastikan bahawa sektor awam
mempunyai lebih banyak anggota pekerja.

Sesebuah sektor awam yang beroperasi di Malaysia sepatutnya mengamalkan


ciri-ciri berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan dan sebagainya dalam
membina diri sebagai seorang modal insan yang cemerlang. Hal ini penting bagi
memastikan sistem pentadbiran sesebuah organisasi itu sentiasa relevan di mata
orang awam mahupun pelanggan. Perkara ini juga penting bagi memastikan orang
awam, pelanggan serta bakal pelanggan sentiasa meyakini dan mempercayai
sistem pentadbiran sesebuah sektor tersebut.

Dalam perbincangan ini, pendidikan etika, moral dan integriti merupakan


satulangkah yang harus diambil, diterapkan dan dilaksanakan dalam setiap
organisasi awam bagi memastikan para anggotanya sentiasa menunjukkan nilai-
nilai modal insan yang sepatutnya ada dalam diri mereka.

3
b) Dapatan kajian

Berdasarkan pembacaan yang telah dibuat, terdapat beberapa perkara yang


ditemui dalam dapatan kajian oleh penulis. Antara dapatan kajian yang ditemui
adalah pembangunan rangka kerja pendidikan etika, moral dan integriti,
pelaksanaan pendidikan etika, moral dan integriti dan prestasinya serta masalah
berkenaan dengan pelaksanaan pendidikan etika, moral dan integriti.
Dalam bahagian pembangunan rangka kerja pendidikan etika, moral dan
integriti, faktor-faktor yang dilihat merangkumi perancangan strategik yang mana
ianya adalah satu pelan sistematik yang mampu membantu dalam memudahkan
pengurus sektor awam tersebut dalam menerapkan serta mengaplikasikan startegi
pendekatan kepada anggotanya yang lain. Hal ini adalah usaha yang diambil bagi
membantu sektor tersebut mencapai matlamat akhir yang telah ditetapkan.
Penetapan matlamat pendidikan etika, moral dan integriti akan membawa kepada
penggubalan pelan operasi. Setelah itu, garis panduan mengenai pengurusan
pendidikan etika, moral dan integriti menyusul dalam pembangunan rangka kerja
pendidikan etika, moral dan integriti. Langkah terakhir dalam komponen
pembangunan rangka kerja dalam usaha menghasilkan pelan yang sistematik ialah
penyaluran maklumat kepada para pengurus tentang pendekatan dan strategi
pendidikan etika, moral dan integriti.
Faktor kedua yang didapati dalam dapatan kajian ialah pelaksanaan
pendidikan etika, moral dan integriti dan prestasinya. Menurut Roslan Mahmood
dan Dr. Nik Rosnah Wan Abdullah, kajian melihat kepada amanat dan falsafah
pihak pengurusan, sejauh mana pengurus memikul tanggungjawab sebagai role
model, komunikasi antara pengurus, dan komunikasi antara pengurus dan
subordinat, penganjuran program latihan serta sejauh mana pengetahuan pengurus
mengenai pendidikan etika dan moral Petikan ini menunjukkan bahawa
pengurus memainkan peranan yang sangat penting dalam pelaksanaan pendidikan
etika, moral dan integriti.
Dapatan kajian yang seterusnya membincangkan mengenai masalah-masalah
berkenaan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti. Pengkaji telah
menjalankan temu bual dengan responden untuk mengenal pasti masalah-masalah

4
yang timbul dalam sistem pengurusan tersebut. Melalui temu bual serta
perbincangan secara berkumpulan dengan responden-responden yang terliat,
terdapat beberapa maslah yang telah dikenal pasti dan akan dibincangkan dalam
soalan (c).

5
c) Masalah berkenaan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti.

Berdasarkan dapatan kajian dalam soalan (b), penulis akan membincangkan


dengan lebih lanjut mengenai masalah berkenaan pengurusan etika, moral dan
integriti.
Setelah melakukan kajian terhadap artikel tersebut, penulis mendapati terdapat
lima masalah yang dikenal pasti berkait rapat dengan pengurusan etika, moral dan
integriti. Masalah yang pertama ialah garis panduan tentang pengurusan
pendidikan etika, moral dan integriti tidak disediakan oleh pihak yang
bertanggungjawab. Akibat daripada hal ini, para pengurus tidak mempunya
rujukan yang khusus untuk menggunakan pendekatan serta strategi khusus bagi
mempengaruhi pemikiran serta tindakan sesuatu organisasi.
Menurut Roslan Mahmood dan Dr. Nik Rosnah Wan Abdullah, masalah kedua
yang dikenal pasti ialah pihak yang bertanggungjawab terlepas pandang dalam
menyalurkan rangka kerja pematuhan serta rangka kerja normative kepada
pengurus organisasi untuk dijadikan sumber rujukan dan panduan.
Seterusnya, masalah yang dihadapi oeh sesebuah sektor awam merupakan
pengetahuan para pengurus yang rendah berkenaan pengurusan pendidikan etika,
moral dan integriti. Hal ini telah menyukarkan para pengurus organisasi untuk
menggubal rangka kerja, pelan operasi dan langkah-langkah yang lain dalam
organisasi tersebut. Pengaplikasian teknik pengurusan pendidikan etika, moral dan
integriti juga tidak dapat dilakukan dengan cekap akibat kurangnya kemahiran
tersebut dari pihak pengurusan organisasi.
Selain itu, tindakan pihak agensi yang lebih mementingkan kursus-kursus
berbentuk teras, teknikal dan fungsional telah menyebabkan pendidikan etika,
moral dan integriti tidak mampu dilaksanakan dengan baik. Kursus berkaitan
dengan pendidikan etika, moral dan integriti seperti telah dianak tirikan oleh
pengurusan agensi. Hal ini telah dinyatakan sebagai salah satu masalah yang
dihadapi berkenaan pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti.
Disamping itu, sambutan yang kurang mendapat sambutan dalam kalangan
anggota sektor organisasi telah menyebabkan ianya tersenarai dalam masalah-
masalah yang dihadapi dalam pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti.
Keadaan ini mungkin berlaku akibat kurangnya variasi dalam kaedah
penyampaian ceramah kepada para anggota organisasi. Ceramah nilai-nilai murni

6
contohnya pasti akan menjadi lebih menyeronokkan jika pihak penganjur
menggunakan grafik yang lebih menarik. Info-info mengenai pengurusan tidak
dapat diketahui oleh semua anggota organisasi kerana individu yang hadir ke
ceramah yang dianjurkan adalah individu-individu yng sama sahaja. Disebabkan
pihak agensi lebih mementingkan kursus-kursus selain pendidikan etika, moral
dan integriti, anggota organisasi yang lain kebanyakannya merasakan bahawa
mereka tidak perlu hadir ke dalam program atau aktiviti tersebut.

7
d) Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran pendidikan moral di sekolah.
Pendidikan moral di sekolah kadang kala dianak irikan dengan kurangnya
bajet perbelanjaan yang diperuntukkan kepada mata pelajaran ini. Namun
demikian, berdasarkan dapatan kajian, kita perlu mengakui bahawa mata pelajaran
pendidikan moral adalah sangat penting.
Implikasi dapatan kajian yang boleh dikenal pasti ialah ianya dapat mengubah
persepsi ssetengah individu yang memikirkan bahawa pendidikan moral itu tidak
penting. Langkah-langkah untuk melaksanakan pengurusan pendidikan moral
akan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap lagi.
Selain itu, pihak pengurusan akan dapat bertindak sebagai role model bukan
sahaja di hadapan guru-guru tetapi juga di mata pelajar. Komunikasi di kalangan
pelajar dan guru juga akan bertambah baik hasil daripada pelaksanaan pengurusan
pendidikan moral yang lebih cekap di sekolah.
Masalah-masalah seperti yang dinyatakan dalam soalan (c) juga dihadapi di
sekolah. Namun implikasi dapatan kajian ini dapat membantu mengurangkan
seterusnya menghapuskan masalah-masalah tersebut.
Kesimpulannya, dapatan kajian ini memberikan implikasi yang baik dalm
pengajaran pendidikan moral di sekolah.

8
Bahagian B: Unsur-unsur Universal dalam Etika Keagamaan di Malaysia

Unsur membawa pelbagai maksud yang brbeza beza mengikut konteks ayatnya.
Menurut kamus The Great Dictionary of the English Language, unsur mempunyai enam
maksud yang berbeza. Perkataan unsur itu dipinjam dari perkataan Latin (materia) yang
bermaksud mother ataupun ibu. Tanpa melihat kepada maksud sebenar, kita dapat
simpulkan bahawa unsur adalah sumber punca utama dalam sesuatu benda ataupun perkara.
Merujuk kepada kamus yang sama, unsur dalam konteks penulisan ini didefinisikan sebagai
punca atau penyebab sesuatu perkara itu berlaku.

Merujuk kepada kamus yang sama, didapati bahawa perkataan universal merupakan
kata pinjaman yang berasal daripada perkataan Latin iaitu universalis. Universalis pula diolah
daripada perkataan univesus yang bermaksud digabungkan menjadi satu. Definisi sebenar
universal adalah mempengaruhi, atau dilakukan oleh semua manusia atau benda lain di dunia
ini. Etika pula bermaksud satu set prinsip moral. Setelah dirujuk kepada makna kamus, unsur-
unsur universal dalam etika keagamaan di Malaysia memerlukan penulis unuk
membincangkan mengenai punca-punca yang menjadikan yang menjadikan etika dalam
keagamaan di Malaysia sebagai sesuatu yang universal.

Malaysia merupakan salah satu Negara yang aman dan makmur walaupun rakyatnya
terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Sungguhpun hidup dalam komuniti yang
bercampur aduk ianya bukan satu penghalang kepada masyarakat untuk hidup bersatu padu
dengan aman dan sentosa. Berlainan dengn Negara lain yang sering berlakunya peperangan
dan penindasan terhadap kaum-kaum minoriti, rakyat Malaysia yang berbilang kaum mampu
membuktikan kepada mata dunia bahawa mereka bleh hidup aman tanpa perlu berlakunya
peperangan. Hal ini terjadi kerana setiap anggota masyarakat yang berbilang kaum
mengaalkan etika-etika seta nilai-nilai moral yang diajar oleh agama mereka dan
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

Walaupun agama-agama di Malaysia berbeza, setiap agama tersebut menekankan


beberapa aspek yang perlu ada dalam diri setiap individu iaitu; etika dari segi diri dan
keluarga, etika dalam konteks sosial dan interpersonal, etika dari segi perniagaan,
kepenggunaan dan perdagangan; etika dalam konteks perubatan, sains dan kesihatan serta
etika dari segi alam sekitar.

9
Dalam penulisan ini, penulis hanya akan membincangkan tiga daripada lima etika
tersebut yang akan melibatkan tiga agama dengan penganut terbanyak di Malaysia iaitu
agama Islam, Buddha dan Hindu. Tiga bangsa utama di Malaysia adalah Melayu, Cina dan
India dengan diikuti ratusan etnik-etnik yang lain. Etika-etika yang akan dibincangkan ialah;
etika dari segi diri dan keluarga, etika dalam konteks sosial dan interpersonal serta etika dari
segi alam sekitar.

Agama Islam mengajar umatnya untuk percaya kepada Tuhan yang satu dan kitab
utama bagi umat Islam adalah Al-Quran. Dalam Islam, manusia diseru untuk sentiasa
menjaga hubungan sesama manusia. Teras kepada satu kelompok yang kuat adalah hasil
daripada hubungan antara masyarakat yang kukuh. Masyarakat Melayu di Malaysia
mengaplikasikan etika ini dalam kehidupan sehari-hari mereka. Etika dari segi diri dan
keluarga membawa maksud menjaga hubungan sesama ahli keluarga dan diri sendiri. ahli
keluarga adalah insan-insan yang paling rapat dengan kita semenjak kita dilahirkan. Etika
kepada diri sendiri pula bermaksud menjaga kebajikan diri dan mengelakkan diri daripada
menzalimi diri sendiri. unsur universal dalam etika ini dapat dilihat dimana Islam
menekankan kepentingan institusi keluarga dalam kehidupan sehari-hari.

Agama Buddha merupakan agama kedua terbesar di Malaysia. Kebanyakan


penganutnya adalah orang Cina. Terdapat juga masyarakat Cina yang menganut agama
Konfusius. Ajaran Konfusius dalam mendidik diri sendiri dan menjaga hubungan sosial
merangkumi menyelidiki hakikat tentang sesuatu, bersikap jujur serta mengubah fikiran
sendiri. Hubungan sesama manusia haruslah dijaga dengan baik. Perkara-perkara yang perlu
dielakkan adalah mengeluarkan tutur kata yang kasar, memfitnah dan sebagainya. Agama
Buddha mementingkan kesederhanaan di mana asas pengajarannya ialah penderitaan.
Penderitaan berpunca daripada hawa nafsu yang mana ianya adalah punca utama kepada
masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia. Oleh yang demikian, etika terhadap sosial
telah diterangkan dalam Lapan Jalan Yang Benar dan Panca Sila bagi mengingatkan para
penganutnya agar sentiasa mengawal hawa nafsu serta perbuatan dalam kelompok sosial.
Agama Hindu juga menekankan kepentingan untuk menjaga etika dengan sosial.

Alam sekitar merupakan kurniaan Tuhan kepada manusia. Manusia diberi


tanggungjawab untuk menjaga kebersihan serta keseimbangan alam sekitar. Etika terhadap
alam sekitar boleh dilihat dalam ketiga-tiga agama tersebut. Unsur universal dapat
dikenalpasti apabila ketiga-tiga agama membincangkan akan betapa pentingnya menjaga

10
hubungan dengan alam sekitar. Dalam agama Buddha, manusia perlu mengelakkan diri serta
mengawal diri daripada melakukan kemusnahan terutamanya kepada alam sekitar dan
hidupan yang lain.

Kesimpulannya, walaupun agama-agama yang ada di Malaysia ini berbeza dari


beberapa sudut, ia masih sama dalam konteks penyampaian etika kepada penganutnya.
Malah, ketiga-tiga agama yang dibincangkan dalam penulisan ini mempunyai unsur-unsur
universal dalam etika keagamaannya.

11
Bahagian C : Etika / Moral yang diutarakan oleh agama-agama berikut.

Islam dan Konfusianisme

Agama-agama serta kepercayaan yang ada di dunia seperti Islam, Hindu, Konfusius
dan Buddha masing-masing mengajar penganutnya mengenai etika-etika serta moral yang
perlu ada dalam diri seorang individu. Setiap individu menggalas satu lewjupan untuk
memahami, mendalami dan mengaplikasikan setiap etika dan moral yang diutarakan dalam
kepercayaan masing-masing. Setiap agama dan kepercayaan mempunyai keunikannya yang
tersendiri dalam mengutarakan etika atau moral untuk rujukan penganutnya.

Dalam penulisan ini, etika atau moral bagi agama Islam dan Konfusius akan
dibincangkan serta keunikannya dalam mengutarakan etika atau moral yang boleh dijadikan
etika atau moral sejagat untuk manusia. Kedua-dua agama ini merupakan contoh yang baik
untuk dijadikan tajuk utama perbincangan kerana kedua-duanya mengutarakan nilai etika
atau moral dalam ajarannya dengan begitu unik sekali.

Islam merupakan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W dan diturunkan
kepadanya atas eprintah daripada Allah S.W.T. Ajaran beliau adalah berlandaskan kepada
Al-Quran dan As-Sunnah. Al-Quran merupakan kata-kata daripada Allah S.W.T dan
diumpulkan dalam bentuk surah-surah didalam Al-Quran. Dalam Islam, terdapat banyak etika
serta moral yang diterapkan untuk rujukan para pengikutnya. Menurut Pusat Rujukan
Persuratan Melayu, etika bermaksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun
dan sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia).
Manakala, menurut Abdul Haq Anshari dalam Islamic Ethics: Concepts and Prospects, etika
Islam sebagai sebuah disiplin ilmu atau subyek keilmuan yang mandiri tidak pernah ada pada
hari ini.

Seperti yang telah dibincangkan, Islam mempuyai banyak etika yang telah diutarakan
dan antaranya adalah hubungan manusia dengan Tuhan. Manusia merupakan satu-satunya
ciptaan Allah S.W.T yang dikurniakan dengan akal fikiran bagi membolehkan mereka
membezakan antara perkara yang baik atau pun yang buruk. Manusia diciptakan untuk
menyembah Allah S.W.T semata-mata kerana dalam Islam, Allah S.W.T merupakan zat yang
satu. Namun demikian, manusia mempunyai banyak kelemahan dan sering kali diberikan
ujian dalam kehidupan mereka. Allah S.W.T merupakan tempat bagi manusia untuk

12
mengadu, berdoa dan memohon perlindungan. Oleh yang demikian, manusia haruslah
sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah S.W.T kerana tiada makhluk lain yang
mempunyai kekuasaan seperti Nya. Hubungan manusia dengan Tuhan perlu dijaga dengan
baik dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya kerana tanpa
Nya, manusia akan kehilangan arah dalam kehidupan mereka.

Seterusnya ialah etika hubungan manusia dengan sesamanya. Manusia diciptakan


terdiri daripada pelbagai bangsa dan warna kulit. Namun demikian, prinsip ajaran dalam
Islam ialah manusia harus tolong-menolong antara satu sama lain dalam membuat kebaikan
dan bukan sebaliknya. Hubungan sesama manusia dapat dilakukan seperti yang berikut iaitu
berbakti kepada kepada ibu bapa, menghormati guru, berbuat baik kepada saudara dan ahli
keluarga serta berbuat baik kepada jiran tetangga disamping menghormati tetamu dan dengan
diri sendiri. Islam menyeru umatnya untuk sentiasa menghormati kedua ibu bapa mereka atas
pengorbanan yang telah dilakukan disamping mentaati arahan mereka selagi mana ianya
tidak bercanggah dengan ajaran dan undang-undang Islam. Etika ini juga menyentuh
mengenai hubungan manusia dengan gurunya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang
banyak membantu kita dalam usaha untuk menimba ilmu.

Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga, jiran tetangga serta tetamu perlu dijaga
dengan baik bagi menjaga tali persaudaraan yang telah terjalin. Sikap sombong dan bangga
diri amat dilarang dalam perhubungan sesama manusia kerana ianya boleh menyebabkan
berlakunya pertelingkahan dan memutuskan tali silaturrahim. Kita dikehendaki untuk entiasa
bertegur sapa, beramah mesra, bantu membantu dan kunjung mengunjung sesama sendiri.
Selain daripada menjaga hubungan sesama manusia, Islam juga menyuruh umatnya untuk
menjaga hubungan dengan diri sendiri. Jasad sedia ada pada manusia hanyalah pinjaman
sementara dan kita bertanggungjawab untuk menjaganya sebaik mungkin. Hal ini dapat
dilakukan dengan mengambil makanan yang sihat, mengelakkan daripada makanan yang
boleh memudaratkan kesihatan dan menghindarkan diri daripada menzalimi diri sendiri
seperti melukis tatu dan mengakibatkan kecederaan dengan sengaja atau self-inflicted injury.

Secara umumnya, manusia diciptakan sama rata oleh Allah S.W.T. di mata Allah
S.W.T semua manusia adalah sama dan yang membezakan taraf manusia di mata-Nya adalah
amalan soleh yang dilakukan sewaktu hayatnya. Oleh yang demikian, perbezaan taraf sosial
dan ekonomi dimana berlakunya diskriminasi antara orang kaya dan orang miskin seharusnya
tidak terjadi kerana segala kekayaan serta kemewahan yang diperoleh di dunia adalah bersifat

13
sementara sahaja dan tidak mutlak. Kekayaan yang abadi akan dapat dicapai dengan
mengabadikan diri kepada Allah S.W.T. Dalam melaksanakan etika ini, seseorang individu
seharusnya menggunakan kekayaan serta kemewahan tersebut untuk membantu individu-
individu lain yang lebih memerlukan. Dalam menjaga hubungan sesama manusia, kita juga
perlu sentiasa peka dengan hak-hak orang lain dan haruslah mengelakkan diri daripada
mengambil atau menceroboh hak tersebut.

Disamping menjaga hubungan sesama manusia, terdapat juga etika dalam Islam yang
menekankan hubungan manusia dengan alam. Allah S.W.T telah menciptakan alam untuk
manusia. Sebagai makhluk yang dikurniakan akal fikiran, manusia telah diberi tanggung
jawab yang besar oleh Allah S.W.T untuk menjaga alam dengan sebaik mungkin. Dengan
menggunakan akal fikiran yang telah diberikan, manusia telah mencipta pelbagai peralatan
serta teknologi-teknologi yang canggih untuk mengekstrak hasil bumi demi kepentingan
manusia sejagat. Sungguhpun begitu, Allah S.W.T telah melarang manusia untuk melakukan
kemungkaran yakni kerosakan kepada alam yang telah diciptakannya ini. Namun demikian,
manusia yang juga dilahirkan dengn sikap tamak haloba telah membuka banyak tanah baru
dan digantikan dengan bangunan-bangunan batu dan pencakar langit. Tindakan ini bukan
sahaja telah merosakkan ekosistem alam semula jadi tetapi juga telah menyebabkan
berlakunya kerosakan pada alam sekitar.

Alam sekitar dicemari dengan asap-asap beracun dan sampah-sampah dibuang di


merata tempat. Alam yang sepatutnya dijaga dengan baik telah dimusnahkan dengan
teknologi yang dibina berdasarkan ilmu dari akal fikiran yang dikurniakan oleh Tuhan. Bagi
mengelakkan perkara tersebut daripada berterusan, kita seharusnya menilai kembali kesan-
kesan daripada perbuatan tersebut. Dengan mengaplikasikan etika yang ketiga dalam Islam
iaitu menjaga hubungan dengan alam, kerosakan-kerosakan yang telah dibuat pasti dapat
ditebus kembali.

Apabila disebut mengenai Konfusianisme, ramai individu yang menyalah anggap


bahawa pengasasnya, Konfusius merupakan Tuhan. Namun yang demikian, persepsi ini
adalah kurang tepat dan perlu diperbetulkan. Para pengikutnya telah mengangkatnya sebagai
Tuhan. Konfusius merupakan seorang rakyat Negara China yang dilahirkan pada tahun 551
SM sewaktu pemerintahan Raja Ling dari Dinasti Zhou. Pada masa kecilnya, Konfusius lebih
dikenali sebagai Khung Chiu atau Zhong Ni. Bagi seorang yang tinggal di kawasan dengan
penduduk yang tidak ramai, Konfusius menjadi amat terkenal dalam kelompok

14
masyarakatnya kerana kebijaksanaannya sejak dari kecil lagi. Secara dasarnya, Konfusius
membahagikan peringkat ajarannya kepada empat tahap iaitu; mengarahkan pemikiran
kepada cara yang betul, menlibatkan diri kepada kebajikan, melakukan kebajikan untuk
mendapatkan sokongan dan mencari ketenangan dalam seni.

Konsep ajaran Konfusius adalah berlandaskan moraliti atau kebajikan dan perkara ini
diajarkan kepada murid-muridnya. Konfusius dikatakan seorang yang sangat cekap melayan
pertanyaan setiap muridnya. Selepas kematian Konfusius, murid-muridnya telah meneruskan
penyebaran agama tersebut dan berkekalan sehingga pada hari ini. Nilai-nilai moral yang
diterapkan dalam ajarannya adalah bertujuan untuk menyiapkan manusia atau pengikutnya ke
arah sifat-sifat manusia yang ideal dalam masyarakat. Dalam ajaran Konfusius, beliau amat
menekankan bahawa sebagai serang manusia, kita perlulah sentiasa berusaha untuk
memnperbaiki moral yang ada di dalam diri.

Konfusiansme merupakan satu agama yang telah berjaya merentasi benua sehingga
telah berkembang hingga ke Eropah, Amerika dan Indonesia. Antara contoh impak ajaran
Konfusius adalah revolusi Perancis iaitu Liberty (Kebebasan), Equality Persamaan) dan
Fraternity (Persaudaraan). Salah satu ajaran Konfusius yang telah mempengaruhi revolusi ini
adalah ajaran Humanism ataupun disebut sebagai Kemanusiaan. Jika dilihat pada tahap
penyebarannya, ini membuktikan betapa ajaran Konfusius mampu menawan pemikiran orang
Barat pada ketika itu.

Dalam ajaran Konfusianisme, Konfusius menekankan lima moral yang perlu ada
dalam diri seorang individu. Perkara-perkara ini ada dinyatakan dalam Lima Sifat Kekekalan
(Wu Chang). Moral pertama yang ditekankan oleh Konfusius adalah Yi atau kebenaran.
Moral ini membincangkan bahawa sesorang individu perlu melakukan sesuatu tindakan
berdasarkan kebenaran dan bukannya keuntungan semata-mata. Moral kedua dalam ajaran
Konfusianisme adalah Ren iaitu cinta kasih. Konsep citna kasih menekankan bahawa
seseorang individu perlu mempunyai rasa cinta sesama manusia.

Ren yang bermaksud hubungan antara dua manusia juga membawa erti lain iaitu
hubungan manusia dengan manusia berdasarkan kemanusiaan atau cinta kasih yang sama.
Dalam Konfusianisme, Ren menduduki tempat teratas dalam Lima Sifat Kekekalan yang
terdiri daripada Yi (kebenaran), Li (Kesusilaan), Zhi (Bijaksana) dan Xin (dapat dipercaya).
Berdasarkan susunan ini, dapat kita lihat bahawa Konfusius amat mementingkan moral cinta
kasih dalam diri seseorang individu.

15
Kesusilaan merupakan moral ketiga yang ditekankan dalam Konfusianisme. Setelah
diperluaskan maksudnya, kesusilaan bermakna kesesuaian perilaku seseorang individu. Moral
yang diutarakan ini meliputi nilai-nilai etika seperti budi pekerti dan kesopanan. Maka, secara
ringkasnya, Konfusius melihat perkara-perkara yang berhubungan antara manusia dengan
manusia yang lain harus disusun dan dilaksanakan mengikut kesusilaan (Li). Beliau juga
melarang anak muridnya daripada melihat, mendengar, menutur serta melakukan perkara-
perkara yang tidak berlandaskan kesusilaan.

Konfusianisme juga mengutarakan kepentingan Zhi atau bijaksana dalam ajarannya.


Moral ini menekankan kepentingan untuk berani mengakui dan memperbaiki kesalahan yang
telah dilakukan. Demi mencapai kebijaksanaan, seseorang individu itu perlu mempunyai
semangat kejujuran dan keterbukaan yang tinggi dalam diri. Konfusius dikatakan sebagai
seorang yang bijaksana dalam segala perkara yang dilakukannya.dalam sebuah kisah ada
disebutkan satu peristiwa dimana kandang kudanya terbakar. Konfusius pada ketika itu terus
bertanya mengenai keselamatan orang-orangnya tanpa menghiraukan kehilangan hartanya.
Orang yang bijaksana akan lebih cenderung memikirkan akan keselamatan orang-orang
disekelilingnya berbanding memikirkan harta kekayaan yang hanya sementara.

Moral terakhir yang dinyatakan dalam Lima Sifat Kekekalan ialah Xin. Xin secara
amnya bermaksud layak dipercayai. Moal ini boleh diaplikasikan antara pemimpin dan
rakyat, ketua dan pekerja serta antara manusia dan manusia. Apabila Konfusius diberikan
pilihan antara kecukupan sumber makanan, kelengkapan peralatan senjata dan keercayaan
rakyat, dia memilih kepercayaan rakyat sebagai keutamaan yang perlu di dahulukan. Hal ini
menunjukkan betapa pentingnya Xin dalam sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang
kukuh hanya akan dapat dibina jika pemimpinnya mendapat kepercayaan yang padu daripada
rakyatnya. Kecukupan sumber makanan dan kelengkapan peralatan senjata tidak akan
bermakna jika rakyat sudah tidak mempercayai tampuk pimpinan sedia ada.

Dalam konteks kehidupan sekarang, setiap organisasi pemerintahan dan perkhidmatan


memerlukan kepercayaan yang padu daripada pengikutnya. Bagi mmendapatkan
kepercayaan tersebut,pemimpin yang dilantik haruslah menjalankan tanggung jawab yang
telah diberikan dengan penuh amanah dan telus. Dalam pemerintahannya, Konfusius
mengajar bahawa seseorang individu itu harus mempunyai sifat layak dipercayai bagi
mendapatkan kepercayaan daripada masyarakat. Hal ini kerana sifat Xin merupakan landasan
utama bagi hubungan sesama manusia didunia.

16
Berdasarkan perbincangan yang telah dibuat, dapat disimpulkan bahawa Islam dan
Konfusianisme masing-masing ada mengutarakan etika atau moral yang perlu diikuti oleh
penganutnya. Kedua-dua agama mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam
mengutarakan etika atau moral yang boleh dijadikan etika atau moral sejagat untuk manusia.
Dalam agama Islam, Al-Quran dan As-Sunnah merupakan sumber rujukan utama bagi
panduan umat Muslim dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Penganut agama Islam
diseluruh dunia diselaraskan panduannya menurut dua sumber ini bai mengelakkan
berlakunya percanggahan dari apa jua aspek sekali pun. Tiga etika dalam Islam yang telah
dibincangkan dalam penulisan ini dapat dijadikan etika atau moral sejagat untuk manusia.

Manusia diseru bagi menjaga hubungan dengan Tuhan, hubungan sesama manusia
dan hubungan dengan alam. Keunikan agama Islam dalam mengutarakan etika ini dapat
dilihat apabila ianya menekankan kepentingan untuk menjaga hubungan yang terjalin sejak
dari azali lagi. Manusia setelah dilahirkan samada mereka rela ataupun tidak terus diberikan
satu hubungan yang tidak dapat diputuskan iaitu hubungan dengan penciptanya serta kedua
ibu bapanya dan juga alam. Manusia di serata dunia tanpa mengira bangsa serta agama yang
dianuti boleh mengaplikasikan etika yang diajar dalam agama Islam kerana jika dilihat secara
dasarnya, setiap manusia di dunia ini mempunyai hubungan yang tidak mampu dipisahkan
oleh sesiapa iaitu kepada Tuhan, manusia dan alam.

Seperti Islam, Konfusianisme juga mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam


mengutarakan nilai etika atau moral bagi tatapan dan rujukan manusia sejagat. Konfusius
menekankan tentang moral-moral yang perlu ada dalam diri seorang manusia di dalam
ajarannya. Lima Sifat Kekekalan ataupun Wu Chang merupakan satu cara yang unik bagi
mengutarakan nilai etika atau moral oleh Konfusius. Konfusius telah mengasingkan siat-sifat
tersebut dan telah membuatkannya satu item yang berdiri sendiri.

17
Rujukan

Ari Wahyudi, Ssi. (2009, May 12). Agama Islam. Diperolehi Julai 22, 2015, dari
http://muslim.or.id/aqidah/agama-islam.html

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. (2008). Etika. Diperolehi Julai 22, 2015, dari
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=etika

Dinul-Haq. (2013, November 4). Tujuan Allah menciptakan manusia dan jin. Diperolehi
Julai 22, 2015 dari http://rasouallah.net/index.php/id/articles/article/18772

Yenik Wahyuningsih. (2014, Ogos 2). Menjaga hubungan sesama manusia. Diperolehi Julai
22, 2015 dari http://media.ikhram.com/861/

Artikel Ilmiyah. (2011, Oktober 27). Etika Islam. Diperolehi Julai 23, 2015 dari
https://artikelilmiyah.wordpress.com/2011/10/27/etika-islam-2/

Bill, T. Angus, S. Catherine, S. dan Julia, E. (2001). Great dictionary of the English language
(1st ed). Readers Digest Association Limited. London

PDF. (no date). Bab 8: etika asia. Diperolehi Julai 24, 2015 dari
http://www.amaljaya.com/guru/PPG/MPU3312/Bab%208_Etika%20Asia.pdf

18

Anda mungkin juga menyukai