Anda di halaman 1dari 16

MODEL OBJEKTIF

TABA

Disediakan oleh:
Nur Afifah binti Ayob
Nurul Fatinajihah binti Zulikipli
Hilda Taba
 Lahir pada 7 Disember 1902 di Kooraste, Estonia (Rusia).
 Merupakan anak pertama dari sembilan adik beradik.
 Merupakan kelulusan dari Sekolah Tinggi Voru for Girls pada tahun
1921.
 Hilda Taba memulakan pendidikannya di Sekolah Paroki Kanepi.
 Beliau kemudian belajar di Võru's Girls 'Grammar School dan
mendapatkan gelaran sarjana dalam Bahasa Inggeris dan Falsafah
di Universiti Tartu.
 Beliau menyambung pelajaran Master Degree di Bryn Mawr
College Pennsylvania pada tahun 1927 dan Teachers College di
Columbia University (Ph.D. 1932) .
Pendapat Taba
 Menekankan proses pemikiran induktif dalam
P&P.
 Penyusunan bahan-bahan pengajaran dalam
sesuatu sistem yang sesuai yang dapat
meningkatkan kemahiran berfikir.
 Menerangkan bahawa seseorang pelajar
melakukan operasi kognitif ke atas bahan
pengajaran.
 Merupakan kaedah yang berkesan untuk
mengajar kandungan kurikulum dalam bentuk
generalisasi dan diskriminasi.
Diagnosis
keperluan

Menentuka
n apa dan Membentu
bagaimana k objektif
menilai

Langka
h-
Penyusuna
langka
n h
pengalama Model Memilih isi
n kandungan
pembelajar Taba
an

Pemilihan
pengalama Penyusuna
n n
pembelajar kandungan
an
Diagnosis keperluan
 Langkah pertama ini merupakan langkah yang
penting bagi Taba.
 Langkah ini menitik beratkan keperluan pelajar
sebagai permulaan dalam mengembangkan
kurikulum.
 Pada langkah ini permasalahan pelajar di rungkai
melalui menganalisis tentang “jurang (gaps),
berbagai-bagai kekurangan (deficiencies), dan
perbezaan latar belakang pelajar.
 Malah tentang apa yang pelajar inginkan dan
perlu untuk belajar juga perlu diberi perhatian.
Membentuk objektif

 Selepas mengenal pasti keperluan untuk


diambil perhatian, objektif untuk
kurikulum perlu dibentuk.
 Pembentukan objektif perlulah jelas dan
komprehensif.
Memilih isi kandungan

 Secara umumnya pemilihan isi kurikulum


adalah berdasarkan kepada tujuan yang
harus dicapai yang telah ditetapkan pada
langkah kedua. Walau bagaimanapun
ada beberapa aspek lain yang perlu
dipertimbangkan seperti kesesuaian
kepada pelajar.
 Berdasarkan Huraian Sukatan
Pembelajaran.
Penyusunan kandungan

 Perancangan kurikulum tidak hanya


memilih isi kandungan, tetapi mesti
mengaturnya secara tersusun dengan
mengambil kira kematangan pelajar,
pencapaian pelajar dan minat pelajar.
 Penyusunan isi kandungan adalah
dengan menyusun urutan yang betul
sehingga jelas melihatkan arah tujuan
sesuatu kurikulum itu dirancang.
Pemilihan pengalaman pembelajaran

 Pada tahap ini ditentukan pengalaman-pengalaman


belajar yang harus dimiliki pelajar untuk mencapai
tujuan kurikulum.
 Isi kandungan mesti disampai kepada pelajar dan isi
kandungan perlu menarik perhatian pelajar. Kaedah
pengajaran guru mesti melibatkan pelajar dengan isi
kandungan.
 Dengan menggunakan pengalaman pelajar atau
pengetahuan sedia ada untuk mengaitkan dengan
pelajaran baru seperti topik yang lalu, pengalaman
harian yang pelajar lalui.
 Pengetahuan dan pengalaman ini harus ada kaitan
dengan topik yang akan diajar.
Penyusunan pengalaman pembelajaran

 Langkah seterusnya ialah guru menentukan


bagaimana menyesuaikan pengalaman-
pengalaman belajar yang ke dalam aktiviti
belajar. Dalam proses itu, guru seharusnya
melibatkan pelajar dalam aktiviti bagi
pengalaman yang bermakna kepada pelajar.
 Isi kandungan perlu teratur dan tersusun.
Begitu juga dengan aktiviti pembelajaran.
Tahap kebolehan pelajar perlu diambil kira
dalam melaksanakan sesuatu aktiviti
pembelajaran.
Menentukan apa dan bagaimana menilai

 Pada peringkat terakhir, pengujian ini perlu


dilakukan untuk melihat kesesuaian antara isi,
pengalaman belajar dan cara belajar. Guru perlu
lebih kreatif dalam membentuk alat pengujian
dalam menilai hasil aktiviti yang dijalankan. Taba
tidak menentukan jenis penilaian ia bergantung
pada kebijaksanaan guru.
 Perancangan kurikulum perlu mengenal pasti
apakah objektif yang dicapai. Prosedur penilaian
perlu diperuntukkan oleh guru dan pelajar.
 Penilaian boleh dinilai dengan memberi kuiz atau
ujian.
Kekuatan Model Taba
 Menunjukkan bahawa kurikulum dan
pengajaran adalah saling berkaitan dan
tidak wujud secara berasingan.
 Model ini mampu meningkatkan
pemikiran secara produktif dan kreatif ,
apabila pelajar meneroka di sebalik data
yang diberikan.
 Model ini juga memerlukan pelajar
bekerja dalam kumpulan secara
koperatif dan aktif.
Kelemahan Model Taba
 Sukar menentukan tujuan kerana perlu
menilai latar belakang pelajar yang
berbeza-beza.
 Proses mengumpul dan memilih
maklumat harus dilakukan terus menerus
sebelum dapat membina idea(terutama
kategori) dan membina konsep.
 Proses pelaksanaannya memakan masa
yang panjang.
Implikasi Model Taba
 Mengaitkan struktur pengetahuan
dengan proses perancangan dan
pembelajaran.
 Mempertimbangkan penyusunan data,
pembentukan konsep dan buat
generalisasi dari konkrit kepada abstrak.
 Meningkatkan daya pemikiran pelajar
untuk peroleh dan kuasai prinsip yang
abstrak.
SEKIAN TERIMA
KASIH
RUJUKAN
Ishak Ramly. (2005). Inilah Kurikulum Sekolah. Selangor: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Noriati A. Rashid et al. (2016). Falsafah dan Pendidikan di


Malaysia edisi ketiga. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Qaisara Din. (2012). Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan


Model Taba. Muat turun pada 24 Julai 2018 daripada https://
www.academia.edu/4903392/TAJUK_KEKUATAN_DAN_KELEMAHAN_
MODEL_TYLER_DAN_MODEL_TABA?auto=download

Rifda Aither Nasution. (2011). Pengembangan Kurikulum


Berdasarkan Model Hilda Taba. Muat turun pada 24 Julai 2018
daripada http://rifda-aither.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai