Anda di halaman 1dari 1

Refleksi PdP - PJK

Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani ini berjalan
dengan baik. Semua murid bekerjasama, seronok dan boleh mengikuti aktiviti tersebut sesuai
dengan keperluan aktiviti permainan galah. Permainan ini sangat sesuai dimainkan sebagai
permainan rekreasi dan kesenggangan di dalam usaha untuk menerapkan semangat berpasukan,
menghargai kemengan dan kekalahan, dan mengaplikasikan segala pergerakan lokomotor
sesuai dengan aktiviti.
Contoh Penulisan Refleksi
Penulisan Refleksi Tahap Pertama (penulisan deskriptif)
1. Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas.
2. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan.
3. Pelajar mengantuk di dalam kelas.
4. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada pengajaran
akan datang.
Penulisan Refleksi Tahap Kedua (penulisan refleksi deskriptif)
1. Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang
disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam
bahasa Melayu.
2. Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak
menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan
bertanyakan soalan yang berkaitan.

Penulisan Refleksi Tahap Ketiga (Refleksi Dialog)
Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip geometri pada hari ini. Saya
tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan satu
persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan
mengenai tajuk yang di ajar.
Penulisan Refleksi Tahap Keempat (Refleksi Kritikal)
1. Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Walaupun begitu saya suka ketawa
semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa
saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan
pengajaran saya. Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya
ingat lagi masa cikgu saya mengajar sejarah beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan
dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang berjaya. Oleh itu,
saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari sejarah.

Anda mungkin juga menyukai