Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN TINDAKAN :

MEMPERKEMAS PENULISAN BUKU NOTA DAN BUKU LATIHAN PEMBINAAN DOMESTIK PELAJAR DENGAN PENGANUGERAHAN PERFECT DAN SMILEY.

Oleh :

NUR AKMAL BINTI HASSAN


KETUA PANITIA PEMBINAAN DOMESTIK SEK MEN KEB BAHAU

REFLEKSI Selepas seminggu mengajar subjek Pendidikan Domestik di Tingkatan 5 MPV dan 4 MPV, saya menggunakan teknik catatan nota berpandu yang diberi oleh saya sendiri. Setelah saya mengumpul buku nota dan latihan untuk disemak, saya sungguh terkejut apabila saya dapati rata-rata pelajar menulis nota dan membuat latihan dengan begitu comot dan tidak bersungguhsungguh sekali. Ada pelajar yang langsung tidak menggariskan jawapan, tidak membuat tarikh dan tajuk pembelajaran, dan ada juga yang tidak membuat indeks di halaman depan buku masing-masing. Apabila saya bertanyakan hal tersebut kepada para pelajar, mereka menjawab dengan jawapan, malas, cikgu tidak beri tahu dan saya tidak ingat. Dari jawapan pelajar ini, saya dapati mereka kurang bermotivasi untuk menulis nota dan membuat latihan dengan baik. Saya terfikir, adakah saya harus mengingatkan kepada pelajar untuk membuat menulis nota dengan kemas dan teratur, menulis tarikh dan menggaris setiap jawapan, setiap kali menulis nota dan membuat latihan? Mereka akan menjadi pelajar yang terlalu bengantung kepada guru untuk membuat perkara-perkara asas dalam pembelajaran. Saya bertanyakan kepada beberapa pelajar tentang kepentingan buku nota kepada pelajar, dan ada yang menjawab buku nota tidak terlalu penting kepada mereka. Sekiranya hal ini diteruskan, pelajar tidak dapat merujuk nota sepanjang sesi persekolahan kerana subjek Pembinaan Domestik tidak mempunyai buku teks, dan ini menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji pelajaran apabila tiba musim peperiksaan nanti.

ISU KEPERIHATINAN/ FOKUS KAJIAN

Dalam kajian tindakan ini, saya akan memfokuskan mengenai kelemahan pelajar yang gagal untuk menyalin nota dan latihan dengan kemas. Para pelajar tidak mahu menulis dan menyalin nota dengan baik dan kemas. Begitu juga dengan buku latihan. Pelajar tidak mahu membuat latihan dengan baik dan kemas. Dengan mewujudkan kaedah penganugerahan perfect dan smiley ini, saya yakin pelajar mampu membuat dan menyalin nota dengan kemas dan teratur, begitu juga dengan membuat latihan dalam buku latihan. Diharap dengan kaedah ini, pelajar lebih bermotivasi untuk membuat nota dan latihan mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut: i. ii. Menulis dan menyalin nota dengan baik dan kemas. Membuat latihan yang diberi guru dengan kemas dan betul.

KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan i. ii. 4 MPV 25 orang pelajar 5 MPV- 14 orang pelajar

TINDAKAN YANG DICADANGKAN 1 Tinjauan masalah Sebelum langkah langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap sebarang masalah yang timbul akan dibuat, bagi tujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan: a) Mengumpul buku nota pelajar b) Temubual bersama pelajar bagi mengetahui faktor murid murid tidak dapat menulis nota. c) Murid murid melakukan pembentangan menggunakan kertas sebak berdasarkan topik yang telah dipilih dan dinilai oleh guru. II Aktiviti 1 Nota 1 Smiley dan 1 Latihan 1 Perfect a) Guru menerangkan mengenai aktiviti Smiley dan Perfect ini. Aktiviti ini akan dijalankan sepanjang waktu pembelajaran. b) Guru menunjukkan contoh nota yang mendapat Smiley dan contoh latihan yang mendapat Perfect. c) Di akhir aktiviti ini, sesiapa yang dapat mengumpul 30 Smiley untuk buku nota dan 15 Perfect akan diberikan hadian oleh guru. Aktiviti aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keperluan setelah saya melaksanakan tinjauan awal.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil 1 2 3 4

Aktiviti Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal Menulis proposal kajian Merancang tindakan (individu) Melaksanakan tindakan a) Pengenalan 1 Nota 1 Smiley dan 1 Latihan 1 Perfect Hasil kajian dinilai melalui pemerhatian semasa pelajar menghantar buku nota dan latihan masing-masing. Refleksi kajian Menulis laporan kajian Pembentangan laporan

Tarikh pelaksanaan 6 10 Januari 2014 15 Januari 2014 15 Februari 2014 16 Januari 2014

Hasil semasa nota dan latihan semasa pelajar 27 Januari 2014 29 30 Januari 2014 5 Februari 2014

6 7 8

Anda mungkin juga menyukai