Anda di halaman 1dari 1

Sajak : Sumpah Anak Merdeka

Oleh : Norhaslin Binti Jamaain

Sumpah anak Merdeka,


Kemerdekaan ini akan kekal milik kita
Akan ku perjuangkan
Akan ku pertahankan

Sumpah anak merdeka


Ada yang cuba menderhaka
Ada yang cuba khianat atas negara
Ada yang sanggup bersama musuh durjana
Janjiku akan ku kekalkan negaraku merdeka

Sumpah anak merdeka


Bersamalah kita berganding bahu
Menanam rasa kecintaan
Menyemai jiwa perpaduan
membaja erti keamanan
Biar bertunjang kukuh dijiwa makna kemerdekaan

Sumpah anak merdeka


Biar ku genggam bara
Biar ku menangis duka
Tidak akan ku biarkan pohon ini kering dan mati
Pohon bangsa yang merdeka
Kerana janji ku akan terus setia.

Anda mungkin juga menyukai