Anda di halaman 1dari 14

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN, KECERGASAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI.

1) BAKA

Menurut Kamus Dewan, baka membawa maksud sifat-sifat keturunan


pada benda hidup dan genetik.Setiap orang pasti akan mewarisi penyakit-
penyakit ibu bapanya. Antara penyakit keturunan atau penyakit genetik
ialah Albino, buta warna, tekanan darah tinggi dan diabetes.

2) Umur

Mengikut peningkatan umur, tahap kecergasan seseorang akan


menurun. Pada usia20-an, seseorang individu memiliki metabolisme yang
tertinggi tetapi pada tahap umur ini individu mula memasuki ke dunia
pekerjaan dan akan menghabiskan kebanyakkan masa di meja kerja yang
akan mengakibatkan metabolisme menurun kerana otot membakar kalori tiga
hingga empat kali ganda lebih cepat berbandingkan lemak walaupun tidak
melakukan kerja berat.

Pada usia 30-an, lebih-lebih lagi kaum wanita tidak mementingkan senaman
kerana mereka sibuk dengan tugasan kerja dan urusan rumah tangga. Oleh
kerana itu, mereka akan kehilangan kilo mass muscle setiap tahun dan
ditukar kepada lemak dalam badan.

Pada usia 40-an, kadar metabolisme badan semakin menurun dan kekuatan
semula jadi turut berkurang jika tidak menjaganya sejak awal iaitu ketika 30-
an.

3) KETIDAKUPAYAAN FIZIKAL
Keupayaan fizikal ialah kecatatan badan sama ada kehilangan atau tiada
suatu anggota badan, kecederaan spinal , lumpuh seluruh atau sebahagian
badan. Contohnya, penyakit Polio, Kudung, Kerdil, Osteogenesis imperfecta
atau atau Lobstein sindrom. Sesetengah daripada mereka tidak bo!eh
bergerak and bersenam seperti orang biasa. Oleh kerana itu, tahap
kercergasan mereka akan lebih rendah berbanding dengan orang yang sihat.

4) PERKHIDMATN KESIHATAN

Kemudahan perkhidmatan kesihatan komuniti yang berkesan dan sistematik


juga dapat mempengaruhi tahap kesihatan individu. Contohnya, klinik,
hospital, pusat-pusat penjagaan dapat membantu meningkatkan tahap
kesihatan individu.
5) PERSEKITARAN

Persekitaran alam, tempat tinggal dan persekitaran yang bersih,selesa, aman


dan tidak tercemar boleh meningkatkan tahap kesihatan individu.
Pencemaran persekitaran mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Alam
sekitar dan persekitaran yang kotor dan tercemar mengundang kepada
bahaya toksik dan penularan wabak penyakit akan menggugat kesihatan
individu.

6) TINGKAH LAKU

Tingkah laku yang patutu diamalkan untuk meningkatkan tahap kesihatan dan
kesejahteraan diri ialah dengan menjaga kebersihan diri. Kebersihan diri
merangkumi penjagaan kesihatan seperti kulit,rambut, gigi, mata dan telinga.
Kepentingan menjaga kebersihan tubuh badan adalah seperti mengelakkan
jangkitan penyakit berjangkit seperti penyakit kulit, menjaga kesihatan badan
agar sentiasa sihat dan cergas dan mengekalkan persahabatan dengan
kawan-kawan dengan mengamalkan kebersihan diri.
Piramid Makanan Malaysia

Makanan yang seimbang sangat penting dalam memastikan kesihatan yang sihat.
Pengambilan kalori berdasarkan betapa aktifnya anda dalam kehidupan seharian.
Pengambilan kalori haruslah seimbang dengan tenaga yang digunakan. Diet secara
sihat adalah daripada makanan yang seimbang termasuk:

1. Pengambilan Karbohidrat.

Karbohidrat terdiri daripada sumber makanan berkanji seperti nasi, kentang, bijiran
dan roti. Sumber karbohidrat yang baik adalah digabungkan sekali dengan bijiran.
Bijiran adalah mengandungi serat yang dapat membuatkan anda kenyang lebih
lama. Karbohidrat boleh diambil segenggam tangan kerana apabila terlebih
karbohidrat juga akan menyumbang kepada kenaikan berat badan. Karbohidrat
akan di tukar dalam bentuk kalori yang memberi tenaga dan ia menyumbang paras
gula untuk tubuh serta jika ia berlebihan ia akan bertukar lemak yang akan tersimpan
dalam badan kita.

2. Lebihkan makanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting untuk tubuh


kita , ia mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang di perlukan tubuh badan kita.
Anda digalakkan untuk mengambil makanan 5 kali dalam kuantiti yang sedikit adalah
lebih baik untuk menurunkan berat badan, malah jus buah-buahan juga dikira
sebagai diet yang menyihatkan. Pengambilan buah-buahan seelok-eloknya di ambil
sebelum mengambil makanan berat/ berlemak. Buahan dan sayuran adalah baik
untuk usus, selain ia memberi vitamin di perlukan, ia juga menjaga usus kita supaya
sihat dan baik serta fiber/serat yang terkandung di dalamnya bertindak penting
dalam merendahkan paras kolestrol dalam darah.
3. Pengambilan protein dalam makanan (contoh:ikan)

Semua jenis tisu dalam tubuh badan manusia amat memerlukan protein, termasuk
tulang, darah dan otot. Protein merupakan bahan asas dalam pembinaan tubuh. Ia
bertindak sebagai membaiki, mengganti dan membuat tisu-tisu serta memastikan
pertumbuhan secara optimum. Protein diperbuat daripada asid amino. Tahukah anda
yg tubuh manusia memerlukan 22 jenis asid amino, 14 jenis daripadanya boleh
dihasilkan dalam tubuh namun baki 8 lagi hanya boleh didapati daripada sumber
makanan (ini dipanggil asid amino perlu). Sumber protein adalah daripada sumber
haiwan seperti ikan, ayam, daging, telur dan tumbuhan, terutamanya kekacang
(kacang, kacang peas) adalah sumber protein yang mengandungi vitamin dan
mineral.

Sumber protein dari ikan laut dalam mengandungi lemak Omega-3 yang boleh
membantu untuk menggelakkan penyakit jantung seperti ikan salmon mengandungi
banyak lemak Omega 3 berbanding ikan yang lain.

4. Mengurangkan Pengambilan Lemak Tepu.

Lemak terbahagi kepada dua iaitu : lemak tepu dan lemak tak tepu. Lemak tepu
ialah boleh meningkatkan kolesterol dalam darah yang boleh menyebabkan risiko
penyakit jantung.

Contoh lemak tepu seperti, butter, keju, cream dan biskut. Kurangkan pengambilan
makanan lemak tepu dan seelok-eloknya anda digalakkan mengambil makanan tidak
berlemak tepu. Contoh lemak tidak tepu seperti minyak sayuran dan minyak ikan
dalam kuantiti yang sedikit. Untuk pengambilan daging, anda digalakkan untuk
mengambil di bahagian isi dan buangkan di bahagian lemak daging. Sumber daging
merah mengandungi lebih lemak tepu berbanding daging putih seperti ikan dan
ayam.

5. Mengurangkan Pengambilan gula.

Gula adalah sumber karbohidrat ringkas yang menyumbang kepada kalori yang
tinggi. Pengambilan makanan dan minuman manis yang berlebihan boleh
menyebabkan berat badan naik. Gula didapati melalui buah-buahan sudah memadai
kerana tubuh badan kita hanya memerlukan gula yang mengandungi kuantiti yang
sedikit dalam badan kita supaya tubuh badan kita dapat berfungsi dengan baik.
Pengambilan gula yang berlebihan menyumbang penyakit diabetik (kencing manis)
yang mana akhirnya akan membawa kepada beberapa penyakit lain seperti darah
tinggi, jantung dan buah pinggang serta pelbagai lagi. Diet yang sihat daripada
pemakanan yang seimbang dapat membantu anda untuk mencapai kepada berat
badan yang ideal dan memberi kesihatan yang terbaik.

Kepentingan elektrolit

Elektrolit adalah suatu zat yang larut atau terurai ke dalam bentuk ion-ion dan
kemudiannya larutan menjadi konduktor elektrik, ion-ion merupakan atom-atom
bermuatan elektrik. Elektrolit kebiasaannya berbentuk air, asam, basa, garam, atau
berupa senyawa kimia lainnya.

Natrium dan klorida adalah penting untuk pengecutan otot-otot. Ini dapat
diterangkan, kenapa sekiranya cecair yang hilang tidak digantikan serta-merta, ia
akan menyebabkan kekejangan otot. Kekurangan natrium mungkin tidak akan
berlaku tetapi jika itu terjadi, gejala-gejalanya mungkin loya, pening dan kejang otot-
otot.

Kalium merupakan elektrolit utama yang wujud di dalam sel-sel badan. Ia juga
berperanan dalam mengekalkan keseimbangan cecair dan elektrolit. Tambahan pula,
ia turut membantu memelihara tekanan darah yang normal, menghantar impuls atau
isyarat saraf serta mengecutkan otot-otot. Bagi individu yang sihat, kekurangan
kalium amat jarang kita ditemui. Bagaimanapun, sekiranya berlaku muntah dan cirit-
birit, badan mungkin mengalami kehilangannya dengan banyak. Antara gejala
kekurangan kalium adalah seperti lemah, hilang selera makan, mual dan letih lesu.

Fosforus membantu menjana tenaga di dalam setiap sel tubuh kita dan bertindak
sebagai pengatur utama metabolisme tenaga organ tubuh anda. Ia merupakan
komponen utama dalam struktur gigi selepas kalsium. Kekurangan fosforus amat
jarang berlaku kecuali bagi sesiapa yang mengambil ubat antasid dengan aluminium
hidroksida dalam jangka panjang. Gejala-gejala kekurangan termasuklah kerapuhan
tulang, kelemahan, hilang selera makan dan kesakitan.

Pengiraan pengunaan kalori asas

Pengiraan kolori makanan adalah sangat penting untuk orang yang ingin diet
secaraberkesan. Tujuan pengiraan penggunaan kalori adalah untuk membudayakan
kitakea rah amalan pemakanan yang sihat.

Cara-cara mengira kalori asas

BMR untuk lelaki=13.7516w + 5.0033s - 6.775a + 66.473


BMR untuk wanita=9.5634w + 1.8496s-4.6756a + 655.0955

Penyalahgunaan Bahan

Penyalahgunaan bahan sering berlaku di kalangan remaja ialah rokok, alkhohol,


gam, turpentine, ubat batuk, dan dadah. Menyalahgunakan bahan bermaksud
menggunakan bahan yang boleh menjadikan ketagih secara berlebihan atau untuk
tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya.

Dadah wujud dalam bentuk pil,serbuk dan bahan mentah. Jenis-jenis dadah adalah
seperti heroin, kokain, candu, ganja dan pil khayal.

Kesan dadah kepada penagih dadah ialah penglihatan seorang penagih dadah akan
kabur dan matanya berair.

Kesan Dadah Kepada mulut, kerongkong dan percakapan ialah gangguan


percakapan akibat dari ketidakseimbangan fungsi minda. Gangguan mengunyah
akibat dari strok. Mulut penagih dadah sentiasa kering.Terdapat pembiakan penyakit
kulat dalam mulut (kesan dari kurang immuniti badan dan AIDS). Pendarahan
kerongkong, mulut dan salur pemakanan juga akan berlaku akibat pengambilan
dadah.

Bagi mental dan emosi pula, penagih dadah akan bersikap gelisah, cepat marah,
gementar. Fikirannya akan terganggu dan boleh bersifat ganas .

Dari segi fizikal pula, penagih mungkin akan tidak tidur 3 sehingga 15 hari , hilang
selera makan dan berat badan menurun, berpeluh, muka berpucat, badan berbau
dan gigi kekuningan. Kudis jelas kelihatan akibat penggunaan syabu menggaru kulit
untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya .
Kerosakan kepada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit
Parkinson ( dengan gangguan pergerakan anggota badan ) dan penyakit Alzheimer (
dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk ) .

Kerosakan pada jantung akibat degupan jantung kencang, tidak menentu dan
tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut . Saluran
darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah .

Seorang penagih juga mengalami gangguan saluran pemakanan. Bahan toksik


dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain akan menyebabkan gangguan pada
perut dan sistem penghadaman .

Pengambilan dadah ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi ,


kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran. Bayi yang dilahirkan adalah kecil ,
terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan fizikal.

Definisi Rokok

Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk silinder samada daripada kertas
mahupun daripada berbagai jenis daun berukuran antara 70mm hingga 120mm
dengan diameter 10mm berbeda mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu
hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada
hujung yang lain.

Keburukan Merokok
Kesan jangka pendek kepada mereka yang terdedah dengan asap rokok ialah
berbau busuk, kerengsaan mata, hidung serta kerongkong, pening kepala dan batuk.

Merokok Mengakibatkan Strok

Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam
badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–
12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan
tabiat merokok. Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran
darah. Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran
darah akan menjadi sukar. Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam
otak. Sebahagian tubuh badan mungkin akan lumpuh dan mungkin akan membawa
kemautan.

Merokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan
kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit
merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami
golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok.

Merokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di
Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya
dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah
berkait rapat dengan merokok.
Keburukan Pengambilan Alcohol

Kesan pada otak

Selepas minum, alkohol akan menyebabkan berlakunya penindasan kawasan-


kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum
mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak
tidak terkawal.

Seseorang itu juga kekurangan keupayaan dari segi belajar, membentuk idea
spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin
banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan
boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

Kesan pada hati

Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan
(mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut. Parut ini akan mengurangkan
kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan
menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati
dan boleh membawa maut.

Kesan-kesan lain
Peminum alkohol kronik yang sedang hamil boleh menyebabkan kandungannya
mempunyai ciri-ciri kecacatan seperti kekurangan berat badan, saiz kepala yang
terlalu kecil berbanding tubuh, kurang penyelarasan otot, keadaan muka yang rata,
dan kelemahan sendi-sendi.

Mereka juga akan lebih cenderung membuang air kecil dengan kerap kerana etanol
boleh merencat hormon penahan kencing dan mungkin juga mengalami anemia,
hipoglisemia (kekurangan gula di dalam darah), dan ketandusan vitamin.

Seseorang yang meminum alcohol boleh meningkatkan risiko kanser sebanyak 15


kali terutamanya pada bahagian mulut dan tekak.

Apabila seseorang meminum banyak arak, ia boleh merosakkan selaput lendir perut
dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia
terutama jantung dan buah pinggang.

Meminum arak juga boleh menjadikan seseorang itu mendapat sesak nafas yang
akan menganggu alat pernafasan. Meminum arak ketika perut kosong atau sebelum
sarapan pun boleh menyebabkan berlakunya barah dalma perut.

Peminum arak juga mengalami tekanan darah tinggi (hypertension) yang boleh
menyebabkan serangan mengejut ( stroke ) dan penyakit jantung dan alcohol juga
boleh menghilangkan ingatan seseorang dan menjadikan ianya kurang siuman dan
hilang harga diri.

Bahan Hidu

Gam, cat, minyak petrol dan thinner ialah contoh beberapa bahan yang
disalahgunakan sebagai bahan hidu. Ruapan daripada bahan ini boleh mengganggu
fungsi sistem saraf dan merosakkan organ-organ tubuh.

Kesan Buruk Pergaulan Bebas

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan
banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam
masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari
aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan
akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang. Antara kesan buruk daripada pergaulan
bebas di antara lelaki dan perempuan ialah keruntuhan akhlak. Mereka tidak
mempedulikan maruah mereka dan berakhlak buruk dengan hanya untuk bergaulan
perhubungan seks.

Selain itu, anak luar nikah telah tersebarkan. Menurut statistik yang telah dibuat di
New York pada tahun 1983, lebih daripada satu pertiga bayi yang lahir pada tahun
tersebut adalah anak luar nikah. Kebanyakannya dilahirkan oleh pemudi yang
berumur sekitar sembilan belas tahun dan ke bawah. Bilangannya secara tepat ialah
112,353 orang bayi iaitu 37% daripada bilangan bayi yang lain di New York.

Justeru, pergaulan seks juga akan menyebabkan berlakunya banyak perceraian dan
keruntuhan rumahtangga. Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada
pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin
pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya
disebabkan oleh perkara kecil.

Di samping itu, terdapat pelbagai penyakit yang boleh membawa kemautan dilahir
disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental
mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa
maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai