Anda di halaman 1dari 12

KUALITI GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM DI

SEKOLAH

NAMA DAN NO. MATRIK:


TITIK RAHAYU
P91583

NAMA KURSUS:
PENULISAN AKADEMIK 1 (GB6012)

SESI PENGAJIAN:
SEMESTER 1

PENSYARAH :
DR. MOHAMED YUSOFF BIN MOHD NOR

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


2017/2018
KUALITI GURU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN STEM DI
SEKOLAH

Titik Rahayu
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGENALAN

Pendidikan abad ke-21 menuntut guru supaya sentiasa meningkatkan kemahiran secara
menyeluruh untuk menghadapi era globalisasi yang semakin maju. Guru memiliki peranan dan
tanggungjawab yang sangat penting bagi menjayakan pencapaian pelajar dalam tahap yang
cemerlang (Maulana, Helms-Lorenz, & van de Grift, 2015). Bagi memenuhi tanggungjawab
tersebut guru perlu sentiasa bersiap sedia dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan
kecekapan, seperti melakukan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran di dalam bilik
darjah, menguasai teknologi pendidikan, membina suasana pengajaran dan pembelajaran yang
harmonis, serta membentuk hubungan antara guru dan pelajar secara mesra (Syafrimen, 2010).
Menurut Han Chen (2017) untuk menjayakan hal tersebut guru mesti memiliki keyakinan diri,
kerana dapat meningkatkan keberhasilan pelajar dalam bilik darjah. Merujuk kepada Data Badan
Pusat Statistik 2010, Sumber Daya Manusia (SDM) Indonesia yang berjumlah 88 juta masih
dikuasai oleh guru yang kurang mahir dalam bidangnya, dan diramalkan tahun 2020 akan
terdapat 50% kekurangan guru untuk mengisi lowongan jabatan dalam pengajaran (Nuryani.,
2016). Hal inilah yang masih dialami guru sampai sekarang dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di kelas.

Rendahnya kualiti guru juga berlaku dalam pembelajaran Science, Technology,


Engineering, and Mathematic (STEM) iaitu pembelajaran yang dijalankan di sekolah masih
kurang menarik dan konsisten. STEM adalah elemen penting dalam program kemahiran yang
berkaitan dengan sains abad ke-21 (Ceylan & Ozdilek, 2015). Pendidikan STEM berjalan secara
bersepadu antara disiplin ilmu sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik, STEM merujuk
kepada (i) mendapatkan pengetahuan saintifik, teknologi, kejuruteraan, dan matematik, (ii)
memahami ciri-ciri disiplin STEM sebagai bentuk usaha manusia, (iii) memahami bagaimana
disiplin STEM membentuk dunia material, intelektual, dan kebudayaan, dan (iv) terlibat dalam
isu STEM dengan menggunakan idea-idea yang berkaitan dengan sains, teknologi, kejuruteraan
dan matematik sebagai pemikiran rakyat yang sentimental dan menyumbang (Bybee, 2010).
Diperkukuh oleh kajian Chang & Park (2014), terdapat empat bahagian yang dikenalpasti dapat
meningkatkan kepuasan pelajar dalam pembelajaran STEM, iaitu (i) gaya mengajar, metode,
atau strategi pengajaran yang diberikan guru dalam pengajaran dan pembelajaran, (ii)
pengetahuan dan persiapan guru menyampaikan bahan pengajaran di kelas, (iii) sikap guru
terhadap pengajaran, subjek, siswa, dan (iv) beban kerja. Dari pelbagai isu tersebut sekolah perlu
menggalakkan guru untuk meningkatkan kualiti secara maksimum, supaya dapat menciptakan
keberhasilan dan kemenjadian Pendidikan demi terlaksananya matlamat negara.

Terdapat hasil kajian yang menyatakan bahawa satu faktor yang membatasi kepada
keberkesanan guru ialah pengetahuan kandungan guru dalam mata pelajaran yang diajar
(Pearson & Pearson, 2017). Sebagai contoh di Indonesia, terdapat guru yang mengajar di sekolah
pada bidang sains namun mereka merupakan lulusan luar bidang sains. Sehingga guru dalam
pengajaran dan pembelajaran kurang mendalami bahan yang disampaikan di dalam kelas. Hal ini
juga disokong oleh Pearson & Pearson (2017), bahawa guru banyak mengambil kursus di
kawasan selain STEM, namun mereka mengajar STEM. Inilah yang sedang dihadapi dalam
dunia pendidikan, sehingga menyebabkan kualiti guru STEM kurang baik dan tidak konsisten.
Namun demikian, tidak dinafikan terdapat solusi bagi menghadapi pelbagai masalah tersebut,
salah satunya adalah guru mesti komitmen dengan diri untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Pendidikan STEM memberi banyak faedah bagi pelbagai kalangan dalam pendidikan,
kerana pendidikan STEM menyatukan disiplin ilmu, membawa kepada pembelajaran yang
berkesan dan berkualiti, menyatukan pengamalan dalam kehidupan nyata, serta merangsang
individu untuk berfikir kritis (Yildirim dan Altun, 2015). Disokong Akyildiz (2014) pendidikan
STEM dapat menyediakan pengalaman pembelajaran yang relevan dan praktikal untuk semua
pelajar. Selain itu, pendidikan STEM dapat meningkatkan minat dalam pengajaran dan
pembelajaran di kelas (Corlu, Capraro, & Capraro, 2014). Selain bagi guru STEM bermanfaat
juga bagi bakal guru.

Manfaat bagi bakal guru STEM dapat meningkatkan daya imaginasi mereka, kemahiran
tangan, kemahiran pemerhatian, kemahiran rekabentuk, kemahiran kejuruteraan, dan kemahiran
pemikiran peringkat tinggi; membantu pengetahuan yang berkesinambungan dengan
pengetahuan konteks nyata, lebih produktif dalam meningkatkan minat dalam pelajaran, serta
dapat membantu untuk mengembangkan keupayaan bakal guru untuk merekabentuk projek. Jika
hal itu tercapai maka proses pengajaran dan pembelajaran di kelas lebih menyeronokkan (Kasza
& Slater, 2017). Sejalan dengan kajian Yildirimm & Sevi (2016) bakal guru dalam kajiannya
menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam STEM di kelas yang dijalankan lebih
menyeronokkan, memungkinkan belajar dengan hidup dan melakukan, serta dapat
mengembangkan kemahiran imajinasi, produktiviti dan psikomotor. Secara terperinci isu,
cabaran, serta cadangan terhadap kualiti guru dipaparkan pada bahagian berikut ini serta
disokong pada kajian-kajian lepas.

KAJIAN-KAJIAN BERKAITAN KUALITI GURU DAN PENGAJARAN STEM

Salah satu isu di Indonesia yang masih berlaku sampai sekarang disebabkan kerana peralihan
kurikulum pembelajaran baru, dari Kurikulum Tingkat Satuan Pendidikan (KTSP) menjadi
kurikulum 2013. Peralihan kurikulum pembelajaran secara spontan menjadikan guru merasa
kesulitan untuk berorientasi dalam pembelajaran. Hasil kajian Setia Budi (2014) bahawa guru
dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dinilai memiliki persiapan yang masih
kurang dalam menerapkan kurikulum 2013, kerana pemahaman guru tentang kurikulum 2013
masih kurang, sehingga pengajaran dan pembelajaran berjalan kurang maksimum. Pada
kurikulum 2013 guru dituntut mahir menggunakan teknologi, kerana semua konteks yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran berasaskan aplikasi. Berdasarkan pemerhatian
sebahagian besar guru senior kurang pandai untuk mengaplikasikan teknologi seperti komputer,
yang mana menjadi salah satu unsur pada domain STEM. Hal tersebut sangat mempengaruhi
pencapaian pelajar, pembelajaran dinilai kurang menarik, dan tidak konsisten. Kebanyakan guru
dalam mengajar masih menggunakan metode ceramah, yang mana pelajar sebagai penerima pasif
di kelas. Hal ini membuat pelajar cepat merasa bosan, kurang imaginatif, dan kurang aktif di
kelas. Sememangnya kualiti guru dalam STEM sangat memainkan peranan dalam pembelajaran
dan pengajaran.

Hampir selaras dengan isu kualiti guru dalam pembelajaran STEM di luar negara
Indonesia, ditemukan bahawa pelajar kurang dapat memahami kandungan sains (khususnya
fizik) secara mandiri, kerana guru mengajar dengan kaedah yang kurang baik, dan kurang
kemahiran menyelesaikan masalah (Jegede, 2007). Di Eropah pula hanya 15% pelajar merasa
puas dengan kualiti pengajaran sains yang disampaikan oleh guru dan hampir 60% melaporkan
pengajaran mata pelajaran sains di sekolah tidak cukup menarik (Kementerian Pendidikan, 2010)
dalam (Serafin, 2016). Hal tersebut kerana guru masih menggunakan banyak kaedah tidak aktif
di mana hafalan faktual lebih ditekankan, jadi sumbangan pelajar dalam perbincangan kelas
masih dikategorikan kurang (Gambari & Yusuf, 2015). Disokong kajian Gambari & Yusuf
(2015) bahawa penyebab utama prestasi pelajar rendah dalam mata pelajaran sains kerana
kaedah mengajar masih berpusat kepada guru dan miskin kaedah pembelajaran. Selari dengan
kajian Ceylan & Ozdilek (2015) bahawa guru dalam menyampaikan pengajaran STEM masih
kurang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya guru saat ini masih banyak
menggunakan kaedah pengajaran secara tradisional, iaitu guru menjadi peserta aktif di dalam
kelas manakala pelajar sebagai penerima pasif.

Dari pelbagai isu yang didapati di atas menurut Mclntryre (2014) untuk menambahbaik
pengajaran dan pembelajaran STEM, sekolah perlu mewujudkan program penyediaan guru asas
yang difokuskan kepada STEM. Dewan Riset Nasional (NRC, 2003) pula menekankan kepada
pendidikan sarjana harus bertanggungjawab melatih pemimpin masa hadapan dalam skop
pengajaran dan pembelajaran STEM. Pelatihan guru asas dalam STEM diperlukan bagi
menumbuhkan pengajaran yang sesuai dan lebih berkesan. Untuk membuat pelajar puas terhadap
STEM pelajar memerlukan pendidikan yang berkualiti pula (Chang & Park, 2014). Berdasarkan
tinjauan literatur NRC (2003) mengartikulasikan lima karakteristik pusat pengajian tinggi yang
efektif dalam pengajaran dan pembelajaran STEM iaitu: (i) Memiliki pengetahuan tentang
bahan pelajaran yang tinggi, (ii) menggunakan keterampilan, pengalaman, dan kreativiti
pedagogi dan teknologi secara tepat, (iii) menggunakan penilaian kepada pemahaman dan
keterampilan secara tepat, (iv) guru berinteraksi secara profesional bersama pelajar di dalam dan
di luar kelas, dan (v) berkonstribusi dan melibatkan profesyen lain untuk meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran di kelas (Council, 2003).

Daripada kajian-kajian lepas secara keseluruhan didapati guru masih kurang berupaya
untuk memiliki kemahiran yang membolehkan guru untuk mengharungi pelbagai cabaran pada
abad ke-21. Salah satu kes dalam melaksanakan kemahiran abad ke-21 adalah melalui
pengajaran dan pembelajaran STEM yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Hal tersebut telah
dijelaskan pada Key Performance Indicator (KPI) dasar STEM negeri Selangor yang belum
tercapai, iaitu kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran STEM masih kurang menarik
dan konsisten. Sememangnya isu tersebut selari dengan isu-isu yang terdapat di luar negara.
Bagaimanapun isu-isu tersebut perlu diberi pandangan bagi menambahbaik kualiti guru dalam
meningkatan pengajaran dan pembelajaran STEM secara lebih berkesan.

CADANGAN SOLUSI

Peranan guru sangat penting dalam menghadapi cabaran abad ke-21, satu langkah menghadapi
cabaran pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah meningkatkan kualiti guru dalam STEM.
Menurut Kyriakides, Creemers, dan Antoniou (2009) bahawa secara konsisten faktor yang
signifikan untuk mengurangkan masalah tingkah laku pelajar dan meningkatkan keupayaan
akademik pelajar adalah melalui pembangunan dan peningkatan kualiti guru dalam bilik darjah.
Guru yang berkualiti akan sentiasa menyalurkan ilmu secara konsisten dan menarik bagi pelajar,
hal tersebut kerana guru mampu memberikan kaedah pengajaran secara tepat kepada pelajar
dalam STEM. Dengan demikian pengajaran dan pembelajaran STEM berjalan secara seronok
dan menarik, sehingga kemenjadian minat dan motivasi pelajar boleh meningkat. Jika hal dapat
dilaksanakan maka boleh dipastikan pencapaian akademik pelajar menjadi tinggi. Untuk itu guru
perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan, keterampilan, serta menjadi pemimpin yang berkesan
pada masa hadapan dalam STEM.

Salah satu domain yang tepat untuk mengembangkan pengetahuan, keterampilan, dan
menjadi pemimpin yang berkesan pada masa hadapan ialah menggunakan STEM (Chang dan
Park, 2014). Namun hasil penyelidikan menunjukkan salah satu penyebab pelajar menjadi tidak
tertarik dalam Sains dan Matematik adalah kesukaran guru dalam membuat hubungan yang
sesuai sehingga pembelajaran STEM kurang menarik dan berkesan (Kyriakides et al, 2009).
Selari dengan Chang dan Park (2014) studi masyarakat Amerika Syarikat saat ini mengalami
kemerosotan dalam bidang kemahiran STEM. Pelajar melakukan ponteng sekolah kerana
rendahnya kualiti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan guru di kelas. Kualiti guru
menduduki peringkat tertinggi dalam pendidikan, untuk itu perlu dilakukan pelatihan profesional
guru secara konsisten, supaya membentuk kualiti guru yang mantap dan bermakna. Berikut
beberapa cadangan untuk membentuk guru yang berkualiti dan konsisten dalam STEM yang
disokong berdasarkan kajian-kajian lepas.

Pemerintah perlu menggalakkan kurikulum yang berkesan demi tercapainya pendidikan


STEM di sekolah, satu amalan kurikulum yang berkesan adalah membentuk STEM secara
terpadu. STEM terpadu ialah menyepadukan keempat-empat disiplin ilmu iaitu sains, teknologi,
kejuruteraan, dan matematik. Selari dengan Radloff (2017) STEM bersepadu didefinisikan
sebagai penyatuan antara sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik dalam satu pembelajaran.
Penyepaduan STEM dalam kurikulum menjadikan guru berpeluang untuk menyampaikan
pembelajaran secara menarik, kerana pembelajaran yang disampaikan guru lebih bermakna.

Penyepaduan pembelajaran dalam STEM juga dapat dihubungkaitkan dengan kurikulum


berasaskan projek. Hasil kajian Shahali, Jaggessar, & Yarlagadda (2017) mendapati bahawa
program penyepaduan STEM berasaskan projek lebih efektif dalam memodifikasi tingkat minat
pelajar sebagai hasil kumpulan positif untuk kepentingan karir STEM (masing-masing 42,6%
dan 69,9%) dan minat terhadap subyek STEM (masing-masing 45% dan 82%). Disokong oleh
Kristin Lesseig (2017) kurikulum penyepaduan STEM berasaskan projek bertujuan untuk
membantu pelajar dalam pemecahan masalah yang berhubungan dengan sifat sahih dan aplikatif.
Sememangnya, konsep STEM berhubung dengan hasil yang diharapkan seperti peningkatan
pendidikan, keupayaan tenaga kerja, dan produktiviti negara (Korbel, 2016). Melalui
penyepaduan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan yang mendalam
terkait dengan minat pelajaran dalam pembelajaran.

Menurut Pearson & Pearson (2017) untuk memupuk pendidikan bersepadu STEM
diperlukan dokumen kurikulum, program penyokong STEM, atau campur tangan lain secara
terperinci. Berdasarkan sokongan kajian-kajian lepas sememangnya kurikulum penyepaduan
STEM saat ini belum sepenuhnya dijalankan di sekolah. Untuk itu pemerintah perlu
menggalakkan kembali kurikulum yang menyepadukan STEM dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu pemerintah harus memperhatikan dan memberikan sokongan secara
berterusan supaya kurikulum penyepaduan STEM dapat berjalan sesuai harapan, sehingga dapat
mencipta generasi penerus bangsa yang bertanggung jawab memajukan matlamat dalam
pendidikan.

Selanjutnya dalam meningkatkan kualiti guru dalam pengajaran dan pembelajaran STEM
adalah memaksimumkan akses kepada guru-guru berkualiti melalui program sokongan STEM
kepada guru permulaan. Program ini dapat dilakukan kepada bakal-bakal guru yang masih duduk
di peringkat sarjana muda, ini dapat dilakukan melalui program-program berupa latihan
pengajaran dan pembelajaran, pembangunan modul secara berkesan, penggunaan metode atau
teknik mengajar secara tepat, serta pembangunan motivasi kendiri. Bagaimanapun cadangan ini
disokong oleh Maulana et al (2015) yang membuktikan bahawa setelah dilakukan program
latihan pengajaran dan pembelajaran STEM mereka merasa terdapat perbezaan yang dirasakan
dalam kualiti pengajaran dan pembelajaran, sehingga mereka lebih siap untuk mengajar pada
masa hadapan dalam STEM.

Selain memberikan pelatihan kepada bakal-bakal guru, diperlukan pula pemberian


pelatihan kepada guru yang sudah mengajar di sekolah melalui program rutin tahunan
(Pementoran guru). Pengadaan program pementoran guru sangat diperlukan bagi guru, menurut
Nolan & Molla (2017) hal ini dilakukan untuk membina guru supaya lebih berkualiti dan
profesional. Beliau pula menyatakan bahawa tujuan melakukan program pementoran adalah
untuk; (a) melibatkan peserta dalam menyiasat pengalaman pedagogi mereka sendiri; (b)
menyediakan pengetahuan teori, kandungan, dan maklumat mengenai amalan alternatif; (c)
memasukkan aspirasi, kemahiran, pengetahuan, dan pemahaman peserta ke dalam konteks
pembelajaran; (d) membantu peserta mendapatkan kesedaran tentang pemikiran, tindakan, dan
pengaruh mereka sendiri; (e) menyokong pendidikan prasekolah termasuk kanak-kanak dan
keluarga; dan (f) mencetuskan refleksi kritikal.
Untuk mencapai program di atas guru perlu meningkatkan keyakinan dan motivasi,
kerana tinggi rendahnya keyakinan dan motivasi guru dalam mengajar memiliki impak yang
besar bagi pelajar. Jika guru memiliki keyakinan dan motivasi tinggi akan berimpak kepada
keberhasilan pelajar yang tinggi pula. Sedangkan guru memiliki keyakinan dan motivasi rendah,
akan berimpak kepada keberhasilan pelajar yang rendah pula. Tidak hanya itu, keyakinan dan
motivasi guru dapat memberikan impak kepada diri guru tersebut dalam membentuk kualiti diri.
Menurut Nolan & Molla (2017) keyakinan guru dalam pengejaran dan pembelajaran merupakan
faktor penting dalam membentuk kualiti guru. Berikut beberapa komponen dalam pembangunan
motivasi dalam kalangan guru, iaitu (a) sah secara maksimal, (ii) melihat tantangan sebagai
peluang, (iii) perancangan, (iv) disiplin dan konsisten, (v) belajar dari keberhasilan orang lain,
(vi) belajar dari kegagalan diri sendiri, (vii) tujuan harus jelas, dan (viii) amanah (Syafrimen,
Noriah Mohd. Ishak, Nova Erlina, 2016).

Berdasarkan cadangan di atas dapat disimpulkan bahawa guru yang berkualiti mampu
menciptakan pelajar yang berkualiti juga. Dalam memenuhi kualiti guru dalam pembelajaran
STEM pasti dapat dilaksananakan, hal tersebut sangat berkait rapat dengan keyakinan, motivasi,
komitmen guru dan penyelaras terkait untuk mengubahnya. Hal tersebut dapat dilakukan melalui
pembangunan kurikulum yang lebih baik, akses pembentukan guru berkualiti, metode atau
strategi pengajaran di kelas, perolehan program rutin secara komitmen di sekolah, serta
pembangunan sokongan bagi bakal-bakal guru dalam mempersiapkan pembelajaran STEM.

KESIMPULAN

Guru menduduki peringkat paling asas bagi menjayakan keberhasilan pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Oleh itu guru mesti memiliki kemahiran bagi mewujudkan keberhasilan
pelajar di sekolah. Pendidikan STEM adalah pendidikan yang menyepadukan antara empat
disiplin ilmu, iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik. Secara global perkembangan
STEM semakin meningkat, kerana pendidikan STEM berperanan bukan sahaja sebagai satu
saluran untuk memproses dan menghasilkan tenaga mahir tempatan, malahan juga sebagai
pemangkin ekonomi pembangunan negara. Walau bagaimanapun pelbagai isu dan cabaran
ditemui dalam mengembangkan STEM dalam pendidikan, termasuklah kualiti guru dalam
pengajaran dan pembelajaran di kelas. Sememangnya kualiti guru sangat penting bagi
menyampaikan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan, sehingga pada akhirnya dapat
meningkatkan keberhasilan pelajar dalam bilik darjah. Bagaimanapun, kertas kerja ini
membincangkan isu terkait dengan kualiti guru dan pembelajaran STEM yang kurang menarik
dan konsisten. Dalam kertas kerja ini pengkaji berperanan sebagai penganalisis bagi
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kualiti guru yang merujuk kepada hasil kajian-
kajian lepas. Oleh hal demikian, berdasarkan analisis kajian-kajian lepas pengkaji dapat
menyimpulkan beberapa cadangan yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran STEM di sekolah, iaitu amalan kurikulum yang berkesan dan
memaksimumkan akses kepada guru-guru yang berkualiti (misalnya, membangunkan program
sokongan STEM untuk guru permulaan, mengadakan program rutin tahunan (Pementoran guru),
peningkatan keyakinan dan motivasi guru dalam mengajar). Secara lebih mendalam
perbincangan kertas konsep ini disokong oleh kajian-kajian lepas yang berkenaan.

RUJUKAN

Bangun Setia Budi. 2014. Strategi Guru Dalam Menghadapi Kurikulum 2013 Di Sma Negeri 2
Surakarta.

Bybee, R. 2010. Advancing STEM Education: A 2020 Vision. Technology and Engineering
Teacher, 70(1), 30–35.

Cavlazoglu, B., & Stuessy, C. 2017. Changes in science teachers â€TM conceptions and
connections of STEM concepts and earthquake engineering. The Journal of Educational
Research, 0(0), 1–16. https://doi.org/10.1080/00220671.2016.1273176.

Ceylan, S., & Ozdilek, Z. 2015. Improving a Sample Lesson Plan for Secondary Science Courses
within the STEM Education *. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 177(July 2014),
223–228. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.02.395.

Chang, Y., & Park, S. W. 2014. Exploring Students ’ Perspectives of College STEM : An
Analysis of Course Rating Websites, 26(1), 90–101.

Cherrington, S., & Thornton, K. 2013. Continuing professional development in early childhood
education in New Zealand. Early Years, 33(2), 119–132.
https://doi.org/10.1080/09575146.2013.763770.

Council, (NRC) National Research. 2003. Evaluating and improving undergraduate teaching in
science, technology, engineering, and mathematics (STEM). Washington, DC.
Gambari, A. I., & Yusuf, M. O. 2015. Effectiveness of Computer-Assisted STAD Cooperative
Learning Strategy on Physics Problem Solving, Achievement and Retention. Malaysian
Online Journal of Educational Technology, 3(3), 20–34.

Jegede, S. A. 2007. Student’s anxiety towards the learning of Chemistry in some Nigerian
secondary schools. Educational Research and Review, 2(7), 193–197.

Korbel, P. 2016. Measuring STEM in vocational education and training.

Kristin Lesseig, D. S. & T. H. N. 2017. Jumping on the STEM bandwagon: How middle grades
students and teachers can benefit from STEM experiences. Middle School Journal, 48(3),
15–24. https://doi.org/10.1080/00940771.2017.1297663.

Kyriakides, L., Creemers, B. P. M., & Antoniou, P. 2009. Teacher behaviour and student
outcomes: Suggestions for research on teacher training and professional development.
Teaching and Teacher Education, 25(1), 12–23. https://doi.org/10.1016/j.tate.2008.06.001.

Maulana, R., Helms-Lorenz, M., & van de Grift, W. 2015. A longitudinal study of induction on
the acceleration of growth in teaching quality of beginning teachers through the eyes of
their students. Teaching and Teacher Education, 51, 225–245.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2015.07.003.

McIntyre, K. E. M. 2014. Karen McIntyre. The Journal of Social Media in Society, 3(2), 5–25.
Retrieved from http://thejsms.org/index.php/TSMRI/article/view/89.

Nolan, A., & Molla, T. 2017. Teacher confidence and professional capital. Teaching and
Teacher Education, 62, 10–18. https://doi.org/10.1016/j.tate.2016.11.004.

Nuryani., Y. 2016. Pembelajaran Sains Masa Depan Berbasis STEM Education. Prosiding
Seminar Nasional Biologi Edukasi, pp. 1–17. Retrieved from http://semnasbioedu.stkip-
pgri-sumbar.ac.id/wp-content/uploads/2017/02/prosiding-semnas-bioedu-1-finale1.pdf.

Pearson, G., & Pearson, G. 2017. National academies piece on integrated STEM National
academies piece on integrated STEM. The Journal of Educational Research, 110(3), 224–
226. https://doi.org/10.1080/00220671.2017.1289781.

Radloff, J. 2017. Investigating Changes in Preservice Teachers’ Conceptions of STEM


Education Following Video Analysis and Reflection. School Science and Mathematics,
117(3–4), 158–167.

Serafin, C. 2016. No Title The Re conceptualization of Cooperative Learning in an


Inquiryoriented Teaching. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 217, 201 – 207.
Shahali, H., Jaggessar, A., & Yarlagadda, P. K. D. V. 2017. Recent Advances in Manufacturing
and Surface Modification of Titanium Orthopaedic Applications. In Procedia Engineering
(Vol. 174, pp. 1067–1076). https://doi.org/10.1016/j.proeng.2017.01.259.

Syafrimen. 2010. Pembinaan Modul Eq Untuk Latihan Kecerdasan Emosi Guru-Guru Di


Malaysia.

Syafrimen, Noriah Mohd. Ishak, Nova Erlina, T. R. 2016. Delapan Cara Pembinaan Motivasi
Dikalangan Pendidik.

Anda mungkin juga menyukai