Anda di halaman 1dari 31

Keberkesanan Penggunaan Elemen Multimedia Dalam Pengajaran dan

Pembelajaran

Fatimah Bte Hishamuddin

Multimedia secara amnya merujuk kepada gabungan pelbagai media seperti teks,

grafik,audio, video dan animasi bagi menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih

menarik, interaktif serta berkesan melalui penggunaan teknologi komputer (Baharuddin et al,

2001). Setiap elemen tersebut akan memberi kesan yang besar dalam suatu proses

komunikasi atau penyaluran maklumat.

Menurut Hofstetetter (1995), multimedia bermaksud integrasi elemen teks, audio,

grafik, animasi dan video yang menggunakan komputer sebagai alat kawalan persembahan

untuk membolehkan pengguna mengarah, berinteraksi, mereka cipta dan berkomunikasi agar

proses pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Kajian yang telah dijalankan pelah Benjamin dan Angela (1998) menunjukkan

animasi membantu pengguna membina peta mental bagi suatu informasi. Kajian ini

memberikan kesan yang positif kepada pengguna dimana ia telah meningkatkan pemahaman

pengguna dalam topic yang dikaji.

Roberston (1991) telah menjalankan kajian tentang animasi dan mendapati animasi

mampu meningkatkan kepuasan pengguna terhadap pembelajaran. Berikut adalah

pernyataannya tentang animasi:

"Interactive animation is used to shift some of the user's cognitive load to the human

perceptual system. ... The perceptual phenomenon of object constancy enables the user to

track substructure relationships without thinking about it. When the

animation is completed, no time is needed for reassimilation." [ p. 191].

Ini membuktikan aplikasi animasi sangat membantu pelajar mempercepatkan

pembelajaran mereka yang hanya berdasarkan teks semata-mata. Menurut Benjamin (1998),

animasi meningkatkan kebolehan pengguna untuk mengkonstruk pengetahuan mereka.

Satu kajian telah dijalankan oleh Mohd.Arif dan Mohd. Jasmy (2002) tentang

implikasi teknologi maklumat dan komunikasi ke atas gaya pengajaran Pendidikan Jasmani

yang memberi fokus terhadap kemahiran permainan bola tampar. Kajian ini bertujuan untuk

melihat implikasi penggunaan multimedia dalam pengajaran Pendidikan Jasmani bagi

kemahiran bola tampar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa multimedia mampu mengubah
gaya pengajaran seseorang guru Pendidikan Jasmani dalam meningkatkan lagi kemahiran

permainan bola tampar. Implikasi daripada kajian ini juga mendapati bahawa masyarakat

umumnya seharusnya sedar dan tahu bahawa aplikasi multimedia berkemampuan dijadikan

sebagai tutor yang berkesan dalam era dunia tanpa sempadan.

Kajian Perzylo (1993) dalam Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002), multimedia

mengintegrasikan corak terbaik di antara pelbagai corak pembelajaran. Antara kebaikan yang

bermakna dalam penggunaan multimedia untuk pembelajaran termasuklah persembahan

maklumat pelbagai gaya pembelajaran. Persembahan maklumat biasanya mengintergrasikan

elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, auido dan video. Persembahan maklumat ini

dapat dilihat serta menarik dengan satu persembahan secara berbunyi yang menambahkan

minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar kejayaan. Di samping itu,

pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap peringkat, selain

dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun kekurangan

tenaga pengajar dalam matapelajaran tertentu. Kelebihan yang lain pula ialah, penambahan

kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan ke atas proses pembelajaran. Ini adalah

interaktiviti yang disediakan di dalam elemen multimedia yang membolehkan pelajar

mengawal pembelajaran mereka sendiri.

Arfan (2001) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan multimedia dalam

pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa penerimaan

responden terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran

di kalangan pelajar adalah positif. Penggunaan multimedia kebiasannya menerapkan elemen

teks, grafik, audio dan video merupakan penyebab ke arah penerimaan positif di kalangan

pelajar.

Manuel Alfonseca, Juan de Lara (2000) telah menjalankan kajian tentang

pengintegrasian simulasi dan elemen multimedia di dalam topik yang dikaji. Dapatan kajian

menunjukkan dengan penambahan elemen multimedia, ia membolehkan pelajar

meningkatkan pemahaman mereka tentang model simulasi yang di paparkan. Pengintegrasian

elemen multimedia sangat membantu kerana elemen multimedia menerapkan banyak media

seperti teks, grafik, audio dan video. Oleh itu, elemen multimedia ini menjadi perangsang

bagi pelajar meneruskan pembelajaran mereka dan meningkatkan pemahaman mereka dalam

sesuatu topik.
Menurut Vaughan (1998), multimedia turut menyediakan kemudahan interaktiviti

dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan.

Interaktiviti member peluang kepada pelajar memilih dan mengwal sendiri pembelajaran

mereka. Disamping itu, penggunaan media interaktif mampu menarik perhatian serta mudah

untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang static dan bisu.

Persembahan multimedia menerusi komputer membolehkan seseorang meningkatkan

ciri-ciri interaktiviti ke dalam persembahan yang dibangunkan. Interaktiviti membenarkan

pengguna menjelajah sesebuah aplikasi multimedia mengikut citarasa dan kehendak mereka

sendiri. Pengguna boleh bergerak atau melopmat dari satu topik ke satu topik yang lain atau

melangkau sesetengah topik yang mungkin kurang diminati atau kurang diperlukan

(Jamaluddin & Zaidatun, 2006)

Untuk memastikan pengguna akif dalam pembelajaran menggunakan perisian

multimedia, elemen interaktiviti perlu diterapkan. Menurut Baharudin et al (2001),

multimedia membenarkan pengguna untuk menjadi lebih aktif dengan menyediakan

kemudahan interaktiviti pada peringkat yang lebih meluas. Pengguna berupaya mengawal apa

isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia

dipersembahkan.
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran - Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan
kepentingan penggunaan sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.0 Pengenalan
Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses
yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman untuk
mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran,
nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod, 1995). Belajar sebagai
suatu proses berfokus kepada apa yang terjadi ketika pembelajaran berlangsung. Penjelasan
tentang apa yang terjadi merupakan teori-teori belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha
untuk menggambarkan bagaimana manusia belajar, sehingga membantu kita memahami
proses dasarnya kompleks belajar. Teori pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut
Hill (2002). Salah satunya adalah dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka
kerja konseptual untuk menafsirkan contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah
dalam mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal.
Teori-teori tidak memberikan kita penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian kita
kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian.
Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu behaviorisme,
kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada aspek peniruan,
pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat melampaui perilaku
untuk menjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala pandangan konstruktivisme
belajar sebagai sebuah proses di mana pelajar aktif membina atau membina idea-idea baru
atau konsep.
Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky merupakan
tokoh-tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran dan memberi
sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga mengutarakan pelbagai
sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan teori masing-masing.
2.0 Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan sumber-
sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
i. Gagne: Bahan bercetak.
Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975)
memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam
sesuatu proses pembelajaran.

Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf
melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian
dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas
melalui sistem saraf.
Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling
sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang
paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran
tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah
boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.
Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahan
bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai
dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di
dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang
mahupun ingatan jangka masa pendek.
Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori
Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan
bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana
mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis
dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat
ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan.
ii. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen
Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang
diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip
konstruktivisme).
Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses, pemikir dan
pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses
kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji
relevansi dan ketepatan pengetahuan.
Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber
tersebut, murid akan memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti
seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan
mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid belajar melalui
pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka,
memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses
pembelajaran yang bermakna.
Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian,
penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan
diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada
peringkat yang rumit.

iii. Bandura: Relia dan Model


Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaran
melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui
pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara
tidak langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.
Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori
yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses
pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku
atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif.
Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh
ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan
pemikiran.
Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Implikasinya,
penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh
dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang cemerlang menjadi
role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah.

iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat


Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid.
Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan
rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang
belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan
budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya
menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid.
Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu
guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar.
Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna,
penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan
teknik pengajaran serta pendorong pengajaran terancang.

3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial.
Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini. Dalam bidang pendidikan,
sumber ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru dilaksanakan,
pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan
yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar, dirasa, dihidu dan disentuh oleh
murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru. Ini membuatkan
mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan
mereka.
Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran termasuklah
pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk
menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media
pendidikan.
Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi pembelajaran yang lebih
bermakna. Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam situasi yang berkesan.
Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Hal ini
kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada murid dan
membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran dan
pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak
pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang.

i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran


Pengajian Sosial.
Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses pengajaran dan
pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana pembelajaran berlaku melalui
penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-maklumat itu disalurkan melalui media
tertentu seperti media cetak dan tayangan video. Media inilah yang menjadi sumber
pengajaran. Filem video ialah satu alat komunikasi yang boleh digunakan dengan baik di
dalam bilik darjah. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan
murid-murid tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.
Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak sebagai
pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara mesejnya
ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan. Sumber ialah saluran
atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat tersebut.

ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran


Pengajian Sosial.
Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat,
mendengar atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan
rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam lagi.
Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna. Bahan
merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di samping
mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik, bermakna dan
penting dalam pembelajaran.

iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Sosial.
Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak dapat
dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan dengan
contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-duanya sekali.
Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah seperti siaran langsung
atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan televisyen.
Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai dapat
memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami sesuatu
dengan lebih jelas.
iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam pengajaran
dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat, sentuh
dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu menggunakan
berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh digunakan.
Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang mereka
dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada apa yang
mereka dengar dan lihat.
Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti
pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang disampaikan
itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan pengajaran.

v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran


Pengajian Sosial.
Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung kepada
murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya, apabila murid
membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan mengetahui apakah bahan
maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses menghasilkan bahan-bahan
tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah, murid-murid dari bandar boleh
melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan bagaimana susu getah diperoleh dan kemudian
diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan. Bahkan mereka juga mungkin dapat
mengalami sendiri pekerjaan tersebut.
Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses pembelajaran murid-
murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman sendiri daripada maklumat
yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih memahami dan mengingati
pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang untuk mencuba, mengkaji dan
meneliti bahan-bahan yang digunakan.
Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid. Misalnya,
semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di negara
beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa seolah-olah
mengalaminya sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan pemahaman mereka
tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami secara langsung.

vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Sosial.
Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan terhadap
kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan yang ada,
kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang sama boleh
dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat dan bahan yang
digunakan. Misalnya pengetahuan tentang alam sekitar boleh disampaikan melalui tanyang
video, teks bacaan atau pengalaman langsung murid.
Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam pengajaran dan
pembelajaran Pengajian Sosial.
Penggunaan sumber perlu dirancang dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara
menggunakannya. Ini melibatkan perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga
akhir. Dengan cara ini, guru akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.

4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang sesuai dan
tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.
Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan
menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.
Bahan bercetak
Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati dan
disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia
menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku kerja, buku
fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-nota bercetak.
Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau
gambar.
Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
dalam Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut:
a. Anggaran kos
b. Kebolehgunaan
c. Mobiliti
d. Bahan mentah
e. Saiz dan warna
f. Tatahias dan kemasan
g. Simpanan dan penyelenggaraan
a. Anggaran kos
Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang banyak
akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-
bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga murah dan boleh
disediakan dengan cepat.
b. Kebolehgunaan
Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan bercetak
yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin sehingga murid
benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid boleh
menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak boleh
dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut sesuatu masa
pengajaran.
Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia tidak
memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia perlu
digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan yang
dipaparkan tidak dapat dilihat.
c. Mobiliti
Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar kelas.
Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan tersebut
hendaklah diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan pada bila bila
masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru.
d. Bahan mentah
Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah. Penggunaan
kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang rendah.
e. Saiz dan warna
Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mestilah
memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini penting dalam
menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid. Pemilihan warna
juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan terlalu gelap akan
menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru.
f. Tatahias dan kemasan
Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu
memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan
penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami isi
pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang mengandungi
tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh murid. Bahan
bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan untuk diguna sebagai
bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid dalammencapai objektif
pembelajaran yang sebenar.
g. Simpanan dan penyelenggaraan
Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah koyak
atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan sebagainya.
Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan
lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid.
Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan
sebagai lampiran atau bahan tambahan.
Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat memudahkan
pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut.
5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan komunikasi
yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran
Pengajian Sosial.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh mengukuhkan
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada
setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan
berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk mengembangkan potensi
setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran,
pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti
yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang
membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi
maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,
telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima.
Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi
maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan
menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod
bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan
maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia
menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi
mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia


Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan
Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa digunakan
ialah Microsoft Office Powerpoint.
Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu memastikan
elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik ialah kombinasi
gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka,perkataan, lukisan, lakaran
yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim (guru) kepada
sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik penting untuk
menyediakan bahan-bahan pandangan (visual).
Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan elektronik
multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti
oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik multimedia Powerpoint
2. Definisi Multimedia

Multimedia membawa pengertian banyak media atau pelbagai media merangkumi alat audio, video
dan komunikasi. Peralatan ini mengandungi elemen-elemen bunyi, teks, grafik, video, dan animasi
digunakan sebagai alat perhubungan, menyampaikan maklumat, ilmu, kemahiran, apresiasi, dan
komitmen. Berdasarkan Kamus Dewan, Multimedia seperti komputer adalah alat elektronik yang
menyimpan maklumat pada cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan
maklumat selanjutnya apabila diperlukan.

3. Jenis-jenis Multimedia dan Penggunaan

Terdapat pelbagai jenis ICT dan multimedia yang disepadukan penggunaannya dalam pengajaran
dan pembelajaran terutama untuk menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
suara, imej, grafik, animasi, dan sebagainya. Di antara contohcontoh teknologi ICT dan multimedia
yang lazim digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran termasuk Sejarah adalah seperti berikut:
a. Penggunaan Power-point Power point istilah dalam bahasa Inggeris yang bermaksud kuasa
layang untuk mengeluarkan isi sesebuah kerja khasnya dalam komputer. Ada juga yang memberi
pengertian power-point sebagai titik-berkuasa. Konsep ini tercetus dengan aspek power-point yang
coraknya mudah tetapi mengeluarkan pelbagai hasil dalam penggunaan. Icon-icon yang terdapat di
dalamnya mesra pengguna. Penggunaan yang bersungguh-sungguh akan meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan hasil pembelajaran. b. Penggunaan Video dalam Mata pelajaran
Sejarah Banyak filem yang bercorak pendidikan telah disediakan oleh penerbit-penerbit dalam dan
luar negara. Oleh itu, filem yang bercorak rencana dikeluarkan oleh pusat-pusat sumber dalam
berbagai-bagai bidang seperti sejarah dsb. Filem-filem ini boleh digunakan pada bila-bila masa
sahaja diperlukan oleh guru. Video boleh menolong guru meningkatkan mutu pengajarannya dan
menjadikan pengajaran lebih menarik. Video boleh menimbulkan minat dan seterusnya
menggerakkan keinginan pelajar untuk memahami sejarah dengan lebih terperinci. Umpamanya,
suatu gambar yang diterapkan di dalam buku adalah kurang kesannya jika dibandingkan dengan
gambar sama yang dipancarkan ke atas layar. Kesannya adalah lebih baik daripada penerangan
semata-mata tanpa bantuan alat mengajar. Video dapat menghilangkan rasa bosan pelajar untuk
mempelajari sejarah yang dahulunya hanya menggunakan buku teks. Di dalam proses pembelajaran
sejarah, semakin banyak pancaindera yang In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi
Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113 126. ISBN
978-602-8025-27-0. 3 digunakan, semakin berkesan pembelajaran itu. Dengan pengeluaran filem
yang berwarna-warni akan menambahkan lagi keberkesanan dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan mengenai sejarah kepada pelajar. Jikalau pelajar kurang memahami fakta dan bahan
sejarah yang tertentu video itu boleh dimainkan semula. Selain itu, video akan dapat menunjukkan
perkembangan secara berterusan akan bahan dan fakta yang disampaikan oleh guru berbanding
dengan slaid dan filem jalur. 4. Dasar Kerajaan Membangunkan Program Multimedia Kerajaan
negara maju dan membangun amat banyak memberi sumbangan membangunkan teknologi
maklumat dan multimedia. Mereka sanggup melabur dengan bajet yang banyak dan melancarkan
program raksasa berteraskan ICT dan multimedia. Sektor pengurusan, ekonomi, perdagangan,
perbankan, pertanian, kesihatan dan pelbagai unit dimajukan dengan berteraskan ICT. Kerajaan
Malaysia melancarkan Projek Multimedia Super Corridor (MSC) yang memberi manfaat kepada
sektor awam dan swasta termasuk sektor pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia
mengisytiharkan Sekolah Bestari yang keseluruhan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
elemen dan sumber Information and Communication Technology (ICT). Sekolah-sekolah di bandar
dan luar bandar dibekalkan peralatan komputer dan multimedia serta makmal yang sesuai.
Sebahagian guru terutama yang mengajar subjek Matematik dan Sains dibekalkan komputer riba
dan diberi latihan sewajarnya. Guru terlatih dan guru dalam latihan termasuk pengkhususan Sejarah
dilibatkan dengan program literasi komputer dan multimedia. Beberapa konsep dan pendekatan
telah dikaji secara intensif oleh Kementerian Pendidikan bersama-sama dengan Malaysian Institute
of Microelectronic System (MIMOS) untuk mencapai objektif Dasar Komputer-Dalam-Pendidikan.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan beberapa dasar utama dalam
memastikan pelaksanaan ICT dalam pendidikan berjalan seperti yang dirancang. Ini termasuk
program pembestarian sekolah dengan melaksanakan polisi pembudayaan ICT, melaksanakan
latihan untuk guru dalam pembangunan ICT dan pemantauan pembangunan dan perlaksanaan ICT
khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Program ini mencapai pelbagai kejayaan yang
memberangsangkan dalam meningkatkan prestasi pelajar-pelajar di peringkat sekolah rendah,
menengah dan institusi pengajian tinggi. Guru-guru Sejarah seharusnya mengambil inisiatif awal
dalam melaksanakan transformasi pengajaran ke arah yang lebih aktif, inovatif dan bernilai. Mereka
perlu menelusuri ilmu, pengetahuan, kemahiran, dan literasi teknologi terkini. Kepekaan dan
komitmen tinggi boleh meningkatkan profesionalisme guru-guru Sejarah yang mempunyai banyak
peluang mengaktifkan pengajaran dan pembelajaran ke arah melahirkan pelajar berpengetahuan,
berilmu, berkemahiran, patriotik, dan berakhlak mulia. In Abdul Razaq and Isjoni (2009).
Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113
126. ISBN 978-602-8025-27-0. 4 Negara Malaysia bercita-cita untuk menjadi negara maju seperti
tersirat dalam Wawasan 2020. Kerajaan berusaha gigih membantu sektor pendidikan seperti sekolah
dalam memastikan wawasan ini tercapai terutama dengan memberi bantuan teknologi ICT dan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melancarkan laman web MySchoolNet sebagai salah satu usaha meningkatkan pengetahuan,
kemahiran dan minat pelajar dalam menggunakan teknologi moden yang canggih. Ini turut menjadi
matlamat untuk mencapai hasrat Falsafah pendidikan Negara yang bertujuan melahirkan individu
insan yang berketerampilan, seimbang dan mahir berteknologi. Pembinaan Multimedia Super
Corridor telah mendorong pihak Kementerian pelajaran Malaysia mengorak langkah lebih maju ke
hadapan dalam teknologi dengan melancarkan pelbagai program nasional dan internasional. Pihak
KPM menggalakkan komunikasi interaktif antara pelajar Malaysia dan pelajar negara lain melalui
projek seperti Ministry of Education-British School Link Project. Projek ini membuka peluang untuk
pelajar berinteraktif, bertukar email, mengadakan persidangan video dengan rakan sebaya mereka
di Coventry School di United Kingdom. Projek lain KPM ialah Program Perkomputeran di Sekolah,
Projek Buku Elektronik, dan Projek Komuniti ePembelajaran Pulau Pinang atau Penang e-Learning
Community) khasnya untuk meningkatkan penguasaan dan kemahiran ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran. 5. Transformasi Pengajaran Sejarah Berbantukan Multimedia Guru masa kini semakin
peka, berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan teknologi ICT dan multimedia sama ada
dalam pengajaran atau di luar waktu persekolahan. Langkah sedemikian turut diamalkan oleh
sebahagian guru-guru Sejarah yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan
keberkesanan pembelajaran pelajar. Melalui penggunaan ICT dan multimedia, pengajaran dan
pembelajaran akan memperoleh pelbagai kepentingan seperti berikut: Pertama: Pengajaran dan
pembelajaran Sejarah menggunakan multimedia seperti computer dapat membantu hubungan
pelajar lebih interaktif dan spontan. Kandungan pelajaran yang disertai dengan pelbagai soalan yang
diajukan di dalam perisian subjek dan melalui talian internet mempunyai maklum balas yang tepat
dan cepat. Pelajar dapat mengetahui jika jawapan yang mereka berikan tidak betul, kurang tepat
atau salah. Jika salah mereka akan diberi penerangan lanjut dan pertolongan dalam talian turut
disediakan. Jika jawapan mereka betul, pujian yang berbentuk motivasi kepada pelajar akan
dipaparkan di skrin. Interaksi ini adalah dua hala di antara pelajar dan computer. Kedua: Bahan
pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh diprogramkan dalam bentuk multimedia yang
disampaikan dengan rajah, data, imej, teks, animasi, bunyi, suara, dan video. Persembahan
kandungan pelajaran bentuk multimedia akan In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi
Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113 126. ISBN
978-602-8025-27-0. 5 membuatkan teks yang dibaca lebih menarik dan menyeronokkan kerana
disampaikan dengan bunyi dan animasi. Ini akan membantu pengajaran dan pembelajaran Sejarah
lebih bertenaga, meriah, hidup dan berkesan. Penjelasan atau penerangan sesuatu konsep dapat
dilakukan dengan mudah melalui kemudahan multimedia. Penggunaan teknologi multimedia dapat
membantu alam kehidupan masa lalu, masa kini dan imaginasi akan datang dibawa ke bilik darjah.
Ini akan menjadikan pembelajaran lebih realistic. Pelajar-pelajar akan memperoleh gambaran yang
lebih jelas terhadap peristiwa yang lalu sebelum hayat mereka. Di samping itu mereka turut
mendapat pertambahan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan Sejarah. Ketiga: Pembelajaran
berbantukan multimedia akan menjadikan kelas lebih berpusatkan pelajar. Multimedia seperti
computer membolehkan penumpuan diberikan kepada setiap pelajar dengan tiada halangan atau
diskriminasi. Pendekatan ini selaras dengan kaedah pendidikan masa kini yang menekankan
tumpuan kepada pelajar supaya lebih berdikari. Setiap pelajar akan dapat mengawal pembelajaran
Sejarah dengan kelajuan tersendiri berdasarkan kemampuan dan pencapaian masing-masing sama
ada di peringkat rendah, sederhana, atau tinggi. Pelajar lemah akan menumpukan latihan di
peringkat rendah atau permulaan. Pelajar boleh mengulangulang latihan sehingga benar-benar
faham dan mahir. Pelajar pintar boleh membuat latihan di peringkat tinggi dan menambah latihan
sebanyak mungkin. Ini bererti pembelajaran berbantukan multimedia selaras dengan konsep KBSM
iaitu pemulihan kepada yang lemah dan pengayaan kepada yang pintar. Keempat: Pembelajaran
menggunakan ICT boleh dikendalikan secara kendiri di sebarang tempat mengikut pilihan pelajar.
Pembelajaran Sejarah boleh dijalankan secara tidak formal seperti di makmal komputer, rumah,
perpustakaan, koridor, bahkan di siber caf. Sebarang tempat yang menyediakan talian, perisian dan
perkakasan yang sesuai serta kondusif boleh dilakukan pembelajaran Sejarah. Dominasi guru dapat
dikurangkan, manakala pelajar-pelajar yang malu di dalam kelas boleh berinteraksi dan memberi
maklum balas dengan guru melalui ICT dan multimedia yang sesuai. Kelima: Pembelajaran boleh
dilaksanakan di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan. Guru, pentadbir dan pelajar boleh
berinteraksi dengan mudah dengan menggunakan mel elektronik di dalam dan di luar waktu
persekolahan. Pihak pentadbir sekolah boleh mengendalikan maklumat dan kegiatan guru termasuk
yang berkaitan dengan pembelajaran Sejarah boleh dilaksanakan dengan cepat dan efisien.
Pentadbiran boleh dijalankan tanpa kertas sekiranya teknologi ini disediakan secara menyeluruh.
Komputer boleh menyimpan rekod peribadi dan pencapaian setiap pelajar dari hari pertama
persekolahan hinggalah ke hari pelajar menamatkan persekolahan. Bahkan boleh diteruskan melalui
alumni dan membuat konsultasi melalui interaksi komputer. Keenam: Penilaian pembelajaran
Sejarah boleh dijalankan secara lebih komprehensif dengan menggunakan teknologi maklumat. Guru
boleh membuat set penilaian, In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan
Pembalajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113 126. ISBN 978-602-8025-27-0. 6
menjalankan penilaian, dan menilai set soalan penilaian pelajar dan kebolehan mereka menjawab
soalan yang dikemukakan. Soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar boleh dianalisis dan satu
kumpulan soalan-soalan berkenaan tajuk Sejarah dapat dikumpulkan dalam bentuk bank soalan.
Penilaian dalam talian ini dipanggil penilaian berkomputer. Penilaian di dalam talian ini juga
membolehkan pelajar memilih permasalahan untuk diselesaikan dengan cara mencari maklumat
tertentu. Kerja ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau perseorangan. Penilaian ke atas pelajar
boleh dilakukan terhadap kebolehan pelajar menilai maklumat, menggunakan maklumat,
mempersembahkan maklumat di dalam bentuk laporan atau persembahan. Ketujuh: Pembelajaran
menggunakan multimedia atau komputer boleh menjadikan peranan guru sebagai fasilitator atau
pengemudi ilmu. Tugas guru di dalam kelas yang menggunakan komputer adalah membantu pelajar
mencari maklumat, melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk pembelajaran, dan
menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah. Guru turut berperanan sebagai pembantu
makmal komputer untuk membantu pelajar dalam aspek teknikal dan logistik. Pada sesuatu masa
lain, guru Sejarah tidak perlu hadir dalam bilik darjah. Semua arahan dan maklumat ada di dalam
komputer dan pelajar hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan dalam talian. Kaedah ini
membolehkan lebih ramai pelajar dapat mengikuti pelajaran Sejarah. Waktu terbatas untuk pelajar
berjumpa guru di dalam kelas boleh digunakan untuk urusan konsultasi ataupun membantu pelajar
mengatasi masalah pembelajaran Sejarah. Kelapan: Pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan
dengan berkesan dan menarik. Penggunaan media seperti audio, video dan animasi yang dinamik
dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Dapat digunakan
secara luwes iaitu pelajar dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri
dari segi masa teknik juga dalam keadaan tidak formal. Ini membantu perkongsian maklumat di
mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam
talian, e-mail, video konferens dan chatting atas talian. Dapat berhubung dengan guru serta rakan
pelajar yang lain dari serata dunia untuk berkongsi maklumat secara kolaboratif. Dapat disebarkan
secara serentak di mana pelajar dapat mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang
dikehendaki secara serentak. Kesembilan: Kemudahan ICT berupaya menyediakan pembelajaran
yang berbentuk pelbagai pancaindera dan sesuai untuk pelajar yang mempunyai pelbagai gaya
pembelajaran dan tahap kognitif. Selain itu, ia juga membantu para pelajar menjadi fleksibel dan
bukan hanya membatasi diri mereka dengan gaya sendiri sahaja. Memudah serta mempercepatkan
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan elemen-elemen seperti video, grafik, audio dan
sebagainya dalam proses pengajaran dan pembelajaran membolehkan aktiviti ini dilakukan dengan
mudah dan lebih pantas. Keadaan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran berkesan dengan
bimbingan yang minimum. In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan
Pembalajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113 126. ISBN 978-602-8025-27-0. 7
Kesepuluh: Mengembangkan kemahiran berkaitan dengan teknologi maklumat seperti literasi
komputer, penggunaan perisian-perisian dan penggunaan perkhidmatan maklumat melalui CD-ROM.
Proses berfikir, proses instruksi, dan proses pembelajaran dapat dipermudahkan dan
dipertingkatkan dengan menggunakan teknologi komputer. Pemelajaran secara individu,
keseronokan mengguna komputer, pemelajaran yang cepat, dapat dilihat & tidak membosankan,
suasana pemelajaran yang aktif, mencetuskan motivasi di kalangan pelajar, dan memberi maklum
balas segera. 6. Penguasaan Kemahiran ICT- Multimedia Guru Sejarah Guru seharusnya mempunyai
kemahiran dalam menggunakan teknologi komputer, ICT, dan multimedia. Sebahagian kemahiran
asas yang perlu dimiliki oleh guru adalah seperti berikut: i. Kemahiran ICT pertama perlu dimiliki oleh
guru-guru termasuk guru Sejarah ialah kebolehan menulis laporan, surat, atau dokumen dengan
menggunakan komputer. Kemahiran ini boleh menjadi satu titik tolak persepsi terhadap guru
Sejarah bahawa mereka adalah up-to-date. ii. Kemahiran kedua ialah kebolehan membina pangkalan
data untuk penyimpanan dalam bentuk elektronik terhadap data, fakta, bukti, dan maklumat
berkaitan tokoh, organisasi, peristiwa, atau artifak yang boleh digunakan dalam pengajaran. iii.
Kemahiran ketiga ialah kebolehan guru mencari maklumat dalam pangkalan data perpustakaan atau
pusat sumber. Mereka perlu mencari fakta dan maklumat terkini terutama dalam mengajar pelajar-
pelajar di peringkat tinggi atau membuat kertas kerja seminar. iv. Kemahiran keempat ialah
kebolehan guru menyediakan lembaran kerja berasaskan elektronik. Lembaran ini mempunyai
kotak, segi empat, baris, jalur, lajur, yang boleh membuat pengiraan statistik, data akaun, jadual
waktu atau markah pelajar. v. Kelima ialah kemahiran menganalisis data terutama untuk
penyelidikan kuantitatif. vi. Keenam ialah kemahiran mengimbas gambar atau dokumen, membuat
edit grafik dan membuat slaid untuk persembahan dalam kelas atau seminar. vii. Ketujuh ialah
kemahiran mengirim mel elektronik dan mencari maklumat melalui WWW atau World Wide Web.
Pejabat yang tidak mempunyai search engine sendiri boleh menggunakan Google, Yahoo, Hotmail,
MSN dan sebagainya. Kemahiran ini boleh digunakan sebagai alat interaksi guru dengan pelajar, guru
dengan guru, pelajar dengan pelajar. In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan
Pembalajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113 126. ISBN 978-602-8025-27-0. 8
viii. Kelapan ialah berkongsi maklumat melalui pangkalan data staf yang membolehkan pelajar
meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan staf secara lebih baik, bersopan dan hormat. ix.
Kesembilan ialah kemahiran menulis program komputer dan menghasilkan perisian atau software
untuk multimedia. x. Kesepuluh ialah kemahiran mencetak dokumen yang pelbagai seperti
kedudukan portrait atau landskap, berwarna, jenis printer, pemilihan halaman yang diperlukan, dan
jumlah yang dikehendaki. 7. Strategi Pengajaran Berteraskan Multimedia Semua pelajar boleh
menggunakan kaedah ini bergantung kepada minat dan kemampuan masing-masing. Kaedah ini
biasanya digunakan dalam bilik yang telah dikhaskan seperti pusat sumber dan bilik komputer.
Dalam penggunaan power point sebaiknya guru atau pelajar memasukkan kata kunci sesuatu tajuk
untuk perbincangan. Komputer perlu berada dalam bilik yang berhawa dingin sekiranya digunakan di
sepanjang hari. Seseorang pembentang yang menggunakan kaedah ini perlu memastikan komputer
sempurna sebelum memulakan sesuatu sesi pembelajaran. Kerajaan menggalakkan penubuhan
Kelab Komputer di sekolah, guru boleh menggunakannya dalam semua subjek tetapi ianya
bergantung kepada kecekapan dan kepandaian guru tersebut, guru perlu dilengkapkan dengan
latihan teknikal yang melibatkan literasi komputer, penyediaan bahan multimedia serta kemahiran
teknikal. Umpamanya sebelum pertunjukan, beberapa perkara haruslah dibuat oleh guru: memberi
satu pengenalan atau menceritakan satu peristiwa yang boleh memperkenalkan isi kandungan yang
akan ditunjukkan. Menarik perhatian pelajar kepada idea atau isu yang bersabit dengan objektif
pengajaran. Memberi soalan-soalan supaya perhatian pelajar dapat ditarik kepada aspek-aspek
tertentu dalam sejarah. Dengan adanya persediaan ini, pelajar akan didorong untuk mengambil
bahagian semasa pertunjukan filem dan filem slaid. Dengan soalan yang tertentu seorang guru boleh
membantu pelajar mencari maklumat yang dikehendaki dan kemudian menggalakkan mereka
membuat kesimpulan terhadap fakta sejarah yang dipelajari. Penggunaan video juga adalah
bertujuan untuk memberi maklumat kepada pelajar secara mudah dan nyata. In Abdul Razaq and
Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru
Indonesia. Hlm. 113 126. ISBN 978-602-8025-27-0. 9 8. Cabaran dan Cadangan Penggunaan
Keberkesanan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bergantung pada
penglibatan semua pihak iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, pengurusan sekolah dan guru-guru.
a. Persediaan Guru Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sejarah harus dirancang dengan baik dan bukannya sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan
dengan kurikulum. Oleh itu guru semestinya menggunakan ICT yang sesuai dengan kehendak
kurikulum dan menyokong sesuatu pendekatan proses P&P. Penggunaan ICT dalam P&P dapat
dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran guru menggunakan ICT dan aspek pembelajaran pelajar
menggunakan ICT, dan tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. b. Pemilihan Tajuk Guru
memilih bahan berdasarkan tujuan yang telah ditetapkan. Beberapa persoalan perlu dikemukakan
oleh guru semasa memilih isi kandungan dan jenis alatan. Contoh, sama ada isi kandungan yang
disampaikan itu berfaedah, tepat dan maklumat itu dapat diterima oleh pelajar dengan mudah. c.
Persekitaran Bilik Darjah Keadaan bilik darjah dan tempat di mana pertunjukan filem serta kekuatan
suara rakaman harus diambil berat. Sebelum pelajar menonton sebuah filem berunsurkan sejarah,
mereka haruslah disediakan dengan pengetahuan latar belakang tajuk yang memadai supaya dapat
memahami filem yang dipilih. d. Pembelajaran Kendiri: Pelajar-pelajar perlu diberikan bimbingan
dan kemahiran menggunakan pelbagai multimedia seperti komputer, ICT, dan video. Mereka
ditunjuk ajar dengan sebaikbaiknya hingga mencapai tahap berkeupayaan belajar sendiri. Kemahiran
menggunakan bahan multimedia boleh meningkatkan keyakinan untuk belajar sendiri yang dalam
jangka panjang menguntungkan pelajar dan guru. Pada tahap ini pelajar akan mempunyai keyakinan
menggunakan pelbagai peralatan multimedia untuk menelusuri dan melayari internet. Mereka akan
memperoleh pelbagai maklumat dan bahan yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.
Keyakinan yang disertai kemahiran membolehkan pelajar menggunakan kaedah ini mengikut masa
dan keselesaan termasuk di luar jadual persekolahan. e. Kerja Lanjutan In Abdul Razaq and Isjoni
(2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP, Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113
126. ISBN 978-602-8025-27-0. 10 Selepas persembahan, aktiviti lanjutan haruslah dijalankan.
Dengan adanya kegiatan ini, guru sejarah dapat menilai sama ada objektif tercapai atau tidak serta
menjamin pelajar mengambil perhatian yang sepenuh semasa pertunjukan. f. Pembangunan Sumber
Pengajaran: Pembangunan bahan sumber perlu ditumpukan terhadap aspek pengembangan
pengajaran atau instructional development. Latihan khusus kemahiran penggunaan dan
penyelenggaraan teknikal perlu disertai oleh mereka yang terlibat dengan pembangunan sumber
pengajaran. Mereka seharusnya ditempatkan di sesebuah sekolah secara tetap untuk memastikan
semua peralatan hardware dan software sentiasa berkeadaan baik terutama apabila digunakan.
Mereka perlu mempunyai kemahiran dalam mengawal kualiti bahan bagi menjamin keberkesanan
penggunaan sama ada di dalam makmal, sekolah atau di luar sekolah. 9. Kesimpulan Penggunaan
komputer dalam pendidikan semakin luas, Ia melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
amat berkesan untuk faedah guru dan pelajar. Guru memerlukan ketahanan diri dan mental yang
tinggi untuk membentuk pelajar yang celik komputer dan pintar ICT serta cerdik multimedia. Pelajar
perlu yakin dan berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan
komputer. Terbukti dengan jelas bahawa kejayaannya adalah bergantung pada penyediaan
infrastruktur dan logistik daripada pihak Kementerian Pelajaran. Guru Sejarah seharusnya
mengambil inisiatif pro-aktif dan transformational untuk menggunakan ICT dan multimedia dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah kerana amat banyak sumber, maklumat, fakta, dan bukti
sejarah yang boleh diperoleh di seluruh dunia. Ini sesuai dengan sifat subjek Sejarah yang
merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya daripada masa lalu, sekarang
dan akan datang. Sejarah mempunyai liputan paling luas dalam disiplinnya dan hanya subjek Sejarah
yang membincangkan aspek kenegaraan, patriotisme, perpaduan, kedaulatan dan kemerdekaan.
Jika pelajar tidak minat atau buta sejarah amat dikhuatiri semua itu akan hilang dan kita akan dijajah
semula atau mungkin akan menjadi musafir kelanalara di negara sendiri. RUJUKAN: Baharuddin
Aris et. all, 2003, Sains Komputer, Teknik dan Teknologi, Selangor:Venton. G.S.Rao et.all, 1991,
Pembelajaran Berbantukan Komputer, Petaling Jaya: Fajar Bakti. Norhashim Abu Samah, 1988,
Pengajaran Bantuan Komputer. Poh Swee Hiang et.all, 1996, Sumber Teknologi, Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman. In Abdul Razaq and Isjoni (2009). Transformasi Pengajaran dan Pembalajaran
Sejarah. Penerbitan Bersama: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi; dan, FKIP,
Universitas Riau, Pekan Baru Indonesia. Hlm. 113 126. ISBN 978-602-8025-27-0. 11 Abd. Rahim
Abd. Rashid. (1989). Strategi Pengajaran Sejarah KBSM. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Ismail Zain. (2000). Aplikasi Miltimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors Sdn.Bhd. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia Dalam Pendidikan.
Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Khalid Abdullah, Siti Fatimah et. al. (1999).
Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan. Pusat Pengajian Jarak Jauh: Universiti Kebangsaan
Malaysia. Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (atas
talian).http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul/ict_in_pnp.pdf (26 Julai 2005). Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. (atas talian)
http://kdp.ppk.kpm.my/ (26 Julai 2005). ICT dan Peranannya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia.
(atas talian) http://www.geocities.com/hypatia_hfalynixars/kilmiah4.htm (26 Julai 2005).
2.2 Menginterpretasi Maklumat Daripada Peristiwa Sejarah
Signifikan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah murid
dapat menginterpretasi maklumat daripada peristiwa Sejarah. Menurut Noresah (2005),
interpretasi merujuk kepada tafsiran. Jadi, interpretasi disini adalah menafsir atau
menganalisis maklumat daripada sumber sejarah. Tafsiran banyak membantu murid dalam
meneroka bukti dan membentuk perasaan empati mereka terhadap sesuatu peristiwa
bersejarah.

Guru Sejarah boleh menggunakan sumber bahan elektronik seperti tayangan video
semasa mengajar tajuk berkaitan dengan Parameswara sebagai pengasas Kesultanan
Melayu Melaka. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan
murid-murid tahu tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas. Cabang
fasa kemahiran kreatif dan inovatif iaitu fasa imaginasi turut dapat dicapai apabila murid
berfikir di luar konteks buku teks. Ini kerana mereka mendapat maklumat yang lebih lengkap
lagi melalui tayangan video tadi berbanding penggunaan bahan bercetak iaitu buku teks
mengenai pengembaraan Parameswara dari Palembang, Temasik, Muar dan akhirnya
Melaka.

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) murid mengenai elemen asas sejarah iaitu tokoh,
tempat, peristiwa, tarikh/ masa turut tercapai apabila murid membuat interpretasi melalui
ketokohan Parameswara ini. Menurut Wan Zah Wan Ali (2000), murid bukan sekadar
membuat analisis terhadap fakta-fakta yang diperolehi malah membuka ruang bagi mereka
untuk membuat tafsiran baru terhadap permasalahan sejarah. Dapatlah disimpulkan sumber
pengajaran dan pembelajaran seperti bahan elektronik ini mampu membawa murid
menginterpretasi pelbagai peristiwa sejarah.

2.3 Menarik Minat Terhadap Mata Pelajaran Sejarah


Menurut Abdul Razaq dan Isjoni (2009), seorang guru akan dianggap berjaya sekiranya
mampu menarik perhatian murid terhadap pelajaran yang diajar olehnya. Jadi, penggunaan
sumber pengajaran dan pembelajaran sekali lagi sangat memainkan peranan penting bagi
menarik minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

Sehubungan itu, guru sejarah haruslah sentiasa kreatif dalam mengolah sumber PdP
yang sentiasa memikat hati murid-muridnya. Sebagai contoh, guru dapat membawa bahan
maujud seperti baju Melayu, tengkolok dan pakaian tradisional dalam mengajar tajuk
berkaitan Kesultanan Melayu Melaka ataupun budaya masyrakat di Malaysia. Persembahan
tersebut pasti akan membuat murid berasa kagum dan sedikit sebanyak menarik minat
mereka terhadap mata pelajaran sejak bermula dari sekolah rendah lagi.

Seterusnya, seseorang guru sejarah juga hendaklah memulakan pengajaran dengan


menyediakan set induksi yang dapat menarik perhatian murid kepada guru dan
pengajarannya. Jadi, guru boleh membawa sumber bahan bercetak seperti gambar-gambar
bangunan lama bagi set induksi tersebut. Semasa fasa perkembangan pula, guru Sejarah
boleh menggunakan slaid powerpoint agar dapat mempersembahkan maklumat yang teratur
dengan menggunakan sumber bahan elektronik yang memudahkan murid mengikuti
pengajaran dengan berkesan (Aszoura Muhamed Salleh, 2007).

Tuntasnya, seorang guru sejarah perlu peka terhadap Teori Kecerdasan Pelbagai
(TKP) yang terdapat pada diri setiap murid agar dapat memudahkan beliau mengenalpasti
tahap kebolehan mereka. Terdapat 8 jenis TKP iaitu verbal-linguistik, logik-matematik, visual-
ruang, naturalis, kinestetik, muzik, interpersonal dan intrapersonal (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2001). Setelah mengetahui kecerdasan mereka, guru boleh mempelbagaikan
sumber pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid tehadap subjek Sejarah.

2.4 Meningkatkan Daya Ingatan Terhadap Fakta Sejarah


Mata pelajaran Sejarah turut seringkali dikaitkan dengan menghafal fakta yang terdapat di
dalam sesebuah buku. Jadi, jenis sumber pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh
seorang guru akan menentukan tahap dalam meningkatkan daya ingatan terhadap fakta
Sejarah yang dipelajari pada hari tersebut dan seterusnya kebolehupayaan murid
menghuraikan semula fakta sejarah yang telah dipelajari.

Memandangkan mata pelajaran Sejarah sering dianggap susah, guru dapat


menggunakan sumber PdP seperti radio dan kaset ataupun CD semasa mengajar murid
berkaitan dengan tajuk Identiti Negara Kita dengan membawa murid menyanyikan lagu Jalur
Gemilang. Secara tidak langsung, murid telah mampu mencapai standard pembelajaran
9.2.3, Sejarah Tahun 5 iaitu menyatakan warna dan lambang pada bendera kebangsaan
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014). Lirik yang terdapat pada lagu tersebut mudah
diikuti dan sentiasa berligat di minda murid apabila dinyanyikan.

Selain itu, guru juga dapat mengedarkan bahan bercetak seperti risalah yang di
boldkan atau diwarnakan untuk memudahkan mengingati fakta-fakta sejarah yang penting.
Cara tersebut kebanyakannya akan membantu murid meningkatkan lagi ingatan mereka
terhadap isi mata pelajaran Sejarah yang dipelajari. Nota tersebut turut dapat digunakan untuk
tujuan rujukan pada masa akan datang. Jelaslah bahawa cara guru tersebut dalam
mengaplikasikan sumber pengajaran dan pembelajaran mampu membantu murid
menunjukkan kefahaman terhadap fakta Sejarah yang telah dipelajarinya.
perbandingan
Terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan sumber digital sejarah dalam pengajaran dan
pembelajaran sejarah. Kajian Pan et al., (2007) mencadangkan penggunaan enjin pencarian Google
bagi mendapatkan laman web yang kaya dengan maklumat dan sumber sejarah seperti artifak dan
dokumen sejarah yang telah didigitalkan. Sumber digital sejarah membolehkan murid berfikir di luar
konteks buku teks serta berpeluang membuat kajian menggunakan sumber sejarah yang sahih.
Penerokaan pelbagai jenis sumber sejarah membolehkan murid memahami urutan sesuatu peristiwa
sejarah dengan lebih baik. Malah sifat sumber digital primer yang simbolik juga membuka ruang untuk
murid memberikan interpretasi baru terhadap sesuatu permasalahan sejarah. Malah unsur
multimedia yang digabungkan bersama sumber digital seperti teks, imej, audio dan video membantu
murid untuk memahami sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih mendalam. Menurut Tally dan
Goldenberg (2005), ciri multimedia yang terdapat pada sumber digital membolehkan murid
menanggani masalah sejarah dengan cara yang berbeza.

Murid kini yang tergolong dalam Generasi Digital atau Generasi Y dan Generasi Z seharusnya
dididik dengan cara yang berinovasi dan kreatif. Penggunaan sumber digital dalam sistem pendidikan
Malaysia turut mendapat perhatian daripada kerajaan. Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 2010 telah menyediakan infrastruktur seperti makmal
komputer yang lengkap dengan perkakasannya (komputer, komputer riba, projector LCD dan
kebolehaksesan kepada internet) di sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Sejajar dengan
langkah tersebut, pentadbir, guru dan murid juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan
kemahiran berteraskan teknologi dari masa ke semasa. Dalam Rancangan Malaysia ke-9, kerajaan juga
telah memperuntukkan sejumlah 28.8% dari peruntukkan negara bagi tujuan merapatkan jurang
digital masyarakat. Oleh itu, penggunaan sumber digital dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah
bukan lagi menjadi suatu perkara mustahil. Penggunaan sumber digital sejarah dalam keadaan
terbimbing dapat meningkatkan amalan pemikiran sejarah. Amalan pemikiran sejarah yang baik
membolehkan murid berfikir tentang sesuatu permasalahan sejarah dengan lebih matang dan kritis.
Hal ini dapat melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran pemikiran sejarah yang mantap.

Penggunaan Video dalam Mata pelajaran Sejarah


Banyak filem yang bercorak pendidikan telah disediakan oleh penerbit-penerbit dalam dan luar
negara. Oleh itu, filem yang bercorak rencana dikeluarkan oleh pusat-pusat sumber dalam berbagai-
bagai bidang seperti sejarah dsb. Filem-filem ini boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja
diperlukan oleh guru. Video boleh menolong guru meningkatkan mutu pengajarannya dan menjadikan
pengajaran lebih menarik. Video boleh menimbulkan minat dan seterusnya menggerakkan keinginan
pelajar untuk memahami sejarah dengan lebih terperinci. Umpamanya, suatu gambar yang diterapkan
di dalam buku adalah kurang kesannya jika dibandingkan dengan gambar sama yang dipancarkan ke
atas layar. Kesannya adalah lebih baik daripada penerangan semata-mata tanpa bantuan alat
mengajar. Video dapat menghilangkan rasa bosan pelajar untuk mempelajari sejarah yang dahulunya
hanya menggunakan buku teks. Di dalam proses pembelajaran sejarah, semakin banyak pancaindera
yang digunakan, semakin berkesan pembelajaran itu. Dengan pengeluaran filem yang berwarna-warni
akan menambahkan lagi keberkesanan dalam menyampaikan ilmu pengetahuan mengenai sejarah
kepada pelajar. Jikalau pelajar kurang memahami fakta dan bahan sejarah yang tertentu video itu
boleh dimainkan semula. Selain itu, video akan dapat menunjukkan perkembangan secara berterusan
akan bahan dan fakta yang disampaikan oleh guru berbanding dengan slaid dan filem jalur.

Pertama: Pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan multimedia seperti computer dapat
membantu hubungan pelajar lebih interaktif dan spontan. Kandungan pelajaran yang disertai dengan
pelbagai soalan yang diajukan di dalam perisian subjek dan melalui talian internet mempunyai maklum
balas yang tepat dan cepat. Pelajar dapat mengetahui jika jawapan yang mereka berikan tidak betul,
kurang tepat atau salah. Jika salah mereka akan diberi penerangan lanjut dan pertolongan dalam talian
turut disediakan. Jika jawapan mereka betul, pujian yang berbentuk motivasi kepada pelajar akan
dipaparkan di skrin. Interaksi ini adalah dua hala di antara pelajar dan computer.

Kedua: Bahan pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh diprogramkan dalam bentuk
multimedia yang disampaikan dengan rajah, data, imej, teks, animasi, bunyi, suara, dan video.
Persembahan kandungan pelajaran bentuk multimedia akan membuatkan teks yang dibaca lebih
menarik dan menyeronokkan kerana disampaikan dengan bunyi dan animasi. Ini akan membantu
pengajaran dan pembelajaran Sejarah lebih bertenaga, meriah, hidup dan berkesan. Penjelasan atau
penerangan sesuatu konsep dapat dilakukan dengan mudah melalui kemudahan multimedia.
Penggunaan teknologi multimedia dapat membantu alam kehidupan masa lalu, masa kini dan
imaginasi akan datang dibawa ke bilik darjah. Ini akan menjadikan pembelajaran lebih realistic.
Pelajar-pelajar akan memperoleh gambaran yang lebih jelas terhadap peristiwa yang lalu sebelum
hayat mereka. Di samping itu mereka turut mendapat pertambahan perbendaharaan kata yang
berkaitan dengan Sejarah.

Ketiga: Pembelajaran berbantukan multimedia akan menjadikan kelas lebih berpusatkan


pelajar. Multimedia seperti computer membolehkan penumpuan diberikan kepada setiap pelajar
dengan tiada halangan atau diskriminasi. Pendekatan ini selaras dengan kaedah pendidikan masa kini
yang menekankan tumpuan kepada pelajar supaya lebih berdikari. Setiap pelajar akan dapat
mengawal pembelajaran Sejarah dengan kelajuan tersendiri berdasarkan kemampuan dan
pencapaian masing-masing sama ada di peringkat rendah, sederhana, atau tinggi. Pelajar lemah akan
menumpukan latihan di peringkat rendah atau permulaan. Pelajar boleh mengulangulang latihan
sehingga benar-benar faham dan mahir. Pelajar pintar boleh membuat latihan di peringkat tinggi dan
menambah latihan sebanyak mungkin. Ini bererti pembelajaran berbantukan multimedia selaras
dengan konsep KBSM iaitu pemulihan kepada yang lemah dan pengayaan kepada yang pintar.
Keempat: Pembelajaran menggunakan ICT boleh dikendalikan secara kendiri di sebarang tempat
mengikut pilihan pelajar. Pembelajaran Sejarah boleh dijalankan secara tidak formal seperti di makmal
komputer, rumah, perpustakaan, koridor, bahkan di siber caf. Sebarang tempat yang menyediakan
talian, perisian dan perkakasan yang sesuai serta kondusif boleh dilakukan pembelajaran Sejarah.
Dominasi guru dapat dikurangkan, manakala pelajar-pelajar yang malu di dalam kelas boleh
berinteraksi dan memberi maklum balas dengan guru melalui ICT dan multimedia yang sesuai.

Kelima: Pembelajaran boleh dilaksanakan di luar bilik darjah dan di luar waktu persekolahan.
Guru, pentadbir dan pelajar boleh berinteraksi dengan mudah dengan menggunakan mel elektronik
di dalam dan di luar waktu persekolahan. Pihak pentadbir sekolah boleh mengendalikan maklumat
dan kegiatan guru termasuk yang berkaitan dengan pembelajaran Sejarah boleh dilaksanakan dengan
cepat dan efisien. Pentadbiran boleh dijalankan tanpa kertas sekiranya teknologi ini disediakan secara
menyeluruh. Komputer boleh menyimpan rekod peribadi dan pencapaian setiap pelajar dari hari
pertama persekolahan hinggalah ke hari pelajar menamatkan persekolahan. Bahkan boleh diteruskan
melalui alumni dan membuat konsultasi melalui interaksi komputer.

Keenam: Penilaian pembelajaran Sejarah boleh dijalankan secara lebih komprehensif dengan
menggunakan teknologi maklumat. Guru boleh membuat set penilaian, menjalankan penilaian, dan
menilai set soalan penilaian pelajar dan kebolehan mereka menjawab soalan yang dikemukakan.
Soalan-soalan yang diberikan kepada pelajar boleh dianalisis dan satu kumpulan soalan-soalan
berkenaan tajuk Sejarah dapat dikumpulkan dalam bentuk bank soalan. Penilaian dalam talian ini
dipanggil penilaian berkomputer. Penilaian di dalam talian ini juga membolehkan pelajar memilih
permasalahan untuk diselesaikan dengan cara mencari maklumat tertentu. Kerja ini boleh dilakukan
secara berkumpulan atau perseorangan. Penilaian ke atas pelajar boleh dilakukan terhadap kebolehan
pelajar menilai maklumat, menggunakan maklumat, mempersembahkan maklumat di dalam bentuk
laporan atau persembahan.

Ketujuh: Pembelajaran menggunakan multimedia atau komputer boleh menjadikan peranan


guru sebagai fasilitator atau pengemudi ilmu. Tugas guru di dalam kelas yang menggunakan komputer
adalah membantu pelajar mencari maklumat, melayari laman web yang berkaitan dengan tajuk
pembelajaran, dan menggunakan maklumat untuk menyelesaikan masalah. Guru turut berperanan
sebagai pembantu makmal komputer untuk membantu pelajar dalam aspek teknikal dan logistik. Pada
sesuatu masa lain, guru Sejarah tidak perlu hadir dalam bilik darjah. Semua arahan dan maklumat ada
di dalam komputer dan pelajar hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan dalam talian. Kaedah ini
membolehkan lebih ramai pelajar dapat mengikuti pelajaran Sejarah. Waktu terbatas untuk pelajar
berjumpa guru di dalam kelas boleh digunakan untuk urusan konsultasi ataupun membantu pelajar
mengatasi masalah pembelajaran Sejarah.

Kelapan: Pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik.
Penggunaan media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap pelajaran yang disampaikan. Dapat digunakan secara luwes iaitu pelajar dapat
mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut keperluan sendiri dari segi masa teknik juga dalam
keadaan tidak formal. Ini membantu perkongsian maklumat di mana setiap pengguna akan mendapat
maklumat dari serata dunia melalui kaedah forum dalam talian, e-mail, video konferens dan chatting
atas talian. Dapat berhubung dengan guru serta rakan pelajar yang lain dari serata dunia untuk
berkongsi maklumat secara kolaboratif. Dapat disebarkan secara serentak di mana pelajar dapat
mengakses maklumat dari mana-mana laman web yang dikehendaki secara serentak.

Kesembilan: Kemudahan ICT berupaya menyediakan pembelajaran yang berbentuk pelbagai


pancaindera dan sesuai untuk pelajar yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran dan tahap
kognitif. Selain itu, ia juga membantu para pelajar menjadi fleksibel dan bukan hanya membatasi diri
mereka dengan gaya sendiri sahaja. Memudah serta mempercepatkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggunaan elemen-elemen seperti video, grafik, audio dan sebagainya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membolehkan aktiviti ini dilakukan dengan mudah dan lebih pantas.
Keadaan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran berkesan dengan bimbingan yang minimum.

Kesepuluh: Mengembangkan kemahiran berkaitan dengan teknologi maklumat seperti literasi


komputer, penggunaan perisian-perisian dan penggunaan perkhidmatan maklumat melalui CD-ROM.
Proses berfikir, proses instruksi, dan proses pembelajaran dapat dipermudahkan dan dipertingkatkan
dengan menggunakan teknologi komputer. Pemelajaran secara individu, keseronokan mengguna
komputer, pemelajaran yang cepat, dapat dilihat & tidak membosankan, suasana pemelajaran yang
aktif, mencetuskan motivasi di kalangan pelajar, dan memberi maklum balas segera.
Kajian Perzylo (1993) dalam Mohd. Arif dan Mohd. Jasmy (2002), multimedia mengintegrasikan corak
terbaik di antara pelbagai corak pembelajaran. Antara kebaikan yang bermakna dalam penggunaan
multimedia untuk pembelajaran termasuklah persembahan maklumat pelbagai gaya pembelajaran.
Persembahan maklumat biasanya mengintergrasikan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik,
auido dan video. Persembahan maklumat ini dapat dilihat serta menarik dengan satu persembahan
secara berbunyi yang menambahkan minat, meningkatkan daya peringatan dan memperbaiki kadar
kejayaan. Di samping itu, pembelajaran dengan kelajuan sendiri dan pelajar dapat menguasai setiap
peringkat, selain dapat menambahkan capaian kepada pendidikan dalam subjek tertentu walaupun
kekurangan tenaga pengajar dalam matapelajaran tertentu. Kelebihan yang lain pula ialah,
penambahan kawalan dan kebebasan adalah diperkenalkan ke atas proses pembelajaran. Ini adalah
interaktiviti yang disediakan di dalam elemen multimedia yang membolehkan pelajar mengawal
pembelajaran mereka sendiri. Arfan (2001) juga telah menjalankan kajian tentang penggunaan
multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa
penerimaan responden terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran
kemahiran di kalangan pelajar adalah positif. Penggunaan multimedia kebiasannya menerapkan
elemen teks, grafik, audio dan video merupakan penyebab ke arah penerimaan positif di kalangan
pelajar. Manuel Alfonseca, Juan de Lara (2000) telah menjalankan kajian tentang pengintegrasian
simulasi dan elemen multimedia di dalam topik yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan dengan
penambahan elemen multimedia, ia membolehkan pelajar meningkatkan pemahaman mereka
tentang model simulasi yang di paparkan. Pengintegrasian elemen multimedia sangat membantu
kerana elemen multimedia menerapkan banyak media seperti teks, grafik, audio dan video. Oleh itu,
elemen multimedia ini menjadi perangsang bagi pelajar meneruskan pembelajaran mereka dan
meningkatkan pemahaman mereka dalam sesuatu topik. Menurut Vaughan (1998), multimedia turut
menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan masa
media yang digunakan. Interaktiviti member peluang kepada pelajar memilih dan mengwal sendiri
pembelajaran mereka. Disamping itu, penggunaan media interaktif mampu menarik perhatian serta
mudah untuk difahami berbanding penggunaan bahan-bahan yang static dan bisu. Persembahan
multimedia menerusi komputer membolehkan seseorang meningkatkan ciri-ciri interaktiviti ke dalam
persembahan yang dibangunkan. Interaktiviti membenarkan pengguna menjelajah sesebuah aplikasi
multimedia mengikut citarasa dan kehendak mereka sendiri. Pengguna boleh bergerak atau melopmat
dari satu topik ke satu topik yang lain atau melangkau sesetengah topik yang mungkin kurang diminati
atau kurang diperlukan (Jamaluddin & Zaidatun, 2006) Untuk memastikan pengguna akif dalam
pembelajaran menggunakan perisian multimedia, elemen interaktiviti perlu diterapkan. Menurut
Baharudin et al (2001), multimedia membenarkan pengguna untuk menjadi lebih aktif dengan
menyediakan kemudahan interaktiviti pada peringkat yang lebih meluas. Pengguna berupaya
mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana
ia dipersembahkan.
Kajian mengenai impak bahan multimedia ke atas mata pelajaran Sejarah juga mendapati penggunaan
multimedia dapat meningkatkan motivasi, gaya, teknik, kaedah dan kualiti pengajaran dan
pembelajaran serta mengatasi masalah kekangan masa. Kajian ini mendapati tidak wujud perbezaan
antara jantina dalam aspek peningkatan motivasi belajar setelah menggunakan multimedia. Pelajar
juga mengatakan bahawa penggunaan multimedia telah menyebabkan mereka tidak terlalu
bergantung kepada guru dan aktif dalam pembelajaran melalui akses kendiri. Kajian juga mendapati
bahawa walaupun wujud perbezaan dari segi kemahiran tetapi ia tidak mempengaruhi motivasi
pelajar. Pelajar mengatakan bahawa melalui penggunaan multimedia minat terhadap mata pelajaran
Sejarah telah meningkat. Pelajar merasa seronok menggunakan multimedia dan dapat
membangkitkan motivasi belajar kerana pembelajaran sejarah tidak lagi berpusat kepada guru
semata-mata. Pelajar dapat mengakses maklumat secara kendiri dan pada bila-bila masa. yang
diperlukan (Rossafri Mohamad dan Wan Ahmad Jaafar Wan Yahaya, 2007). Kajian mengenai ICT dan
pengajaran-pembelajaran sejarah pula cuba mengetengahkan mengenai pembelajaran sejarah
menggunakan empat teknik iaitu tutorial, penerokaan, komunikasi dan aplikasi. Penggunaan alat
bantu mengajar menggunakan multimedia adalah penting dalam pendidikan kerana ia membolehkan
pelajar dan guru berinteraksi secara tidak bersemuka. Melalui pembelajaran tutorial pelajar dapat
membuat latihan atau latih tubi dan dikawal oleh sistem serta dapat menggunakan bahan dengan
bimbingan daripada guru. Melalui penerokaan pula, pelajar dapat menentukan sendiri maklumat yang
diterima dan ini amat sesuai dengan pendekatan pembelajaran yang ingin melibatkan pelajar secara
aktif dalam pembelajaran. Pembelajaran menggunakan internet akan menyebabkan bahan-bahan
dapat dikongsi bersama walaupun berada di tempat yang berbeza melalui audio, video dan pelbagai
mod gabungan (Lee Bih Ni, 2013). Penggunaan multimedia dapat membantu pelajar lebih aktif
terhadap pembelajaran sejarah. Melalui internet pelajar dapat menjawab soalan yang dikemukakan
dan dapat menyemak terus jawapan. Penerangan yang lebih lanjut akan diperoleh dengan cepat dan
tepat. Interaksi sebegini merupakan interaksi dua hala antara pelajar dengan komputer. Tambahan
lagi, bahan-bahan sejarah dapat disampaikan melalui rajah, data, imej, teks, animasi, bunyi, suara dan
video akan menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Melalui penggunaan
multimedia, pembelajaran sejarah boleh dilakukan di luar bilik darjah dan interaksi pelajar dan guru
tetap dapat dijalankan secara atas talian. Kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah juga
akan meningkat dengan penggunaan multimedia kerana maklumat yang diperlukan mudah untuk
diperoleh hanya di hujung jari (Mohamad Johdi Salleh dan Ariegusrini Agus, 2009a). Selain daripada
penggunaan multimedia dalam pembelajaran sejarah, kaedah lawatan ke tempat bersejarah juga
dapat menarik minat pelajar untuk belajar sejarah. Lawatan ke tempat bersejarah adalah seperti tapak
arkeologi, artifak, sumber dan dokumen yang berkaitan peristiwa lalu yang mempunyai kepentingan
kepada negara. Kaedah lawatan akan dapat membentuk individu insan yang seimbang dan harmoni
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pelajar akan dapat membina sosialisasi dengan rakan dan
kurator serta berinteraksi dengan persekitaran. Lawatan ke tempat bersejarah juga akan dapat
menenteramkan emosi pelajar. Lawatan ke tempat bersejarah turut membolehkan pelajar
menganalisis fakta-fakta sejarah secara rasional, mengemukakan idea baru dan memberikan
pandangan terhadap maklumat yang diperoleh. Perkara ini akan menyebabkan pelajar aktif dalam
pembelajaran sejarah. Lawatan ke tempat bersejarah juga akan memberikan keseronokan kepada
pelajar kerana mereka tidak terikat dengan pembelajaran di dalam kelas. Antara kebaikan
pembelajaran ke tempat bersejarah adalah seperti mendapat kefahaman tentang konsep dan nilai
sejarah, kemahiran sejarah dapat ditingkatkan, menyuburkan minat dan mengambil iktibar daripada
peristiwa sejarah. Keseluruhannya, lawatan ke tempat bersejarah mampu melahirkan minat pelajar
terhadap sejarah seterusnya dapat melahirkan masyarakat yang cintakan negara (Mohamad Johdi
Salleh dan Ariegusrini Agus, 2009b). Kajian yang dijalankan selama empat bulan di Muzium Negara
telah mendapati bahawa pendidikan muzium dapat melengkapkan pendidikan di sekolah. Hal ini
membawa maksud melalui lawatan ke muzium pelajar akan lebih memahami apa yang dipelajari
dalam bilik darjah. Kajian ini juga mendapati pembelajaran di muzium lebih menyeronokkan kerana
kebiasaannya muzium mempunyai tema tersendiri yang mempamerkan objek-objek yang unik.
Keunikan objek atau koleksi yang terdapat di muzium akan menarik minat pelajar untuk mendekatkan
diri dengan sejarah. Pendidikan muzium boleh berlaku dalam dua bentuk sama ada pendidikan formal
atau pendidikan tidak formal. Pendidikan formal di muzium adalah seperti ceramah dan penggunaan
koleksi muzium bagi menjelaskan sesuatu manakala pendidikan secara tidak formal adalah melalui
kunjungan biasa. Pendidikan muzium akan memberikan sumbangan kepada pengembangan minda
pelajar. Pelbagai kaedah yang interaktif seperti mendengar, membaca dan melihat serta melakukan
aktiviti berkaitan dengan koleksi muzium seperti memegang akan menggalakkan pengekalan ingatan.
Hal ini telah menarik minat pelajar untuk mendalami ilmu sejarah (Ab Samad Kechot et al, 2010).

Anda mungkin juga menyukai