Anda di halaman 1dari 6

Sebagai pembuka bicara, transformasi pendidikan negara yang melanda

Malaysia pada alaf ke-21 memerlukan guru-guru Sejarah untuk merentasi segala
cabaran dalam meneruskan tanggungjawab melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang lebih menarik, bertenaga, produktif dan efektif (Mohamad
Johdi & Ariegusrini, 2009). Pendekatan yang difikirkan terbaik dan relevan bagi
meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru adalah dengan melalui
pengajaran efektif yang berkait rapat dengan cara gaya, kemahiran, komitmen,
pendekatan pengajaran dan penggunaan sumber oleh seseorang guru dalam proses
PdP. Ekoran itu, guru perlu menguasai segala pengetahuan dan kemahiran
penyediaan dan penggunaan sumber PdP dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sumber PdP merupakan elemen penting yang memudahkan
komunikasi antara guru dengan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Sejajar dengan itu, perbincangan di bawah akan membanding beza jenis sumber
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan profesionalisme di sekolah rendah.

Sewaktu menjalani PBS, saya telah mengenalpasti sumber PdP Sejarah yang
ada di SJK(C) Chong Teik. Antara sumber PdP Sejarah yang digunakan merangkumi
bahan bercetak, sumber elektronik, internet dan institusi maklumat. Pertama sekali,
jenis sumber PdP Sejarah akan dibanding beza dari segi persamaan terlebih dahulu
iaitu kepentingan sumber-sumber berkenaan dalam proses PdP di sekolah rendah.
Secara umumnya, antara kepentingan sumber-sumber PdP termasuklah menolong
guru mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam satu waktu pelajaran di samping
memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik pengajaran yang
lain, membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk
menyampaikan butiran-butiran pelajaran selain menolong memberi rangsangan
kepada guru untuk menggerakkan daya fikiran hingga dapat melahirkan pertuturan
dan pemikiran serta memberi peluang kepada mereka menggunakan satu atau lebih
deria dalam menyelesaikan sesuatu masalah (Segaran, 1999). Tegasnya,
penggunaan sumber-sumber PdP yang mempunyai kepentingan signifikan berupaya
meningkatkan profesionalisme guru di sekolah rendah.

Sewaktu menjalani PBS, saya telah mengenal pasti sumber PdP Sejarah
yang ada di SJK(C) Chong Teik. Antara sumber PdP Sejarah yang digunakan
merangkumi bahan bercetak, sumber elektronik, Internet dan institusi maklumat.
Pertamanya, jenis sumber PdP Sejarah akan dibanding beza dari segi persamaan
iaitu kepentingan sumber-sumber berkenaan dalam proses PdP Sejarah. Secara
umumnya, antara kepentingan sumber-sumber PdP termasuklah menolong guru
mewujudkan kepelbagaian dan minat dalam suatu waktu pelajaran di samping
memberi peluang kepada guru mencuba pendekatan dan teknik pengajaran yang
lain, membantu guru menimbulkan situasi yang lebih bermakna untuk
menyampaikan butiran-butiran pelajaran serta memberi peluang kepada mereka
menggunakan satu atau lebih deria dalam menyelesaikan sesuatu masalah
(Segaran, 1999). Murid-murid turut dapat mengingat secara visual berdasarkan
sumber-sumber yang digunakan guru kerana kaedah ingatan melalui imej dan visual
adalah kaedah yang terbaik untuk mengingat semula hafalan Melalui penggunaan
sumber-sumber yang pelbagai, pembelajaran secara interaktif akan menarik minat,
perhatian para pelajar, dan menimbulkan rasa ingin tahu yang mendalam (Mohd
Faeez, Kalthom, Mohd Amin, Zetty Nurzuliana, Murihah, 2016). Maka, penggunaan
sumber-sumber PdP yang mempunyai kepentingan signifikan berupaya
meningkatkan profesionalisme guru.

Dari kaca mata yang berbeza, sekiranya dibandingkan dari aspek kekerapan
penggunaan sumber, kekerapan penggunaan sumber bahan bercetak seperti buku
sejarah yang terdiri daripada buku teks sejarah, buku kerja dan sebagainya adalah
lebih tinggi berbanding dengan sumber elektronik, Internet dan institusi maklumat di
sekolah tersebut. Kenyataan di atas dapat disokong dengan hasil dapatan sesebuah
kajian yang menunjukkan bahawa guru-guru Sejarah didapati mempunyai
pengetahuan yang sangat memuaskan dalam menggunakan buku teks sekolah,
sebaliknya pengetahuan dalam menggunakan sumber PdP Sejarah lain sebagai
alat-alat bantu mengajar pula adalah pada tahap sederhana (Zahara & Nik Azleena,
2007). Dalam konteks pengajaran Sejarah, terdapat beberapa perkara yang
memainkan peranan penting menentukan hasil atau matlamat pendidikan tercapai.
Antaranya ialah buku teks dan kandungannya yang merupakan sumber rasmi, bahan
bantu dalam proses PdP dan sebagai tunjang kepada pengajaran Sejarah (Zunaida,
Abdul Razaq & Mohd. Mahzan, 2015). Sekolah di Malaysia turut hanya
menggunakan satu buku teks standard bagi setiap darjah dan tingkatan.
Sesungguhnya, kekerapan penggunaan sumber bahan bercetak, misalnya buku teks
yang lebih tinggi berbanding dengan sumber-sumber lain selaras dengan kedudukan
buku teks Sejarah di Malaysia yang begitu mustahak dalam menyampaikan
pengajaran selain perlu disampaikan dengan betul, kandungannya tepat dan kaedah
penyampaiannya menarik serta perlunya penggunaan alat-alat-alat bantu mengajar
yang sesuai bagi meningkatkan profesionalisme guru di sekolah rendah.
Sementelahan itu, akses kepada sumber-sumber PdP Sejarah merupakan
antara aspek lain yang boleh dibanding beza untuk meningkatkan profesionalisme
guru. Dalam pada itu, akses kepada sumber bahan bercetak, sumber elektronik dan
Internet adalah lebih mudah berbanding akses kepada institusi maklumat. Hal ini
disebabkan bahan bercetak mudah didapati oleh guru Sejarah di sekolah berkenaan
kerana bahan-bahan bercetak seperti buku teks, buku kerja, carta, set-set bahan
bantu mengajar Sejarah telah disediakan oleh pihak sekolah di bilik ABM. Di
samping itu, perkembangan teknologi maklumat membolehkan akses kepada
sumber elektronik dan internet secara mudah. Buktinya, penggunaan internet dalam
kalangan rakyat Malaysia telah mencecah takat pola yang sangat tinggi (Shakila,
Ahmad Kamal Ariffin & Rosilawati, 2016). Bukan itu sahaja, penggunaan Internet,
laman web dan sumber elektronik dalam pendidikan turut mengalami peningkatan
yang drastik (Johari & Siti Norazlina, 2010). Fenomena ini seiring dengan keadaan di
sekolah tersebut di mana kedudukannya yang terletak di kawasan bandar telah
membuka peluang kepada pihak sekolah untuk memasang interactive whiteboard di
semua bilik darjah dengan berbekalkan liputan jaringan Internet yang memuaskan.
Selanjutnya, sumber-sumber sejarah seperti dokumen, artifak, catatan dan dapatan
baru yang terdapat di muzium mahupun arkib sepatutnya perlu ditonjolkan dalam
PdP Sejarah (Zunaida, Abdul Razaq & Mohd. Mahzan, 2015). Walakin begitu, akses
kepada institusi maklumat seperti muzium dan arkib sebagai sumber PdP Sejarah di
sekolah berkenaan amat terhad. Hal ini disebabkan lawatan ke muzium, arkib
mahupun tapak warisan sejarah dihadkan oleh perbelanjaan yang tinggi dan masa
perjalanan yang panjang. Implikasinya, walaupun lawatan sambil belajar ke institusi
maklumat yang meliputi tapak warisan sejarah iaitu Fort Cornwallis dan muzium
diadakan pada tahun lepas tetapi program ini gagal dilancarkan pada tahun ini.
Tegasnya, guru perlulah cuba mengakses berbagai-bagai sumber PdP bagi
meningkatkan profesionalisme.

Tambahan pula, mempelajari Sejarah memerlukan sumber sokongan yang


mampu menarik minat pelajar untuk menghayati pendidikan sejarah (Ishak, 2012).
Hal ini mendesak agar guru mestilah memiliki elemen kompetensi seperti berupaya
memilih sumber pengajaran (Anuar & Nelson, 2015). Maka, kelebihan dan
kekurangan bahan bercetak, sumber elektronik dan Internet yang lebih kerap
digunakan oleh guru di sekolah berkenaan akan dirungkaikan agar penggunaannya
berupaya mencapai objektif PdP. Dalam pada itu, kelebihan bahan bercetak
misalnya buku teks, carta, gambar sejarah dan lain-lain yang boleh ditonjolkan dari
segi ciri-ciri seperti mudah didapati, murah dan senang digunakan telah
menggalakkan penggunaan bahan-bahan bercetak oleh guru sekolah tersebut.
Terdapat juga kekurangan pada bahan bercetak, contohnya tidak boleh disunting,
tidak terkini dan mudah rosak mengakibatkan pengunaannya mungkin tidak relevan
dengan kandungan PdP yang sentiasa berubah. Sementara itu, sumber elektronik
seperti interactive whiteboard pula mempunyai kelebihan kerana dilengkapi dengan
manual penggunaan dan arahan lengkap yang memudahkan penggunaan oleh guru
(Irma, 2005). Kandungan dalam sumber elektronik yang sering dikemas kini juga
merupakan antara kelebihannya. Walau bagaimanapun, PdP yang efektif tidak
hanya bergantung pada buku dan media elektronik (Chong, Wang, Barathi &
Sathiyavane, 2006). Bersesuaian dengan perkembangan pendidikan terkini, sumber-
sumber PdP seperti sumber elektronik dan Internet juga dikenalpasti kelebihannya
(Nik Azis & Noraini, 2008). Internet diisytiharkan sebagai sumber yang kaya dan
pantas dalam memberikan respon terhadap penggunanya juga mempunyai
kebaikannya (Mohd Faeez, Kalthom, Mohd Amin, Zetty Nurzuliana, Murihah, 2016).
Implikasinya, sumber Internet menjadi kegemaran guru sekolah itu untuk
mendapatkan bahan dengan cara memuat turun bahan yang bersesuaian dengan
PdP dalam kesibukan masa. Sesungguhnya, kelebihan dan kekurangan sumber-
sumber PdP sepatutnya dianalisis sebelum diaplikasikan mengikut kesesuaian PdP
bagi meningkatkan profesionalisme guru secara implisitnya.

Chong, D., Wang, H.K, Barathi M & Sathiyavane Sathappan. (2006). Pengajian am
Kertas 1 & 2: Teks dan rujukan lengkap. Kuala Lumpur: Arah Pendidikan Sdn.
Bhd.

Penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia telah mencecah takat pola
yang sangat tinggi. Menurut penyelidikan International Data Corporation (IDC),
penggunaan internet di Malaysia pada tahun 2011 telah menjangkau 16 juta orang
dan angka tersebut meningkat kepada 17.7 juta pada tahun 2012 dan seterusnya
kepada 20.6 juta menjelang 30 November, 2015 (lihat rajah 2).

https://core.ac.uk/download/pdf/11786386.pdf

Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi ( Information and Communication


Technology atau ICT) telah meningkatkan penggunaan internet, laman web (web
page) dan jaringan (networking) dalam pendidikan.
Sebagai pembuka bicara, transformasi pendidikan negara yang melanda
Malaysia pada alaf ke-21 memerlukan guru-guru Sejarah untuk merentasi segala
cabaran dalam meneruskan tanggungjawab melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) yang lebih menarik, bertenaga, produktif dan efektif (Mohamad
Johdi & Ariegusrini, 2009). Pendekatan yang difikirkan terbaik dan relevan bagi
meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru adalah dengan melalui
pengajaran efektif yang berkait rapat dengan cara gaya, kemahiran, komitmen,
pendekatan pengajaran dan penggunaan sumber oleh seseorang guru dalam proses
PdP.

Sebagai pembuka bicara, transformasi pendidikan negara yang melanda


Malaysia pada alaf 21 telah menimbulkan reaksi positif, negatif, dan sebahagian
golongan tidak mengambil tahu langsung seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Keadaan ini turut mewarnai keterampilan guru-guru Sejarah yang sentiasa dilanda
cabaran di samping pengharapan patriotisme luhur pemimpin bangsawan (Mohamad
Johdi & Ariegusrini, 2009). Percanggahan dimensi dan pengharapan ini memerlukan
guru-guru Sejarah untuk merentasi segala cabaran dalam meneruskan
tanggungjawab melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih
menarik, bertenaga, produktif dan efektif. Pendekatan yang difikirkan terbaik dan
relevan bagi meningkatkan tahap profesionalisme seseorang guru adalah dengan
melalui pengajaran efektif yang berkait rapat dengan cara gaya, kemahiran,
komitmen, pendekatan pengajaran dan penggunaan sumber seseorang guru dalam
proses PdP.

Jika ditinjau dari sudut yang lebih mendalam, mempelajari Sejarah


memerlukan sumber sokongan yang mampu menarik minat pelajar untuk
menghayati pendidikan sejarah (Ishak, 2012). Hal ini telah mendesak agar
seseorang guru yang baik mestilah memiliki elemen kompetensi seperti berupaya
memilih sumber pengajaran (Anuar & Nelson, 2015). Lantaran itu, kelebihan dan
kekurangan sumber bahan bercetak, sumber elektronik dan Internet yang lebih kerap
digunakan oleh guru dalam PdP akan dibicarakan. Jelaslah bahawa kelebihan dan
kekurangan sesuatu sumber perlu dianalisis agar pengaplikasian sumber tersebut
bersesuaian untuk mencapai objektif PdP dan seterusnya dapat meningkatkan
profesionalisme guru secara implisitnya. Dalam pada itu, kelebihan bahan bercetak
misalnya buku teks, carta, gambar sejarah dan lain-lain boleh diperhatikan dari segi
ciri-ciri seperti mudah didapati, senang dibawa ke bilik darjah, murah dan mudah
digunakan. penggunaan bahan-bahan bercetak oleh guru di sekolah tersebut.

file:///C:/Users/PC/Downloads/Artikel_5_Bil_3_Isu_2.pdf

Seseorang guru mestilah memiliki elemen kompetensi untuk menjadi guru yang baik
seperti menguasai kandungan subjek yang diajar, berpengetahuan dalam pedagogi,
berupaya memilih sumber pengajaran, mampu mempelbagaikan strategi pengajaran,
memiliki kemahiran teknologi, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan
pelajar serta mempunyai sikap dan personaliti yang positif seperti bermotivasi, humor
dan berkeyakinan.

Anda mungkin juga menyukai