Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARA MAJLIS

MASA CUE ANN

7.40 pagi Para guru pelatih memenuhi tempat duduk Pohon kerjasama daripada semua guru pelatih untuk memenuhi
yang disediakan dalam dewan ruangan kosong yang terdapat di dalam dewan kerana majlis akan bermula
sebentar lagi.

8.00 pagi Pengarah IPGK Perlis tiba di pintu utama Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pengarah Institut
dan diiringi dengan paluan kompang. Pendidikan Guru Kampus Perlis diiringi Timbalan Pengarah, Ketua – ketua
Jabatan, Pensyarah – pensyarah Kanan dan Para Pensyarah.

8.10 pagi Pengarah dan tetamu jemputan mengambil Hadirin sekalian diminta untuk kekal berdiri bagi menyanyikan:
tempat duduk.  Lagu Negeri Perlis
 Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia
 Lagu Pendidikan Teras Kemajuan
 Lagu Bahasa Jiwa Bangsa

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.


Hadirin dipersilakan duduk.
8.20 pagi Para hadirin duduk di tempat masing – Mencari timba si anak dara,
masing. Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

1
Belantan suasa hiasi istana,
Cantik berseni ukiran telawi,
Bulan bahasa penuhi nusa,
Kekal tradisi warisan pertiwi.

Yang Berbahagia Pengarah IPGK Perlis, Tuan Haji Muhaimin bin Osman.
Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPGK Perlis, Tuan Haji Rosley bin
Abdullah
Yang Berusaha Ketua – ketua Jabatan, pensyarah – pensyarah kanan, para
pensyarah serta warga dewan sekalian. Assalamualaikum w.b.t dan selamat
sejahtera.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana pada pagi yang indah ini, dapat kita
sama – sama berkumpul bersempena dengan Majlis Penutupan Bulan
Bahasa Kebangsaan Peringkat IPGK Perlis bagi Tahun 2018.

8.30 pagi Bacaan doa oleh Saudara Fakrullah bin Indah madah merdu suara,
Modi. Cantik manis buat pemikat,
Awal bismillah pembuka bicara,
Moga majlis berkat dan rahmat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput saudara Fakrullah
bin Modi untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

2
8.40 pagi Saudara Fakrullah turun dari pentas. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Fakrullah
bin Modi atas bacaan doa sebentar tadi.

Selasih mekar di tengah desa,


Mencelah sama kembang melati,
Bahasa kebangsaan jiwa bangsa,
Perpaduan disemai bersatu hati.

Hadirin yang dihormati,

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang


memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori
penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama
pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang
bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya
memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek
dan bidang yang boleh memajukan ke arah kelestarian bahasa Melayu
sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik. Program Bulan
Bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap
tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh Jabatan Pengajian
Melayu sepanjang tempoh pelaksanaannya. “1Bahasa, 1Jiwa, 1Bangsa”
dipilih sebagai tema sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan bagi tahun ini.

8.50 pagi Tayangan video sempena Bulan Bahasa Warga dewan yang dikasihi sekalian,
Kebangsaan Peringkat IPGK Perlis.

3
Bagi memeriahkan lagi majlis pada hari ini, mari kita sama – sama
saksikan tayangan video yang telah disediakan oleh para pelajar elektif
Pengurusan Acara bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan
Peringkat IPGK Perlis.

Terima kasih diucapkan atas persembahan montaj sebentar tadi.


9.10 pagi Selesai tayangan montaj. Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Yusuf bin


Min selaku pengerusi penganjur Bulan Bahasa Kebangsaan 2018 untuk
menyampaikan ucapan alu – aluan. Dipersilakan.

9.40 pagi Encik Yusuf bin Min mengambil tempat Majlis merakamkan setinggi – tinggi ucapan terima kasih kepada
duduk. Yang Berusaha Encik Yusuf bin Min kerana sudi menyampaikan ucapan
sebentar tadi.

Hadiran yang dihormati,


Anak Cina mengail ikan,
Mengail ikan di dalam telaga,
Sesi persembahan kami sembahkan,
Sebagai bingkisan halwa telinga.

4
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan sajak yang akan
dideklamasikan oleh saudari Nur Sahara binti Ayub dengan sajak yang
bertajuk ‘Bahasa Pertiwiku’. Dipersilakan.

9.50 pagi Saudari Sahara turun dari pentas Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur Sahara binti Ayub di
atas persembahan yang cukup bertenaga tadi.

Seterusnya, mari kita sama – sama saksikan alunan syair yang akan
dipersembahkan oleh saudara Zulhilmi bin Zaini. Dipersilakan.

10.00 pagi Saudara Zulhilmi turun dari pentas Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar
tadi.

Dari Rembau ke Bayu wangi,


Pakai baju sutera kerrawang,
Tuan kembang asalnya wangi,
Sampai layu tidak kubuang.

Seterusnya, majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang


Berbahagia Tuan Haji Muhaimin bin Osman untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPGK Perlis
bagi Tahun 2018. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

5
11.00 pagi Tuan Pengarah mengambil tempat duduk. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan serta kesudian
Tuan Pengarah merasmikan penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan
peringkat IPGK Perlis sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,


Sepanjang bulan ini, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi
menyerikan program kali ini. Antaranya ialah pertandingan deklamasi sajak,
pertandingan mengarang puisi, penulisan cerpen dan banyak lagi. Tanpa
membuang masa, majlis menjemput Tuan Pengarah IPGK Perlis diiringi oleh
Encik Yusuf bin Min untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah
kepada para pemenang.

11.40 pagi Penerima terakhir turun dari pentas. Seterusnya, majlis menjemput Encik Yusuf bin Min untuk
menyampaikan cenderahati kepada Tuan Pengarah IPGK Perlis.

Dijemput Tuan Haji Muhaimin bin Osman bagi menerima cenderahati


sebagai tanda penghargaan kerana sudi merasmikan majlis Penutupan
Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat IPGK Perlis.

11.50 pagi Tuan Pengarah dan Encik Yusuf turun dari Dengan penyerahan cenderahati sebentar tadi, maka berakhirlah
pentas. majlis Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan IPGK Perlis bagi Tahun 2018.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,

6
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Akhir sekali, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada kepada


semua pihak yang terlibat dalam menganjurkan majlis pada hari ini. Sebelum
meninggalkan dewan, marilah kita sama – sama menyanyikan lagu
Negaraku.

Para hadirin boleh bersurai.

Anda mungkin juga menyukai