Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacaraan Majlis Perjumpaan Waris Tahun 6

2010
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Salam sejahtera, Salam ukhwah mahabbah...

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai...

Alhamdulillah.....

Yang Berbahagia, En. Norizan b. Ibrahim Pengurus FELDA Lasah, Sg. Siput (U)

Yang Berusaha, Puan Faridah bt. Yusoff, Guru Besar Sek. Keb. R.K.T Lasah,

Yang Dipertua P.I.B.G, En. Muzakir b. Hj. Tahir,

i).

ii).

iii).

Kami selaku wakil pihak majlis pada petang ini, turut sama merakamkan
ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin
warga dewan khususnya Yang Berbahagia. En. Norizan b. Ibrahim Pengurus
FELDA Lasah, Sg. Siput (U) kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-
sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Bersyukur kita pada petang yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kita
berkumpul di dalam dewan Sekolah Kebangsaan R.K.T Lasah Tahun 2010 ini.
Hari ini, tanggal 05 Februari 2010 bersamaan 20 Safar 1431 Masehi, warga
dewan hadirin hadirat sekelian akan turut bersama-sama menyaksikan
pelancaran Skim Tuisyen FELDA tahun 2010.

Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian,

Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara


takwim sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuk
semangat kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahan
turut juga dapat mengetengahkan segala pandangan waimma idea bernas
daripada warga sekolah mahupun para ibu bapa sekelian.

Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi
tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam
meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak kita dalam aspek duniawi
mahupun ukhrawi..insyaAllah.

Untuk itu, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha, Puan
Faridah bt. Yusof selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan R.K.T Lasah untuk
menyampaikan ucaptamanya pada petang ini. Dipersilakan....

~UCAPAN~

1| Page
Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan tadi
menjadi renungan dan panduan untuk kita bersama...insyaAllah. Jutaan
terima kasih daripada pihak majlis turut dirakamkan kepada Puan Guru Besar
atas ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin warga dewan yang saya hormati,

Agenda kemuncak majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan pelancaran
Skim Tuisyen Felda oleh Tuan Pengurus FELDA Lasah Yang Berbahagia, En.
Norizan b. Ibrahim Pengurus FELDA Lasah, Sg. Siput (U), Perak sekaligus
menyempurnakan perasmian ‘Majlis Pelancaran Skim Tuisyen Felda
2010’ kali ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....

~UCAPAN~

Pihak majlis menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga
atas ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En.
Norizan b. Ibrahim Pengurus FELDA Lasah, Sg. Siput (U), Perak.

PANTUN:

Indah budi kerna jasa,

Indah manusia kerna bahasa,

Budimu tuan tidak dilupa,

Semoga bahagia melimpah berkatNya....

Agenda seterusnya pada petang ini, adalah merupakan satu simbolik kepada
acara penyerahan anak-anak oleh ibu bapa penjaga kepada para guru. Acara
ini turut membawa pengertian bahawa para ibu bapa penjaga bersetuju untuk
menyerahkan tugas mendidik kepada pihak guru di sekolah ini.

Bagi melangsungkan agenda ini, pihak majlis sukacitanya mempersilakan


Yang Berusaha, Tuan Haji Alias b. Mohamad selaku wakil para guru, manakala
Yang Dipertua P.I.B.G, En. Muzakir b. Hj. Tahir selaku wakil pihak para ibu
bapa penjaga bagi menyempurnakan majlis penyerahan pada tahun ini. Majlis
dengan ini mempersilakan...

Begitulah berlangsungnya simbolik majlis penyerahan yang telah


disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Alias b. Mohamad bersama
Yang Dipertua P.I.B.G, En. Muzakir b. Hj. Tahir. Untuk itu, majlis turut
menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
kedua-dua wakil pihak.

Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa penjaga
bersama para guru. Dalam sesi ini, sebarang cadangan dan pandangan para

2| Page
waris penjaga adalah amat dialu-alukan. Ini bukan sahaja untuk kebaikan
bersama, malahan ianya juga tidak lain bermotifkan strategi peningkatan
pencapaian anak-anak menjelang UPSR pada tahun ini. InsyaAllah....

~Sesi Soal Jawab & Dialog~

Dengan tersimpulnya kata sepakat dan idea pandangan itu tadi, maka
berakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya selaku wakil pihak majlis dengan
takzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
terdapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrum
pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada
Allah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sebagai
hamba Allah yang serba kekurangan.

PANTUN:

Majlis berakhir penuh syafaat

Menjadi ingatan sepanjang zaman

Amalan sepakat membawa berkat

Hidup beramal bertunjang iman.

Sekian, wabillahi taufik......................

3| Page

Anda mungkin juga menyukai