Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN SEJARAH

DI BAWAH SELIAAN UNIT SEJARAH JABATAN SAINS SOSIAL IPGKBM

1.0 Pengenalan
Kertas cadangan disediakan bertujuan untuk mendapatkan persetujuan bagi
menubuhkan Persatuan Sejarah IPGKBM. Cadangan penubuhan ini adalah
bertujuan untuk menghimpunkan pelajar-pelajar IPGKBM yang mengambil mata
pelajaran Sejarah sebagai subjek major atau minor atau wajib di semua peringkat
pengajian PPISMP, PISMP, GSTT, dan DPLI. Selain itu kertas cadangan ini adalah
selaras dengan polisi Kementerian Pelajaran yang cuba memartabatkan mata
pelajaran sejarah pada ketika ini maka kewujudan sebuah persatuan yang bergerak
atas fokus subjek ini harus dilaksanakan. Kepentingan mata pelajaran sejarah perlu
diterapkan dalam jiwa pelatih pendidik memandangkan ada di antara pelatih yang
memasuki Institut tanpa perasaan cinta terhadap subjek Sejarah. Bertitik tolak
daripada agenda pihak kementerian maka pensyarah-pensyarah Sejarah terpanggil
untuk mengemukan cadangan penubuhan persatuan Sejarah di IPGKBM. Dengan
penubuhan persatuan ini ruang lingkup ilmu sejarah, kemahiran serta praktikalnya
akan dilaksanakan dengan lebih luas dan tidak teerhad kepada aktiviti ketika proses
PdP sahaja. Dengan itu persatuan bersifat ko-akademik yang dicadangkan ini harus
bergerak sendiri di bawah pengawasan dan seliaan Unit Sejarah Jabatan Sains
Sosial IPGKBM tanpa melibatkan Unit Kokurikulum IPGKBM.
2.0 RASIONAL
2.1.1 Pelatih Guru Major dan Minor Sejarah perlu diberi pendedahan
tentang tentang pengertian konsep, pendedahan sumber dan cara
mengenalpasti sumber serta perkara-perkara asas tentang sejarah
terlebih dahulu sebelum berupaya berfungsi sebagai guru sejarah.
2.1.2 Kedudukan eksklusif pelajar Major dan Minor Sejarah harus
difahami oleh pelajar dalam konteks mengakses ilmu lapangan
melalui aktiviti-aktiviti lapangan yang disediakan/ dirancang oleh
pensyarah-pensyarah subjek Sejarah.
2.1.3 Pendedahan aktiviti persatuan diharapkan dapat membantu guru
menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah atau melalui aktiviti
ko-akademik yang lain apabila ditempatkan di sekolah nanti.
3.0 OBJEKTIF
3.1.1 Memberi peluang kepada guru pelatih merancang, mengurus dan
melaksanakan tugasan lapangan dan aktiviti ilmiah yang lain
mengikut disiplin sejarah.
3.1.2 Aktiviti persatuan bertujuan mendedahkan guru pelatih untuk
menerapkan domain kognitif,efektif dan psikomotor, serta
mengaplikasikan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir,

3.1.3
3.1.4

3.1.5

3.1.6

kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran


pelbagai kecerdasan, kajian masa depan dan pembelajaran
sepanjang hayat.
Mengasah bakat menulis dalam kalangan peserta/ahli mengikut
disiplin sejarah
Membentuk jati diri yang bersesuaian dengan hasrat FPN yang
menekankan perpaduan dan nilai patriotik. Hal ini akan
membekalkan ilmu yang cukup kepada pelatih guru untuk
melaksanakannya pula di sekolah.
Melatih perserta/ahli menzahirkan nilai kepemimpinan melalui
aktiviti yang dijalankan di peringkat IPGKM atau dengan pihakpihak luar.
Menjalinkan usahasama dengan pihak-pihak berkaitan seperti
Persatuan-persatuan Sejarah di peringkat tempatan atau luar
negara.

4.0 ORGANISASI BERTINDAK:


Penaung
Penyelaras
Pembimbing
Pelaksana

: Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa


Melayu
: Ketua Jabatan Sains Sosial IPGKBM
: Pensyarah-pensyarah Unit Sejarah IPGKBM
: AJK yang dilantik dalam kalangan pelajar.

5.0 CADANGAN NAMA PERSATUAN:


PERSATUAN SEJARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA
MELAYU
6.0

MOTO PERSATUAN :
SEJARAH: PENYAMBUNG DUNIA LAMA DAN BAHARU

7.0

SYARAT KEAHLIAH PERSATUAN:


a. Pelajar Major Sejarah wajib sebagai AJK dan ahli
b. Pelajar Minor Sejarah digalakkan sebagai ahli.
c. Pelajar yang mengambil subjek wajib digalakan sebagai ahli.
catatan: Subjek wajib bermaksud subjek seperti Hubungan Etnik, Pendidikan
Negara Bangsa, dan subjek Cabaran dan Globalisasi
8.0 CADANGAN AKTIVITI:
Lawatan ke tapak lapangan/jejak lapangan

Pertandingan dan Pameran Ilmiah


Kerjasmaa aktiviti dengan Persatuan Sejarah di peringkat Wilayah, Negeri
dan daerah serta dari luar negara/negara serumpun, Arkib Negara,
Perpustakaan Negara dan Muzium Negara.
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pihak sekolah seperti ahli dipanggil untuk
melaksana, mengurus dan memberi kerjasama atau sebagai fasilitator
bersama Persatuan Sejarah Peringkat Sekolah atau Institut-institut
Pendidikan yang lain.
aktiviti juga akan dibincangkan setiap kali mesyuarat tahunan diadakan
pada awal tahun.

9.0 YURAN KEAHLIAN:


Yuran Keahlian Wajib RM50 setahun
Yuran Sampingan ( jumlah adalah tertakluk kepada aktiviti yang
dirancang.
10.0 KEWANGAN DARI IPGKBM:
bergantung kepada permohonan dalam kertas kerja apabila sesuatu
aktiviti akan dilaksanakan
11.0 BORANG KEAHLIAN:
format dan item item dalam borang akan diputuskan dalam mesyuarat
peringkat Jabatan Sains Sosial.
12.0 PENUTUP:
Kertas cadangan ini dikemukakan dengan hasrat penubuhan Persatuan Sejarah
IPGKBM akan terlaksana. Hal ini bertepatan dengan telah wujudnya 3 kumpulan
major Sejarah di IGKBM. Kumpulan pertama akan memasuki semester 5 pada
awal tahun 2015. Penubuhan Persatuan ini diharapkan dapat memberi
pengalaman sebenar sebagai seorang guru Sejarah kepada mereka. Demikian
juga telah ada kumpulan minor sejarah dalam kalangan pelajar-pelajar di
IPGKBM. Semoga aktiviti-aktiviti dalam persatuan ini bejaya dimanfaatkan ke
arah melahirkan warganegara yang bersatupadu, patriotik dan menghargai
kewujudan sebuah negara bangsa yang mantap dan berwibawa.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

__________________

______________________

Ramlah bt Ghani

Pn Noriza bt Sulaiman

Pensyarah Sejarah

Ketua Jabatan Sains Sosial

jSS IPGKBM

IPGKBM

Disahkan oleh,

______________________
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai 59990
Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai