Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Nama Persatuan

Kelab Seni Budaya

2.0 Pendahuluan

Pada zaman abad ke-21, teknologi semakin rancak di dunia ini dan memainkan peranan
yang amat penting untuk kejayaan masa depan di dunia ini. Media masa kini juga sering
menunjukkan persembahan dan juga aksi-aksi yang hebat di dalam cerekarama dan drama
yang lain-lain. Walaubagaimanapun, persembahan seni budaya tidak ditekankan di sekeliling
masyarakat kami dan semakin dilupai oleh ramai kecuali yang terlibat dalam bidang tersebut.
Justeru, sistem pendidikan di negara kita haruslah mengoptimumkan persembahan seni
budaya supaya dapat mengekalkan seni budaya negara kita untuk tujuan pengurusan serta
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan kerana murid-murid dapat menghayati
seni dan pengalaman yang berbeza.

Demi mencapai hasrat tersebut, murid-murid yang berminat atau tidak mengetahui
mengenai seni budaya perlu disemaikan dengan perasaan ingin tahu terhadap seni budaya
negara kita yang merangkumi bukan setakat seni visual tetapi juga seni persembahan. Murid-
murid sebagai generasi muda harus dilatih untuk menyumbangkan tenaga dan bakat sendiri
tidak mengira jika mereka tahu menyanyi atau berlakon. Seni persembahan bukan setakat
terhad kepada nyanyi atau lakon tetapi juga merangkumi lisan skrip, tarian, seni bina untuk
set di pentas, pakaian kostum dan sebagainya. Ini memberi peluang kepada murid-murid
untuk mengguna pemikiran dan menonjolkan daya kreatif dan inovatif mereka dan ia boleh
menghasilkan rekacipta seni yang memberi manfaat kepada manusia selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan murid yang mempunyai pelbagai
kemahiran.

Sehubungan dengan itu, Kelab Seni Budaya bagi Sekolah Menengah Kebangsaan
Pendamaran Jaya dapat ditubuhkan denga tujuan untuk menambahkan kegiatan dalam
bidang seni di sekolah. Menerusi penubuhan kelab ini, terdapat perkembangan sosial, minat
dan bakat yang dapat diselaraskan dengan perkembangan mental dan fizikal murid-murid.

1
3.0 Matlamat

Pada era globalisasi ini, negara kita yang sering usaha untuk mencuba memanfaatkan
seni budaya kita dan mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang seni persembahan,
matlamat Kelab Seni budaya di sekolah berhasrat untuk menjadi sebuah sekolah yang setaraf
dengan sekolah kluster, iaitu tempat pembelajaran yang mempunyai kaedah-kaedah yang
menarik dan menyeronokkan untuk murid tersebut. Melalui pertubuhan kelab ini, murid-murud
boleh memnambahkan ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran asas seni persembahan
dan budaya. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untuk meningkatkan keupayaan dalam
bidang persembahan dan reka bentuk seni. Selain itu, kelab ini juga akan mengusahakan
dalam penggunaan teknologi yang semakin rancak di keliling murid sekarang. Di samping itu,
murid-murid dapat membangunkan diri dengan kaedah dan cara yang sesuai dan sopan
melalui perkembangan teknik teknik yang digunakan semasa persembahan yang
berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.0 Identiti Persatuan

Logo dan Lagu

Motto
“Seni adalah untuk semua!”

2
5.0 Objektif Penubuhan
Matlamat Kelab Seni budaya dapat direalisasikan melalui objektif-objektif yang berikut:
5.1 Pengetahuan
5.1.1 Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan
seni persembahan yang merangkumi: nyanyian, tarian, muzik moden
dan tradisional, lakonan, seni reka bentuk dan seni visual dengan
penggunaan komputer.
5.1.2 Membimbing murid mengetahui dan mengenali jenis-jenis dan era-era
seni persembahan yang terkemuka.
5.1.3 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka perkembangan
terbaharu dalam pelbagai displin ilmu seni persembahan.
5.1.4 Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan
dengan seni persembahan.

5.2 Kemahiran
5.2.1 Meguasai kemahiran seni persembahan yang akan diajar oleh
profesional yang akan hadiri kelab persatuan dua minggu sekali.
5.2.2 Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu dan bekerja secara
berkumpulan melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.

5.3 Nilai
5.3.1 Memupuk semangat positif terhadap seni budaya dan persembahan.
5.3.2 Memupuk semangat keyakinan dalam diri dan kumpulan.
5.3.3 Mengalakkan perkongsian idea dan aktiviti di kalangan kelab, antara
kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

3
6.0 Persediaan dalam Penubuhan Kelab Seni budaya
Untuk menjayakan penubuhan Kelab Seni budaya, beberapa langkah yang penting
sebagai persediaan akan dilaksanakan seperti berikut:

6.1 Melakukan permohonan untuk Kelab Seni Budaya secara bertulis dan mendapatkan
kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah.

6.2 Menubuhkan Kelab Seni Budaya.

6.3 Memilih dan mengaktifkan Jawatankuasa Kelab Seni Budaya.

6.4 Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid dan ibu bapa mengenai
peranan mereka dalam Kelab Seni Budaya.

6.5 Membentuk dan merangka Sukatan Pelajaran bagi Kelab Seni Budaya yang tidak
bercanggahan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.

6.6 Menyediakan Kurikulum Kelab Seni Budaya dengan objektif yang termasuk
pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai yang hendak dicapai.

6.7 Menyediakan jadual waktu Kelab Seni Budaya yang sesuai mengikut situasi di sekolah.

6.8 Mewujudkan sebuah pentas dan bilik yang dilengkapi dengan kemudahan seni budaya
seperti: Bilik Muzik, Bilik Tarian/Lakonan/Nyanyian dan Bilik alat-alat set.

6.9 Menetapkan tenaga pengajar dan trainer untuk seni budaya.

6.10 Mendapatkan kebenaran pengakuan ibu bapa atau penjaga sebagai kesediaan
murid menjadi ahli Kelab Seni Budaya.

4
7.0 Perlembagaan
Carta Organisasi

7.1 Keahlian
7.1.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
7.1.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan (Sila rujuk pada Lampiran 2 – Borang permohonan).
7.1.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan persatuan ini.

7.2 Guru Penasihat


7.2.1 Guru Penasihat adalah terdiri dariapda guru sekolah ini.
7.2.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.
7.2.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktivti dijalankan.

7.3 Ahli Jawatankuasa


7.3.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
7.3.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala
ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
7.3.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
7.3.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.

5
7.3.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah
menghantar surat perletakan jawatan dan emel kepada Guru Penasihat.
7.3.6 Ahli Jawatankuasa kelab hendaklah terdiri: -
7.3.6.1 Pengerusi

7.3.6.2 Naib Pengerusi

7.3.6.3 Setiausaha

7.3.6.4 Bendahari

7.3.6.5 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

7.4 Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa


7.4.1 Pengerusi
7.4.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan semua mesyuarat.
7.4.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.4.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.4.2 Naib Pengerusi


7.4.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung
jawab yang diberi.
7.4.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan
pengerusi.
7.4.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.4.3 Setiausaha
7.4.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.4.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan
kegiatan-kegiatan.
7.4.3.3 Mencatat kehadiran ahli.
7.4.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan
persatuan.
7.4.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

6
7.4.4 Bendahari
7.4.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan
7.4.4.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.4.4.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan
serta menandatanganinya.
7.4.4.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.4.4.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentang
dalam Mesyuarat Agung.
7.4.4.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.4.5 Ahli Jawatankuasa


7.4.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan
aktiviti yang dilaksanakan.
7.4.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.4.5.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa
7.5 Kewangan
7.5.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 25.00
seorang.
7.5.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
7.5.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan
perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai
aktiviti tersebut.
7.5.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun
SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru
Besar.

7
7.6 Kehadiran/Penyertaan
7.6.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan
oleh kelab sepanjang tahun.
7.6.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong
markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

7.7 Aktiviti
7.7.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.7.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

7.8 Peraturan-Peraturan
7.8.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
7.8.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua
ahli.
7.8.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

7.9 Tindakan Disiplin


7.9.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan
dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
7.9.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
7.9.2.1 Amaran lisan
7.9.2.2 Amaran bertulis
7.9.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis
dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

7.10 Pindaan Perlembagaan


7.10.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia
dipinda.
7.10.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara
bertulis.

8
7.10.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli
Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
7.10.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

7.11 Pembubaran Kelab


7.11.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
7.11.2 Segala hutang wajib dijelaskan.
7.11.3 Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.
7.12 Hal-Hal Lain
7.12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap
aktiviti yang dijalankan.
7.12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat.

9
8.0 Cadangan Ahli Jawatankuasa Kelab Seni Budaya

Penaung Guru Besar


Tuan Mukhtar bin Ali
Pengerusi Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Azlina binti Fahmi


Naib Pengerusi I Guru Penasihat
Cik Nass Sofea Binti Mohamed Hafek
Naib Pengerusi II Guru Penasihat
Encik Pok Guan Yuan
Setiausaha Murid
Muhammad Danial bin Ilham
Bendahari Murid
Najla binti Haiqal
Ahli Jawatankuasa Murid
Siti Fatim binti Mahadhir
Murid
Krystal Ng
Murid
Ashmeera Kaur

*rujuk Lampiran 1 – Bidang Tugas Jawatankuasa

9.0 Sumber Kewangan Kelab Seni Budaya


Sumber Kewangan untuk Kelab Seni Budaya boleh diperolehi melalui:

9.1 Semua kutipan yuran keahlian Kelab Seni Budaya.

9.2 Peruntukan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

9.3 Tajaan daripada syarikat seni budaya swasta dan universiti ASWARA.

9.4 Sumbangan luar Kementerian Pendidikan Malaysia seperti orang perserorang


dan badan korporat.

10
10.0 Cadangan Aktiviti
Aktiviti Penerangan Catatan
Kelas Teori Pelajar akan mendapat latihan untuk Terbuka kepada
mengembangkan kemahiran semua ahli kelab
menggunakan teknik teknik seni
nyanyian, lakonan dan tarian.

Lawatan sambil belajar Pelajar-pelajar akan melawati Guru-guru dan ahli


tempat-tempat seperti Istana jawatankuasa akan
Budaya, KLPAC, ASWARA. memastikan bahawa
semua ahli mendapat
peluang untuk
mengikuti lawatan ini.
Persembahan untuk AJK akan melaksanakan Guru dan AJK akan
acara-acara khas persembahan untuk pameran, membuat keputusan
acara-acara dan hari-hari khas bagi kelayakan ahli yang
sekolah yang bermatlamat untuk akan membuat
pelajar-pelajar untuk menyerlah persembahan
bakat masing-masing. tersebut.
Pertandingan daerah Pelajar yang berbakat dan berjaya Guru dan AJK akan
melaksanakan semua kelas teori membuat keputusan
akan diundang untuk menyertai kelayakan ahli yang
pertandingan daerah supaya akan membuat
mereka boleh didedahkan kepada persembahan
tahap bidang seni budaya dan tersebut.
persembahan.

11.0 Penutup

Kesimpulannya, cadangan untuk menubuhkan Kelab Seni Budaya dilihat sebagai satu
keperluan bagi murid-murid di sekolah. Dengan penubuhan Kelab Seni Budaya ini, murid-
murid yang berminat boleh mendaftar menjadi ahli kelab dan mengembangkan pengetahuan
dan kemahiran diri mengenai Seni Budaya. Dalam pada itu, murid-murid yang merupakan
generasi muda dapat membina penampilan diri yang yakin supaya dapat muncul sebagai
pemimpin negara yang tidak ketinggalan dalam arus seni budaya dan juga dapat

11
mengekalkan budaya negara kita ke generasi yang seterusnya. Semoga cadangan
penubuhan kelab diluluskan oleh pihak pentadbir dan akan terlaksana dengan jayanya.

Disediakan oleh,

__________________
( )
Guru Akademik
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendamaran Jaya,
Jalan Yong, Kawasan 10, 42000, Pelabuhan Klang

Disokong oleh,

__________________
( )
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Pendamaran Jaya,
Jalan Yong, Kawasan 10, 42000, Pelabuhan Klang

12
BAHAGIAN A: GURU BESAR

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Ulasan : .........................................................................................................................

.........................................................................................................................

.........................................................................................................................

.............................................. .....................................................

(Tarikh) (Tandatangan & Cop)


Lampiran 1 – Borang permohonan

13
Bidang Tugas Jawatankuasa

Kelab Seni Budaya


Jawatan Personalia Bidang Tugas
1. Penaung Guru Besar ▪ Menjadi rujukan utama dalam
pengurusan kelab.
▪ Memantau perkembangan kelab dari
semasa ke semasa.
2. Pengerusi Penolong ▪ Memastikan segala perancangan
Kanan aktiviti dan program kelab berjalan
Kokurikulum dengan teratur.
▪ Memastikan matlamat dan objektif
kelab tercapai.
▪ Bertindak sebagai pihak perantaraan
di antara sekolah dengan ibu bapa
serta masyarakat.
▪ Membimbing dan memberi galakan
kepada pelaksana bagi meningkatkan
lagi kecekapan guru.
3. Naib Pengerusi I & II Guru ▪ Bertugas sebagai ketua penyelaras
Penasihat dan penyelia bagi semua kegiatan
kelab.
▪ Bertanggungjawab dalam pengagihan
tugas dalam kalangan guru penasihat.
▪ Membantu pengerusi dalam memilih
dan menentukan perancangan dan
pelaksanaan aktiviti yang bersesuaian
dengan kelab di sekolah.
4. Setiausaha Murid ▪ Merekodkan dan mendokumentasikan
semua aktiviti yang telah dijalankan
oleh kelab.
▪ Mencatatkan minit mesyuarat dalam
kelab setiap kali bermesyuarat.

14
5. Bendahari Murid ▪ Mengutip yuran dan menyimpan
rekod kutipan yuran.
▪ Menyimpan rekod perbelanjaan yang
digunakan oleh kelab.
6. Ahli Jawatankuasa Murid ▪ Bertindak sebagai ketua kumpulan
yang menghubungkan guru penasihat
dan ahli-ahli kelab yang lain.

15
Borang Permohonan Keahlian
Kelab Seni Budaya
Gambar
Nama: Berukuran
Pasport

No. KP:

Umur: Tarikh Lahir:


tahun

Kelas: __________(sila nyatakan)


Bangsa: Melayu
Cina

India
Lain-lain _____________ (sila nyatakan)

Agama:
Islam Lain-lain

Kristian
Buddha

Alamat Surat Menyurat:

No. Tel:

Emel:

Segala maklumat yang diisi adalah benar.

__________________
Nota
*Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM25
(Tandatangan Pemohon)
beserta 2 keping gambar berukuran passport.
*Sila isikan maklumat diri diruang yang disediakan menggunakan
Tarikh:
huruf besar

16

Anda mungkin juga menyukai