Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENDAHULUAN

Salah satu daripada alat muzik tradisional melayu yang popular masa kini adalah
kompang. Kompang dikatakan berasal daripada Parsi dan digunakan untuk menyambut
kedatangan Rasulullah S.A.W. Selain itu, kompang juga digunakan untuk menaikkan
semangat tentera Islam ketika berperang. Alat muzik ini dibawa ke nusantara oleh
pedagang Arab yang datang berdagang. Mereka memperkenalkan alat muzik ini dan
mendapat sambutan yang hebat dalam kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya
orang-orang Jawa. Bagi meneruskan seni warisan zaman ini, pihak sekolah ingin
membentuk sebuah pasukan kompang yang dianggotai oleh para pelajar sekolah ini.
Harapan pihak sekolah adalah agar dapat menyampaikan ilmu dalam bentuk ekstra
kurikulum yang dapat membentuk sahsiah dan peribadi murid yang mulia sebagaimana
yang terkandung dalam seni kompang itu sendiri.

2.0 RASIONAL

2.1 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar yang meminati bidang muzik terutama
dalam paluan kompang.
2.2 Melalui aktiviti pasukan kompang sekolah ini pastinya dapat mendisplinkan pelajar
disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam
bidang akedamik.
2.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti membuat
persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan menyertai pertandingan
yang dianjurkan.

3.0 MATLAMAT

Penubuhan Kelab Kompang ini bermatlamat untuk memantapkan murid-murid dengan


pengetahuan, kemahiran dan pengalaman muzik untuk meningkatkan keseimbangan jati diri
berlandaskan Falsafah Pendiidkan Negara iaitu keseimbangan aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS) seterusnya menjadikan Kelab Kompang sebagai medium
penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat
Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia. Di samping
ianya juga bertujuan untuk memperkenalkan alat tradisional nenek moyang kita yang
berkurun lamanya kepada generasi baru serta menerapkan ilmu kesenian dan disiplin
kepada ahli-ahli yang menyertainya.

4.0 OBJEKTIF

Penubuhan Persatuan Kompang SK Sri Sakti adalah untuk:

4.1 Memberi peluang kepada murid menceburkan diri dalam aktiviti kemahiran baru.
4.2 Mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira kaum melalui aktiviti kelab.
4.3 Menghargai warisan kebudayaan yang terdapat di Malaysia supaya tidak pupus
ditelan zaman.

5.0 MOTO/ MISI/ VISI/ LOGO

5.1 MOTO
Memartabatkan budaya bangsa.

5.2 MISI
Merealisasikan matlamat kecemerlangan kesenian kompang melalui sahsiah
penubuhannya.

5.3 VISI
Memupuk semangat murid-murid dalam mencintai kesenian pukulan kompang yang
menjadi kebanggaan masyarakat melayu pada zaman dahulu.
5.4 LOGO

PERSATUAN
KOMPANG
SK SRI SEJATI

Maksud logo :

LOGO MAKSUD
Kompang Kelab kompang
Gelung warna kuning Lambang kesultanan Melayu dan raja
berperlembagaan.
Warna merah Semangat di dalam memartabatkan budaya
bangsa dan keberanian mempersembahkan
seni.
Jarum merah di atas Mengharapkan agar persatuan ini
ditubuhkan agar seni ini akan berkembang
sepanjang masa.
Jarum merah di bawah Di ibaratkan sebagai akar yang membawa
kiasan kepada semangat ahli-ahli yang ingin
mempelajari kesenian ini
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Keahlian bagi persatuan ini terbuka murid tahap 2 SK Sri Sejati.

6.2 Tanggungjawab ahli:


6.2.1 Setiap ahli mempunyai hak bersuara dalam menentukan keputusan.
6.2.2 Ahli-ahli bertanggungjawab dalam memerhati dan mengambil tindakan
yang berlunaskan perlembagaan supaya persatuan dapat bergerak
mengikut perlembagaan.
6.2.3 Ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan untuk
memastikan tiada penyelewengan
6.2.4 Setiap ahli persatuan DIWAJIBKAN hadir dan mengambil bahagian
dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan. Mereka yang tidak
dapat berbuat demikian hendaklah memberi sebab-sebab yang
munasabah.
6.2.5 Kegagalan menghadiri 75% daripada perjumpaan persatuan tanpa sebab
yang munasabah menyebabkan keahlian itu dimansuhkan secara
automatik.

7.0 STRUKTUR ORGANISASI PENAJA

Carta organisasi merupakan satu perkara yang penting dan harus dibuat
untukmelancarkan perjalanan sesuatu persatuan khususnya persatuan kompang. Oleh
yang demikian, carta organisasi juga harus dibuat dengan tetiti dan melantik ahli yang layak
untuk memegang jawatan di dalamnya. Hal ini bertujuan segala objektif yang ingin dicapai
dapat dilaksanakan dengan sempurna.

7.1 JAWATANKUASA INDUK


7.1.1 Guru besar : En. Haji Izwan Bin Daud
7.1.2 Guru penolong kanan kokurikulum : En. Mohd Faiz Bin Man
7.1.3 Setiausaha kekurikulum : En. Ahmed Bin Abu
7.1.4 Penyelaras kelab : Pn Nurul Huda Binti Rosdi
7.1.5 Guru penasihat : En Ahmad Hizami Bin Hasbullah
7.2 AHLI JAWATANKUASA PENAJA
7.2.1 Penaung : Muhammad Faiz bin Ramli
7.2.2 Guru Penasihat : Akmal Aliff Bin Baharum
7.2.3 Pengerusi : Ooi Yong Yuen
7.2.4 Naib pengerusi : Ahmad Fakrul Bin Musa
7.2.5 Setiausaha : Ahmad Hizami Bin Hasbullah
7.2.6 Naib setiausaha : Mohd Naim Bin Kamarul
7.2.7 Bendahari : Fatin Amalina binti Fauzi
7.2.8 Naib bendahari : Raudah binti ramdan
7.2.9 Ahli jawatankuasa : 1) Lim Jia Jing
2) Yaep Shu Yi
3) Fang Eileen
4) Khoo Mei Fong
7.2.10 Pemeriksa kira-kira : 1) Wan Hasrulnaim Bin Wan Azmi
2) Nurhakimi Binti Aziz
3) Nursyafiqah Binti Harris

8.0 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA

8.1 Pengerusi
8.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat.
8.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
8.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

8.2 Naib Pengerusi


8.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
8.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
8.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
8.3 Setiausaha
8.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
8.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
8.3.3 Mencatat kehadiran ahli
8.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
8.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

8.4 Naib Setiausaha


8.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
8.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
8.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

8.5 Bendahari
8.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
8.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
8.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
8.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat
ahli jawatankuasa.
8.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
8.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
8.6 Naib Bendahari
8.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
8.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

8.7 Ahli Jawatankuasa


8.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
8.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
8.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

8.8 Pemeriksa Kira-Kira


8.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan
dan bertangungjawab keatasnya.
8.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.
9.0 CARTA ALIR PENUBUHAN PERSATUAN

CARTA ALIR KERJA PENUBUHAN


KOMPANG SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SAKTI

Menentukan persatuan yang hendak ditubuhkan

Melantik pengerusi yang bertanggungjawab secara


langsung

Memohon pendaftaran dengan pentadbiran sekolah

Semak semula
borang

Tidak Lulus

Membuat draf perlembagaan persatuan

Taklimat kepada AJK

Pendaftaran ahli

Meneruskan Aktiviti sepanjang tahun


10.0 DRAF AKTIVITI
BULAN AKTIVITI
JANUARI Minggu 1 : Pendaftaran ahli kelab yang baru
Minggu 2 : Mesyuarat Agong

FEBRUARI Minggu 1 : Minggu suai kenal antara ahli


Minggu 2 : Seminar kebudayaan tradisional Melayu- Mengenal
kompang
Minggu 3 : Latihan menepuk kompang

MAC Minggu 1 : Belajar menepuk kompang daripada guru muzik


Minggu 2 : Melatih pemain bermain kompang mengikut lagu

APRIL Minggu 1 : Guru muzik mengajar keseragaman tepukan


Minggu 2 : Mencari lagu / jenis tepukan yang menghasilkan
keseragaman

MEI Minggu 1 : Lawatan sambil belajar ke tempat menarik


Minggu 2 : Pertandingan kompang tertutup

JUN Minggu 1 dan 3 : Guru mizik mengajar keseragaman semua jenis


tepukan

JULAI Minggu 2 dan 4 : Berlatih menepuk dalam kumpulan dan mencari


keseragaman

OGOS Minggu 1 : Mencari lagu untuk tepukan dan mempelbagaikan


tepukan
Minggu 3 : Membuat persembahan sempena bulan Kemerdekaan di
sekolah
11.0 SURAT PANGGILAN ATAU MINIT MESYUARAT

11.1 Mesyuarat Agung

11.1.1 Mengedarkan surat jemputan Mesyuarat Agung Kelab diedarkan


sekurang-kurangnya 14 hari sebelum mesyuarat diadakan (Lampiran A)
dengan disertakan minit mesyuarat yang lalu.

11.1.2 Atur cara Majlis Mesyuarat Agung


a) Ucapan Alu-aluan
b) Ucapan Penasihat Kelab
c) Ucapan Perasmian
d) Mesyuarat agung

11.1.3 Agenda Mesyuarat Agung


a) Ucapan Pengerusi Mesyuarat
b) Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu.
(Contoh Minit Mesyuarat Agung – Lampiran B)
c) Membentangkan laporan tahunan.
d) Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan
e) Pemilihan Ahli Jawatankuasa :
i. Pengerusi
ii. Naib Pengerusi
iii. Setiausaha
iv. Penolong Setiausaha
v. Bendahari
vi. Penolong Bendahari
vii. Ahli Jawatankuasa (5 – 7 orang)
viii. Pemilihan dua orang juru audit

f) Membahaskan usul-usul yang diterima


g) Ucapan penangguhan
11.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa

Mesyuarat Agung Luar Biasa/Tergempar boleh diadakan dengan kehendak


sebahagian ahli atau Ahli Jawatankuasa bagi membincangkan satu agenda sahaja.
Notis hendaklah disiarkan dua minggu sebelum diadakan.

Mesyuarat ini juga boleh diadakan kerana:

11.2.1 Permintaan bertulis 2/3 ahli


11.2.2 Pengerusi memikirkan perlunya mesyuarat diadakan.

11.3 Mesyuarat Jawatankuasa

Mesyuarat ini diadakan untuk mengerakkan aktiviti kelab. Mesyuarat hanya


boleh dijalankan sekiranya cukup korum (2/3 daripada ahli jawatankuasa).
Mesyuarat ini hendaklah dihadiri oleh Guru Penasihat yang dilantik oleh Pengetua.
Notis panggilan mesyuarat hendaklah diberi dalam tempoh satu minggu. (Lampiran
C).

Agenda Mesyuarat hendaklah merakumi perkara berikut:

11.3.1 Ucapan Pengerusi.


11.3.2 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. (Contoh minit mesyuarat
jawatankuasa – Lampiran D)
11.3.3 Perkara berbangkit.
11.3.4 Laporan biro-biro.
11.3.5 Laporan kewangan.
11.3.6 Hal-hal lain.

11.4 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Projek


Agenda Mesyuarat :
11.4.1 Ucapan Pengerusi
11.4.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
11.4.3 Perkara-perkara berbangkit
11.4.4 Membincangkan hal projek (Lampiran E)
a) Tarikh
b) Hari
c) Masa
d) Tempat
11.4.5 Melantik ahli jawatankuasa projek
11.4.6 Tugas-tugas ahli jawatankuasa projek
11.4.7 Kewangan projek
11.4.8 Hal-hal lain.
12.0 SURAT PANGGILAN MESYUARAT

Ruj. Kami: PK 18/1


Tarikh: 22 Februari 2018
Sekolah Kebangsaan Sri Sakti,
81200 Batu Pahat,
Johor

Tuan,

MESYUARAT PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI REMIS KALI


PERTAMA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti ketentuan


berikut :

Tarikh : 22 Februari 2018

Masa : 2.00 – 3.00 petang

Tempat : Pusat Sumber SK Sri Sakti

Pengerusi Sementara : En. Muhammad Bin Ali

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Perutusan Pengerusi Sementara


3.2 Pelantikan AJK Tertinggi
3.3 Perancangan Aktiviti
3.4 Penutup

Kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

__________________________________
(Ahmad Hizami Bin Hasbullah)
Setiausaha Sementara,
Persatuan Kompang SK Sri Sakti.
13.0 MINIT MESYUARAT PERSATUAN ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN PANTAI
REMIS KALI PERTAMA

Tarikh : 22 Februari 2018


Masa : 2.00 – 3.00 petang
Tempat : Pusat Sumber SK Sri Sakti
Pengerusi Sementara : En. Muhammad Bin Ali

Kehadiran:
1. En. Muhammad Bin Ali Pengerusi Sementara
2. En. Ahmad Hizami Bin Hasbullah Setiausaha Sementara
3. En. Muhammad Zamri Bin Halim
4. En. Muhammad Safuan Bin Hadi
5. Pn. Zarina Binti Mustapa
6. Pn. Aqilah Binti Zulkifli
7. Pn. Amira Binti Said

1. UCAPAN PENGERUSI SEMENTARA


En. Muhammad Bin Ali mengalu-alukan kedatangan kepada ahli-ahli Mesyuarat Agung kali
pertama bagi tahun 2018.
Tindakan: Makluman

2. MELANTIK AJK SOKONGAN


2.1 En. Muhammad memaklumkan kepada semua untuk melantik AJK Tertinggi.
2.2 En. Muhammad Zamri mencadangkan En. Muhammad sebagai Pengerusi dan disokong
oleh En. Ahmad Hizami.
2.3 En. Muhammad Safuan mencadangkan En. Muhammad Zamri sebagai Naib Pengerusi
dan disokong oleh En. Ahmad Hizami, Pn. Zarina, Pn. Aqilah dan Pn. Amira
2.4 Pn. Amira mencadangkan En. Ahmad Hizami sebagai setiausaha dan disokong oleh En.
Muhammad, En. Muhammad Zamri, Pn. Zarina, Pn. Aqilah dan Pn. Amira
2.5 Pn. Aqilah mencadangkan En. Muhammad Safuan sebagai bendahari dan disokong
oleh En. Ahmad Hizami, En. Muhammad, Pn. Zarina, dan Pn. Amira.
Tindakan: Makluman
3. PERANCANGAN AKTIVITI
3.1 , En. Muhammad mencadangkan pada bulan Januari diadakan pendaftaran ahli,
mesyuarat agung dan perancangan aktiviti manakala bulan Februari diadakan kursus
kepimpinan dan hal ini disokong oleh En. Ahmad Hizami.
3.2 Pn. Amira mencadangkan pada bulan Mac diadakan seminar kompang di sekolah, pada
bulan April diadakan sukan tahunan sekolah dan antara bulan Mei atau Jun diadakan
majlis bebuka puasa perdana dan hal ini disokong oleh En. Muhammad Safuan.
3.3 Pn. Zarina mencadangkan pada bulan Ogos diadakan hari kokurikulum dan program
motivasi, pada bulan September dikemaskini fail induk dan AJK dan pada bulan
November diadakan jamuan akhir tahun dan hal ini disokong oleh Pn. Amirah.
Tindakan: Makluman

4. PENANGGUHAN MESYUARAT
4.1 En. Muhammad Zamri mencadangkan mesyuarat kali pertama ini ditangguhkan dan
disokong oleh Pn. Aqilah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh, 22 Februari 2018

__________________________________
(Ahmad Hizami Bin Hasbullah)
Setiausaha Sementara,
Persatuan Alumni SK Sri Sakti.

Disemak oleh,

______________________________
(En. Muhammad Bin Ali)
Pengerusi Sementara,
Persatuan Alumni SK Sri Sakti
14.0 KEWANGAN

BIL BUTIRAN JUMLAH (RM)

15.0 PENUTUP

Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan
Persatuan Kompang adalah relevan dengan keperluan semasa SK Sri Sakti. Melalui
penubuhannya semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung. Seharusnya semua pihak memberi
bekerjasama agar penubuhan Persatuan Kompang SK Sri Sakti dapat direalisasikan
dengan jayanya.
16.0 RUJUKAN

Amir Hamzah bin Aman. (2014). Pengurusan Persatuan. Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Amir Hamzah bin Aman. (2014). Panduan Pengurusan Kokurikulum. Selangor:


Penerbitan Miltimedia Sdn. Bhd.

Kamus Dewan (Edisi Keempat) (2005), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://ukkppdsel.wixsite.com/kokuppds/kelab---persatuan

http://skskjb.blogspot.my/2009/12/surat-panggilan-mesyuarat-guru-taklimat.html
17.0 LAMPIRAN

PERLEMBAGAAN KELAB KOMPANG


SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAHAT NAMA DAN ALAMAT

Nama Kelab : Persatuan Kompang


Alamat : Sekolah Kebangsaan Sri Sakti,
81200 Batu Pahat,
Johor.

17.1 MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan pontensi
secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

17.2 OBJEKTIF
17.2.1 Memberi peluang kepada murid menceburkan diri dalam aktiviti
kemahiran baru.
17.2.2 Mengeratkan hubungan antara murid tanpa mengira kaum melalui
aktiviti kelab.
17.2.3 Menghargai warisan kebudayaan yang terdapat di Malaysia supaya
tidak pupus ditelan zaman.

17.3 KEAHLIAN
17.3.1 Dibuka kepada semua murid tahap sekolah SK Sri Sejati.
17.3.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang
disediakan
17.3.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi
menjayakan tujuan kelab ini.

17.4 GURU PENASIHAT


17.4.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
17.4.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
17.4.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa
aktiviti dijalankan.

17.5 AHLI JAWATANKUASA


17.5.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
17.5.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi
menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli
Jawatankuasa.
17.5.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
17.5.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru
Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
17.5.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan
hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru
Penasihat
17.5.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
a) Pengerusi
b) Naib Pengerusi
c) Setiausaha
d) Penolong Setiausaha
e) Bendahari
f) Penolong Bendahari
g) Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)
h) Pemeriksa Kira-Kira (2 orang)

17.6 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

17.6.1 Pengerusi
a) Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.
b) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
17.6.2 Naib Pengerusi

a) Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung


jawab yang diberi.
b) Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

17.6.3 Setiausaha

a) Menguruskan hal-hal surat menyurat.


b) Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan
kegiatan-kegiatan.
c) Mencatat kehadiran ahli.
d) Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
e) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat
dari masa ke semasa.

17.6.4 Penolong Setiausaha


a) Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas
dan tanggungjawabnya.
b) Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan
Setiausaha.
c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

17.6.5 Bendahari
a) Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Kelab/Persatuan
b) Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
c) Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
d) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
e) Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan
dalam Mesyuarat Agung.
f) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

17.6.6 Penolong Bendahari


a) Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan
Bendahari.
b) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

17.6.7 Ahli Jawatankuasa


a) Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti
yang dilaksanakan.
b) Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa
17.6.8 Pemeriksa Kira-Kira

a) Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan


tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
b) Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

17.7 KEWANGAN

17.7.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma


yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung.
17.7.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui
aktiviti.
17.7.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang
memerlukan perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi
membiayai aktiviti tersebut.
17.7.4 Semua pungutan/penyimpanan hendaklah dimasukkan ke dalam
akaun sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua
17.8 KEHADIRAN/PENYERTAAN

17.8.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang


dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.
17.8.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong
markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

17.9 AKTIVITI
17.9.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
17.9.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

17.10 PERATURAN-PERATURAN

17.10.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.


17.10.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua
ahli.
17.10.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
tatatertib.

17.11 TINDAKAN DISIPLIN

17.11.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan


persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
17.11.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
a) Amaran lisan
b) Amaran bertulis
17.11.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan/kelab secara
bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
17.12 PINDAAN PERLEMBAGAAN

17.12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga


ia dipinda.
17.12.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
17.12.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan
Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
17.12.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dilampirkan
dan disahkan oleh Guru Besar.

17.13 PEMBUBARAN PERSATUAN

17.13.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan


jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan
Negara.
17.13.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan
dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

17.14 HAL-HAL LAIN

17.14.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap


aktiviti yang dijalankan.
17.14.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti
dengan penuh minat.
Surat Pemohonan Penubuhan Kelab Atau Persatuan

Persatuan Kompang,
Sekolah Kebangsaan Batu Pahat,
Batu Pahat,
Johor.
No. Tel : 07-4599344

_____________________________________________________________________
Ruj kami : SKPT/09/01/01(1)
Tarikh : 01 Januari 2017

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu Pahat,
Batu Pahat,
Johor.

Tuan ,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN KOMPANG

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Ahmad Hizami Bin HAsbullah


berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998,P.U. (A) 196,
yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk
menubuhkan Persatuan Kompang, Sekolah Kebangsaan Sri Sakti..

2. Sehubungan itu ,bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

1.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan


1.2 Senarai AJK Persatuan Alumni Sekolah Kebangsaan Pantai Remis
1.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan
terima kasih
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menurut perintah,

………………………………………
(Ahmad Hizami Bin Hasbullah)
Guru Penasihat,
Persatuan Kompang,
Sekolah Kebangsaan Sri Sakti.

Anda mungkin juga menyukai