Anda di halaman 1dari 5

PANDANGAN PENULIS MENGENAI CARA PENUBUHAN

PERSATUAN PENDUDUK atau PERSATUAN KEBAJIKAN


ISLAM.
Taman perumahan pada masa ini tumbuh seperti tumbuhnya
cendawan selepas hujan turun. Maka ramailah penghuni
perumaham baru atau Taman Baru yang ingin menubuhkan
persatuan tersebut bertujuan menyatupadukan penduduk bagi
menangani berbagai masalah yang akan mereka hadapi
terutamanya masalah keselamatan dan kemasyarakatan.
Dalam kesempatan kali ini penulis ingin mengutarakan sedikit
pengalaman yang telah dilalui untuk dikongsi bersama
pengunjung laman Kehidupan Bersih mengenai cara-cara
menubuhkan persatuan penduduk.
Apabila telah wujud keinginan oleh kebanyakan penduduk untuk
membentuk persatuan penduduk di taman mereka, persoalan
yang sering timbul ialah bagaimanakah dan siapakah yang harus
memulakannya, kalau tiada yang memulakannya, maka
berlakulah tunggu menunggu berterusan. Sudah tentulah
penduduk taman tersebut yang harus memulakannya, siapa
sahaja yang mempunyai kebolehan dan kemampuan berintraksi
dengan jiran-jiran disamping mengetahui kaedah-kaedah
penubuhan dan undang-undang negara berkaitan perkara
tersebut.
Langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh mereka ialah
seperti di bawah.
Langkah Pertama:
Setelah rasa tanggungjawab telah wujud dalam diri untuk
menubuhkan persatuan, individu tersebut hendaklah berbincang
dengan beberapa orang penduduk yang dipercayai mempunyai
kebolehan dan kemampuan untuk menggerakkan langkah
permulaan ini. setelah mendapat persetujuan , mereka hendaklah

menyenaraikan diri mereka sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja


(Bayangan / Cadangan ). Senarai tersebut terdiri dari jawatan
Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan enam
atau tujuh Ahli Jawatankuasa biasa. Peringkat ini mereka
hendaklah bermesyuarat, berbincang dan merangka serta
mendapatkan maklumat mengenai penubuhan persatuan sebagai
persediaan bagi menghadapi langkah seterusnya. maksudnya
mereka ini perlulah mengetahui tugas mereka sebagai AJK
Penaja yang dijangka akan dilantik nanti. ( setiap perbincangan
hendaklan diminit atau direkodkan mengikut agendanya dan
difailkan )
Langkah kedua.
Jawatankuasa Penaja yang masih dalam bayangan atau
cadangan ini hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Penaja .
Merekalah yang akan memanggil semua penduduk untuk
menghadiri mesyuarat agung atau membuat majlis pertemuan
penduduk bagi membincangkan perkara tersebut. Surat menyurat
yang dikeluarkan hendaklah atas nama Jawatankuasa Penaja
( Bayangan ), Persatuan Penduduk Taman.............(alamat
penuh)................ dan surat tersebut hendaklah ditandatangani
oleh Pengerusi Penaja (Bayangan). Seperkara yang amat penting
ialah mengedarkan maklumat penting bersama-sama Agenda
mesyuarat agung. Apakah agenda di dalam mensyuarat ini,
agenda yang dicadangkan seperti berikut;
1. Ucapan aluan Pengerusi.
2. Membentangkan senarai nama Jawatankuasa Penaja
(Bayangan) dan mendapatkan persetujuan Mesyuarat Agung.
3. Penjelasan dan penerangan mengenai Penubuhan Persatuan
Penduduk.
4. Hal-hal lain.

Huraian mengenai agenda di atas;


Ucapan aluan pengerusi,(1)
Selepas mengalu-ngalukan kehadiran penduduk, pengerusi
hendaklah menjelaskan tujuan mesyuarat dan menerangkan
apakah tindakan yang telah Jawatankuasa Penaja lakukan
setakat hari tersebut. Pengerusi juga hendaklah menerang dan
menegaskan bahawa mereka hanyalah Jawatankuasa Penaja
(Bayangan) dan belum lagi dianggap sebagai Jawatankuasa
Penaja, Jawatankuasa yang sedia wujud itu memerlukan
persetujuan ramai untuk menjadi Jawatankuasa Penaja. Selepas
Jawatankuasa Penaja (Bayangan) dipersetujui ramai untuk
dilantik terus menjadi Jawatankuasa Penaja, Maka surat
menyurat seterusnya akan beralamat Jawatankuasa Penaja.
Persatuan Penduduk Taman................(alamat
penuh)...................,
Membentangkan senarai nama Jawatankuasa Penaja (Bayangan) dan persetujuan
Mesyuarat Agung.(2)

Pengerusi hendaklah membacakan senarai Jawatankuasa


tersebut dan memohon persetujuan ahli yang hadir, sekiranya
terdapat ahli yang tidak bersetuju, hendaklah dibuat undian.
Sekiranya majoriti bersetuju maka terlantiklah jawatankuasa
tersebut menganggotai Jawatankuasa Penaja. Sekarang
Jawatankuasa Penaja , Persatuan Penduduk
Taman........................... telah dilantik dan wujud secara sah di
kalangan penduduk taman tersebut.
Penjelasan dan penerangan mengenai Penubuhan Persatuan Penduduk.(3)

Setelah dilantik menjadi Jawatankuasa Penaja, Sekali lagi


pengerusi dan setiausaha memberi penerangan lanjut atau
tambahan kepada mukadimah atau penerangan pendahuluan
yang telah disampaikan oleh pengerusi di dalam ucapan
aluannya tadi.
Hal-hal lain.(4)

Pengerusi hendaklah membuka perbincangan dan meminta


pandangan, mungkin masih terdapat ruang untuk menambah
bilangan Jawatankuasa Penaja, sekiranya ahli bersetuju
membuat tambahan dengan cara melantik ketika itu beberapa
orang lagi atau memadai memberi mandat kepada Jawatankuasa
Penaja untuk membuat pilihan selepas mesyuarat nanti.
Langkah ketiga.
Tugas Jawatankuasa Penaja.
Sebelum mendapat kelulusan Pendaftar Persatuan;

1. Menyediakan Perlembagaan Persatuan mengikut nasihat


Pendaftar Pertubuhan.( dapatkan contoh perlembagaan dari
Pendaftar Persatuan kemudian membuat penyesuaian )
2. Membentangkan kepada ahli - Perlembagaan Persatuan yang
dicadangkan oleh Jawatankuasa Penaja (Bayangan) untuk
kelulusan Mesyuarat Agung.( Berkaitan dengan perkara ini
bermakna AJK Penaja hendaklah menjemput sekali lagi untuk
Mesyuarat Agung khas membincangkan mengenai Perlembagaan
Persatuan kecuali kalau mesyuarat Agung yang telah lalu telah
memberi mandat atau kepercayaan sepenuhnya kepada mereka
menentukan dan membuat penyesuaian perlembagaan )
3. Setelah Mesyuarat Agung menerima dan bersetuju
perlembagaan yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Penaja,
permohonan pendaftaran persatuan hendaklah diuruskan dengan
segera.
4. Merancang dan merangka Aktiviti Tahunan, Aktiviti hanya akan
berjalan lancar setelah pendaftaran persatuan diluluskan oleh
Pendaftar Persatuan.
Selepas mendapat kelulusan Pendaftar Persatuan;

Jawatankuasa Penaja hendaklah sekali lagi memanggil ahli


menghadiri Mesyuarat Agung Jawatankuasa Penaja. Surat
jemputan ke Mesyuarat Agung serta permohonan supaya ahli
mengemukakan usul-usul hendak dikeluarkan lebih awal iaitu
seperti yang tercatat di dalam Perlembagaan Persatuan yang
telah diluluskan itu.

Agenda Mesyuarat Agung adalah seperti berikut;


1.Ucapan aluan pengerusi.
2. Membentang dan menerima laporan aktiviti J/K Penaja.
3. Membentang dan mengesahkan laporan kewangan yang
berakhir pada................
( jika sebelum ini terdapat sumbangan wang)
4. Membentang dan membacakan kandungan Perlembagaan
sebagai maklumat ahli.
( sekiranya terdapat pindaan yang dibuat oleh pihak pendaftar)
5.Melantik Jawatankuasa Persatuan Penduduk
Taman......................
(bilangan AJK hendaklah mengikut perlembagaan)
6.Membincangkan usul-usul yang diterima termasuk usul-usul
Jawatankuasa..
7. Ucapan penangguhan.
Langkah Keempat.
Jawatankuasa Persatuan Penduduk yang telah dilantik hendaklah
mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa secepat mungkin untuk
melaksanakan aktiviti seterusnya, terutamanya membincangkan
usul-usul yang telah diluluskan di dalam Mesyuarat Agung lalu
untuk dilaksanakan.
Agenda yang sesuai adalah seperti berikut;

1. Ucapan aluan pengerusi.


2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat
Jawatankuasa Penaja yang telah lalu.
3. Perkara-perkara berbangkit.
4. Membentang dan menerima Penyata Kewangan yang berakhir
pada...............,
5. Membincangkan usul-usul yang diterima dan diluluskan di
dalam Mesyuarat Agung yang telah lalu.
6. Membincangkan aktiviti tahunan.
7. Hal-hal lain.

Anda mungkin juga menyukai