Anda di halaman 1dari 3

SENI DALAM PENDIDIKAN

PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN

IRAMA, WARNA DAN RUANG

Aktiviti
• Sila buat catatan

Muka surat: 24 dan 25 • Buatkan ujikaji

(i) Perhati dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah.

Bayangkan suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya.

Warna
Bilik Darjah Tepi Pantai

Putih Biru
Biru Hijau
Merah Jambu Coklat
Coklat Hitam
Putih

• Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di

dalam bilik darjah

Setelah pemerhatian dijalankan, didapati bahawa warna yang terdapat di tepi

pantai kelihatan tenang, lembut dan mendamaikan. Kebiruan air laut yang

terbentang luas disamping ombak yang berulang-alik datang dan pergi menghempas

pantai kelihatan sungguh menakjubkan. Kehijauan pepohon nyiur yang melambai-

lambai seolah-olah menyambut kadatangan setiap pengunjung pantai tersebut.

Kebersihan pantai yang memutih dan kehalusan pepasirnya membuatkan

pengunjungnya terpesona dengan keindahan alam semulajadi ciptaan Ilahi.

Keputihan dan kebiruan awan berarak melambangkan kebesaran penciptaNya.


Warna-warna ini dapat mempengaruhi emosi dan pemikiran seseorang berdasarkan

situasi dan keadaaan.

Kombinasi warna putih dan biru telah digunakan di dalam bilik darjah. Warna

putih telah dicat di bahagian syiling dan sebahagian dinding kelas tersebut.

Manakala selebihnya warna biru telah dicat pada dinding tersebut. Warna pada

sekitar kelas tersebut kelihatan pudar dan agak lusuh. Seharusnya pihak sekolah

mengambil tindakan memperbaharui warna tersebut. Dengan ini kelas tersebut akan

kelihatan lebih ceria dan baru. Penggunaan warna merah jambu turut digunakan

pada perabot seperti almari serbaguna, sudut bacaaan dan loker murid. Bagi

mewujudkan suasana neutral, warna kayu atau coklat disesuaikan pada meja guru,

meja murid dan kerusi. Kombinasi kesemua warna ini menyebabkan kelas menjadi

gelap dan memerlukan bantuan cahaya lampu terutamanya ketika waktu hujan. Ini

menyebabkan penggunaan elektrik secara berlebihan berlaku.

• Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar

suasana lebih menarik untuk belajar

Pemilihan warna di dalam bilik darjah perlulah disesuaikan penggunaannya.

Misalnya, warna putih biru digunakan untuk mengecat kesemua ruang syiling dan

warna putih dicat di ruang dinding di dalam kelas. Ini dapat melambangkan

kebersihan dan kesucian. Manakala, warna lain contohnya warna biru boleh

digunakan untuk mengecat bahagian bawah dinding di luar kelas. Penggunaan

warna kayu untuk semua perabot yang terdapat di dalam kelas dapat mewujudkan

suasana yang lebih neutral. Seharusnya penggunaan warna yang gelap dan terang

patut dielakkan, kerana ia akan menyebabkan suasana sesuatu ruang akan

kelihatan malap, gelap dan sempit. Penggunaan warna lain juga boleh digunakan

untuk mengecat bilik darjah, contohnya seperti warna-warna yang lembut seperti

warna merah jambu. Dengan ini akan menjadikan suasana bilik darjah lebih tenang

dan tenteram.
(ii) Marilah kita meneroka keindahan warna.

• Buatkan ujikaji

Anda boleh menggunakan pensel warna atau warna air untuk meneroka dan

mendapat hasil campuran warna melalui eksperimen.

Cuba anda mulakan dengan Warna Asas:

Campur: merah dengan biru; anda akan mendapat warna ungu

merah dengan kuning; anda akan mendapat warna oren

biru dengan kuning; anda akan mendapat warna hijau

Sekarang, cuba anda meneroka campuran Warna Sekunder dengan Warna Asas

menghasilkan Warna Tertier pula.

Campur: ungu dengan merah; anda akan mendapat warna merah hati

jingga dengan kuning; anda akan mendapat warna kuning pekat

hijau dengan biru; anda akan mendapat warna biru laut

Anda mungkin juga menyukai