Anda di halaman 1dari 10

LAMPIRAN CONTOH PERSEDIAAN MENGAJAR:

PROSES MENGAJARKAN SINOPSIS CERPEN


MENGGUNAKAN
KAEDAH PEMBELAJARAN BERASASKAN TUGASAN
[TASK-BASED LEARNING METHOD]

Nama Guru : Rozaiman Makmun

Tahun : Tahun 10 Ceria

Hari dan Tarikh : Isnin, 16 Mac 2009

Masa : 60 minit (8.00 – 9.00 pagi)

Bilangan Pelajar : 25 orang

Mata Pelajaran : Kesusasteraan Melayu

Subtajuk : Cerpen Meniti Waktu

Aspek/Isi Pelajaran : Sinopsis cerpen 1-4


[disediakan oleh pelajar]

ABB/ABM : Kertas Lutsinar


Projektor Overhed
Projektor LCD

Pengetahuan Sedia : Pelajar sudah mempelajari


Ada langkah-langkah dan Teknik
meringkaskan karangan (naratif)
dalam Subjek Bahasa Melayu.

Hasil Pembelajaran : Melalui sesi pengajaran ini,


pelajar diharapkan mampu
meringkaskan cerita dan

1
menghasilkan sinopsis yang
mengandungi peristiwa-
peristiwa penting dengan
menggunakan ayat sendiri.

Penyerapan Nilai : Kepimpinan.


Bekerjasama.
Menghargai pendapat rakan.
Nilai dan pengajaran yang
terkandung dalam cerpen.

Penyerapan Ilmu : Teknik Meringkaskan.


Teknik Membentang.

Gabung Jalin : Mendengar, Bertutur, Membaca


dan Menulis.
Kemahiran Berfikir.
Kemahiran Menganalisis.

Buku Rujukan : Sidang Penulis (2002).


Meniti Waktu.Bandar Seri Begawan:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pendekatan : Koperatif

Kaedah : Pembelajaran Berasaskan


Tugasan

Teknik : Perbincangan dan


Bacaan Koperatif
Imlak
Analisis Teks

Aktiviti : Berbincang dalam kumpulan


Menganalisis teks

2
Membentang dapatan

PROSEDUR PENGAJARAN

LANGKAH ISI PELAJARAN TEKNIK


DAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN PENYAMPAIAN
MASA ABM/ABB

Induksi Set PRATUGASAN Teknik Bercerita.


(10 minit)
Pengajaran dimulakan dengan aktiviti
penceritaan semula rancangan filem, TV
atau wayang yang pernah ditonton oleh
pelajar. Pelajar dipilih secara rawak dan
diminta bercerita tentang filem yang
pernah ditonton. Aktiviti bercerita ini
bertujuan untuk menerapkan konsep
ringkasan peristiwa penting dalam
cerita yang boleh diaplikasikan ketika
menghasilkan sinopsis hikayat.
Langkah-langkah aktiviti ini seperti
berikut:
1. Guru mengenal pasti seorang
pelajar yang mahir bercerita.

3
LANGKAH ISI PELAJARAN TEKNIK
DAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN PENYAMPAIAN
MASA ABM/ABB

2. Guru meminta pelajar berkenaan


bercerita semula tentang filem
yang pernah ditontonnya secara
ringkas.

3. Guru menjelaskan kepada pelajar


bahawa ringkasan cerita yang
dibuat oleh kawan mereka adalah
sinopsis yang mengandungi
peristiwa-peristiwa penting.

4. Sebagai perbandingan dan contoh,


guru menayangkan sinopsis Filem
Anak Mami Kembali melalui
projektor LCD [lihat Lampiran 1]
dan menerangkan teknik
meringkaskan cerita atau
menghasilkan sinopsis [lihat
Lampiran 2].

Langkah 1 PERSEDIAAN TUGASAN


(5 minit)
Aktiviti pengagihan dan penerangan Teknik Penerangan.
tugasan. Projektor LCD.

Melalui projektor LCD, guru


menayangkan maklumat tentang
pengagihan tugasan kepada kumpulan
pelajar yang sudah ditetapkan lebih
awal.

4
LANGKAH ISI PELAJARAN TEKNIK
DAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN PENYAMPAIAN
MASA ABM/ABB
Terdapat 5 kumpulan yang mempunyai
ahli seramai 5 pelajar [5 ahli x 5
kumpulan = 25 pelajar]

Setiap ahli diberikan tugasan mengikut


tajuk-tajuk cerpen dan langkah-langkah
tugasan ditayangkan melalui projektor
LCD agar dapat dirujuk oleh pelajar
sepanjang tugasan yang dilaksanakan
[lihat Lampiran 3].

Pastikan setiap kumpulan sudah


membaca cerpen masing-masing
seminggu lebih awal.

Langkah 2 PERLAKSANAAN TUGASAN


(20 minit)
Aktiviti menghasilkan sinopsis melalui Teknik Bacaan
Bacaan Koperatif. Nyaring /
Bersuara.
Dalam masa 30 minit setiap kumpulan Kertas edaran.
hendaklah membaca cerpen, Kertas Lut Sinar.
menghasilkan sinopsis dan Pen OHP.
menuliskannya pada kertas lut sinar.
Pastikan pelajar sentiasa merujuk
langkah-langkah tugasan yang
ditayangkan melalui projektor LCD
[lihat Lampiran 3].

Langkah 3 PASCATUGASAN Teknik Pembentangan


dan sesi dan Perbincangan
Keseluruhan Kelas.

5
LANGKAH ISI PELAJARAN TEKNIK
DAN DAN AKTIVITI PEMBELAJARAN PENYAMPAIAN
MASA ABM/ABB
penilaian Aktiviti pembentangan dan penilaian
(20 minit) rakan sebaya serta refleksi kendiri.

Guru meminta wakil setiap kumpulan


membentangkan sinopsis cerpen
masing-masing secara bacaan
berintonasi selama 2-3 minit.

Setiap kali selesai pembentangan,


penilaian rakan sebaya diadakan begitu
juga dengan refleksi kendiri.

Langkah 4 Penilaian mentor.


Rumusan
(5 minit) Guru menutup pelajaran dengan Kertas Lut
memberikan penilaian ringkas terhadap Sinar pelajar.
tugasan setiap kumpulan. Setiap
kumpulan diminta untuk memperbaiki
sinopsis sebagai kerja rumah dengan
mengambil kira penilaian daripada
rakan sebaya, refleksi kendiri dan
penilaian mentor.

6
Lampiran 1:
Sinopsis Filem Anak Mami Kembali

Saiful kembali dari UK dengan gaya rambut dan pakaian ala Barat.
Emaknya marah dan meminta Saiful menggunting rambut sebelum
kembali ke rumah. Tiba di rumah, emaknya meminta Saiful memata-
matai adiknya yang dikhabarkan sedang berhubungan dengan seorang
jejaka yang tidak dikenali. Saiful meminta bantuan kawan karibnya,
Fariz untuk memantau pergerakan Wahida. Emaknya pula diam-diam
mencari jodoh untuk Saiful. Di kelas aerobik, emaknya berkenalan
dengan emak Fasha yang akhirnya bersepakat untuk menjodohkan
anak masing-masing. Hubungan Wahida dan Fariz akhirnya diketahui
Saiful. Namun, Fariz berjaya meyakinkan Saiful bahawa hubungannya
dengan Wahida benar-benar serius. Akhirnya, Saiful merestui
hubungan mereka dan berjanji untuk membantu mereka. Dengan
muslihat, Saiful menyediakan beberapa keping gambar Fariz dalam
pelbagai gaya, dari yang bergaya comot sehinggalah berpenampilan
segak dan memakai jubah konvokesyen. Seperti yang dirancang,
tentulah emak Saiful memilih gambar Fariz yang segak itu. Giliran
Saiful akhirnya tiba. Sewaktu makan malam, emaknya memaklumkan
bahawa jodoh Saiful sudah ditemuinya. Saiful diminta untuk
menyediakan gambar sendiri untuk diserahkan kepada keluarga
perempuan pilihan emaknya. Saiful meminta bantuan Fariz. Fariz
menggambar Saiful dalam gaya pondan. Tiba saatnya, emak Saiful
membawa berjumpa bakal emak mertuanya di kelas aeorobik. Sewaktu
emak Saiful bersalin pakaian, Saiful menjumpai bakal emak mertuanya
dalam gaya pondan. Calon emak mertuanya lalu geli-gemelan. Dia
mengambil gambar saiful dan terus berlalu. Tiba masanya, Fasha
dipanggil oleh emaknya untuk melihat gambar calon suaminya.
Dengan berat hati Fasha melihat juga gambar itu. Sebaik menyedari
bahawa gambar lelaki pondan itu adalah Saiful, Fasha menjerit suka
hati dan bersetuju dengan pilihan emaknya. Emak Fasha tidak
menyangka dengan keputusan Fasha dan cuba membantah manakala
ayahnya kebingungan. Di telefon, emak Fasha cuba membatalkan
rancangan mereka dengan alasan tidak berkenan dengan sifat lembut

7
Saiful. Emak Saiful meradang lalu mengheret Saiful ke rumah Fasha.
Tiba di sana, Saiful terkejut apabila menyedari calon isteri pilihan
emaknya sebenarnya Fasha, kekasih hatinya. Saiful lalu menenangkan
keadaan yang huru-hara dengan mengakui rancangannya untuk
menghalang rancangan emaknya dan emak Fasha. Kedua-dua pihak
kini sedar akan apa yang berlaku. Mereka akhirnya bersetuju untuk
mengahwinkan Fasha dan Saiful. Cerita ini diakhiri dengan kelahiran
anak kembar empat yang bernama Sabarina, Sabarinu, Sabarini, dan
Sabarinda.
Lampiran 2:

Teknik Meringkasan Cerita / Menulis Sinopsis

Terdapat beberapa panduan atau teknik yang perlu dilaksanakan


untuk meringkaskan cerita atau menulis sinopsis, iaitu:

a) Membaca cerpen secara sepintas.


Bacaan sepintas bertujuan untuk memahami jalan cerita atau kisah
yang ingin disampaikan.

b) Membaca cerpen dengan cermat.


Bacaan pada tahap ini bertujuan untuk mengenal pasti isi penting
atau peristiwa penting.

c) Menandakan isi atau peristiwa penting.


Untuk menandakan peristiwa penting, pelajar bolehlah
menggunakan cara tersendiri. Pelajar boleh menandakan dengan
menggunakan nombor, garisan, bulatan, simbol, atau
menggunakan warna.

d) Menyenaraikan isi atau peristiwa penting.


Peristiwa penting perlu disenaraikan di dalam kertas atau buku
ringkasan. Senaraikan hanya peristiwa penting yang saling
berkaitan.

e) Menulis ringkasan / sinopsis

8
Kemudian, pelajar bolehlah menulis ringkasan berdasarkan
peristiwa-peristiwa yang terpilih tadi. Pada tahap ini, pelajar perlu
menggunakan bahasa tersendiri.

f) Menyemak ringkasan.
Akhir sekali, semaklah ringkasan dari segi kelancaran penceritaan,
penggunaan dan pemilihan kata.

g) Tulis sinopsis di kertas lutsinar untuk dibentangkan.

Lampiran 3:

Pembahagian Tugasan dan Kumpulan

Kumpulan 1: Cerpen Tanah

Kumpulan 2: Cerpen Pantaran

Kumpulan 3: Anak-anak Tasim Jali

Kumpulan 4: Buat Saja

Kumpulan 5: Salam

Pastikan setiap kumpulan mengandungi 5 ahli. Ahli-ahli


kumpulan sudah ditentukan oleh guru. Tayangkan nama pelajar
dalam setiap kumpulan melalui projektor LCD beserta formasi /
kedudukan kumpulan. Dengan cara ini, masa dapat dijimatkan
sewaktu membentuk kumpulan.

9
Langkah-langkah Tugasan

1. Bentuk kumpulan seperti yang diarahkan/ditayangkan


melalui projektor LCD.
2. Fahami teknik meringkaskan cerita / menulis sinopsis.
3. Lantik seorang ketua yang juga berperanan sebagai pembaca
(pastikan yang terlantik mampu membaca dengan baik
dengan intonasi bacaan yang menarik).
4. Lantik seorang pencatat Kertas Lutsinar dan seorang
pembentang.
5. Baca cerpen dengan suara sederhana, cukup lantang untuk
setiap ahli kumpulan mendengar.
6. Ahli yang lain mendengar (mengimlak) dan menggaris serta
mencatat peristiwa-peristiwa penting.
7. Selepas selesai membaca, adakan perbincangan secara
terbuka mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berjaya
dicatat.
8. Hasilkan sinopsis secara koperatif.
9. Pencatat menuliskan sinopsis di kertas lutsinar dengan
kemas.
10. Bersedia untuk sesi pembentangan, penilaian dan refleksi
kendiri.

10

Anda mungkin juga menyukai