Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA PERHIMPUNAN BULANAN UNIT BERUNIFORM

SK TAMAN JOHOR JAYA 3

PENGUMUMAN:
-

PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID SILA BERATUR MENGIKUT KELAS


MASING-MASING.
PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGAWAS, SILA BERADA DI TEMPAT YANG
TELAH DITETAPKAN.
PERHATIAN KEPADA SEMUA MURID, DIMINTA UNTUK BERADA DALAM
KEADAAN SENYAP SEWAKTU PERHIMPUNAN BERLANGSUNG.
DIJEMPUT SEMUA GURU UNTUK DUDUK DI KERUSI YANG TELAH
DISEDIAKAN.

BARIS.. BARIS.. SENANG DIRI

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH,


SALAM SEJAHTERA, SALAM MUAFAKAT JOHOR DAN SALAM 1 MALAYSIA.

Menguntum manis senyuman dara,


datang teruna ingin bersua,
Assalamualaikum mula bicara,
Salam hormat untuk semua.

Yang Berusaha, Encik Mohd Arfah bin Hashim, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Taman Johor Jaya 3,
Yang Dihormati, Puan Sarimah binti Md. Ali, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Dihormati, Puan Goh Joon Far, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Guru-guru dan rakan-rakan pelajar yang saya hormati sekalian.

1
Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis
Unit Pengakap SKTJJ3, 2016

Kerat rotan bersama buluh,


Sayang bertahun tumbuh setempat,
Diangkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon biar selamat.

Hadirin sekalian,
Majlis perhimpunan kita pada pagi ini kita mulakan dengan bacaan doa. Untuk itu,
majlis mempersilakan _______________________________ untuk memimpin bacaan
doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

[bacaan doa]

Terima kasih kepada saudara _______________________________ atas bacaan doa


sebentar tadi.
Majlis pada hari ini, diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan lagu
Sekolah. Diminta semua hadirin berdiri tegak, tangan di sisi serta menyanyikan lagu
dengan penuh semangat.

KOMANDER : BARIS..BARIS.. SEDIA

[lagu Bangsa Johor dan lagu Sekolah berkumandang]

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Murid. Untuk itu,
majlis menjemput _____________________________ untuk membacakan ikrar.
Dipersilakan.

KOMANDER : BARIS..SENANNGG DIRI

2
Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis
Unit Pengakap SKTJJ3, 2016

Hadirin sekalian, majlis kita teruskan lagi dengan menjemput guru


minggu lepas untuk memberikan laporan ringkas mingguan dan
kelas terbersih sepanjang minggu lepas. Untuk itu, majlis
menjemput ______________________________________ untuk
Dipersilakan.

yang bertugas pada


penyerahan hadiah
dengan hormatnya
meneruskan majlis.

[ Ucapan]
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
KOMANDER : BARIS..
BARIS DUDUK SENANG!!

Hadirin sekalian, kelangsungan majlis pada pagi ini diserikan lagi dengan pelancaran
Minggu
Bahasa
Inggeris,
Untuk
itu,
majlis
mempersilakan
________________________ untuk meneruskan agenda. Majlis mempersilakan.

```````````````````````````````` MINGGU BAHASA INGGERIS`````````````````````````````

Majlis mengucapkan terima kasih atas pengelolaan agenda sebentar tadi.


Hadirin sekalian,
Kita akhiri perhimpunan pada pagi ini dengan nyanyian lagu Negaraku.
Hadirin diminta berdiri tegak dengan tangan di sisi serta menyanyikan lagu dengan
penuh semangat.
KOMANDER : BARIS..BARIS.. SEDIA
[lagu negaraku berkumandang]
KOMANDER : BARIS..SENANG DIRI

3
Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis
Unit Pengakap SKTJJ3, 2016

Bilah parang lagi diasah,


untuk menebas belakang perigi,
adat bertemu ada berpisah,
lain masa berjumpa lagi.
Dengan ini, majlis diserahkan kembali kepada guru yang bertugas pada minggu ini
untuk meneruskan sesi.

4
Disediakan oleh : Mohamad Fadzli bin Khamis
Unit Pengakap SKTJJ3, 2016

Anda mungkin juga menyukai