Anda di halaman 1dari 1

IPTHO

Tarikh: 5 Sept. 2019


Ketua Pengarah,
Institut Sukan Negara,
Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil,
57000 Sri Petaling,
Kuala Lumpur.
No Telefon : 03-89914400
E-mail : damanhuri@isn.gov.my

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN KE INSTITUT SUKAN NEGARA

Dengan hormatnya izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa, guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Institut
Pendidikan Guru Malaysia kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat bercadang untuk mengadakan
lawatan ke Institut Sukan Negara.

3. Lawatan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan sebagai bakal guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan serta memfokuskan tentang bagaimana pengurusan agensi sukan dilaksanakan. Lawatan ini
diharap dapat membantu siswa guru dalam meningkatkan penguasaan dan pemahaman bidang
tersebut.

4. Berikut adalah cadangan mengenai lawatan tersebut:


Tarikh : 1 OKTOBER 2019
Dijangka tiba : 2.00 petang
Jumlah guru pelatih : 15 orang
Jumlah pensyarah : 3 orang

5. Besarnya harapan kami, agar pihak tuan dapat menerima kunjungan kumpulan ini dan
seterusnya dapat mengeratkan silaturahim antara institusi. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini,
sila hubungi Sdr Wan Hasrulnaim Bin Wan Azmi di talian 017-919 4413.

6. Pertimbangan dan kerjasama yang akan diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan
ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(DR. TAJUL ARIFFIN BIN YANG HUSIN)


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kampus Tun Hussein Onn,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

Anda mungkin juga menyukai