Anda di halaman 1dari 17

Minda Sejarah: Ciri-ciri Guru Sejarah Cemerlang

Salam perjuangan buat semua guru Sejarah yang dihormati lagi disegani meski di manapun
kalian semua sedang berkhidmat kini demi membangun jiwa anak bangsa agar menjadi
insan terpimpin dan memimpin peradaban ke mercu kegemilangan.
Pada kali ini Minda Sejarah akan berkongsi satu tajuk penting ke arah merealisasikan
matlamat melahirkan ciri-ciri guru sejarah yang berkesan.
Apakah rasionalnya guru sejarah perlu mempunyai ciri-ciri cemerlang? Jawapannya adalah
sangat mudah iaitu seorang murid akan lebih cemerlang jika dibimbing oleh seorang guru
yang cemerlang.
Tidaklah bermakna penulis merupakan pencinta dan pembimbing sejarah yang berkesan
apatah lagi cemerlang, namun sekadar berkongsi serba sedikit pengalaman diri dan rakanrakan guru sejarah lain yang telah mencipta kecemerlangan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
Guru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri personal, profesional, sosial dan interpersonal yang
unggul. Selain daripada mendapat latihan yang baik dan berpengalaman dalam mata
pelajaran sejarah, guru sejarah berkesan juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran
dalam merancang kurikulum, mengurus kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah
dengan berkesan dalam pelan tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Pada umumnya
seorang guru sejarah berkesan mempunyai ciri-ciri berikut :
(1) Dapat mengembangkan stail, kaedah, pendekatan, strategi pengajaran yang berkesan
bagi mencorakkan pembelajaran yang bermakna, memupuk minat dan mengembangkan
potensi murid-murid.
(2) Dapat menyusun dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid ke arah
pengembangan pemikiran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis, analitikal dan
kreatif.
(3) Dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan menjadikan mata pelajaran
sejarah relevan, penting dan berguna kepada pembangunan dan perkembangan diri murid.
(4) Mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan bercerita, berlakon, daya imaginasi,
kemahiran berkomunikasi, berjenaka, daya intelektual yang tinggi, disegani dan dihormati
murid.
(5) Mempunyai personaliti yang disenangi oleh murid, menjadi pendorong dan 'role model'
kepada para pelajar.
(6) Mengamalkan pembelajaran aktif (active learning), mendorong penglibatan aktif murid
dan memberi peluang yang luas kepada murid mengembangkan kebolehan dan potensi

mereka.
(7) Kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran, pembelajaran, personaliti dan
penggunaan pelbagai inivasi media dan teknologi pembelajaran.
(8) Patriotik dan 'Cinta Tuhan', iaitu satu kualiti kebolehan guru sejarah membangkitkan
semangat, memupuk kesedaran, menyuburkan idealisme, dan membina wawasan bersama
dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik darjah.
(9) Mempunyai kewibawaan dan karisma sebagai guru dan pemimpin pendidikan yang
berkesan dalam pengajaran mata pelajaran sejarah.
(10) Menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas, mesra, penyayang, ceria,
tenang, berfikiran positif dan terbuka, bijak, bertimbang rasa, bermotivasi tinggi, mempunyai
wawasan dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan dan kemajuan diri murid.
(11) Mempunyai kebolehan berhujjah, kemampuan menjana dan mencetuskan pemikiran
aras tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas pengajaran, minat dan
dorongan profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran, semangat
berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang yang diajar serta sentiasa berusaha
memajukan diri dalam profesion perguruan yang diceburi.
Tuntasnya, kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan sifat-sifat guru sejarah
yang berkesan, cemerlang dan bermotivasi tinggi boleh memberi impak yang buruk kepada
kemajuan dan perubahan pendidikan yang perlu berlaku di peringkat sekolah.
Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak berlaku secara dinamik dan
progresif sekiranya kurang kesediaan dalam kalangan guru sejarah bagi melaksanakan
pembaharuan, selaras dengan perkembangan arus pendidikan semasa.
Faktor-faktor penentu seperti perubahan sikap guru, penguasaan aplikasi inovasi dan
teknologi maklumat, latihan dalam pengurusan dan perlaksanaan, memperkenalkan teknik
dan strategi baru yang efektif dan mampu dilaksanakan, pemberian insentif kepada guru,
pembentukan 'teamwork' dalam organisasi sekolah dan sebagainya perlu diambilkira dalam
perlaksanaan pembaharuan dan perubahan ke arah merealisaikan lebih ramai guru sejarah
yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah cemerlang.

SJH 3104 Sejarah Lisan: Kepentingan Sumber Lisan


Kepentingan Sumber Lisan
Menurut Muhd. Yusof Ibrahim (2009), sumber lisan ialah sumber yang didapati daripada
pertuturan atau perkhabaran seseorang tentang sesuatu peristiwa yang berlaku. Sebagaimana
sumber sejarah yang lain seperti sumber bertulis, sumber lisan juga boleh dikategorikan sebagai
salah satu sumber sejarah yang penting dalam pensejarahan, khususnya pensejarahan
Malaysia.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (2007), satu
daripada kelemahan yang besar di dalam usaha untuk menulis semula sejarah Malaysia ialah
kekurangan sumber-sumber sejarah yang asal. Hal ini berkait rapat dengan tiadanya satu tradisi
dalam kalangan masyarakat Malaysia untuk menyimpan catatan harian, menulis dokumen atau
menulis riwayat hidup. Dalam keadaan ini, sumber lisan akan memainkan peranan penting
dalam memelihara dan menambahkan sumber-sumber sejarah yang ada. Hal ini turut dinyatakan
oleh Rozeman Abu Hassan (2004), di mana beliau mengatakan bahawa pada dasarnya, tujuan
sejarah lisan adalah untuk mendapat dan memelihara rekod-rekod sejarah yang semakin
berkurangan dan sudah hilang.
Begitu juga, kepentingan sumber lisan ini amat terasa dalam keadaan di mana kurangnya
sumber-sumber bertulis bagi sesuatu peristiwa yang dikaji ataupun dalam keadaan di mana
sumber lisan adalah satu-satunya sumber yang boleh diperolehi tentang sesuatu peristiwa itu
(Muhd. Yusof Ibrahim, 2009: 162). Sebagai contoh, peristiwa pendudukan Jepun di Tanah
Melayu pada 1941-1945. Sumber bertulis untuk kita mentafsir dan meneliti peristiwa pendudukan
Jepun ini amatlah terhad. Walau bagaimanapun, kisah-kisah mengenainya masih banyak
didapati dari mulut orang-orang tua yang masih hidup dan telah melalui zaman tersebut. Banyak
cerita yang dapat kita dengar melalui mereka terutamanya mengenai kezaliman dan
kesengsaraan hidup pada zaman tersebut.
Selain itu, maklumat-maklumat yang diperolehi dalam sumber lisan ini sungguh bernilai
dalam kita memahami peristiwa-peristiwa yang saling berkait dari sudut yang luas.
Sesungguhnya, sejarah lisan amat unik kerana ia dapat menghubungkan zaman yang lalu dan
zaman sekarang melalui rakaman pengalaman-pengalaman yang bersejarah (Universiti
Kebangsaan Malaysia, 2007). Seperti yang kita tahu, sejarah mempunyai ruang-ruang kosong
yang perlu dipenuhi. Dalam keadaan ini, sumber lisan boleh membantu memberikan gambaran
yang lebih lengkap dan jelas mengenai sesuatu peristiwa sejarah.
Disamping itu, menurut Rozeman Abu Hassan (2004), sumber lisan juga bertujuan untuk
memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah melalui pengkisahan. Kaedah ini merangkumi
proses wawancara dan merakam ke dalam pita tentang keterangan-keterangan orang yang
terlibat secara langsung atau hanya sekadar menyaksikan peristiwa tersebut. Selain itu, sumber
lisan juga amat penting kepada generasi baru, khasnya generasi yang tidak melalui zaman
peperangan, penjajahan dan perjuangan dalam menuntut kemerdekaan. Dengan adanya sumber
lisan, generasi-generasi baru ini akan dapat mengenali dan mendalami peristiwa-peristiwa yang
telah berlaku melalui kaca mata orang yang telah mengalami dan menyaksikan peristiwa
tersebut.

Begitu juga, kita perlu sedar bahawa penulisan sejarah Malaysia tidak seharusnya
berfokuskan kepada tokoh-tokoh ternama dan peristiwa-peristiwa utama yang berlaku di sesuatu
zaman. Walaupun sesungguhnya perkara ini penting, pada masa yang sama, kita tidak boleh
menafikan bahawa sejarah itu turut merangkumi cerita dan peristiwa rakyat biasa. Sejarah
bercorak tempatan dan sejarah negeri juga perlu diberikan fokus yang sewajarnya dalam
pensejarahan Malaysia. Di sinilah sumber lisan amat penting kerana rakyat biasa tidak
meninggalkan sumber-sumber bertulis. Walaupun kurang sumber bertulis, rakyat amat kaya
dengan tradisi lisan. Sumber lisan inilah yang akan digunakan oleh sejarawan untuk menulis
sejarah yang bercorak tempatan (Universiti Kebangsaan Malaysia, 2007).
Kesimpulannya, sumber lisan mempunyai banyak kepentingan khasnya dalam
pensejarahan Malaysia. Sumber lisan penting untuk memelihara dan menambahkan sumbersumber sejarah yang ada, kekurangan sumber-sumber bertulis bagi sesuatu peristiwa yang dikaji
ataupun dalam keadaan di mana sumber lisan adalah satu-satunya sumber yang boleh
diperolehi tentang sesuatu peristiwa itu, membantu memberikan gambaran yang lebih lengkap
dan jelas mengenai sesuatu peristiwa sejara, memelihara pengetahuan-pengetahuan sejarah
melalui pengkisahan, penting kepada generasi baru, khasnya generasi yang tidak melalui zaman
peperangan, penjajahan dan perjuangan dalam menuntut kemerdekaan serta menjadi sumber
bagi sejarawan untuk menulis sejarah bercorak tempatan kerana rakyat biasa tidak
meninggalkan sumber bertulis.

Senarai Rujukan
Sumber Buku
Muhd. Yusuf Ibrahim. (2009). Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rozeman Abu Hassan. (2004). Mengenali dan Mentafsir Sumber Sejarah. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Sumber Internet
Universiti Kebangsaan Malaysia. (2007). Sejarah Lisan. Dimuat turun pada 1 Julai 2013,
daripada http://www.ukm.my/sejarah/

Nota Ringkas SJH 3104 Pengenalan Sejarah Lisan


Pengenalan Sejarah Lisan

Terdapat 2 jenis sumber lisan iaitu:


1. Tradisi Lisan
- satu sumber yang boleh dirujuk sebagai bahan bukti dalam kajian sejarah
- sumber lisan wujud daripada sastera rakyat (folklore), mitos, lagenda,
cerita asal usul
- diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi
- berubah-ubah isi penceritaan akibat tokok tambah dalam fakta
- pengkaji perlu berhati-hati kerana terdapat ketidaktulinan fakta

2. Pengertian Sejarah Lisan


- konsep sejarah lisan diperkenalkan oleh Allan Nevins (1948)
- mengabadikan ingatan dan kenangan yang tidak direkodkan dalam bentuk
tulisan
- William Moss suatu proses menghasilkan sumber-sumber sejarah melalui teknik
Wawancara, soaljawab yang dibuat di atas pita rakaman
- Persidangan Pertama Sejarah Lisan di Lake Arrowhead (1966) satu cara bagi
mendapatkan keterangan sejarah yang berbentuk lisan menambah dan bukannya
menggantikan sumber-sumber bertulis

Prosedur Sejarah Lisan


1. penyediaan kerangka projek sejarah lisan
2. menyediakan senarai orang yang hendak diwawancara
3. melakukan langkah formal bagi mengenali orang yang hendak diwawancara
melalui:
a) mengadakan pertemuan pra wawancara

b) membuat penyelidikan latar belakang


4. membuat rakaman wawancara
5. membuat transkrip
6. menyediakan transkrip kekal dan penyimpanan pita rakaman
- tokoh yang diwawancara dapat menyumbang maklumat bersejarah kerana
penglibatan atau pengalaman yang mereka miliki, perhubungan dengan watak
secara langsung, masa atau peristiwa tertentu
- sejarah lisan boleh wujud di mana-mana, oleh kerana penyelidikan ini sangat
berkaitan dengan sejarah, maka sebaiknya mereka yang terlibat dalam sejarah
lisan mempunyai pengetahuan asas terhadap metodologi sejarah bagi

membolehkan hasil yang dicapai benar-benar bermakna untuk sejarah.

Nota Ringkas SJH 3104 Sejarah Lisan (Kritikan Sumber)


Kritikan Sumber Sejarah
- usaha penyelidik sejarah untuk mencapai tahap kebenaran sejarah di dalam penggunaan
sumber-sumber sejarah yang pelbagai.
- satu garis panduan yang dapat membantu penyelidik sejarah melakukan tafsiran terhadap
sumber-sumber sejarah.
- kritikan sebagai bukti supaya penyelidik sejarah dapat menghasilkan karya sejarah yang
berkualiti dan mempunyai ketepatan fakta.

- menurut Ernst Bernheim (1889), terdapat dua jenis kritikan sumber iaitu kritikan
luar dan kritikan dalam.

- Marc Bloch proses kritikan berpunca daripada sikap sangsi penyelidik sejarah terhadap
maklumat yang diberikan oleh saksi-saksi mengenai peristiwa lampau.

i) Kritikan Luar

- usaha yang dilakukan oleh penyelidik sejarah untuk mengesan ketulenan atau kesahan
sesuatu sumber sejarah.
- jalankan beberapa ujian untuk mengesan kesahan sumber iaitu:
1. Ujian Kimia
2. Ujian Bahasa
3. Ujian Tulisan Tangan
4. Ujian Bahan

ii) Kritikan Dalam


- tugas sebenar penyelidik sejarah melakukan proses penafsiran ke atas isi-isi sumber yang
telah disahkan ketulenannya pada peringkat kririkan luar.
- menapis kandungan sumber bagi menjamin setiap fakta yang diambil adalah daripada
sumber yang boleh dipercayai.
- tidak boleh terima fakta secara bulat-bulat untuk mengelakkan berlaku kesalahan fakta.
- masalah mengesan fakta-fakta yang dianggap tepat dan mempunyai kesahan yang tinggi
dalam sejarah.
- sumber lisan saksi mata, pelaku, individu yang hidup pada zaman tersebut
- lakukan tafsiran secara rasional
- penyelidik berhak menolak sumber lisan sekiranya bercanggah
atau silap dalam fakta sejarah

- buat proses tafsiran:


1. Tafsiran Verbal
2. Tafsiran Teknikal
3. Tafsiran Logik
4. Tafsiran Psikologikal
5. Tafsiran Fakta

Nota Ringkas SJH 3103 Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah


I) Tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah
1. Komunikasi
2. Kerohanian, Sikap dan Nilai
3. Sains dan Teknologi
4. Keterampilan Diri
5. Kemanusiaan
6. Perkembangan Fizikal

II) Matlamat Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah


1. membolehkan murid memahami tingkah laku manusia
2. sebab dan akibat
3. keunikan sejarah tanah air dan
4. kegemilangan negara bagi
5. melahirkan warganegara yang patriotic dan menjunjung amalan
demokrasi di Malaysia.

III) Objektif (*5 saya pilihan sendiri)


1. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu
2. mengenalpasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah
3. memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah
4. menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar
daripada peristiwa sejarah
5. menilai warisan negara dalam konteks kawasan setempat, negara dan global

IV) Fokus Mata Pelajaran Sejarah


1. menyemai ilmu pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)
2. menerapkan semangat patriotik

3. membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa dan tokoh


tokoh terlibat
4. murid dapat membina/membuat perbandingan tentang pengalaman manusia
5. memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam masyarakat
6. melahirkan perasaan cinta dan bangga akan negara

V) Organisasi Kurikulum
i) Kandungan Kurikulum Sejarah
Tahun 4 : Sejarah Awal Negara
Tajuk 1 : Mari Belajar Sejarah
Tajuk 2 : Zaman Air Batu
Tajuk 3 : Zaman Prasejarah
Tajuk 4 : Kerajaan Awal Melayu
Tajuk 5 : Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Tahun 5 : Kedaulatan Negara
Tahun 6 : Kemakmuran Negara Kita

ii) Struktur Disiplin (Kemahiran)

1. Asas Kemahiran Pemikiran Sejarah


iii) Elemen Kewarganegaraan Dan Sivik
1. Kongsi Sejarah
2. Kongsi Nilai
3. Kongsi Masa Depan
4. Perasaan Kekitaan
5. Komitmen
6. Kesetiaan
7. Keterikatan Emosi kepada Negara

Soalan Tutorial: Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah


S: Huraikan dan perincikan kurikulum sejarah sekolah rendah. Bincangkan
perkaitannya dengan kehidupan individu, masyarakat dan negara.

Kurikulum adalah rancangan pendidikan yang sentiasa mengalami perubahan. Dalam


konteks pendidikan di Malaysia, perancangan dan pembentukan kurikulum adalah didasari
oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan
sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.Kurikulum
Baru Sekolah Rendah, (KBSR) merupakan perintis kepada model-model kurikulum di
Malaysia. Sebagai tapak permulaan, banyak kekurangan serta penambahbaikan yang telah
dilakukan untuk memantapkan lagi sistem pendidikan Malaysia. Walau bagaimanapun, ia
menjadi asas kepada permulaan kurikulum sehingga terhasilnya Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah yang juga dikenali sebagai KBSR pada tahun 1983. Pada tahun 2011,
berlaku lagi satu perubahan dalam kurikulum matematik iaitu terbentuknya Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah memperuntukkan mata pelajaran Kajian
Tempatan (KT) di dalam kurikulum sekolah rendah di Malaysia.Kajian Tempatan merupakan
mata pelajaran yang dihasilkan daripada gabungan aspek Sejarah dan Geografi peringkat
rendah.Murid-murid wajib mempelajari mata pelajaran ini apabila mereka berada di Tahap 2
iaitu bermula pada Tahun 4 sehingga Tahun 6.Namun begitu, mata pelajaran Kajian
Tempatan ini tidak dimasukkan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Apabila
KSSR diperkenalkan di sekolah rendah pada tahun 2011, mata pelajaran Kajian Tempatan
telah ditransformasikan kepada mata pelajaran yang lebih khusus iaitu Sejarah.Mata
pelajaran Sejarah akan dilaksanakan secara rasmi bermula pada tahun 2014 di semua
sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan di Malaysia.Kurikulum Sejarah di sekolah rendah
akan memberi penekanan yang khusus kepada sejarah negara selaras dengan dengan
kehendak kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia celik sejarah di samping
menghayatinya.Mata pelajaran Sejarah termasuk dalam mata pelajaran teras di bawah
tunjang kemanusiaan.Subjek ini akan diajar kepada murid-murid Tahap 2 dan kurikulum
diorganisasikan secara modular.Kandungan mata pelajaran pula disediakan dalam bentuk
modul.

Salah satu faktor kurikulum Sejarah sekolah rendah ini diperkenalkan adalah untuk
memastikan masyarakat Malaysia mempelajari, mengetahui dan menghayati peristiwaperistiwa sejarah negara ini.Hal ini demikian kerana, generasi pada masa kini dilihat tidak
lagi menghayati sejarah negara yang menjadi dasar utama kepada pembinaan negara
bangsa Malaysia seperti yang kita lihat pada masa ini.Kekurangan ilmu sejarah telah
menyebabkan perpaduan yang dibina selama ini semakin goyah.Masyarakat juga mula
berani mempertikaikan dan mempersoalkan perkara-perkara yang boleh menggugat

ketenteraman negara seperti hak-hak sesuatu kaum, rasisme dan sebagainya tanpa
menyedari bahawa bukan mudah untuk membina perpaduan dan keharmonian yang kita
kecapi selama ini.Langkah untuk memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah
adalah tepat supaya murid-murid dapat diberi pendedahan awal tentang sejarah di samping
memupuk minat untuk mempelajari sejarah sejarah sebagai persediaan di peringkat
menengah nanti.

Perubahan dalam sistem pendidikan kebangsaan ini dibuat berdasarkan keperluan semasa
yang dilihat penting dalam membangunkan masyarakat abad ke-21 yang holistik, dinamik
dan berilmu pengetahuan. Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar
terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KSSR adalah hasil perubahan yang
diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Berdasarkan Kamaruddin Haji Husin
(1994),
antara
perubahan-perubahan
yang
jelas
terdapat
dalam
KBSR ialah sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek
kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan dan
penyerapan sentiasa dititik beratkan. Selain itu, penekanan baru diberikan kepada
penerapan nilai-nilai murni. Kehendak masyarakat juga menjadi faktor kepada perubahan
kurikulum, ini kerana masyarakat juga menentukan samada kurikulum itu sesuai atau pun
tidak dengan kehendak mereka.

Faktor perubahan sosial juga perlu dititikberatkan kerana kurikulum yang mantap
mampu mewujudkan sosial yang sihat di kalangan murid. Oleh itu, ia mestilah sentiasa
diubah agar sejajar dengan peredaran zaman. Tambahan pula, faktor perkembangan ilmu
serta kepentingannya sangat mendorong ke arah perubahan. Ilmu yang bersifat dinamik
menyebabkan ia sentiasa berkembang.
Perkembangan ini disebarkan kepada
masyarakat menerusi perancangan kurikulum yang lebih kemas dan sesuai dengan
kehendak masyarakat dan negara. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum
supaya ia dapat dikemaskini dari masa ke semasa agar ilmu-ilmu baru ini dapat disalurkan
kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Dengan adanya kepastian bahawa
perubahan kurikulum sentiasa berlaku, sudah semestinya akan timbul kesan-kesan kepada
bakal guru. Antaranya seperti berlaku kejutan budaya dalam proses pengajaran baru. Oleh
itu, guru seharusnya sentiasa bersedia menempuh pembaharuan yang akan terjadi. Di
samping itu, guru juga perlu pandai menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Guru juga
memerlukan sedikit masa untuk memastikan murid-murid terbiasa dengan perubahan
kurikulum ini. Proses komunikasi juga akan menjadi sedikit bermasalah kerana perubahan
bahasa perantaraan yang jelas. Ini juga akan memakan masa bagi murid serta guru
menyesuaikannya. Ia bukan proses yang mudah tetapi tidak mustahil untuk dicapai.

2. Apakah rasional kurikulum Sejarah dengan KSSR?

Kurikulum Sejarah diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran pula
disediakan dalam bentuk modul yang kendiri lengkap (self contained).Setiap modul
mengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dikenalpasti untuk dikuasai oleh
murid.Mata pelajaran Sejarah pula dimasukkan dalam dalam tunjang kemanusiaan yang
lebih kepada usaha untuk memupuk nilai-nilai patriotisme dalam kalangan murid.Standard
kedua yang ditekankan pula berkonsepkan kepada Standard Pembelajaran yang merupakan
satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan.

CARA GURU MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MURID


Patriotisme sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap negara sendiri.
Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan, amalan dan tindakannya
menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara(Nik
Anuar Nik Mahmud: 2002). Namun, mutakhir ini, semangat patriotisme kelihatan agak
longgar di kalangan masyarakat khususnya di kalangan pelajar. Semangat yang longgar ini
ditandai dengan kurangnya penglibatan pelajar dalam pasukan beruniform, sambutan bulan
kemerdekaan yang agak hambar, penglibatan dalam jenayah dan isu-isu yang menyentuh
kedaulatan negara dianggap terpencil dan remeh seperti isu Pulau Batu Putih dan
penambakan laut oleh negara jiran (Affifuddin Omar: 2002). Situasi ini menunjukkan bahawa
para pelajar tidak memahami nilai-nilai patriotisme dan menghayatinya.
Menurut Wong (2005), isu kelunturan semangat patriotisme dalam kalangan generasi
muda pada hari ini adalah kurangnya kesedaran mengenai cabaran-cabaran yang perlu
dihadapi bagi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang warganegara. Mereka tidak lagi
tahu tentang pahit jerih yang diharungi oleh generasi terdahulu dalam memastikan
kesenangan ini dapat dinikmati oleh anak cucu mereka. Perkara ini telah menimbulkan
budaya selesa (complacent culture) dalam kalangan remaja terutamanya mereka yang lahir
selepas kemerdekaan. Hal ini juga disebabkan oleh perubahan tingkah laku pelajar yang
terdedah kepada pelbagai maklumat di internet yang mengalih tumpuan dan minat mereka
terhadap pembelajaran dan penghayatan nilai-nilai patriotisme ini. Justeru itu, perkara ini
mesti dikawal dan dicegah sebelum berlaku dengan lebih parah lagi dan institusi sekolah
merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyemai kembali perasaan cintakan negara
ini.
Guru-guru di sekolah rendah dan menengah boleh mengambil pelbagai inisiatif untuk
memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Inisiatif ini bukan sahaja boleh
dilaksanakan di dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah. Cara pertama yang boleh
digunakan ialah mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah di dalam
negara. Lawatan ini akan mendedahkan murid kepada sesuatu peristiwa sejarah yang

berlaku di tempat tersebut serta melihat sendiri tinggalan bersejarah yang pernah digunakan
sewaktu peristiwa tersebut. Guru boleh merancang satu lawatan yang menyeronokkan tetapi
berfaedah ke tempat-tempat tertentu. Sebagai contoh, guru boleh membawa murid melawat
ke Muzium Negara bagi melihat sendiri alat-alat, manuskrip, gambar dan sebagainya yang
pernah digunakan semasa hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. Selain itu, lawatan
juga boleh diadakan semasa sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara di Dataran
Merdeka. Dengan cara ini maka pelajar akan dapat melihat dan merasai suasana hari
kemerdekaan itu disambut walaupun tidak sama dengan dengan sambutan sebenar.

Selain itu, guru juga boleh merancang aktiviti-aktiviti yang berkitan dengan patriotisme
di sekolah masing-masing sempena sambutan hari kemerdekaan, Hari Malaysia, Hari
Pahlawan dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti luar bilik darjah seperti pameran sejarah,
pertandingan melukis bendera dan jata negara serta nyayian lagu-lagu patriotik akan
membantu para pelajar untuk menghayati nilai-nilai patriotisme melalui amalan nyata
mereka. Contohnya, semasa sambutan Hari Pahlawan peringkat sekolah, guru boleh
menganjurkan pertandingan sajak berkenaan dengan perjuangan tokoh-tokoh negara yang
berjasa dalam mempertahankan negara daripada ancaman luar. Pelajar yang menyertainya
sudah pasti akan menghayati setiap bait sajak yang mereka cipta bagi menggambarkan
perasaan mereka terhdap peristiwa tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan memupuk
semangat cintakan negara dalam diri pelajar tersebut.
Sementara itu, cadangan aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh guru ialah menjemput
tokoh-tokoh sejarah untuk menyampaikan ceramah ataupun bengkel patriotisme di sekolah
masing-masing. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah merupakan individu yang
paling dekat dan sesuai untuk melaksanakan bengkel patriotisme kerana mereka telah
mempelajari sejarah dan dianggap mempunyai kefahaman patriotisme yang lebih tinggi.
Guru juga boleh menggalakkan pelajar untuk menyertai kem patriotik yang dianjurkan oleh
organisasi-organisasi tertentu seperti Kem Rakan Remaja Patriotik yang dianjurkan oleh
Persatuan Sejarah Malaysia. Kem ini dijalankan secara bersiri di seluruh negara sebagai
salah satu usaha untuk menyemai kembali semangat patriotisme yang kian pudar dalam
kalangan pelajar. Kem patriotik seperti ini amat sesuai untuk disertai kerana pelajar yang
menyertainya bukan sahaja memupuk semangat patriotik dalam diri mereka tetapi juga
menambahkan ilmu pengetahuan di samping mendapatkan pengalaman.
Akhir sekali, guru boleh memberikan tugasan projek atau kerja lapangan kepada para
pelajar terutamanya pelajar Tingkatan 5 dan 6. Projek ini boleh diberikan berdasarkan
kepada soalan-soalan sejarah yang sesuai dan relevan dengan tahap keupayaan pelajar
tersebut.. Antara tugasan projek yang boleh dilaksanakan ialah membuat temubual
mengenai sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku bagi menghasilkan sejarah lisan.
Pelajar boleh membuat temubual dengan tokoh-tokoh yang dipercayai terlibat dalam
kejadian sejarah bagi mendapatkan rekod tentang peristiwa tersebut. Tugasan luar bilik
darjah seperti ini akan mendorong pelajar untuk membaca, membuat rujukan dan
menemubual tokoh untuk mengetahui peristiwa bersejarah tersebut. Hal ini secara tidak
langsung akan menimbulkan minat pelajar terhadap sejarah dan seterusnya menyedari
perkaitan sejarah dengan kepentingan pemupukan semngat patriotisme dalam diri mereka.

Namun begitu, guru yang terlibat hendaklah menerangkan prosedur-prosedur yang betul
semasa membuat temubual supaya hasil daripada tugasan tersebut benar-benar berkualiti.

SEJARAH 3103.Definisi,ciri-ciri guru sejarah yang efektif dan cara memupuk semangat
patriotime di kalangan murid.
Pendahuluan
Sudah terhantuk baru tengadah begitulah bunyi pepatah yang sering diungkapkan apabila
kita sedar daripada kesilapan yang dilakukan. Selagi tidak terhantuk, selagi itulah kita alpa
dan berasa selesa dengan situasi semasa, tanpa beringat akan pengalaman lepas atau
pengalaman individu lain.
Di sinilah letaknya fungsi sejarah. Namun, kebanyakan daripada masyarakat hari ini tidak
lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah di sekolah, apatah lagi generasi muda yang
mula melabel subjek ini sebagai tiada nilai ekonominya.
Dalam perkembangan globalisasi yang berteraskan liberalisasi ekonomi, generasi muda
semakin khayal dengan keseronokan teknologi. Dengan alasan gaya hidup terkini, mereka
tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah. Sebaliknya, melihat mata pelajaran
berteras Sains dan Matematik seperti Fizik, Biologi, Kimia, Matematik tambahan,
kejuruteraan, dan Perakaunan, berupaya menjamin masa depan kerjaya mereka.
Kepesatan perkembangan teknologi yang sememangnya diakui bercambah seiring
perkembangan ilmu sains dan matematik telah menutup mata sebahagian masyarakat
terhadap mata pelajaran kemanusiaan seperti Geografi dan Sejarah khususnya.
Mereka melihat pembangunan tamadun Barat berkembang pesat dimangkin oleh ilmu sains
semata-mata. Oleh itu, untuk mencapai taraf pembangunan yang sama, masyarakat di sini
juga perlu menguasai ilmu sains. Hal ini memang tidak dapat dinafikan ada relevannya.
Namun, kehebatan sesebuah tamadun bukanlah terletak pada pencapaian gemilang ilmu
sains sahaja. Sebaliknya, ia perlu diimbangi dengan keutuhan jati diri rakyat yang datangnya
daripada ilmu kemanusiaan.
Kita sering membuat perbandingan tentang betapa indahnya kota cinta Paris, hebatnya
teknologi penyiasatan CSI di New York, dan kecanggihan sistem pengangkutan awam di
kota London. Kemudian kita persoalkan kenapa ia tidak berlaku di negara kita? Ditambah
lagi persoalan, walaupun mereka hebat berteknologi, namun masyarakatnya punya jati diri
yang utuh. Perlu diingat mereka ini pewaris bangsa penjajah. Ketamadunan mereka dibina
dengan keserasian ilmu sains dan ilmu kemanusiaan juga. Teori-teori ilmu kemanusiaan

dan sains sosial berkembang di negara mereka. Lantas kita di sini juga menghantar para
pelajar mempelajari pengalaman mereka.
Barat dapat diperhatikan perkembangan kedua-dua bidang ilmu, iaitu sains dan
kemanusiaan. Hal ini bagi mereka penting kerana proses pembinaan jati diri sebagai rakyat
perlu diimbangi. Maka tidak hairanlah, dalam sistem pendidikan mereka mata pelajaran
Geografi dan Sejarah menjadi keutamaan bermula di peringkat rendah lagi.
Hal ini demikian kerana menurut mereka bagi melahirkan generasi yang bangga dengan
negaranya, mereka perlu didedahkan dengan keagungan tamadun bangsa mereka yang
diwarisi zaman-berzaman. Mereka juga didedahkan dengan dunia luar di peringkat sekolah
rendah lagi. Mereka perlu menjadi pewaris bangsa penjajah juga, tetapi dalam konteks dunia
yang baharu, iaitu globalisasi.
Persoalannya, di manakah mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan kita?
Sementelahan kita asyik mempersoalkan generasi muda merupakan pewaris generasi masa
depan negara. Kita perlukan perubahan minda dalam kalangan masyarakat tentang mata
pelajaran Sejarah.
Memang tidak dapat dinafikan, proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
bermula di peringkat sekolah rendah lagi, iaitu menerusi subjek Kajian Tempatan kepada
para pelajar di tahap dua (tahun 4 hingga 6). Kemudian, di peringkat menengah diteruskan
dengan mata pelajaran Sejarah dari tingkatan satu hingga lima. Di peringkat rendah, para
pelajar didedahkan dengan konsep asas sejarah, bermula yang dekat dengan diri mereka,
keluarga, masyarakat, kawasan setempat dan peristiwa penting sejarah negara. Di peringkat
sekolah menengah pula, mereka mempelajari sejarah politik, ekonomi dan sosial negara
berlatar belakang zaman prasejarah, Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan, perang dunia,
prakemerdekaan, sehinggalah negara mencapai kemakmuran pada hari ini. Jika dilihat
secara kasar, kurikulum sejarah itu amat tuntas dan holistik sifatnya. Namun di manakah
kecacatan yang menjadi punca pengabaian mata pelajaran sejarah ini?

Adakah guru yang kurang kemahiran dipaksa mengajar sejarah atau pun penggubalan
kurikulum itu kurang menarik perhatian pelajar? Sememangnya persoalan ini kritis untuk
dijawab. Pakar pedagogi dan mereka yang terlibat dengan pembinaan kurikulum ini sahaja
yang boleh merungkaikannya. Tetapi, itu persoalan yang terus berlaku dan akan terus
berlaku, selagi kesan pembinaan generasi yang prihatin sejarah tidak dapat dilahirkan.
Anjakan paradigma masyarakat tentang kepentingan ilmu sejarah perlu dilakukan. Sejarah
bukanlah suatu mata pelajaran yang bersifat metafora, sebaliknya berdiri di atas fakta yang
kukuh. Setiap perkara yang berlaku sama ada berkaitan dengan diri sendiri, masyarakat atau
negara, perlu disedari ada kaitan dengan sejarah. Sekurang-kurangnya kita pernah berkata,
tidak ingatkah apa yang telah berlaku dahulu. Hal ini merujuk kepada peristiwa yang
pernah berlaku sebelum ini. Ini juga suatu disiplin dalam sejarah. Masyarakat perlu ada
kefahaman bahawa Sejarah itu bukanlah suatu mata pelajaran yang perlu menghafal

semata-mata tentang sesuatu peristiwa. Sebaliknya, jika ditelusuri banyak kemahiran yang
cuba digarap melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Para pelajar diajar tentang
kemahiran Kajian Masa Depan. Melalui kemahiran ini, para pelajar dilatih menggunakan
fakta yang sedia ada untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Selain
itu, semangat ingin tahu disemaikan ke dalam jiwa pelajar. Mereka dididik dengan kemahiran
Inkuiri Penemuan. Kemahiran ini penting bagi melahirkan insan pelajar yang sentiasa
mempersoalkan fakta yang diperoleh, lantas mereka mencari kebenaran ke atas fakta
tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada penerapan yang ada dalam mata pelajaran
sejarah yang mungkin tidak disedari oleh para ibu bapa.
Kita tidak mahu generasi muda pada hari ini terus alpa dengan kemodenan yang dicanang
oleh liberalisasi ekonomi. Secara tidak sedar, kita mungkin dijajah kembali dalam bentuk
yang baharu. Musuh dalam selimut, atau gunting dalam lipatan begitulah boleh diibaratkan
kepada perkembangan teknologi moden seperti Internet dan 3G, sekiranya rakyat tiada jati
diri yang kukuh. Janganlah kita menjadi seperti kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang
dikendong keciciran. Pembinaan jati diri ini hanya dapat dipupuk melalui kesedaran
terhadap kepayahan generasi terdahulu membina sebuah negara bangsa. Mata pelajaran
Sejarah merupakan faktor penting dalam mencapai usaha tersebut.
1.0. CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF DAN PERANAN GURU DALAM BILIK
DARJAH
Menurut Yaakub Isa (1994), guru yang baik. Mampu mengajar atau mendidik dengan baik
lalu pendidikannya menjadi berkesan sementara objektif pengajarannya tercapai.
Menurut Michael Marland, seorang guru dapat dikatakan efektif apabila ia memiliki sikap
tajam perhatian dan pantang menyerah, penjelasannya mudah difahami oleh murid-murid
Menurut Ryans (1964) guru yang efektif ialah guru yang memiliki ciri-ciri peribadi berikut:1. Bersikap adil dan tidak memilih kasih.
2. Bertimbang rasa dan baik hati.
3. Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.
4. Tenang dan stabil emosinya.
5. Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya untuk berjenaka.
6. Berpersonaliti dinamik iaitu menarik, tangkas dan mampu menghidupkan suasana kelas.
7. Bersabar.
8. Mempunyai imaginasi yang tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai jenis
contoh yang mampu membantu para pelajarnya memahami sesuatu perkara dengan cepat
dan mudah.
9. Mempunyai kecerdasan yang tinggi yang membolehkannya memahami serta mengajar
sesuatu dari sudut pandangna yang luas.

10. Bersuara lantang, dan bertingkahlaku yang sopan.


11. Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas.
12. Bersikap tegas bagi membolehkan pengajaran-pengajaran dapat berjalan dengan baik.
13. Berdedikasi dan rajin.
14. Mementingkan ketepatan masa.
15. Sedia membrirkan galakan dan pujian.
16. Bersikap demokratik.

17. Bersifat ingin belajar.

Anda mungkin juga menyukai