Anda di halaman 1dari 4

Pengenalan kepada Penulisan Akademik

 Penulisan yang dijalankan secara ilmiah atau saintifik (bukan rekaan atau khayalan semata).

 Pengumpulan data secara formal dan bersifat objektif.

 Mengkaji secara teratur dan teliti sesuatu persoalan.

 Setiap pandangan yang dikemukakan disokong dengan bukti yang kukuh (bersebab).

Ciri-ciri Penulisan Akademik :

 Menyampaikan secara sistematik.

 Penulisannya cermat, tepat dan benar.

 Penulisannya tidak bersifat emosional.

 Tidak memutar belitkan fakta.

 Setiap pandangan disokong dengan bukti.

 Tidak bersifat argumentatif.

 Penulisan yang jujur dan hanya menyatakan kebenaran.

Konsep Kejelasan dan Gaya Penulisan

 Jelas bererti mudah difahami, mudah dibaca, tidak memberi ruang untuk disalahtafsirkan,
tidak bersifat samar-samar dan tidak kabur.

 Gaya penulisan akademik yang jelas menggunakan kata-kata yang pendek, ringkas dan jitu.

 Perkataan yang berbelit-belit dan terlalu panjang akan menyebabkan penulisan itu sukar
difahami dan hilang tumpuan pembaca.

Penulisan Secara Objektif

 Penulisan akademik mempunyai laras bahasa tersendiri yang mempunyai tujuan untuk
menyampaikan kebenaran ilmu secara objektif.

 Perkara utama dalam penulisan secara objektif ialah penggunaan perkataan yang neutral
dan tidak mengandungi nilai-nilai emotif atau bersifat ambiguiti.

 Perbincangan secara objektif selalunya menekankan perkara-perkara yang serius, konkrit


dan mantap. Fakta-fakta yang disampaikan disokong dengan bukti yang kukuh

 Penulisan secara subjektif pula bermaksud menyampaikan maklumat yang berasaskan


persepsi dan andaian seseorang.

Kejelasan Penulisan
 Kejelasan ayat sangat penting untuk memberikan perhatian dalam sesuatu penulisan
akademik agar lebih difahami.

 Kejelasan isi pula penting untuk menyemak semula panjang-pendek ayat.

 Ayat pendek boleh membantu koheren (kesinambungan) sementara ayat panjang


membantu kohesi (kekuatan tarikan) di dalam penulisan akademik .

Perkara Penting Dalam Menghasilkan Penulisan Yang Jelas

Perkembangan Idea Secara Logik : Koheren dan Kohesif

 Koheren adalah kesepaduan antara satu bahagian dengan bahagian yang lainnya sehingga
ayat-ayat memiliki kesatuan makna yang utuh.
 Dalam penulisan yang koheren, idea-idea dihuraikan dengan jelas dan dalam urutan logik
serta disokong oleh bukti dan contoh.

 Faktor-faktor ini memudahkan pembaca untuk mengikuti hujah dan tujuan penulis tersebut.

 Kohesif pula merupakan hubungan antara bahagian dalam teks dengan menggunakan
penanda wacana yang sesuai.

 Konsep kohesif pada dasarnya merujuk kepada hubungan bentuk, iaitu unsur-unsur wacana
yang digunakan untuk menyusun suatu wacana memiliki kesepaduan secara padu dan utuh.

Ciri-ciri Penulisan Kohesif :

i.Berbagai-bagai struktur ayat.

ii.Menggunakan tanda baca yang betul.

iii.Perenggan dibina dengan baik.

iv.Penggunaan kata hubung yang tepat.

v.Peralihan antara perenggan dengan bahagia-bahagian lain adalah tepat.

Penggunaan Akronim dan Kata Singkatan

Perkara yang perlu diambil perhatian semasa menggunakan kata singkatan:

 Jelaskan semua terminologi yang tidak diketahui oleh pembaca.

 Selalu menulis nama penuh pada kali pertama, tanpa mengira sama ada nama singkatan
sudah terkenan atau diketahu oleh pembaca

 Kata singkatan standard bagi kata nama khas boleh digunakan dalam penulisan akademik

 Sebagai rujukan pertama, istilah penuh harus digunakan dalam teks dengan kata singkatan
ditulis dalam kurungan. Kemudian kata singkatan itu boleh digunakan dalam keseluruhan
teks.

Contoh Kata Singkatan


 

Langkah-langkah Dalam Penulisan

 Pemilihan masalah dan topik penulisan.

 Mengumpul maklumat atau data untuk penulisan.

 Menyusun atau mengorganisasi data untuk menghasilkan satu penulisan yang baik.

 Meneliti semula hasil penulisan dengan membuat penambahbaikan.

 Menyemak hasil penulisan untuk memastikan tiada kesalahan tatabahasa dan kesalahan
teknikal.

Anda mungkin juga menyukai