Anda di halaman 1dari 14

TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU PMR

KERTAS 1
A KENALI KERTAS ANDA!
1.
Kertas ini dikenali dengan kod 02/1 PMR.
2.
Mulai tahun 2005, terdapat perubahan format, iaitu jumlah soalannya terdiri dari
pada
40 soalan objektif.
3.
Jumlah masa yang diperuntukkan juga berubah, iaitu hanya 1 jam sahaja.
B PEMBAHAGIAN KERTAS 1
Soalan 1 7
Merupakan soalan Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ay
at.
Tip menjawab!
Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan yang memang dikemukakan
dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR, pada setiap tahun.
Justeru, para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada tahun-tahun yang lepas
untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk soalan tersebut.
Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata
yang mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar menghafal kesemua
kosa kata yang terdapat dalam kamus.
Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak membuat latihan dan merujuk
kamus. Logiknya, semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak
kosa kata yang anda kuasai.
Contoh
Lukisan yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu menunjukkan bahawa
pelukisnya mempunyai _________ yang tinggi.
A daya nukilan
B daya rasa
C daya imaginasi
D daya upaya
1
Soalan 8 14
Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi:
(a) Kesalahan dari segi penggunaan kata;
(b) Kesalahan dari segi penggunaan frasa;
(c) Kesalahan dari segi struktur ayat;
(d) Kesalahan dari segi penggandaan;
(e) Kesalahan dari segi pemajmukan; dan
(f)
Kesalahan dari segi pengimbuhan.
Tip menjawab!
Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sanga
t
penting.
Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar
membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas
soalan.
Contoh: tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk
-di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada

Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan
penguasaan tatabahasa anda.
Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa
membaca akhbar atau majalah.
Contoh
Datuk Abdul Malik menempah sejarah kerana berjaya merentasi Selat
A B C
Inggeris. Tiada kesalahan
D
2
Soalan 15 17
Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat.
Tip menjawab!
Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika
penguasaan kosa kata pelajar lemah.
Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih
dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang
mengandungi nombor jawapan itu.
Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.
Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan
para pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini.
Contoh:
I Terdapat kesan jari pencuri pada pemegang pintu itu.
II Filem yang menyayat hati itu memberi kesan kepada penonton.
III Dia memotong rumput supaya halaman rumahnya ada kesan cantik.(x)
IV Penyakit taun memberi kesan yang buruk terhadap industri pemakanan.

A I dan II sahaja
B I, II dan IV sahaja
C II, III dan IV sahaja (x)
D I, II, III dan IV (x)

Soalan 18 21
.
Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul.
Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong.
.
Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka
memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan
tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman
dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini.
Contoh
Subhi menceritakan tentang pengalamannya semasa mendaki Gunung
Ledang di Johor.
A cerita tentang pengalamannya (x) = tiada imbuhan ber-
B bercerita tentang pengalaman dia (x) = dia digantikan dengan nya.
C
menceritakan pengalamannya (.)
D
menceritakan tentang pengalamannya (x) = kata kerja berimbuhan kan
tidak menerima kata sendi nama; tentang.
Soalan 22 24
Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahul
u lagi.
Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi b
erbeza dari
segi strukturnya.
Tip menjawab!
.
Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.
.
Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan.
Biasanya tiga.
Contoh
Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung
supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.
.
Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga
isi
tersebut.
Contoh
Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan
tentang bagaimana hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan.
.
Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan se
ntiasa
Soalan 25 27
4
Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabah
asanya sahaja.
Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat.
Tip menjawab!
.
Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga
boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya.
.
Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongka
n.
Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis.
Contoh
I Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan.
II Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata.
III Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x)

(sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak)


IV
Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui
pembedahan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi.
A I dan II sahaja
B II dan III sahaja (x)
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja (x)

(Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh
digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah usang.)
Soalan 28 30
Soalan tentang peribahasa.
.
Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa.
.
Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi
penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks
Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.
Tip menjawab!
.
Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.
.
Cari maksud dan makna peribahasa tersebut.
.
Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat atau dalam karangan pelajar.

5
Soalan 31 35
Pemahaman Prosa (KOMSAS)

Soalan 36 40
Pemahaman Puisi (KOMSAS)

Tip menjawab!
.
Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan
hanya
membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja.
.
Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.
.
Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pern
yataan
yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema,
nilai
murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, mak
a pelajar akan
membuat kesilapan semasa mencari jawapan.
.
Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
(a) Soalan pemahaman berdasarkan petikan;
(b) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan;
(c) Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi.
Soalan (a)
Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal p
asti
jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap.
Soalan (b)
Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petika
n sahaja.
Soalan (c)
Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan p
rosa
atau puisi yang dikemukakan oleh soalan.
.
Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarla
h
menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.
KERTAS DUA
A KENALI KERTAS ANDA!

1 Kertas 2 ini dikenali dengan kod 02/2 PMR.


2 Mulai tahun 2005, bentuk atau format kertas ini berubah agak ketara.
3 Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam, manakala markahnya ialah 100 markah.

6
B PEMBAHAGIAN KERTAS 2

Bahagian A:
Dibahagi kepada dua, iaitu:

(a) Ringkasan 20 markah


(b) Pemahaman petikan umum (3 item soalan) 10 markah
Bahagian B
Karangan berdasarkan bahan rangsangan 20 markah
Bahagian C
Karangan respons terbuka (5 item soalan, pilih 1) 40 markah
Bahagian D
KOMSAS (Novel) 10 markah
BAHAGIAN A (i) RINGKASAN
.
Soalan ini meminta pelajar menulis ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan
berdasarkan sebuah petikan 200 hingga 250 patah perkataan atau 4 hingga 5
perenggan.
Tip Menjawab!
.
Langkah pertama, pelajar haruslah membaca arahan soalan dengan teliti
terutamanya untuk mengenal pasti kata kunci/fokus soalan seperti faktor, langkah
,
kesan, kepentingan, manfaat, implikasi, akibat, cara dan sebagainya.
.
Selepas mengenal pasti kata kunci tersebut, pelajar perlu mencari isi-isi pentin
g
dalam petikan berdasarkan kata kunci/fokus soalan yang diberi.Jangan hadkan
jumlah isi-isi penting. Carilah sebanyak mungkin yang ada dalam petikan tersebut
.
.
Selepas dapat mencari isi-isi penting tersebut, tulis ringkasan dalam satu peren
ggan
yang mengandungi tidak lebih daripada 80 patah perkataan (sekurang-kurangnya
mesti ada 6 hingga 7 isi).
.
INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah
kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya
akan terpesong.
7
.
Lebih baik dan selamat, ubah satu atau dua perkataan yang terdapat dalam ayat
isi itu.
Contoh
Fokus soalan
Masalah penjualan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ayat Isi
Ada yang berpendapat bahawa tabiat membaca rakyat Malaysia masih
rendah berbanding dengan rakyat di negara-negara lain.
Cara I
Masalahnya adalah disebabkan amalan membaca masyarakat Malaysia
masih rendah berbanding dengan masyarakat di negara-negara lain.
Cara II
Amalan membaca rakyat Malaysia yang masih rendah berbanding dengan
rakyat di negara-negara lain merupakan masalahnya.
.
Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdap
at
kesalahan ejaan atau tatabahasa.
.
Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala mark
ah
maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa
pelajar).
BAHAGIAN A (ii) PEMAHAMAN
.
Berdasarkan petikan umum untuk membuat ringkasan tadi, pelajar juga perlu menjaw
ab
3 soalan pemahaman.
Soalan 1
Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat
dalam
petikan dan 2 markah akan diberi. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan da
lam
rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksu
d
penggunaannya dalam petikan.
Soalan 2
Soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4. Oleh sebab
soalan
ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan t
ersebut.
Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, p
elajar
sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan. Markah yang diberi ialah 4,
maka
pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dal
am petikan).
8
Soalan 3
Merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal in
i
bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri.
INGAT!!! Pelajar tidak boleh memberikan pendapat yang sewenangwenangnya.
Oleh itu, untuk selamat, pelajar perlulah bertindak bijak dengan
memberikan seberapa banyak isi yang dapat.
BAHAGIAN B KARANGAN BERPANDU
.
Mulai PMR 2005, pelajar akan menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan
sama ada dalam bentuk gambar, bahan grafik, jadual dan sebagainya.
.
Untuk menjawab soalan ini, langkah pertama yang penting adalah membaca arahan
soalan dengan teliti, kerana terdapat kata kunci yang akan membimbing pelajar un
tuk
menghasilkan karangan nanti.
Tip Menjawab!
Contoh:
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kegunaan
perpustakaan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah tidak
lebih daripada 120 patah perkataan.

.
Berdasarkan arahan soalan tersebut, pelajar dikehendaki menulis tentang kegunaan
perpustakaan (kegunaan = kepentingan, kebaikan, faedah, dan manfaat).
.
Ingatlah, bahawa ini ialah karangan. Oleh itu, haruslah mengandungi pengenalan,
tiga isi, dan penutup. Oleh sebab masa yang dicadangkan hanyalah 25 minit, maka
pelajar dinasihatkan hanya menulis sebanyak 120-150 patah perkataan sahaja.
.
Jangan terlalu mengambil masa yang lama untuk menulis karangan bahagian ini
BAHAGIAN C KARANGAN UMUM
.
Dalam Bahagian C ini, anda diberi 5 pilihan. Bacalah dengan teliti semua soalan.

9
Jangan baca sekerat sahaja dan terus membuat keputusan.
.
Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak seca
ra
impression dan mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati,
dan
sentiasa menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa.
Tip Menjawab!
.
Pilihlah soalan yang anda tahu bukannya memilih soalan yang popular tetapi anda
tidak
memahami isu yang dinyatakan.
.
Sebaik-baiknya pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan
keupayaan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan seringkas
yang mungkin.
.
Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan, isu soala
n dan
jenis karangan tersebut.
Contoh:
Sungguhpun negara anda kian maju, namun pengurusan sampah sarap masih belum
memuaskan. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Kata kunci: Cadangkan langkah-langkah mengatasi
Isu: Pengurusan sampah sarap masih belum memuaskan.
Jenis karangan: Pendapat

.
Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, anda digalakkan menulis:
.
Pendahuluan (40 patah kata)
.
Empat isi penting (40 x 4 isi = 160 patah kata)
.
Penutup (40 patah kata)

Jumlah perkataan = 240 patah kata


Jumlah yang dikehendaki = 180 patah kata
.
Perenggan isi hendaklah mengandungi: Fakta + Huraian + Contoh
(F + H + C)
10
BAHAGIAN D NOVEL
. Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon ma
singmasing.
. Oleh itu, pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteran
ya
seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai,
dan
pengajaran.
Tip Menjawab!
11
. Untuk menjawab soalan ini, pelajar tidak harus hanya bergantung pada sinopsis
sahaja, kerana kebanyakan aspek sastera tersebut memerlukan contoh-contoh yang
mesti dikemukakan semasa menjawab soalan.
. Semasa menjawab soalan KOMSAS, pelajar diwajibkan menulis dalam bentuk
esei/karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual. Jika t
idak,
markah pelajar akan dipotong.
. Sebaik-baiknya tulis isi jawapan dengan formula = FAKTA + CONTOH
Contoh: Nilai yang terkandung dalam novel Panas Salju ialah nilai kasih
sayang. (FAKTA) Nilai ini dapat kita lihat menerusi watak Zulkifli dan Bushrah,
yang
sentiasa memperlihat kasih-sayang mereka kepada kedua-dua anak mereka.
(CONTOH)
. Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan
dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam
soalan ini.
. Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan
ditolak

Anda mungkin juga menyukai