Anda di halaman 1dari 18

1. 1.

0 Pengenalan Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang


melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi
antara seorang ibu dengan anaknya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan
beberapa individu lain seperti antara seorang dengan rakan sebaya, atau seorang guru
dengan murid-muridnya. Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara optimis, mengungkap ilmu
pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain dan juga mengembangkan kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis maka Kurikulum Bahasa Melayu telah dugubal. Ia bertujuan
melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Bagi
membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran
disediakan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran. Disamping itu, ia juga
mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa,
dan pengisian kurikulum. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu
dijadikan mata pelajaran teras yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat Malaysia. Namun begitu, banyak persoalan wujud pada hari ini yang
mempertikaikan cara pelaksanaan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
dengan bentuk ujian yang terdapat di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Banyak pendapat menyatakan bahawa penyediaan kertas soalan peperiksaan UPSR tidak
mengambil kira pelbagai bentuk kemahiran yang ditekankan dalam sukatan pelajaran
Bahasa Melayu. Sebaliknya, proses penyediaan kertas soalan Bahasa Melayu dalam
peperiksaan UPSR hanya melibatkan kemahiran menulis dan kemahiran membaca sahaja.
Sebaliknya, kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar tidak dapat dinilai dalam
peperiksaan UPSR. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan peperiksaan UPSR yang
hanya melibatkan kemahiran membaca (kertas kefahaman) dan juga kemahiran menulis
(kertas penulisan). Ini bermakna bahawa kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur
yang turut menjadi objektif utama dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, tidak dinilai dalam peperiksaan 1
2. UPSR. Menerusi pelaksanaan tugasan ini, perbincangan akan dijalankan ke atas
beberapa perkara yang berkaitan dengan sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
dan juga bentuk pelaksanaan peperiksaan UPSR sama ada mengambil kira segala objektif
yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah atau sebaliknya.2.0
Kertas Soalan UPSR Tahun 2006 Kertas soalan UPSR tahun 2006 yang akan dianalisis
melibatkan dua kertas soalan penilaian yang utama seperti mana yang dinyatakan dibawah: Kertas 1 : Aneka Pilihan Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan yang mana memerlukan
pelajar memilih empat aneka pilihan jawapan bagi setiap soalan. Setiap soalan yang
terdapat dalam bahagian ini juga adalah berdasarkan kepada Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu (SPBM) dan juga pelbagai topik yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu (HSPBM) sekolah rendah seperti topik golongan kata, topik imbuhan kata,
topik kata ganda, topik kata majmuk, topik jenis-jenis ayat dan sebagainya. Berdasarkan
kepada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, berikut adalah analisis
berkenaan dengan kesemua 40 soalan tersebut:- 1) Mengapakah tuan puteri bersedih?
Katakan kepada __________, kat Mak Inang Seri kepada Tuan Puteri Mayang Sari. A beta
B patik C hamba D tuan hamba Analisis : Soalan ini adalah bentuk soalan yang berkaitan

dengan kata nama dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu. Namun begitu, soalan ini
adalah soalan yang mudah dan mempunyai Aras 3 dalam HSPBM. Ini disebabkan oleh
bentuk soalan yang memerlukan pelajar mengenal pasti jenis kata ganti 2
3. nama yang sesuai untuk diisi pada petak yang telah disediakan. Soalan ini juga
bersesuaian dengan objektif kelapan dalam SPBM sekolah rendah.2) Puan Rozana
memotong kaki seluar anaknya kerana __________. A lebar B besar C labu Analisis :
Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan dengan kata adjektif yang menjadi
salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 1
ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang
dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu
menilai kemahiran pelajar dalam enggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,
tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis.3) Beberapa __________ poster telah diletakkan oleh Cikgu Yeop di belakang kelas
kita. A helai B bidang C keping D lembar Analisis : Soalan yang dibina adalah soalan
penjodoh bilangan yang merupakan salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Soalan
ini adalah soalan pada Aras 2 di mana jawapan yang diberikan adalah hampir sesuai
digunakan untuk ayat soalan. Namun begitu, ianya memerlukan kemahiran berfikir yang
kreatif dan kritis dalam menyelesaikan soalan ini seperti mana objektif ketiga yang terdapat
dalam HSPBM yang memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan soalan. 3
4. 4) __________ Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Seri Damai itu
mengumumkan ketibaan tetamu khas. A Jurubahasa B Juruhebah C Jurucakap D Juruacara
Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 1 yang berkaitan dengan golongan kata
nama Bahasa Melayu yang juga terkandung dalam SPBM. Namun begitu, soalan ini adalah
soalan pada Aras 2 seperti mana yang terkandung dalam HSPBM di mana perlu meneliti
jawapan yang sesuai dan tepat untuk soalan ini.5) Ibu __________ ayam itu dengan rempah
sebelum memanggangnya. A mengadun B menabur C mencalit D melumur Analisis : Soalan
ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang juga menjadi
antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar perlu meneliti
jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif ataupun kata kerja
tak transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada Aras 2 yang
memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini. 4
5. 6) Tangan kakak berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai. A
hamis B hanyir C hapak D hancing Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini
memerlukan pelajar memilih jawapan yang sesuai berdasarkan kepada kata adjektif yang
wujud sebelum jawapan soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini tidak mempunyai topik
khusus dalam HSPBM dan tidak menepati sebarang objektif yang terkandung dalam SPBM.
Namun begitu, kemahiran berfikir pelajar masih dapat dibentuk dan dinilai menerusi
kemahiran pelajar dalam menjawab kehendak soalan.7) Kerja-kerja pembersihan tanah
runtuh itu diteruskan __________ hari hujan. A hingga B sekiranya C walaupun D
Sementara Analisis : Jawapan yang diperlukan dalam soalan ini adalah jawapan dalam kata
hubung yang mana pelajar perlu memilih kata hubung yang sesuai untuk mengisi yang
sesuai. Dalam HSPBM, jenis kata hubung seperti berada pada Aras 3 yang mana
memerlukan kemahiran pelajar yang tinggi dalam membezakan empat jenis kata hubung

yang boleh digunakan dalam menggabungkan dua ayat.8) Kamarul dapat menyampaikan
syarahannya dengan __________ semasa menyertai pertandingan itu. 5
6. A cekap B petah C terang Analisis : Soalan ini berbentuk isi tempat kosong yang berkaitan
dengan kata adjektif yang menjadi salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun
begitu, soalan ini berada pada Aras 1 ekoran daripada bentuk soalan yang sangat mudah
untuk dijawab oleh pelajar. Soalan yang dibina ini juga turut bertepatan dengan objektif
kelapan yang terdapat dalam SPBM iaitu menilai kemahiran pelajar dalam enggunakan
bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam
aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.9) Juara beregu badminton wanita dari
Malaysia __________ piala yang dimenangi oleh mereka. A menjulang B menatang C
merangkul D menjunjung Analisis : Soalan ini adalah soalan kata kerja yang juga menjadi
antara salah satu topik yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini mempunyai
aras kemahiran berfikir yang tinggi dengan bentuk jawapan yang boleh digunakan untuk
mengisi tempat kosong yang terdapat dalam soalan. Ini bermakna bahawa soalan ini berada
pada Aras 3 dan menepati kehendak kandungan SPBM. 6
7. 10) __________ orang mudah hilang sabar jika selalu menghadapi __________ situasi
yang memalukan mereka. A Sesetengah ... setiap B Sebahagian ... satu C Sesetengah ...
sesuatu D Sekalian ... beberapa Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik penjodoh
bilangan yang terdapat dalam HSPBM dan menjadi antara soalan penting yang mampu
menilai kemahiran pelajar dalam berfikir. Soalan ini juga merupakan antara soalan yang turut
terdapat dijalankan oleh pelajar dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
bagi meningkatkan kemampuan pelajar untuk menguasai topik penjodoh bilangan.11) Encik
Chin sedang __________ buluh untuk membuat sangkar burung. A meraut B melentur C
merincih D menghiris Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berkaitan dengan kata kerja
yang terdapat dalam HSPBM. Namun begitu, soalan ini dibina berdasarkan kepada gambar
rajah di mana seseorang sedang melakukan sesuatu kepada buluh. Dalam menjawab
soalan ini, pelajar perlu meneliti aktiviti yang terdapat dalam gambar rajah tersebut dan perlu
memilih jawapan yang betul. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir
yang tinggi dan berada pada Aras 3 yang juga sesuai dengan HSPBM. 7
8. 12) __________ ambil makanan yang terhidang di meja itu, kata Puan Kamariah kepada
tetamunya. A Tolong B Minta C Harap D Sila Analisis : Soalan ini berbentuk ayat perintah di
mana pelajar perlu memilih jawapan yang sesuai bagi menyempurnakan jawapan ini. Dalam
HSPBM, ayat perintah adalah antara jenis ayat yang dipelajari oleh pelajar agar pelajar
dalam menjawab soalan ayat perintah. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 di mana setiap
jawapan yang diberikan boleh digunakan untuk mengisi tempat kosong soalan. Namun
begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan
konteks ayat yang dibina. Ini juga menjelaskan bahawa soalan yang dibina adalah sangat
sesuai dengan SPBM sekolah rendah.13) Sementara menunggu pintu pagar dibuka,
penonton __________ di luar stadium. A lalu-lalang B bolak-balik C simpang-siur D mundarmandir Analisis : Soalan ini berkaitan dengan topik kata ganda yang terdapat dalam HSPBM.
Namun begitu, terdapat lebih daripada satu jawapan yang betul yang boleh dipilih oleh
pelajar untuk menjawab soalan ini. Walau bagaimanapun, pelajar hanya perlu memilih satu
jawapan yang paling tepat dan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan

kritis dalam menilai konteks ayat. Ini bermakna bahawa soalan ini berada pada Aras 3
kerana memerlukan kemahiran analitikal yang tinggi pelajar dalam menjawab soalan ini. 8
9. 14) Pihak sekolah akan mengadakan sesi __________ bagi meraihkan kehadiran muridmurid baru. A tegur sapa B soal jawab C ramah mesra Analisis : Soalan ini pula adalah
soalan dalam bentuk kata majmuk yang terdapat dalam HSPBM di mana hanya satu
jawapan yang paling tepat yang boleh digunakan dalam menjawab soalan ini. Namun begitu,
pelajar perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam proses pembentukan kata majmuk
sebelum menjawab soalan ini agar memudahkan pelajar untuk memilih jawapan yang paling
tepat. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan sedikit kemahiran berfisir dan dinilai
sebagai soalan pada Aras 1.15) Encik Dalang sedang __________ kain di bengkel untuk
memenuhi pesanan pelanggannya. A menekan B menekap C mengecop D mengecap
Analisis : Soalan ini pula adalah bentuk soalan yang berkaitan dengan topik kata kerja yang
juga menjadi antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM. Namun begitu, pelajar
perlu meneliti jenis kata kerja dalam menjawab soalan ini sama ada kata kerja transitif
ataupun kata kerja tak transitif. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah bentuk soalan pada
Aras 2 yang memerlukan sedikit kemahiran berfikir dalam menyelesaikan soalan ini. 9
10. 16) Encik Muthu akan terus menabur bakti kepada masyarakat __________ terdaya. A
jika B selagi C apabila D sehingga Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik
kata hubung yang terkandung dalam HSPBM memerlukan kemahiran pelajar untuk memilih
jawapan yang paling. Sekiranya pelajar tidak mempunyai pengetahuan yang baik terhadap
keempat-empat kata hubungan ini, maka pelajar akan memilih jawapan yang salah. Oleh itu,
ianya memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat untuk diisi
pada petak kosong yang terdapat dalam soalan dan dinilai sebagai soalan para Aras 2
dalam HSPBM.17) Saya tidak nampak Salina pun. __________ dia sudah pergi, kata
Normah. A Bila-bila B Awal-awal C Rasa-rasa Analisis : Soalan ini adalah soalan berbentuk
kata ganda yang merupakan antara topik yang dipelajari oleh pelajar dalam HSPBM di mana
pelajar perlu memilih kata ganda yang sesuai. Soalan ini dilihat berada pada Aras 3 kerana
menuntut kemampuan pelajar dalam memilih jawapan yang paling tepat kerana soalan ini
mempunyai lebih daripada satu jawapan yang hampir tepat. Oleh itu, pengetahuan pelajar
terhadap topik dan konsep kata ganda dalam sistem tatabahasa Bahasa Melayu akan dapat
membantu pelajar untuk menjawab soalan ini dengan betul dan tepat. 10
11. 18) Kamu pergilah dahulu. Sebentar lagi saya akan __________, kata Asri kepada
Shahrul. A mengekori B mengikuti C mengejar D menyusul Analisis : Soalan ini adalah ayat
penyata yang digabungkan bersama dengan kata kerta transitif. Ini bermakna bahawa
pengetahuan pelajar terhadap kedua- dua topik yang terkandung dalam HSPBM ini perlu
berada pada tahap yang terbaik agar dapat membantu pelajar menjawab soalan ini. Ini juga
menunjukkan bahawa soalan yang dibina berada pada Aras 3 ekoran daripada bentuk
soalan yang memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang lebih tinggi seperti mana objektif
yang ingin dicapai dalam SPBM.19) Dua __________ lanun telah ditumpaskan oleh pasukan
polis marin dalam tempoh sebulan. A pasukan B angkatan C kelompok D gerombolan
Analisis : Soalan ini berkaitan dengan kata bilangan dalam HSPBM yang mana memerlukan
pelajar memilih kata bilangan yang tepat dan sesuai digunakan untuk konteks soalan yang
dibina. Ini bermakna bahawa soalan ini adalah soalan yang mudah dan merupakan soalan

pada Aras 1 berdasarkan kepada bentuk pelaksanaan topik yang terdapat dalam
HSPBM.20) Sikap Amir yang selalu __________ menyebabkan ramai sahabatnya kurang
senang. 11
12. A memberi muka B bermuka-muka C sangat muka D tebal muka Analisis : Soalan ini
mempunyai perkaitan dengan dua topik yang terdapat dalam HSPBM iaitu topik kata majmuk
atau kata ganda dan juga simpulan bahasa. Setiap jawapan yang diberikan boleh digunakan
untuk menjawab soalan yang diberikan. Namun pelajar perlu memilih jawapan yang paling
tepat dan sesuai digunakan untuk menjawab soalan ini. Ini bermakna bahawa soalan ini
adalah soalan yang berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal yang lebih
tinggi.21) Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebarang
batu pun. Perkataan seerti bagi unik ialah A istimewa B canggih C ganjil D pelik Analisis :
Soalan ini adalah soalan yang berbentuk kat seerti yang juga menjadi antara topik
pengajaran yang terdapat dalam HSPBM. Dalam topik ini soalan yang berikut agak mudah
dan hanya berada pada Aras 1 di mana pelajar hanya perlu memilih perkataan seperti bagi
perkataan unik. Namun begitu, pelajar perlu mempunyai pengetahuan dan penguasaan yang
baik terhadap topik Sinonim atau seerti sebelum menjawab soalan ini. 12
13. 22) Persatuan Bulan Sabit Merah sekolah itu telah ditubuhkan pada bulan lepas.
Perkataan seerti bagi ditubuhkan ialah A ditutupkan B dibatalkan C dibubarkan D
dimansuhkan Analisis : Soalan ini adalah sama dengan soalan 21 di mana pelajar perlu
mencari perkataan seerti bagi perkataan ditubuhkan dan berada pada Aras 1 dalam
HSPBM.23) Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berbaris dengan betul. I) Semalam
suntuk ayah tidak tidur kerana sakit perut. II) Tali itu sangat suntuk untuk mengikat kotak itu.
III) Jangan mengkori kereta di hadapan terlalu suntuk. IV) Tempoh yang diberikan oleh
jawatankuasa pertandingan itu begitu suntuk. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV
Analisis : Dalam soalan ini, terdapat empat ayat yang perlu dibina oleh pelajar yang mana
pelajar perlu meneliti ayat yang betul dan tepat dalam menggunakan perkataan suntuk.
Soalan ini hanya mempunyai perkaitan dengan jenis-jenis ayat yang terdapat dalam HSPBM
seperti ayat majmuk dan ayat aktif. Dalam pada itu, soalan yang ini juga berada pada Aras 3
kerana memerlukan pelajar untuk memilih lebih daripada satu ayat yang menggunakan
perkataan suntuk dengan tepat. 13
14. 24) Mengapakah ramai pesalah trafik menyerbu kaunter pembayaran di balai polis? Pilih
jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Mereka berminat menyertai pasukan polis
trafik. B Mereka hendak membayar saman kesalahan trafik. C Pesalah trafik telah membayar
denda secara beramai-ramai. Analisis : Soalan ini tidak mempunyai perkaitan dengan
sebarang topik dalam HSPBM. Sebaliknya, soalan ini hanya memerlukan kemahiran pelajar
dalam memilih jawapan yang paling tepat dan sangat sesuai dengan objektif keenam yang
terdapat dalam SPBM. Jawapan yang diberikan juga boleh digunakan untuk menjawab
soalan. Namun begitu, pelajar hanya perlu memilih satu jawapan yang paling tepat dan
soalan ini dinilai berada pada Aras 3 kerana memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang
sangat tinggi.25) Doktor menasihati pesakitnya supaya mengamalkan gaya hidup sihat. Pilih
ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas. A Mengapakah doktor menasihati pesakitnya? B
Apakah nasihat doktor kepada pesakitnya? C Bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup
sihat? D Siapakah yang perlu mengamalkan gaya hidup sihat? Analisis : Soalan ini adalah

soalan ayat tanya yang juga merupakan salah satu topik yang diajarkan dalam HSPBM.
Soalan ini adalah sangat mudah dan mempunyai Aras pelajaran pada tahaun 1 kerana
hanya memerlukan pelajar memilih satu ayat tanya yang paling sesuai.26) Kami menerima
pujian dari Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir, kata Asmah. 14
15. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat di atas. A Asmah memberitahu bahawa
mereka mendapat pujian daripada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. B
Asmah menerangkan bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah
menjuarai pertandingan koir. C Asmah mendapat tahu bahawa mereka mendapat pujian
dariapda Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan koir. D Asmah menyatakan
bahawa kami memberikan pujian kepada Guru Besar kerana telah menjuarai pertandingan
koir. Analisis : Soalan ini adalah soalan yang berada dalam topik ayat banyak makna dalam
HSPBM di mana setiap jawapan yang dibina mempunyai persamaan dengan ayat dalam
soalan. Soalan ini juga dilihat berada pada Aras 3 seperti mana yang dinyatakan dalam
HSPBM kerana pelajar perlu membuat analisis setiap ayat pada jawapan soalan dan memilih
satu ayat yang mempunyai maksud yang sama dengan ayat yang terdapat pada soalan.27)
Nenek sedang menganyam tikar mengkuang di ruang tamu rumahnya. Pilih ayat yang sama
maksud dengan ayat di atas. A Tikar mengkuang sedang dianyam oleh nenek di ruang tamu
rumahnya. B Tidak mengkuangnya sedang nenek anyam di ruang tamu rumahnya. C Tikar
mengkuang nenek sedang dianyam olehnya di ruang tamu. D Tikar mengkuang diruang
tamunya sedang dianyam nenek. Analisis : Soalan ini juga adalah sama dengan soalan 26
yang mana memerlukan kemahiran pelajar dalam memilih ayat yang hampir sama dengan
dengan ayat yang terdapat dalam soalan. Ini menunjukkan bahawa soalan ini berada pada
Aras pelakaran pada tahaun 3.28) Pilih ayat yang betul. 15
16. A Kasut bertumit tinggi itu bukan sesuai dipakai oleh wanita yang mengandung. B
Telefon antik di kedai itu tidak untuk dijual tetapi untuk pameran sahaja. C Daerah Besut
bukan di negeri Kelantan tetapi di negeri Terengganu. D Budak lelaki yang bertahi lalat itu
tidak adik Sulaiman. Analisis : Soalan ini merupakan tajuk ke-20 dalam HSPBM di mana
pelajar perlu memilih ayat yang betul dalam pelbagai jenis ayat sma ada ayat majmuk, ayat
tunggal dan sebagainya. Dalam HSPBM, soalan seperti ini hanya berada pada Aras 2
kerana bentuk soalan yang dibina hanya sederhana sukar untuk dijawab oleh pelajar.29)
Pilih ayat yang betul. I) Para tetamu yang hadir dijemput masuk di dalam dewan itu. II)
Suhaila ialah sepupu saya kerana ibu saya dan ibunya adik-beradik. III) Antara Suzi ataupun
Nani, masing-masing tidak dapat melompat parit itu. IV) Saya tidak memahami
percakapannya kerana dia menggunakan bahasa pasar. A I dan II B I dan III C II dan IV D III
dan IV Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan soalan 28. Namun
begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di mana pelajar perlu memilih
beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya sebelum membuat pilihan. Soalan
ini juga adalah sesuai dan selari dengan objektif SPBM dalam memastikan pelajar mampu
membuat pilihan ayat yang betul dan tepat.30) Pilih ayat yang betul. I) Buku cenderama yang
berwarna keemasan itu untuk tetamu khas. 16
17. II) Di antara acara yang akan dipertandingkan ialah catur dan congkak. III) Puan Azian
yang mengajar di sekolah itu berasal dari Sandakan. IV) Pasukan bahas itu mendapat
tempat pertama kerana pembahas- pembahasnya mendapat tempat pertama. A I dan II B II

dan IV C III dan IV D I dan IV Analisis : Soalan yang dibina mempunyai persamaan dengan
soalan 28 dan soalan 29. Namun begitu, soalan ini berada pada Aras 3 dalam HSPBM di
mana pelajar perlu memilih beberapa ayat yang betul dan tepat sistem tatabahasanya
sebelum membuat pilihan. Soalan ini juga adalah sesuai dan selari dengan objektif SPBM
dalam memastikan pelajar mampu membuat pilihan ayat yang betul dan tepat.Ayat 31-35
adalah berdasarkan kepada petikan yang diberikan (Rujuk Lampiran)31) Pihak yang
membuang kenderaan buruk itu tidak dapat dikenal pasti kerana A kenderaan itu telah reput.
B kenderaan itu dibuang di jalan raya. C kenderaan itu tiada nombor pendaftaran. D
kenderaan itu diletakkan di tapak pelupusan. Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar
memahami petikan yang diberikan dan kemudiannya melengkap soalan yang terdapat dalam
soalan ini. Soalan ini dilihat berada pada Aras pelakaran pada tahap 3 kerana ayat yang
terdapat dalam setiap jawapan pada soalan ini adalah tidak sama dengan ayat yang terdapat
dalam petikan. Namun begitu, kemampuan pelajar dalam memilih ayat yang mempunyai
makna yang sama dengan ayat yang terdapat pada petikan akan membantu pelajar memilih
jawapan yang betul dan tepat. 17
18. 32) Penulis berpendapat gambara baik Kampung Seri Mersing terjejas disebabkan oleh
A lori diletakkan di hadapan sekolah. B ketiadaan tempat untuk berekreasi. C bau busuk
daripada tong sampah besar. D pembuangan kereta buruk di kampung itu. Analisis : Soalan
ini juga berapa pada Aras 3 di mana pelajar perlu memahami setiap ayat yang terdapat pada
petikan yang diberikan sebelum menjawab soalan ini. Ayat yang terdapat pada petikan juga
adalah berbeza dengan ayat yang terdapat pada jawapan soalan tetapi mempunyai maksud
yang hampir sama atau sama. Oleh itu, pelajar perlu memilih jawapan yang paling tepat
dalam menjawab soalan ini.33) Di manakah penunggang-penunggan basikal mempamerkan
keberanian mereka? A Gelanggang basikal lasak. B Tapak pelupusan samlah. C Kawasan
lapang dan jalan raya. D Persimpangan jalan dan di hadapan sekolah. Analisis : Soalan ini
juga berada pada Aras 3 yang mana memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan
soalan. Ini juga adalah selari dengan objektif yang dinyatakan dalam SPBM yang mana ingin
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar secara kreatif dan kritis.34) Yang berikut adalah
pernyataan tentang petikan kecuali A Penduduk membuang sampah di simpang-simpang
jalan. 18
19. B Penduduk berharap masalah mereka dapat diatasi. C Terdapat lori yang menghalang
laluan ke sekolah. Analisis : Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada
berkaitan dengan dengan petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung,
soalan ini memerlukan kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan
pelajar untuk menjawab soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras
pelakaran pada tahap 3.35) Rangkai kata menyakitkan mata dalam petikan bermaksud A
Penglihatan tidak jelas B Tidak enak dipandang C Memedihkan mata D Mata terasa sakit
Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan bahawa yang terdapat
dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi rangkai kata menyakitkan mata
yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu, pelajar perlu menggantikan setiap jawapan
ini pada ayat dalam petikan dan mencari jawapan yang paling tepat dan sesuai dengan
simpulan bahawa yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan ini dilihat mempunyai aras
pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang dinyatakan di atas.Soalan 36-

40 adalah berdasarkan petikan. (Rujuk Lampiran)36) Kemanakah penulis perlu pada malam
itu? 19
20. A Pondik buruk B Kelas tambahan C Berlatih bola sepak D Menziarahi kawan-kawannya
Analisis : Soalan ini lebih bersifat penyelesaian masalah di mana pelajar perlu menjawab
soalan berdasarkan kepada petikan yang telah dibaca. Kemahiran analitikal pelajar yang
tinggi akan dapat membantu pelajar untuk menjawab soalan ini. Ini juga menunjukkan
bahawa soalan ini berada pada aras pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu membuat
analisis terhadap petikan dan semasa menjawab soalan ini.37) Untuk menyelamatkan diri
daripada cakaran harimau itu, penulis A menjerit untuk meminta tolong B memeluk badan
harimau erat-erat. C meronta-ronta untuk melepaskan diri. D memukul kepada harimau
bertubi-tubi. Analisis : Soalan ini adalah sama dengan bentuk soalan 36 di mana pelajar
perlu memahami kandungan petikan dan menyempurnakan jawapan bagi soalan ini. Namun
begitu, ayat jawapan yang diberikan adalah berbeza dengan ayat yang terdapat pada petikan
dan ini memerlukan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dan memilih jawapan
yang paling tepat. Secara tidak langsung, soalan ini akan dapat membantu pelajar
menyelesaikan masalah dan mencapai objektif ketiga yang dinyatakan dalam SPBM sekolah
rendah.38) Siapakah sebenarnya yang dipukul oleh penulis? A Bantal peluk 20
21. B Badannya C Harimau D Adiknya Analisis : Soalan ini lebih bercirikan penyelesaian
masalah di mana pelajar perlu mengenal pasti ayat yang mempunyai perkaitan dengan
soalan ini dan soalan ini dinilai hanya berada pada aras pelakaran pada tahap 2.39) Pilih
pernyataan yang tidak benar tentang petikan. A Penulis tiduk sekatil dengan adiknya. B
Ranting kayu berbunyi kerana dipijak orang. C Penulis menyertai aktiviti kokurikulum di
sekolah. D Ayah dan ibu penulis mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Analisis :
Soalan ini memerlukan pelajar menilai setiap jawapan sama ada berkaitan dengan dengan
petikan yang telah dibaca atau sebaliknya. Secara tidak langsung, soalan ini memerlukan
kefahaman pelajar terhadap petikan yang dibaca bagi memudahkan pelajar untuk menjawab
soalan ini. Dengan demikian, maka soalan ini dinilai memunyai aras pelakaran pada tahap
3.40) Frasa peluh dingin dalam petikan membawa maksud penulis A ketakutan B kesejukan
C kepenatan D kekeliruan Analisis : Soalan ini mempunyai perkaitan dengan topik simbulan
bahawa yang terdapat dalam HSPBM dan pelajar perlu memberikan maksud bagi rangkai
kata peluh dingin yang dinyatakan pada petikan soalan. Untuk itu, pelajar perlu
menggantikan setiap jawapan ini pada ayat dalam petikan dan mencari jawapan yang paling
tepat dan sesuai dengan simpulan bahawa yang digunakan. Secara tidak langsung, soalan
ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3 seperti mana empat soalan lain yang
dinyatakan di atas. 21
22. Daripada analisis yang telah dijalankan di atas, dapat dilihat bahawa kesemua soalan
yang terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006
adalah soalan yang menepati pelbagai topik yang terdapat dalam HSPBM. Dalam pada itu,
soalan yang dibina juga mempunyai pelbagari aras pelakaran sama ada aras pelakaran
pada tahaun 1, tahap 2 ataupun tahap 3 yang juga selari dan bertetapan dengan HSPBM.
Namun begitu, soalan yang dibina dilihat kurang bertepatan dengan 10 objektif yang
terdapat dalam SPBM sekolah rendah. Daripada perbincangan yang telah dinyatakan,
semua soalan yang dibina hanya menepati 4 objektif utama iaitu objektif ketiga, objektif,

keenam, objektif ketujuh dan juga objektif kelapan. Sebaliknya, enam objektif lain yang
terdapat dalam SPBM tidak mampu dinilai daripada 40 soalan yang terdapat dalam Kertas 1
Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 ini. Kertas 2 : Penulisan 22
23. Dalam kertas soalan ini pula, terdapat tiga bahagian utama. Bahagian Amemerlukan
pelajar membina ayat daripada gambar yang disediakan dalambahagian ini, Bahagian B
memerlukan pelajar menghasilkan karangan daripada satutajuk yang dipilih dan Bahagian C
pula memerlukan pelajar menyenaraikanpengajaran daripada teks atau petikan yang
terdapat dalam bahagian soalan ini. Inibermakna bahawa kesemua soalan yang terdapat
dalam kertas 2 ini lebih menjuruskepada aspek penulisan Bahasa Melayu.Berdasarkan
kepada tiga bahagian soalan yang terdapat dalam Kertas 2 BahasaMelayu bagi peperiksaan
UPSR pada tahun 2006, maka berikut adalah analisis araskesukaran setiap soalan dan
perkaitannya dengan HSPBM dan SPBM sekolahrendah:-1) Soalan Bahagian A Soalan ini
memerlukan pelajar membuat penilaian terhadap satu gambar yang disediakan dan
kemudiannya perlu membina lima ayat berdasarkan kepada gambar yang disediakan.
Namun begitu, ayat yang dibina perlu mempuyai kesinambungan di antara satu ayat dengan
ayat yang lain. Ini bermakna bahawa soalan ini memerlukan kemahiran berfikir pelajar yang
tinggi dan memerlukan kemampuan pelajar dalam membina ayat yang menarik dan gramatis
seperti mana yang telah dipelajari dalam HSPBM. Keperluan terhadap kemahiran berfikir
yang tinggi dan pengetahuan pelajar yang baik dan memuaskan terhadap pelbagai jenis ayat
Bahasa Melayu, maka soalan ini dilihat mempunyai aras pelakaran pada tahap 3. Ini juga
turut dinyatakan dalam HSPBM di mana kemahiran pelajar dalam membina ayat yang
gramatis melibatkan aras pelakaran pada tahap 3.2) Soalan Bahagian B Seperti mana
kehendak soalan yang terdapat dalam Bahagian A, soalan yang terdapat dalam Bahagian B
ini pula memerlukan pelajar untuk membina 23
24. karangan daripada salah satu soalan karangan yang disediakan dalam soalan ini. Aras
pelakaran bagi soalan dalam Bahagian ini berada pada tahap 3 di mana pelajar perlu
membina ayat yang gramatis dan menarik dan menepati pelbagai jenis ayat yang telah
dipelajari dalam HSPBM. Ini juga adalah selari dengan objektif SPBM yang ingin menilai
kemahiran pelajar dalam menghasilkan karangan yang menarik, kreatif dan menggambarkan
pemikiran pelajar kritis. Dengan demikian, maka soalan yang disediakan akan dapat menilai
pelbagai aspek yang berkaitan dengan perkembangan kemahiran dan pengetahuan pelajar
terhadap sistem tatabahasa dalam Bahasa Melayu sekolah rendah. 3) Soalan Bahagian C
Dalam Bahagian C ini pula, pelajar perlu membaca petikan yang disediakan dan
kemudiannya mengenal pasti lima pengajaran yang boleh diperolehi menerusi petikan yang
disediakan. Soalan ini juga memerlukan kemahiran analitikal pelajar yang tinggi dan soalan
ini dilihat berada pada aras pelajaran pada tahap 3 kerana pelajar perlu meneliti lima
pengajaran yang diperolehi daripada petikan dan kemudiannya dipersembahkan dalam
bentuk ayat. Secara tidak langsung, ianya juga turut mencapai objektif yang terkandung
dalam SPBM sekolah rendah. Kedua-dua kertas peperiksaan Bahasa Melayu yang
digunakan dalam peperksaan UPSR mempunyai matlamat yang berbeza dan khusus seperti
mana huraian yang telah dinyatakan di atas. Ini juga menggambarkan akan proses membina
soalan-soalan ini yang mampu mencapai setiap objektif yang terdapat dalam SPBM dan
HSPBM sekolah rendah.3.0 Analisis Soalan UPSR 24

25. Di peringkat sekolah rendah, penilaian terhadap kemahiran pelajar dilakukan


menerusipelaksanaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mencakupi kepada
pelbagaiaspek seperti kemahiran lisan, kemahiran penulisan dan juga penelitian
terhadapperkembangan pengetahuan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa
Melayu.Untuk melihat kepada tiga perkara ini, maka kertas soalan Bahasa Melayu bagi
UPSRpada tahun 2006 akan dianalisis terhadap iga aspek berikut seperti mana
yangdinyatakan di bawah:-1) Kemahiran Lisan Lisan merupakan satu daripada kemahiran
yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Jika ditinjau
dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar
dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan
dialaminya. Murid akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. Kemahiran asas
dalam kemahiran lisan terdiri daripada dua kemahiran yang utama iaitu kemahira mendengar
dan kemahiran bertutur seperti mana yang dijelaskan di bawah:- a) Kemahiran Mendengar
Apabila seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan
mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang berlainan.
Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung kepada faktorfaktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar pendengarannya dan
pengamatan pendengarannya. Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai
kemahiran mendengar jika ia boleh:- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa. Memahami perkataan, konsep dan kemahiran
mendengar perkataan. Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
Mendengar secara kritikal. Mengudit. 25
26. Mengikut arahan. Memahami urutan atau sekuan. Mengingat kembali.
Menentukan idea utama / terpenting. Membuat inferens dan penyeluruhan atau
kesimpulan b) Kemahiran Bertutur Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran
lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi
bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara), jeda
serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang inamakan suprapenggalan ini
merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa,
perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana
pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam
pengajaran dan pembelajaran.Namun begitu, penilaian terhadap perkembangan kemahiran
mendengar mahupunkemahiran bertutur pelajar dalam peperiksaan UPSR adalah suatu
bentuk tidakyang tidak berlaku secara formal. Dalm erti kata lain, kemahiran
mendengarmahupun kemahiran bertutur pelajar bukanlah suatu bentuk penilaian
yangdiutamakan dalam peperiksaan UPSR. Ini dapat dilihat menerusi prosespembentukan
soalan peperiksaan UPSR yang mana tidak menjurus kepadakemahiran lisan. Sebaliknya,
soalan UPSR yang dibina lebih menjurus kepadakemahiran membaca dan kemahirna
menulis.Dalam soalan UPSR Bahasa Melayu Kertas 1 bagi Tahun 2006 misalnya,
terdapat40 soalan objektif yang mana memerlukan pelajar membaca setiap soalan
danmemilih jawapan yang tepat. Contohnya soalan 1 yang merupakan soalan dalam 26

27. bentuk golongan kata Bahasa Melayu dan soalan 2 yang merpakan soalan dalambentuk
kata adjektif. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1 bagi UPSRtahun 2006 ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat satu soalan yang menekankankepada kemahiran
mendengar. Sebaliknya, kebanyakan soalan yang terdapat dalamkertas soalan UPSR ini
lebih menjurus kepada kemahiran membaca. Kegagalanmurid dalam membaca dan
memahami setiap soalan akan menyebabkan pelajarmenghadapi masalah dalam menjawab
setiap soalan yang terdapat dalam kertasUPSR tersebut.Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu
bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006 pula,soalan yang terdapat dalam Kertas 2 Bahasa
Melayu ini lebih menjurs kepadakemahiran menulis dan tidak mempunyai sebarang unsur
kemahiran lisan. Namunbegitu, kemahiran membaca juga adalah antara kemahiran bahasa
yang perludikuasai oleh pelajar agar pelajar dapat menjawab setiap soalan yang
terdapatdalam Kertas 2 Bahasa Melayu ini.Daripada penjelasan dan penerangan yang
dinyatakan di atas, dapat dilihat bahawasoalan yang dibina dalam peperiksaan pada tahun
2006 sama ada dalam kertas 1mahupun kertas 2 tidak menekankan sebarang bentuk
kemahiran lisan sama adakemahiran mendengar mahupun kemahiran bertutur. Ini juga tidak
selari denganobjektif dan falsafah yang terkandung dalam SPBM sekolah rendah yang
manaingin meningkatkan kemahiran lisan pelajar. Contohnya dua objektif utama
yangterdapat dalam SPBM sekolah rendah seperti mana yang dinyatakan di bawah:-
Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam
konteks perbualan harian dan situasi formal Bertutur petah menggunakan sebutan dan
intonasi yang betul dalam pelbagai situasiDalam dua objektif yang dinyatakan di atas yang
juga merpakan objektif utamayang terdapat dalam SPBM sekolah rendah, kemahiran
mendengar dan kemahiranbertutur adalah antara kemahiran yang ingin dibentuk dan
ditingkatkan dalamkalangan pelajar. Walau bagaimanapun, setiap kemahiran ini tidak dinilai
dalam 27
28. peperksaan UPSR sama ada dalam kertas 1 mahupun dalam kertas 2 seperti mana
yang telah dijelaskan. Ini seterusnya memberikan gambaran bahawa kertas soalan UPSR
yang dibina tidak menjurus dan tidak mengambil kira aspek dua objektif utama yang
terkandung dalam SPBM. Secara tidak langsung, penilaian yang dilakukan dalam
peperiksaan UPSR akan menyukarkan untuk mencapai falsafah pendidikan kebangsaan dan
juga matlamat pengenalan mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah. Ini
adalah disebabkan oleh proses penilaian surmatif yang dilakukan tidak menekankan aspek
perkembangan kemahiran lisan pelajar. Sebaliknya, hanya menekankan kepada beberapa
kemahiran lain seperti kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis.2) Kemahiran
Penulisan Menulis ialah pembentukan symbol tulisan dalam bahasa. Sesuatu penulisan
bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat atau idea
kepada pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis
ialah penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang
bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan
pelajar menulis perkataan dan ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan
yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan
dalam kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan
ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Dalam pada itu,

kemahiran menulis juga melibatkan pelajar-pelajar supaya berfikir, menaakul, menyusun dan
mengolah idea sebelum dilahrikan dalam bentuk wacana yang lengkap. Pelajar-pelajar juga
perlu menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan
menulis kesimpulan. Dalam memastikan kemahiran menulis di kalangan pelajar akan dapat
ditingkatkan ke tahap yang lebih baik, terdapat beberapa elemen pengajaran kemahiran
menulis yang perlu difahami dan diketahui oleh setiap guru. Salah satu daripada adalah
proses atau peringkat dalam meningkatkan kemahiran menulis di kalangan pelajar.
Kemahiran menulis merupakan keupayaan pelajar menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea 28
29. melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
danpengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis,tanda
baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas. Pelajarjuga
digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisanimaginatif.Aspek
perkembangan kemahiran penulisan pelajar ini juga dapat dilihat menerusisoalan UPSR
yang dibina yang mana mampu menilai tahap perkembangankemahiran penulisan pelajar. Di
peringkat sekolah rendah, setiap soalan UPSRyang ingin dibina seharusnya mengambil kira
aspek kemahiran penulisan pelajaragar penilaian dapat dibuat sama ada kemahiran
penulisan pelajar telahberkembang ke tahap yang memuaskan atau sebaliknya. Ini juga
adalah selari danselaras dengan objektif keenam dan ketujuh yang terkandung dalam SPBM
sepertimana yang dinyatakan di bawah:- Memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti,
pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis
Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan
menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betulDalam dua
objektif yang dinyatakan di atas, kemahiran pelajar dalam penulisanadalah suatu perkara
yang sangat diutamakan agar pelajar dapat mengeluarkansegala idea dan pandangan
mereka dalam bentuk penulisan. Dalam penilaian yangdijalankan menerusi peperiksaan
UPSR, kertas soalan yang dibina dilihatmengambil kira kedua-dua objektif ini. Ini dapat
dilihat menerusi bentuk soalanyang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam
peperiksaan UPSR yang manamenekankan kepada aspek perkembangan kemahiran
penulisan pelajar. DalamKertas 2 Bahasa Melayu bagi kertas peperiksaan pada tahun 2006,
terdapat tigabahagian soalan yang utama seperti mana yang dijelaskan di bawah:- 29
30. Bahagian A : Soalan yang terdapat dalam bahagian ini memerlukan pelajar membina
lima ayat daripada satu gambar yang disediakan dalam bahagian soalan ini. Bahagian B :
Bahagian ini memerlukan pelajar memilih satu daripada tiga soalan yang sediakan untuk
membina karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Bahagian
C : Bahagian ini pula memerlukan pelajar membaca satu petikan teks yang disediakan dan
kemudiannya mengeluarkan atau menulis lima pengajaran yang diperolehi daripada teks
tersebut.Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan yang dinyatakan di atas, ketigatigabahagian soalan yang terdapat dalam kertas 2 Bahasa Melayu dalam peperiksaanUPSR
tahun 2006 menilai kemahiran penulisan pelajar. Keputusan yangdirekodkan oleh pelajar
dalam ujian ini akan menentukan sama ada kemahiranpenulisan pelajar telah berkembang
pada tahap yang terbaik atau sebaliknya.Sekiranya pelajar tidak dapat menjawab setiap
soalan yang terdapat dalam ketiga-tiga bahagian ujian ini, maka pelajar dilihat masih tidak

menunjukkanperkembangan kemahiran penulisan yang baik. Sebaliknya, pelajar


hanyamempunyai kemahiran penulisan yang sederhana dan mungkin juga berada
padatahap yang lemah.Dalam Bahagian A misalnya, sekiranya pelajar tidak dapat membina
ayat daripadagambar yang disediakan dalam bahagian ini, maka kemahiran pelajar masih
beradapada tahap yang kurang memuaskan. Sebaliknya, kemampuan pelajar
dalammembina ayat dengan baik memperlihatkan perkembangan kemahiran
penulisanpelajar. Begitu juga dengan kemampuan pelajar menjawab setiap soalan
yangterdapat dalam Bahagian B dan Bahagian C yang mana akan menilai
tahapperkembangan kemahiran penulisan pelajar yang sebenar. 30
31. Menerusi bentuk soalan ujian seperti ini juga, penilaian yang dibuat akan dapat dilakukan
secara terus menerusi keputusan yang diperolehi oleh setiap pelajar. Secara tidak langsung,
ianya juga akan membantu menentukan capaian setiap objektif yang terdapat dalam SPBM
sama ada telah dapat dicapai dengan sebaik mungkin atau sebaliknya. Namun begitu, aspek
penilaian kemahiran penulisan pelajar hanya dapat dinilai daripada pencapaian pelajar
dalam Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR. Sebaliknya, kemahiran penulisan pelajar tidak dapat
dinilai daripada Kertas 1 Bahasa Melayu UPSR kerana kertas soalan ini tidak mempunyai
sebarang bentuk soalan penulisan. Kesemua soalan yang terdapat dalam kertas 1 adalah
soalan berbentuk aneka pilihan yang mana memerlukan kemahiran membaca, kemahiran
menaakul dan kemahiran pelajar dalam menyelesaikan masalah dengan membuat pilihan
jawapan yang tepat. Walau bagaimanapun, soalan ujian yang dibina dalam peperiksaan
UPSR khususnya dalam Kertas 2 Bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai medium dalam
menilai perkembangan kemahiran penulisan pelajar.3) Sistem Bahasa Bahasa adalah
penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan
aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki berbagai
definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut:- Satu sistem untuk mewakili benda,
tindakan, gagasan dan keadaan. Satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan
konsep riil mereka ke dalam pikiran orang lain. Satu kesatuan sistem makna. Satu kode
yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membedakan antara bentuk dan makna.
Satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan. 31
32. Satu sistem tuturan yang akan dapat dipahami oleh masyarakat linguistik.Bahasa erat
kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasaadalah fungsi kognisi
tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkajibahasa ini disebut sebagai
linguistik, atau pakar bahasa.Menetapkan perbezaanutama antara bahasa manusia satu dan
yang lainnya sering amat sukar. Chomsky(1986) membuktikan bahawa sebahagian
dialekJerman hampir serupa denganbahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga
tidak mudah dikenali sebagaibahasa lain, khususnya Jerman.Dalam sistem Bahasa Melayu,
terdapat beberapa perkara, bidang, tema atau topikyang akan dipelajari oleh pelajar seperti
tajuk golongan kata Bahasa Melayu, jeniskata, jenis ayat dan sebagainya. Kesemua topik
dan komponen dalam sistemBahasa Melayu ini akan dinilai dalam peperiksaan Bahasa
Melayu. Soalan-soalanyang dibentuk dalam kertas soalan UPSR juga banyak menjurus
kepada kepelbagaitopik yang terdapat dalam HSPBM seperti mana yang dijelaskan di
bawah:- Golongan Kata Bahasa Melayu Golongan kata Bahasa Melayu adalah antara
sistem bahasa yang dinilai dalam peperiksaan UPSR khususnya yang terdapat dalam Kertas

1 Bahasa Melayu. Berdasarkan kepada kertas soalan peperiksaan UPSR bagi Bahasa
Melayu Kertas 1 pada tahun 2006, jenis kata nama, kata kerta dan kata adjektif adalah
antara golongan kata Bahasa Melayu yang dinilai. Soalan 1 misalnya merupakan bentuk
soalan Kata Nama, soalan 2 merupakan bentuk soalan Kata Adjektif, soalan 4 merupakan
bentuk soalan Kata Nama dan soalan 9 32
33. merupakan bentuk soalan Kata Kerja. Kesemua aspek golongan kata Bahasa Melayu
turut dinilai dalam kertas 1 Bahasa Melayu ini yang juga mampu menilai tahap
perkembangan pelajar terhadap sistem bahasa dalam Bahasa Melayu. Kata Terbitan
Dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu yang dibina, penilaian juga turut dijalankan ke
atas kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap kata terbitan seperti kata berimbuhan,
kata majmuk dan juga kata ganda. Ini juga dapat dilihat dalam beberapa soalan yang
terdapat dalam Kertas 1 Bahasa Melayu yang menyentuh soalan yang berkaitan dengan
kata terbitan. Contohnya seperti soalan 4 dan soalan 13 yang juga merupakan antara soalan
kata majmuk, soalan 17 yang merupakan soalan kata majmuk dan pelbagai soalan yang
berkaitan dengan kata berimbuhan seperti soalan 5, soalan 9, soalan 11, soalan 15 dan
sebagainya. Kesemua soalan kata tertbitan ini juga adalah antara topik yang turut
terkandung dalam HSPBM menerusi pelaksanaan pelbagai tema pengajaran. Jenis Ayat
Soalan peperiksaan UPSR yang dibina juga turut menguji dan menilai penguasaan pelajar
terhadap pelbagai jenis ayat yang juga menjadi antara komponen dalam sistem Bahasa
Melayu. Contohnya seperti ayat tunggal, ayat majmuk, ayat pasif, ayat aktif dan sebagainya.
Kefahaman pelajar terhadap pelbagai jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu akan
membantu pelajar menjawab setiap soalan dengan baik dan cemerlang. Sebaliknya,
kelemahan pelajar dalam sistem Bahasa Melayu akan mempengaruhi pencapaian pelajar.
Dalam Kertas 1 Bahasa Melayu bagi peperksaan UPSR pada tahun 2006, terdapat
beberapa bentuk soalan yang berkaitan dengan jenis-jenis ayat dalam 33
34. sistem Bahasa Melayu. Soalan 21 hingga soalan 40 adalah adalah antara soalan yang
menjurus kepada topik jenis-jenis ayat dalam sistem Bahasa Melayu. Ini seterusnya mampu
menilai kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang terdapat
dalam sistem Bahasa Melayu. Selain daripada tiga topik yang dinyatakan di atas yang dinilai
dalam peperiksaan UPSR khususnya dalam Kertas 1 Bahasa Melayu, terdapat beberapa
topik lain yang turut diuji dan dinilai dalam peperiksaan Bahasa Melayu seperti penjodoh
bilangan, kata hubung, kata pemeri dan pelbagai jenis sistem tatabahasa yang terdapat
dalam Bahasa Melayu dan yang terkandung dalam HSPBM. Ini juga menjelaskan bahawa
setiap soalan yang dibina dalam Kertas 1 Bahasa Melayu adalah selari dengan topik yang
diajarkan menerusi HSPBM. Ini seterusnya membantu dalam mencapai beberapa objektif
yang terdapat dalam SPBM. Dalam Kertas 2 Bahasa Melayu untuk peperiksaan UPSR pada
tahun 2006 pula, penilaian yang dijalankan hanya tertumpuh kepada jenis-jenis ayat yang
mana pelru dihasilkan oleh pelajar menerusi tiga bahagian soalan. Setiap soalan
memerlukan pelajar membina ayat sama ada ayat tunggal, ayat majmuk, ayat aktif ataupun
ayat pasif berdasarkan kepada pengetahuan pelajar. Ini seterusnya mampu menilai
perkembangan kemahiran pelajar terhadap penguasaan sistem bahasa pelajar
khususnyayang berkaitan dengan jenis-jenis ayat Bahasa Melayu.Berdasarkan kepada
penilaian dan analisis yang dinyatakan di atas, dapat dilihatbahawa bentuk soalan yang

terdapat dalam kertas peperiksaan UPSR bagi matapelajaran Bahasa Melayu sama ada
dalam Kertas 1 ataupun Kertas 2, turut mengambilkira pelbagai aspek yang terkandung
dalam SPBM dan HSPBM. Ini juga menjelaskanakan proses pembentukan soalan
peperiksaan UPSR bagi mata pelajaran Bahasa 34
35. Melayu ini adalah selari dengan objektif yang terkandung dalam SPBM dan pelbagai
topik yang terkandung dalam HSPBM.4.0 Falsafah, Objektif dan Organisasi Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah Setiap proses penilaian yang ingin dilakukan ke
atas pelajar sekolah rendah perlu menjurus kepada matlamat dan objektif yang terkandung
dalam SPBM. Dalam pada itu, setiap soalan ujian Bahasa Melayu juga perlu berasaskan
kepada tema dan topik yang terkandung dalam HSPBM. Ini adalah untuk memastikan agar
setiap penilaian yang dilakukan khususnya dalam peperiksaan Bahasa Melayu akan dapat
dilakukan dengan sebaik mungkin dan seterusnya mampu menilai kejayaan pelaksanaan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai setiap objektif yang terkandung dalam
SPBM sekolah rendah. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub
dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah
rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa
bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga
berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi
bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat
rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat kewarganegaraan. Kurikulum Bahasa
Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani.
Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan
berkomunikasi dan dapat menggunakan 35
36. tatabahasa secara betul dan tepat. Selain itu,murid mampu mengungkapkan
ilmupengetahuan daripada mata pelajaran yang lain di samping mengembangkan
kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif.Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah memberikan tumpuan kepadakemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan
Bertutur, Kemahiran Membaca,dan Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan
murid menggunakanbahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai
bahasa ilmu untukpembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu
serta bagitujuan rekreasi.Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada
pelbagai gayapembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.
Aktivitikokurikulum Bahasa Melayu yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah
pentingsebagai sokongan bagi memantapkan kemahiran berbahasa murid.Sukatan
Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum BahasaMelayu. Sukatan
Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasikandungan. Organisasi
kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, HasilPembelajaran, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum. Terdapat enam dokumensampingan yang dikenali sebagai Huraian
Sukatan Pelajaran untuk panduan guru dalampengajaran dan pembelajaran. Huraian
Sukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiaptahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun
enam.Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang

menjadipanduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa


aspekyang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang
hendakdicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa
Melayu,pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran
BernilaiTambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. 36
37. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawaldan
bersistem.Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan
SukatanPelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni semangat
FalsafahPendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang
perludikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut
tahapkesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran
dibahagikankepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.Strategi
pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti danpenggunaan sumber
mestilah berdasarkan HSPBM. Kreativiti memilih, menyusun, danmengolah aktiviti mengikut
kesesuaian murid adalah perkara utama di dalampengajaran dan pembelajaran. HSPBM
diharapkan dapat membantu para gurumerancang dan melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan.Kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kemahiran belajarcara belajar, dan pelbagai lagi adalah aktiviti yang memberi
penekanan kepada unsurnilai tambah. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraantetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan
kepadamurid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.Ini
bermakna bahawa pengenalan SPBM dan HSPBM di peringkat sekolah rendahadalah untuk
meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan pelajar. Untuk itu,terdapat beberapa
objektif yang ingin dicapai dalam SPBM dan HSPBM seperti manayang dijelaskan di bawah:37
38. a) Mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal b) Bertutur petah menggunakan sebutan
dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi c) Berbincang dan berkongsi pendapat untuk
menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu
perkara d) Membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan
menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan
memproses maklumat secara kritis e) Memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke
arah membina budaya pembelajaran berterusan f) Memperkembang kekuatan imaginasi,
kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca,
dan menulis g) Mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan
betul h) Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan
sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis i) Menghargai
dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu j)
Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan perasaan
cinta akan negara.Ini bermakna bahawa terdapat 10 objektif utama yang ingin dicapai dalam
SPBMseperti mana yang dinyatakan di atas. Dalam mencapai kesemua objektif ini,
makaHSPBM dibentuk dengan beberapa tema dan tajuk untuk dipelajari oleh murid

dandinilai dalam peperiksaan UPSR. Antara tema dan tajuk yang pengajaran
danpembelajaran yang terdapat dalam HSPBM yang turut dinilai dalam peperiksaan
UPSRadalah seperti tema patritiosme, tema sukan, tema perpaduan, tema penginapan,
tema 38
39. perikanan, tema teknologi maklumat, tema semangat patriotik, tema pendidikan,
temamakanan, tema pengalaman, tema sains dan teknologi, tema cerita rakyat,
temapersekitara kita dan pelbagai bentuk tema lain.Menerusi setiap tema yang terdapat
dalam HSPBM ini, proses pelaksanaan aktivitipengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
di dalam bilik darjah akan mengambilkira aspek kemahiran membaca, kemahiran menulis,
kemahiran mendengar dan jugakemahiran bertutur. Kesemua empat kemahiran ini adalah
jenis kemahiran bahasa yangakan dijalankan oleh setiap murid dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalambilik darjah.Namun begitu, proses penilaian dalam peperiksaan UPSR
hanya melibatkan duakemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan juga kemahiran
menulis.Kemahiran membaca dinilai dalam kertas kefahaman di mana murid perlu
menjawabpelbagai bentuk soalan bagi pelbagai tema seperti mana yang terkandung
dalamHSPBM sekolah rendah. Bagi kemahiran menulis pula yang terdapat dalam
kertaspenulisan, murid perlu menghasilkan suatu penulisan ilmiah berdasarkan
kepadabeberapa tajuk yang juga selari dengan tema yang terkandung dalam HSPBM.
Walaubagaimanapun, hanya dua jenis kemahiran ini sahaja yang dinilai dalam
peperiksaanUPSR. Sebaliknya, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai
secaraterperinci dalam peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua kemahiran ini
hanyadinilai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
Inibermakna bahawa penilaian secara formal terhadap kemahiran bertutur dan
kemahiranmendengar murid tidak dapat dilaksanakan. Perkara ini mungkin disebabkan
olehbeberapa faktor seperti cara penilaian yang masih tidak dapat ditentukan
piawaiannya,kemahiran penilai dalam membuat penilaian dan pelbagai faktor lain.Justeru,
dapatlah disimpulkan bahawa HSPBM sekolah rendah khususnya pada TahapDua sangat
menekankan kepada empat kemahiran bahasa yang utama seperti mana 39
40. yang dinyatakan dalam organisasi kurikulum Bahasa Melayu iaitu kemahiran membaca,
kemahiran menulis, kemahiran bertutur dan juga kemahiran mendengar. Namun begitu,
proses penilaian yang dilaksanakan dalam peperiksaan UPSR hanya melibatkan dua
kemahiran yang utama iaitu kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Sebaliknya,
kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur tidak dinilai secara sistematik dalam
peperiksaan UPSR. Sebaliknya, kedua-dua jenis kemahiran ini hanya dijalankan secara tidak
formal dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.5.0
Kesimpulan Berdasarkan kepada analisis yang dijalankan ke atas Kertas 1 dan Kertas 2
Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR pada tahun 2006, dapat dilihat bahawa setiap
soalan yang dibina bertepatan dengan HSPBM. Ini adalah disebabkan oleh bentuk soalan
yang terdapat dalam Kertas 1 mempunyai perkaitan dengan pelbagai tajuk atau topik yang
terdapat dalam HSPBM. Begitu juga dengan soalan yang terdapat dalam Kertas 2 yang turut
menilai kemahiran pelajar terhadap pelbagai jenis ayat yang telah dipelajari dalam HSPBM.
Namun begitu, objektif yang dinyatakan dalam SPBM hanya capat dicapai sebahagiannya
kerana soalan yang dibina tidak mengambil kira beberapa perkara yang terdapat dalam

SPBM. Contohnya seperti objektif pertama dalam SPBM iaitu mendengar pengucapan
dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian
dan situasi formal yang mana tidak dapat dinilai menerusi ujian bertulis. Sebaliknya, hanya
mampu dinilai menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik
darjah. Walau bagaimanapun, setiap soalan yang dibina dalam Kertas 1 dan Kertas 2
Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR masih tertumpuh kepada kandungan SPBM dan
HSPBM sekolah rendah. 40
41. RujukanAbdullah Hassan, (1987). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa
Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala
LumpurAspalaila Ramli Dan Maslinda Mahmud, (2006). Sk. Sawah Dato, Mersing, Johor. :
Meningkatkan kemahiran Murid membaca Ayat-Ayat Yang Mengandungi Perkataan
Gabungan Dua Suku Kata Terbuka Dan Tertutup Kv+KVK. Jurnal Kajian Tindakan,
JohorKementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaKementerian Pendidikan Malaysia, (1992). Asas
Kemahiran Berbahasa KBSR, Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, Dewan
Bahasa Dan Pustaka, Kuala LumpurProf. DR. Henry Guntur Tarigan (1994). Membaca
sebagai statu keterampilan berbahasa. Indonesia: Penerbit ANGKASA BandungRoziah Binti
Abd Hamid, (2005). Sekolah Kebangsaan Kuala Tahan : Meningkatkan Kemahiran Membaca
Murid-murid Tahun 1 Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar, Prosiding
Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA,PahangSharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu
Pendidikan Pedagogi, Heinemann Asia, Kuala LumpurSofiah Hamid. (1983). Bacaan Bahasa
Malaysia di Peringkat Sekolah Rendah, Utusan Publication, Kuala LumpurSusanna Clare
Philips. (1999). Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Murid-Murid Bermasalah
Pembelajaran dalam Program Inklusif, Jurnal Pendidikan, Bilangan 17, Maktab Perguruan
Ilmu Khas, Kuala Lumpur 41
42. Zainora Binti Mohd @ Man. (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid Tahun 5
Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata, Prosiding Seminar Penyelidikan
Pendidikan, Jurnal IPBA, Kuala Lumpur 42

Anda mungkin juga menyukai