Anda di halaman 1dari 16

1

TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

School of Education and Cognitive Science

EMM 413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa


Melayu

Tugasan
2
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Perincian Tugasan (40%)

Tugasan ini terdiri daripada TIGA Bahagian.

Bahagian A: - 10% (3 halaman)

Baca artikel bertajuk “Keupayaan Menguasai Kemahiran Menulis Melalui


Pembelajaran Berasaskan Projek dalam Penulisan Berbentuk Risalah di Sekolah
Rendah” oleh Yahya Othman.

Berdasarkan artikel di atas:

a) Bincangkan isu dalam artikel ini


b) Perancangan dan pelaksanaan tindakan yang dilakukan
c) Hasil dapatan dalam artikel ini

[PENTING: Pastikan anda menggunakan perkataan sendiri dan tidak menyalin


ayat-ayat daripada artikel. Markah akan ditolak jika anda berbuat demikian].

Bahagian C: - 10%

Tulis satu esei bertajuk – 4-5 halaman

“Cabaran-Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan Pengajaran


Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu di Sekolah Saya”

Garis Panduan:
 Adakah pengajaran kemahiran menulis bertumpu kepada kaedah tertentu?
 Kaedah pengajaran menulis yang tidak menarik atau merangsangkan
murid
 Kemahiran asas dan latar belakang murid menimbulkan masalah
 Peruntukkan masa untuk kemahiran menulis
 Pengajaran kemahiran tidak diberi perhatian sewajarnya
 Kemahiran guru mengajar kemahiran menulis
 Lain-lain isu - berdasarkan pemerhatian dan pengalaman anda
3
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Bahagian C: - 20% - bilangan halaman ditentukan oleh anda

Pilih satu tajuk karangan dan berikan kepada murid anda. Pilih 5 karangan daripada
murid cemerlang, 5 daripada murid sederhana dan 5 daripada murid lemah. Jumlah
keseluruhan adalah 15 karangan. Kaji kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar dari aspek morfologi, sintaksis dan penggunaan penanda wacana.

Berdasarkan data karangan tersebut, bandingkan kesalahan yang dilakukan oleh 3


kategori pelajar tersebut dari aspek morfologi, sintaksis dan penanda wacana. Analisis
perkara-perkara berikut:

a) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan


cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut.
b) Tunjukkan jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan
cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut.
c) Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan
cadangkan pembetulan bagi kesalahan tersebut.

Format Tugasan

 Gunakan kertas saiz A4 dan ditaip 1.5 langkau (1.5 spacing)

 Gunakan Font Times New Roman, saiz 12

 Hantar Tugasan pada Tutorial ke 3

 Gunakan Muka Hadapan

 Tulis NAMA dan NOMBOR MATRIK pada halaman pertama.


4
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Muka Hadapan

TUGASAN

September 2015 SEMESTER

KOD KURSUS EMM 413

NAMA KURSUS PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS DALAM


BAHASA MELAYU

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

Apa itu karangan ? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:677), karangan
ataupenulisan boleh didefinasikan dengan pelbagai makna dan maksud, antaranya
5
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

ialah ciptaan,gubahan, karya dan banyak lagi. Sementara itu menurut Raminah Hj.
Sabran dan Rahim Syam(1985: 200), karangan ialah penglahiran perasaan dan fikiran
secara bertulis berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam jumlah perkataan
yang terhad dan masa yang telah ditetapkanoleh guru.Dalam
konteks pendidikan formal, menulis karangan ini secara tidak langsungmemberikan
peluang kepada pelajar untuk menyatakan pendapat, idea, ulasan dan komen
merekatentang sesuatu tajuk atau isu yang telah diberikan oleh guru secara teratur dan
betul penggunaanbahasanya dalam bentuk ayat secara bertulis dan berperenggan yang
dimulakan denganpengenalan, isi dan di akhiri dengan
kesimpulan.Sementara itu mengikut Kamus Dewan Edisi Ke-
4 (2005:1372), mendefinisikankesalahan sebagai perihal salah (perbuatan salah,
kesilapan), Oleh yang demikian, kesalahantatabahasa boleh ditakrifkan sebagai
kesalahan atau kesilapan yang dilakukan sama ada secarabertulis atau lisan yang tidak
mengikut peraturan nahu sesuatu nahasa itu. Ibrahim Ahmad(1989:612-614)
mengatakan bahawa kesalahan bahasa boleh berlaku pada mana-mana
peringkatpelajaran bahasa tetapi biasanya seseorang pengajar lebih mudah mengukur
kesalahan bahasapelajarnya melalui hasil tulisan mereka.Kesalahan bahasa ini boleh
berlaku pada berbagai-bagai peringkat seperti peringkat ejaandan tanda baca;
peringkat morfologi, iaitu pembentukan kata; peringkat sintaksis, iaitu
kesalahanpembentukan ayat dan peringkat semantik, iaitu tentang makna. Tambah
beliau lagi, langkahmengenal pasti punca kesalahan ini adalah langkah pertama ke
arah menyusun rancanganpemulihan. Daripada pengenalpastian punca kesalahan yang
dilakukan, seseorang guru dapatmenarik perhatian pelajar terhadap sebab musabab
terjadinya kesalahan yang mereka lakukan.
Pada tugasan kali ini, saya dikehendaki menggunakan

sepuluh karangan yang pernah saya semak dalam kalangan pelajar-pelajar saya dengan
mengkaji kesalahan-kesalahan yang dilakukan olehpelajar dari aspek tatabahasa dan
penggunaan penanda wacana. Berdasarkan data karangantersebut, saya dikehendaki
menganalisis perkara-perkara berikut:(d)

Jenis-jenis kesalahan daripada aspek morfologi dan cadangkan pembetulan


bagi kesalahantersebut.(e)

Jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan bagi


kesalahantersebut.(f)

Penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagi


kesalahantersebut.Analisa kesalahan-kesalahan pelajar dari aspek tatabahasa dan
penguasaan penandawacana ini dilakukan ke atas sepuluh respondan (sepuluh
buah karangan) iaitu sepuluh orangpelajar Tahun Lima Mawar dari Sekolah
Kebangsaan Seroli, Sungai Siput (U). Sekolah inimerupakan sebuah sekolah luar
bandar yang yang terletak di Daerah Kuala Kangsar, Perak danmempunyai jumlah
pelajar sebanyak 71 orang murid
Dalam bidang morfologi, aspek kesalahan pelajar akan dinilai dan
diperbincangkanmeliputi perkara-perkara yang berikut:i.

Jenis-jenis
kataa) Kata tunggal / kata akar b) Kata terbitan c) Kata majmuk d) Kata ganda e) Akr
onimii.
6
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Pembentukan kataa) Imbuhan b) Pemajmukan c) Gandaan d) Gabungan e) Ejaaniii.

Penggolongan kataa) Kata nama b) Kata kerja c) Kata adjektif d) Kata Tugas
Kesalahan Ejaan (K4)Berdasarkan analisa yang dibuat, kesalahan ejaan merupakan kesalahan
aspek morfologi yang paling tinggi dilakukan oleh pelajar. Kesalahan yang dilakukan i
ni berjumlah 9kesalahan yang mewakili 30 peratus keseluruhan kesalahan morfologi.
Antara contoh kesalahanejaan yang dilakukan ialah :i.

mengakat sepatutnya mengangkatii.

makam-makanan sepatutnya makan-makananiii.

mejerit sepatutnya menjeritiv.

tampa sepatutnya tanpav.

embulans sepatutnya
ambulans3.1.2 Kesalahan penggunaan imbuhan (K1)Kesalahan penggunaan imbuhan
menduduki tempat kedua teratas daripada keseluruhankesalahan yang dilakukan
pelajar iaitu 8 kesalahan yang mewakili 26.67 peratus. Antarakesalahan tersebut
ialah :(a)

Pengabaian imbuhan „meN


-

pada kata kerja aktif transitif. Lihat contoh kesalahanayat di bawah:i.

Kami pun pergi dekati kawan kami.ii.

Kita mestilah amalkan nilai yang baik dalam kehidupan.


Struktur ayat ( i) dan (ii)
ternyata struktur ayat aktif dengan kata kerja transitif. Mengikutrumus yang
sepatutnya kata kerja transitif „dekati‟ dan amalkan‟ perlulah di berikan awalan„meN
-. Justeru itu yang yang gramatis sebenarnya ialah :i.

Kami pun pergi mendekati kawan kami.ii.

Kita hendaklah mengamalkan nilai yang baik dalam kehidupan.(b)

Tidak dapat membezakan akhiran „


-
kan‟ dan „i‟
Contoh ayat yang salah ialah seperti berikut:i.

......... menjumpakan duitnya yang hilang.ii.

......... membaikki basikalnya yang rosak.Dalam ayat (i), pelajar keliru tentang
penggunaan a
khiran „
7
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

-
kan‟ dan „i‟.
Akhiran yangsepatutnya digunakan dalam ayat di atas ial
ah „i‟, dengan demikian
ayat yang gramatis ialah :i.

....... menjumpai duitnya yang hilang.


Sementara dalam ayat (ii) pula, adalah salah menggunakan akhiran „
-
ki‟. dalam
bahasa
Melayu akhiran „
-
ki‟ tidak pernah wujud. Ayat gramatis yang sepatutnya
ialah :ii.

....... membaiki basikalnya yang rosak.


Kesalahan penggunaan sesuatu kata (makna tidak tepat mengikut konteks ayat) -
K6Kesalahan penggunaan sesuatu kata ( makna tidak tepat mengikut konteks ayat)

K6ialah kesalahan morfologi ke-3 terbanyak yang dilakukan oleh pelajar.
Kesalahan ini mewakili20 peratus kesalahan semua dalam aspek morfologi atau
pembentukan kata ini.Kesalahan yang dimaksudkan ialah kesalahan penggunaan kosa
kata yang maknanya tidak menepati konteks wacana. Pemilihan kata yang adalah
penting kerana ketidaktepatanpenggunaannya akan menimbulkan pelbagai tafsiran kepada
pembaca karangan. Kepentinganpemilihan kosa kata yang tepat sangat ditekankan oleh
pakar-pakar bahasa seperti kata AwangSariyan :
“ Pemilihan
kata yang tepat merupakan salah satu syarat untuk melahirkan fikiran
yang jelas. Pemilihan kata atau diksi tidak hanya penting dalam karya kreatif, malah d
alam
karangan deskriptif juga”.
Antara jenis kesalahan dalam kategori ini ialah kesalahan-kesalahan berikut :a)

Kesalahan frasa yang membawa konotasi yang tidak tepat. Contohnya seperti
berikut :i.

Kami berlawak dengannya.ii.

........ suka menolong tak kira bangsa.Ayat di atas akan menjadi lebih gramatis
sekiranya ditulis seperti di bawah :i.

Kami bergurau dengannya.ii.

....... suka menolong tanpa mengira bangsa.

Kosa kata yang dipengaruhi bahasa lisanPenggunaan kata yang dipengaruhi bahasa lisan
amat susah untuk dipisahkan daripada
penulisanpara pelajar. Walaupun demikian, hal ini tidak seharusnya terjadi kerana pen
ulisan dalamkarangan seharusnya menggunakan bahasa tulisan yang rasmi dan baku.
8
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Berikut disenaraikanbeberapa contoh kesalahan penggunaan kosa kata lisan dalam pe


nulisan karangan pelajar:i.

.......tak payah la makcik.ii.

...... bersikap suka menolong tak kira bangsa.Ayat-ayat di atas akan lebih
gramatis sekiranya ditulis seperti berikut:i.

.....tidak payahlah makcik.ii.

.....bersikap suka menolong tidak kira bangsa.

Kosa kata yang dipengaruhi bahasa lisanPenggunaan kata yang dipengaruhi bahasa lisan
amat susah untuk dipisahkan daripada
penulisanpara pelajar. Walaupun demikian, hal ini tidak seharusnya terjadi kerana pen
ulisan dalamkarangan seharusnya menggunakan bahasa tulisan yang rasmi dan baku.
Berikut disenaraikanbeberapa contoh kesalahan penggunaan kosa kata lisan dalam pe
nulisan karangan pelajar:i.

.......tak payah la makcik.ii.

...... bersikap suka menolong tak kira bangsa.Ayat-ayat di atas akan lebih
gramatis sekiranya ditulis seperti berikut:i.

.....tidak payahlah makcik.ii.

.....bersikap suka menolong tidak kira bangsa.


Kesalahan penggunaan kata ganti diri

K2Setelah dianalisis kesalahan bagi penggunaan kata ganti diri ialah sebanyak 3
kesalahaniaitu mewakili 10 peratus dari keseluruhan kesalahan dalam aspek
morfologi. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan pelajar ialah seperti berikut:i.

Kami menelefon ibu dan ayahnya.......ii.

Salah satu tindakan kami ialah menelefon ambulans.Ayat-ayat di atas akan menjadi
gramatis sekiranya kata ganti diri yang betul digunakan.Ayat-ayat
tersebut sepatutnya ditulis seperti berikut.i.

Saya menelefon ibu dan ayahnya .......ii.

Salah satu tindakan saya ialah menelefon ambulans.


Kesalahan Penggunaan Kata Ganda

K4Terdapat juga kesalahan penggunaan kata dalam karangan pelajar yang
dianalisis.Kekerapan kesalahan itu sebanyak 2 kesalahan yang mewakili 6.67 peratus
yang merupakankesalahan yang paling kurang dilakukan oleh pelajar. Berikut antara
kesalahan pelajar tersebutseperti:i.

Banyak faedah-faedah membawa bekal ke sekolah ialah.......ii.


9
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Semua kawan-kawan menziarahinya di hospital.


Dalam ayat-ayat di atas kita dapati kata yang sudah bermaksud jamak telah
digandakan.Kata banyak dan semua sudah bermaksud jamak, jadi tidak perlu
digandakan lagi. Sekiranya kata
ganda tersebut hendak ditulis semula, maka kata „banyak‟ dan „semua‟ hendaklah
digugurkan.
Ayat-ayat yang gramatis perlu ditulis seperti berikut :i.

Banyak faedah atau Faedah-faedah membawa bekal ke sekolah ialah .......ii.

Semua kawan atau Kawan-kawan menziarahinya di hospital.3.1.6 Kesalahan


penggunaan kata sendi nama ‘di’ dan ‘ke’ –
K5
Kesalahan penggunaan kata sendi nama „di‟ dan


ke‟ dalam
penulisan pelajar yang dikajisebanyak dua kesalahan mewakili 6.67 peratus
Menurut Hakimi Iskandar dan Zairiah Mansor (2002: 19) penggunaan kata sendi
nama „di‟ dan„ke‟ adalah berbeza cara penggunaannya. Kata sendi nama „di‟
bermaksud berada atau sudah
sa
mpai di sesuatu tempat manakala kata sendi nama „ke‟ bermaksud arah yang hendak
dituju atau
belum sampai ke tempat yang dituju. Kesalahan yang dapat dikesan dalam karangan
pelajar ialah:i.

Ambulans pun tiba untuk membawa rakan yang cedera di hospital.ii.

Kami bermain bola sepak ke padang.


Dalam ayat (i) di atas, penggunaan kata sendi nama „di‟ adalah salah mengikut
konteks ayat
kerana ayat berkenaan bermaksud arah yang hendak dituju
dan belum sampai ke sekolah baruberkenaan. Jadi kata sendi nama yang sesua
i digunakan adalah kata sendi nama „ke‟. Ayat
tersebut sepatutnya ditulis:i.

Ambulans pun tibaa untuk membawa rakan yang cedera ke hospital.


Manakala dalam ayat (ii) di atas pula, penggunaan kata sendi nama „ke‟
sepatutnya digantikan
dengan penggunaan
kata sendi nama‟di‟ kerana dalam konteks ayat tersebut menunjukkan
bahawa sudah berada atau sudah sampai di sekolah berkenaan
yang diterangkan. Ayat yanggramatis sepatutnya ditulis:ii.

Kami bermain bola sepak di padang.


Jenis-jenis kesalahan daripada aspek sintaksis dan cadangkan pembetulan
bagikesalahan tersebut.Sintaksis
10
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2005:339), ditakrifkan sebagai bidang


ilmubahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Dalam
kata lain, bidangsintaksis juga merupakan sebagai kajian tentang hukum atau rumus
tatabahasa yang mendasarikaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok
perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Dalam bidang sintaksis perkara-
perkara berikut akan diperbincangkan.i.

Struktur ayat ianya meliputi Subjek , Predikat , Pola ayat dasar , Ayat
pasif dan Ayataktif ii.

Pembentukan ayat pula adalah Ayat selapis dan Ayat majmuk iii.

Jenis ayat adaah Ayat penyata , Ayat tanya dan Ayat seruiv.

Frasa melibatkan Hukum DM , pembentukan frasa dan konstituen terdekat dan tanda
baca
Dalam analisis sepuluh karangan murid ini saya mengenalpasti ada lima kesalahan
yangyang mewakili 17.86 peratus berkaitan dengan kesalahan struktur ayat yang
terdapat dalamkarangan pelajar. Kesalahan itu antaranya ialah :a)

Susunan konstituen ayat yang tidak betul.b)

Tidak mempunyai subjek atau subjek tidak lengkap.c)

Ayat tergantunga)

Susunan Konstituen ayat yang tidak betulSatu daripada kesalahan struktur ayat
tunggal yang dilakukan pelajar
ialah susunankonstituen ayat tidak betul. Contoh kesalahan yang dilakukan adalah sep
erti berikut :i.

Ini akan memberi pelajar faedah.


Kesalahan ini terletak pada kedudukan kata „faedah‟ yang sepatutnya berfungs
i sebagai
objeklangsung bagi ayat kerja aktif transitif „memberi‟. Ayat tersebut
akan gramatis jikaditulis seperti berikut:i.

Ini akan memberi faedah kepada pelajar.b)

Ayat Tidak Mempunyai Subjek atau Subjek Tidak Lengkapi.

Di samping itu dapat menjimatkan wang.Sepatutnya ayat yang gramatis ditulis seperti
berikut:i.

Di samping itu bekalan dibawa dapat menjimatkan wang.


c) Kesalahan Ayat TergantungAyat tergantung ialah satu frasa atau klausa yang tidak
dapat ditentukan sama ada subjek atau predikat ayat. Contoh ayat tergantung yang
ditemui dalam karang pelajar ialah :i.

Memberi faedah kepada saya.ii.


11
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Seterusnya ibu dan bapanyaAyat di atas (i) dan (ii) ialah ayat tergantung yang terbentuk
daripada satu frasa. Frasatersebut akan menjadi ayat tunggal yang betul strukturnya
jika ditulis seperti berikut :i.

Dengan membawa bekalan dapat memberi faedah kepada saya.ii.

Seterusnya ibu dan bapanya tiba ke hospital itu.


Kesalahan Struktur Ayat Tunggal (pasif)

A2Kesalahan struktur ayat tunggal yang dianalisis ialah sebanyak lima yang mewakili
17.86peratus dari jumlah kesalahan aspek sintaksis . Ayat tunggal pasif merupakan
ayang diterbitkan
daripada ayat aktif trasitif yang menggunakan imbuhan awalan transitif „me
-
„ itu dengan awalan
-awalan atau i
mbuhan pasif „di
-
„, „ter
-
„. „ber
-
„, „ke
-
an‟ dan perkataan „kena‟sebelum kata kerja pasif „itu‟ dalam ayat (Arbak Othman, !
984:246)
Contoh-contoh kesalahan struktur ayat tunggal (pasif) yang didapati daripada
karanganmurid adalah seperti berikut:i.

Akhirnya terpaksa pulang ke rumah.ii.

Dengan sebab itu kesakitan semakin menjadi-jadi.Dalam ayat di atas (i), menjadi
tidak gramatis kerana tidak mempunyai bahagian subjek
ayat. Dalam ayat (ii) pula, subjek ayat hendaklah diganti kata nama am „penyakit‟
dan bukann
ya
„kesakitan‟. Ayat
-ayat tersebut akan menjadi gramatis jika ditulis seperti berikut:i.

Akhirnya terpaksalah mereka pulang ke rumah.ii.

Dengan itu penyakit semakin menjadi-jadi.


Kesalahan Struktur Ayat Lain

A3Jenis-jenis kesalahan dalan kategori ayat ini ialah seperti ayat-ayat terlalu panjang
dankabur maksudnya, ayat-ayat yang boleh dipecahkan kepada ayat-ayat yang lebih
ringkas,
padatserta tepat. Dalam kesalahan (A3) ini didapati sebanyak tujuh kesalahan yang m
ewakili 25peratus dan merupakan kesalahan kedua tertinggi dalam aspek kesalahan
12
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

sintaksis. Berikutdiberikan satu contoh ayat yang terlalu panjang dipetik daripada
karangan pelajar yang dianalisis.i.

Selain itu, saya dan rakan-rakan terus mengangkatnya masuk ke dalam


ambulans,semasa dalam ambulans saya ternampak dia kesakitan, beberapa minit
kemudian sayadan rakan saya sampai ke hospital.Ayat di atas (i), ialah ayat yang
panjang dan sukat menentukan jenis-jenis ayatnyasama ada ayat tersebut ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancangan ataucampuran. Ayat-ayat jenis ini boleh
dibetulkan supaya gramatis dengan caramembetulkan strukturnya. Hal ini boleh
dilakukan dengan cara memecahkan ayat tersebutkepada ayat-
ayat yang lebih pendek, tepat dan gramatis. Misalnya salah satu cara untuk memperba
iki ayat tersebut adalah seperti berikut:i.

Selepas itu, saya dan rakan-rakan terus mengangkatnya masuk ke dalam


ambulans.Semasa dalam ambulans, saya ternampak dia kesakitan. Beberapa minit
kemudiansaya dan rakan-rakan sampai ke hospital.
Kesalahan Tanda Baca

(A4)Kesalahan ini merupakan kesalahan pelajar yang tertinggi iaitu sebanyak
sebelaskesalahan atau 39.28 peratus dari kesalahan aspek sintaksis. Boleh dikatakan
setiap pelajar yangdianalisa melakukan kesalahan ini. Antara kesalahan tanda baca
yang dilakukan oleh pelajardalam karangan mereka ialah seperti berikut:i.

Memulakan ayat dengan tidak menggunakan huruf besar.Contoh : semasa kami


bermain.....seharusnya,
S
emasa kami bermain.....ii.

Tidak menggunakan tanda pengikat kata bagi cakap ajuk.Contohnya, Ahmad pulang
ke rumah dan berkata assalamualaikum makcik.Sepatutnya,
Ahmad pulang ke rumah dan berkata,”Assalamualaikum makcik”.
iii.

Tidak meletakkan tanda soal (?) untuk ayat tanya.Contohnya, Mengapa kamu
menjerit.sepatutnya,Mengapa kamu menjerit?
Analisis penggunaan penanda wacana dalam karangan dan cadangkan pembetulan bagikesalahan
tersebut.5.1 Penggunaan Penanda WacanaPenanda wacana ialah perkataan ataupun
rangkaian perkataan yang berfungsi mempertalikansesuatu idea, hujah, dan pandangan
seseorang semasa menulis ataupun berucap. Seandainyasesuatu wacana berkenaan tidak
mempunyai penanda wacana yang tepat, ia akan menyebabkanseluruh kandungan
wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.Secara
keseluruhannya daripada hasil analisis saya terhadap sepuluh hasil penulisanpelajar
saya dapati sememangnya mereka menggunakan penanda wacana dalam penulisanmereka.
Lebih-lebih lagi penggunaan penanda wacana ini memang dititiberatkan oleh
guruBahasa Melayu mereka dalam menulis karangan. Walau bagaimanapun masih
terdapat beberapakesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam penggunaan
penanda wacana dalam penulisanmereka. Kesalahan-kesalahan penggunaan penanda
wacana dalam kalangan para pelajar adalahseperti berikut:i.
13
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Penggunaan tanda koma (,) selepas penanda wacana. Sebahagian pelajar


tidak meletakan tanda koma (,) selepas penanda wacana. Walau bagaimanapun
kesalahan inihanya mewakili peratusan yang sangat kecil kerana pelajar-pelajar
tersebut telahdiingatkan berkali-kali dalam hal tersebut.ii.

Penggunaan kata hubung pada awal ayat sebagai penanda wacana :Namun, Tetapi, Malah,
ManakalaSepatutnya : Akan tetapi, Namun begitu, sebagai penanda wacana.
Sementara
…..manakala……, ……malah…. ditulis untuk menghubungkan dua ayat dan
bukannya dijadikan sebagai penanda wacana.iii.

Penggulangan dan kekerapan menggunakan penanda wacana yang sama. Dalamhubungan ini,
biasanya penggulangan ini dilakukan oleh pelajar yang agak lemahdalam penulisan. Ini akan
menjadikan karangan mereka seolah-oleh tidak adakesinambungan di antara
perenggan dengan perenggan yang lain
Justeru itu, …digunakan sebagai penanda wacana.„justeru itu‟ ialah kata hu
bung yang
membawa maksud „malahan‟ atau „bahkan‟.Oleh sebab itu, penggunaan penanda
wacana pada permulaan perenggan tidak sesuai dan menyebabkan ayat tidak gramatis.
Penggunaan penanda wacana tersebut akan menjadikan ayat gramatis sekiranya „itu‟
digugurka
n menjadi „Justeru‟,
v.

Penggunaan „Ini kerana...‟ sebagai penanda wacana. „Ini kerana ..‟


sepatutnyadigantikan dengan „Hal ini demikian kerana...‟maka, ayat akan menjadi
gramatis. „Inikerana‟ merupakan kata sendi yang tidak boleh berad
a di permulaan ayatvi.

Penggunaan penanda wacana yang salah yang tidak menunjukan pertautan dari segikronologi.
Contoh kesalahan penggunaan penanda wacana pelajar yang tidak mengikut
kronologi atau memberi pengertian kepada persoalan waktu yang berkaitan :Sebagai
kesimpulan, dan akhirnya digunakan sebagai penanda wacana
di pertengahanperenggan. Sepatutnya penanda wacana yang disebutkan tadi digunakan
padaperenggan yang akhir sekali dalan sesuatu karangan.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan berdasarkan analisis yang telah saya lakukan terhadap
sepuluhkarangan pelajar jelaslah menunjukan bahawa pencapaian pelajar-pelajar
dalam aspek morfologi,sintaksis dan penggunaan wacana adalah di tahap lemah dan
memerlukan pembaikan. Malahkesalahan yang sering didapati dalam penulisan
karangan yang dilakukan oleh pelajar-pelajaradalah kesalahan morfologi, iaitu
kesalahan penggunaan kata dan pembentukan kata. Dalamaspek sintaksis, kesalahan
pelajar lebih menjurus dalam pembentukan ayat dan penggunaan tandabaca.
Sementara itu bagi penggunaan penanda wacana pula lebih kepada penggunaannya
yangkurang tepat yanag akan akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan
tidak mempunyai kesatuan dan berpautan dengan lengkap. Kesemua kesalahan ini
bukan sahajadilakukan oleh pelajar di peringkat sekolah rendah malah pelajar sekolah
menengah juga masihbanyak yang melakukan kesalahan berkenaan. Kesalahan-
kesalahan ini mungkin disebabkan olehkejahilan terhadap sesuatu yang dipelajari atau
14
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

tidak mengetahui akan rumus-rumus yang sebenarmengikut pandangan ahli-ahli


bahasa

Tugas menulis merupakan aktiviti yang kompleks oleh sebab menulis dalam apa jua
bahasa pun merupakan aktiviti mental yang kompleks dan melibatkan kemahiran
menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan
melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks. Ia bukan hanya
setakat mempelajari struktur dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu sahaja.
Apabila pelajar menulis, mereka bukanlah penerima bahasa yang pasif (passive
receptors) tetapi berperanan sebagai interaktor aktif (active interactors) yang saling
bertindak dengan bahasa yang digunakannya (Allen,1991).

Menulis memerlukan kemahiran bahasa seperti bertutur, membaca, mengeja


dan seterusnya (Tindal & Marston 1990). Penulisan juga memerlukan integrasi
pelbagai peraturan, kemahiran dan proses seperti tingkah laku kompleks yang lain
(Johnson & Grant 1989). Pada peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar sering
diberi pendedahan kepada penulisan karangan dari segi struktur pembinaan cerita dan
fungsinya.

Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan besar pelajar yang memulakan alam


persekolahan mempunyai kemahiran menulis yang amat rendah. Pelajar bermasalah
penulisan perlu diberi bimbingan melalui pengajaran. Guru perlu prihatin terhadap
aspek kelemahan penulisan yang dihadapi pelajarnya. Satu bentuk ujian penaksiran
yang membolehkan guru mengenal pasti kelemahan aspek penulisan pelajar-
pelajarnya, khususnya dari segi aspek tatabahasa, organisasi struktur penulisan atau
susunan kandungan dan sebagainya.

Pelbagai bentuk kajian yang mendalam telah dijalankan hasil daripada


keprihatinan terhadap masalah penulisan di kalangan kanak-kanak yang menulis
dalam bahasa Melayu. Dalam tugasan ini EMPAT penyelidikan yang berkaitan
dengan kesalahan penulisan karangan dan seterusnya mengkaji kesalahan-kesalahan
dari aspek tatabahasa dan penggunaan penanda wacana yang dilakukan oleh pelajar
dalam SEPULUH (10) buah karangan pelajar.
15
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Abdullah Hassan.(1993).
Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur :Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Abdullah Hassan.(2003).
Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis.
Pahang:PST Publication & Distributors Sdn. Bhd.Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005).
Kamus Dewan Edisi Keempat
. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Mohammed Sallehudin Aman. 1993
. Analisis Kesalahan Tatabahasa Melayu DiKalangan Pelajar Sekolah Menengah
Agama Atas
. Tesis Master Sains.Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia.Nik
Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood.(1996).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka.
Pg Mahmud Pg Damit. (1992).
Kesalahan Tatabahasa dan Tanda BacaanPelajar-Pelajar Melayu Di Peringkat Sekolah
Menengah Bawah Daerah Brunei Muara dan Daerah Tutong: Satu Perbandingan
. Tesis Master Sains,Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian
MalaysiaRaminah Hj Sabran.(1991).
Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia:Penerapannya pada peringkat sekolah
rendah
. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.Raminah Hj Sabran.(1983).
Satu Analisis Kesilapan Nahu Penutur Jati Bahasa Melayu

Di Kalangan Guru Pelatih


. Tesis M.Ed. Universiti MalayaZulkifley Hamid. (2004).
16
TUGASAN EMM413 Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu

Analisis Penguasaan Pengetahuan Bahasa Melayu Mahasiswa


, dlm Jurnal Dewan Bahasa, Jilid 4 Bil. 4. Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai