Anda di halaman 1dari 23

Pengenalan.

Menurut Kamus Dewan edisi keempat, pengajaran adalah sesuatu yang berkaitan
dengan proses mengajar.Pembelajaran pula berkait rapat dengan proses belajar
untuk mendapatkan ilmu.Menurut Hunter ( 1969 )pula dalam bukunya ‘Teach More’,
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkan pembelajaran
dalam diri murid-murid.Pembelajaran yang efektif pula berlaku dalam suasana yang
bersemangat.Oleh itu, pembelajaran bahasa ialah suatu proses interaktif yang
terhasil daripada aktiviti pelajar dan guru serta antara pelajar dan pelajar.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah, tiga
kemahiran bahasa sentiasa digabungjalin supaya pengajaran dan pembelajaran
hari itu meningkatkan pembelajaran dalam diri murid-murid dan lebih berkesan
serta mencapai objektif.
Tiga kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca serta kemahiran menulis.
Apa yang hendak dibincangkan dalam tugasan kali ini ialah kemahiran menulis
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Saya memilih
kemahiran menulis kerana menulis adalah kemahiran yang asas dalam kehidupan
seseorang.Pendapat ini sesuai dengan apa yang diperkatakan oleh A.E Smith.
Menurut A.E Smith ( 1959 )asas kemahiran menulis ini penting dalam dunia
persekitaran, pekerjaan dan kehidupan sosial seseorang.

Definisi
Menulis merupakan perbuatan menulis dengan tangan dengan tujuan untuk
membentuk simbol tulisan dalam bahasa agar mesej yang hendak disampaikan
dapat diterima dengan tepat oleh seseorang.Dalam aktiviti menulis penggunaan
huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf berkaitan dengan lambang bunyi akan

1
digunakan.Ini sesuai dengan apa yang diperkatakan Don Bryan (1979 ).Menurut
Don Bryan (1979 ), simbol grafik semasa menulis ialah penggunaan huruf-huruf atau
gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang dibuat ketika
bercakap.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan seseorang murid itu menulis dan
membentuk perkataan ,ayat dan melahirkan pelbagai idea melalui pelbagai jenis
penulisan yang berkaitan dengan persekitaran mereka termasuk pengalaman dan
pengetahuan mereka.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid adalah
yang paling penting kerana mereka merupakan sasaran pengajaran dan akan
mengalami proses pengajaran dan pembelajaran.Mereka mempunyai sifat-sifat
fizikal, kognitif dan sosial yang berbeza-beza.Dari segi psikologi pula mereka
mempunyai persamaan dan perbezaan hasil daripada perwarisan dan
persekitaran.Perbezaan-perbezaan inilah yang mempengaruhi mereka dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam pengajaran bahasa, terdapat banyak kesalahan yang dilakukan terutamanya
dalam kemahiran menulis kerana terlalu banyak peraturan pada sistem
bahasa.Pendapat ini besesuaian dengan pandangan Corder(1973). Menurut Corder
( 1973 ), sebab terjadi kesalahan bahasa ialah kerana terdapat banyak peraturan
yang ada pada sistem bahasa dan sistem bahasa mempunyai dialek-dialek tertentu
yang dicampur adukkan ke dalam bahasa formal.

a) Masalah – masalah yang dihadapi berkaitan kemahiran menulis


i) Tulisan yang tidak kemas dan tidak cantik serta tidak boleh dibaca.
Tujuan utama menulis ialah untuk menerangkan, menceritakan, melapor,
membincang, membahas dan mempengaruhi orang lain terhadap apa yang ingin
disampaikan.Tujuan utama menulis ini terdapat dalam pembelajaran Bahasa
Melayu. Sekiranya tulisan yang digunakan tidak kemas,tidak terang dan kurang
jelas,mesej yang hendak disampaikan itu tidak akan sampai kepada penerima
atau pembaca.Sebagai contoh, lihat salinan tulisan tangan murid pada contoh di
rajah 1 muka surat 3.

2
Rajah 1 : Tulisan yang tidak kemas, tidak cantik dan tidak boleh dibaca

Rajah 1 merupakan hasil daripada tulisan tangan seorang murid tahun 5.Tulisan
murid ini sukar sekali untuk dibaca dan tulisannya agak kurang jelas.Contoh ini
beserta dengan komen guru yang mengajar bahasa Melayu.
Masalah ini sering berlaku dalam kalangan murid.Ini kerana aktiviti menulis
ketika peringkat pramenulis mereka tidak mantap lagi.Sebenarnya peringkat
pramenulis menyediakan murid-murid untuk aktiviti menulis dengan betul dan
cantik.Sekiranya pada peringkat ini murid tidak diberi perhatian, murid tidak
dapat membentuk simbol tulisan dengan betul.Ini kerana latihan otot tangan dan
jari serta koordinasi tangan dan mata tidak dapat diberikan sepenuhnya secara
bersistematik dan lengkap.Akibatnya murid tidak dapat menulis bentuk-bentuk
tulisan tertentu dengan baik.Seterusnya pada peringkat pelahiran,murid tidak
dapat menguasai sepenuhnya kemahiran menulis.

3
ii) Tidak dapat membina ayat secara gramatis.
Ayat yang gramatis ialah ayat yang sempurna bentuk dan maknanya. Dalam
Kamus Dewan edisi keempat, gramatis bermakna berasaskan atau mengikut
prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul.Ini bermakna setiap ayat yang
dihasilkan oleh pengguna bahasa itu mestilah patuh dan tepat dengan
penggunaan tatabahasanya, sempurna bentuknya dan maksudnya. Murid-murid
bermasalah dalam membina ayat secara gramatis.Keadaan ini berlaku kerana
penggunaan kosa kata tidak meluas dan kurang pembacaan dalam kalangan
murid terutama kepada murid-murid yang tinggal di kawasan pedalaman.Rajah 2
ialah hasil binaan ayat oleh seorang murid tahun 6.Guru meminta murid
membina ayat berdasarkan perkataan yang digarisi.Ayat yang dibina tidak
bermakna dan tidak menepati hukum ayat.Ayat yang dibina sempurna
bentuknya tetapi tidak sempurna maknanya.
Rajah 2 : Pembinaan ayat yang tidak gramatis

4
Jika dilihat pada ayat yang pertama pada rajah 2,ayat ini sempurna bentuknya tetapi
tidak sempurna maknanya.Bentuk pasif ayat pertama ini memberikan makna
bahawa baju itu tidak mahu dipakai.Sepatutnya murid ini membina ayat, Saya tidak
mahu memakai baju itu.Begitu juga dengan ayat kedua.Budak nakal itu telah
dijatuhkan hukuman rotan oleh guru besar kerana mencuri barang rakannya.
Seharusnya ayat itu ditulis sebagai, Budak nakal itu telah dijatuhi hukuman rotan
kerana mencuri barang rakannya.Begitu juga dengan ayat ketiga.
Ayah menghadiahkan emak sehelai baju.Seharusnya ayat ini ditulis, Ayah
menghadiahi ibu sehelai baju.Ayat-ayat yang dibina oleh murid ini amat sempurna
sekali bentuknya tetapi tidak pada maksudnya.

iii) Tidak menggunakan tanda baca dengan betul semasa menulis karangan.
Tanda baca merupakan simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta
penyusunan penulisan dan juga intonasi.Tanda baca digunakan untuk membantu
pembaca dalam apa-apa sahaja bentuk penulisan. Murid juga sering melakukan
kesilapan dalam meletakkan tanda baca pada ayat dengan betul.Ini kerana murid
kurang mahir menggunakan simbol-simbol tanda baca ini.Murid masih keliru tentang
penggunaannya.Ini kerana kurangnya latihan berkaitan dengan penggunaan tanda
baca.Sejak Peperiksaan UPSR 2004, soalan berkaitan tanda baca telah
digugurkan.Atas sebab ini juga penggunaan tanda baca dipandang ringan oleh
sesetengah guru. Namun penggunaannya dalam bidang penulisan perlu diambil
berat.Rajah 3 menunjukkan kesalahan tanda baca yang sering dilakukan oleh
murid-murid. Contoh yang diberikan ini adalah salah satu daripadanya.

5
Rajah 3 : Tidak menggunakan tanda baca dengan betul
: Ejaan yang salah

Kesalahan tanda baca pada latihan murid ini ditanda dengan tanda
bulatan.Berdasarkan pada rajah 3,murid tidak meletakkan tanda noktah untuk
mengakhiri ayat.Murid juga tidak meletakkan huruf besar untuk permulaan ayat
mereka.Kesalahan ini adalah yang paling kerap dilakukan oleh murid dalam
kemahiran menulis terutamanya menulis karangan.

iv) Ejaan yang salah


Kesalahan bahasa yang dilihat daripada aspek ejaan didapati banyak berlaku
dalam kalangan murid kerana mereka tidak faham sesuatu keselarasan vokal,
sistem ejaan, imbuhan, partikal, gabungan kata, kata pinjaman, nama tempat, nama
orang dan istilah khusus.Penggunaan ejaan yang salah pasti menyukarkan
penerima maksud atau sesuatu mesej yang hendak disampaikan.Ejaan yang betul
dan tepat dapat menyampaikan maksud ayat dan difahami oleh penerima maklumat.

6
Pada rajah 3, kesalahan ejaan ditandakan dengan tanda / .Sebagai contoh ejaan
’suatu’ dieja oleh murid sebagai ’suwatu’, dan ’dibawa’ dieja sebagai ’dibawak’
mengikut sebutan harian murid.Murid masih belum faham dan keliru bagaimana
hendak mengeja perkataan dengan betul. Ini kerana mereka kerap mengeja
berdasarkan sebutan semata-mata dan bukan berdasarkan sistem ejaan
baharu.Sistem ejaan baharu ini tidak diperluaskan kepada murid-murid.Selain itu
sistem ejaan baharu ini juga terdapat kelemahannya sendiri.Sistem ejaan standard
ada 6 jenis vokal iaitu a,e,i,o,dan,u tetapi dalam sistem ejaan baharu, terdapat 5
huruf atau lambang vokal di mana lambang /e/ digunakan untuk vokal /e/ dan juga
vokal /a/.Dua vokal diberi satu lambang huruf.Sudah tentu keadaan ini mengelirukan
murid di samping murid mengeja mengikut sebutan mereka.

v) Mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil.


Dalam hal ini ,murid masih tidak dapat menguasai kemahiran mengenali huruf besar
dan huruf kecil.Sering kali murid mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil
dalam kemahiran menulis ini.Huruf besar digunakan bagi menunjukan permulaan
ayat dan kata nama khas.Sekiranya murid tidak dapat menguasai kata nama khas
dengan baik ,mereka akan kerap melakukan kesilapan di mana huruf besar dan
huruf kecil digunakan secara bercampur dalam perkataan dan ayat.Pada rajah 4
dan 5 disediakan contoh hasil kerja murid.Rajah 4 dapat dilihat bahawa murid
menggunakan huruf besar dalam perkataan dan mulakan perkataan dengan huruf
besar walaupun perkataan tersebut ditulis dalam ayat dan bukan kata nama
khas.Pada rajah 5 pula diambil daripada sebahagian latihan bertulis surat rasmi
yang ditulis oleh murid yang berlainan.Murid ini telah mencampur adukkan huruf
besar pada namanya sendiri.Sebenarnya dalam hal ini murid kurang faham tatacara
menggunakan huruf besar dan huruf kecil dalam penulisan karangan.

7
Rajah 4 : Mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil

8
Rajah 5 : Mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil

9
b) Aktiviti aktiviti yang dilaksanakan oleh guru bagi mengatasi masalah
kemahiran menulis.
Pemilihan bahan-bahan bantu mengajar yang bersesuaian dan gabungan pelbagai
displin serta teori dalam pengajaran bahasa dapat membantu murid-murid yang
lemban atau terkebelakang untuk menguasai sesuatu kemahiran.Menurut Abdul
Hamid Mahmood ( 1987 ), guru yang mengajar bahasa hendaklah menggabungkan
pelbagai displin dan teori , iaitu teori bahasa,teori pembelajaran dan teori
pengajaran bahasa dalam pengajaran bahasa supaya pengajaran itu menjadi lebih
berkesan.Di samping teknik, cara atau strategi yang sesuai digunakan, bahan bantu
mengajar juga akan membantu dan mempercepat proses pemahaman murid-
murid kerana penggunaan bahan adalah untuk mengadakan komunikasi antara guru
dengan murid.

b) Empat aktiviti yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah murid tidak dapat
membina ayat secara gramatis.

i) Permainan kad-kad perkataan.


Oleh sebab permainan adalah aktiviti yang paling diminati oleh murid-murid, guru
menggunakan kad-kad perkataan untuk menarik minat belajar murid supaya objektif
tercapai.Guru meminta murid membentuk kumpulan kecil dan kemudian beberapa
keping kad perkataan diberi kepada kumpulan murid tersebut.Kaedah kumpulan
kecil ini akan melibatkan semua murid dalam pembelajaran di samping
mementingkan aspek kognitif, emosi, pergaulan dan psikomotor murid.
Kad-kad perkataan ini merupakan rangsangan yang paling berkesan lebih-lebih lagi
apabila dihasilkan dalam pelbagai warna dan bentuk. Mengikut Teori
Behaviorisme,kanak-kanak memerlukan rangsangan untuk memudahkan dan
membantu mereka belajar bahasa.Seterusnya dengan kad-kad perkataan
tersebut,guru meminta murid membina seberapa banyak ayat menggunakan kad-
kad yang disediakan.Semasa memilih kad-kad perkataan untuk membina
ayat,murid-murid akan berinteraksi antara satu sama lain.Di samping murid
membina ayat, mereka juga akan menghasilkan bahasa.Aktiviti mereka ini dapat

10
dikaitkan dengan Teori Interaksionalisme.Teori ini mementingkan komunikasi. Murid
akan sentiasa berbincang untuk membina ayat yang sesuai berdasarkan kad-kad
perkataan yang disediakan.Dengan adanya kad-kad perkataan ini juga dapat
merangsang minda mereka membuat pemilihan kad untuk membina ayat.Secara
tidak langsung Teori Mentalis yang dipelopori oleh Chomsky yang mengutamakan
proses berfikir ini telah diaplikasikan ke dalam aktiviti ini.Selain itu dengan
penggunaan kad-kad perkataan ini juga, mereka dapat membina banyak ayat yang
sesuai mengikut nahu dan tatabahasanya dengan betul berdasarkan kad-kad
perkataan tersebut.Idea-idea baru yang lahir dari minda mereka dalam pembinaan
ayat ini bersesuaian dengan Teori Konstuktivisme.Teori ini pula mementingkan
pembelajaran yang diperoleh murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah.Guru
mengajar membina ayat berdasarkan kad-kad perkataan.
Selepas setiap kali perkataan-perkataan itu dicantum menjadi ayat,guru meminta
murid menyalin ayat-ayat yang telah dibina ke dalam buku latihan.Pada peringkat
ini konsep peniruan telah wujud.Dengan ini dapat mengukuhkan lagi ingatan murid-
murid terhadap ayat-ayat yang telah dibina.Teknik ini membantu proses pengajaran
dan pembelajaran murid.Sekiranya ayat yang dibina oleh murid itu betul iaitu
sempurna dari segi bentuk dan maksudnya,guru memberi pujian kepada murid
dengan mengatakan bagus.Seterusnya, sesuatu ujaran akan terbentuk kerana
adanya rangsangan dan gerak balas.Secara tidak langsung guru telah
mengaplikasikan Teori Behaviorisme dalam pengajarannya.Setelah murid
menjalankan aktiviti ini,guru memberikan latihan sebagai pengukuhan supaya dapat
membentuk biasaan. Seterusnya murid mengalami latihan dan proses
pengulangan.Secara tidak langsung Teori Behaviorisme sekali lagi telah diserapkan
ke dalam aktiviti ini. Menurut ahli Behaviorisme seperti Skinner,Hull,Thorndike dan
Pavlov, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan.Seterusnya aktiviti ini
dijalankan secara latih tubi kepada murid-murid supaya mereka mahir dalam
membina ayat yang gramatis dan memahami apa yang diajar oleh guru.

11
ii) Menyusun Perkataan Dalam Ayat
Menyusun perkataan juga satu aktiviti yang dapat membantu murid alam memahami
bagaiamana membina ayat yang gramatis seterusnya mengaplikasikan dalam
kehidupan harian mereka.Untuk menjalankan aktiviti ini guru mengedarkan
lembaran kerja seperti pada rajah 6 kepada murid sebagai bahan rangsangan.

Rajah 6 : Menyusun perkataan Dalam Ayat

Arahan : Susun perkataan-perkataan di bawah menjadi ayat yang betul.

1. menjelang malam hari sudah belum pulang Budak itu walhal masih
2. amat rindu anaknya akan di luar negara yang menuntut sedang
PuanNora.
3. menanam Pak Mat di kebunnya itu anak pokok kelapa sawit.
4. amat cantik sekali Tina Baju yang dipakai.
5. hilang kawalan itu Kereta tercampak lalu ke dalam gaung
6. haiwan karnivor Harimau dikenali kerana sebagai berdarah panas
7. Pasar Ramadhan pada bulan puasa diadakan hanya
8. Sekumpulan pencuri rumah itu menggeledah telah untuk mencari
9. ibu Wanita itu saya ialah
10. kemas bersih Bilik dan itu

Guru tidak memberikan bahan rangsangan lain sebagai petunjuk.Guru hanya


meletakkan huruf besar pada perkataan yang perlu diletakkan di awal ayat untuk
membantu murid.Ini akan membantu murid menyusun perkataan –perkataan

12
menjadi ayat yang sempurna bentuk dan maknanya.Dalam hal ini guru telah
melibatkan Teori Behaviorisme dengan memberikan rangsangan untuk
membolehkan murid menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat.
Sebelum itu guru mengajar murid tentang peraturan pembinaan ayat.Guru
mengarahkan murid supaya duduk berasingan dan aktiviti dijalankan secara
individu.Semasa murid menyusun perkataan-perkataan dalam ayat , murid akan
menggunakan mental mereka untuk berfikir bagaimana hendak menjadikan
perkataan-perkataan yang disusun sebagai ayat gramatis.Murid akan berfikir untuk
menjadikan ayat tersebut tepat nahu serta tatabahasanya.Secara tidak langsung
Teori Mentalis yang dipelopori oleh Chomsky, telah diaplikasikan ke dalam aktiviti
ini.Seterusnya murid akan menyalin semula ayat yang terbina hasil daripada
susunan perkataan-perkataan itu ke dalam buku latihan mereka, kemudian
membaca ayat yang terhasil daripada perkataan-perkataan itu.Apabila murid
membaca ayat yang tidak tepat susunan perkataannya, mereka akaan mendapat
gambaran mental tentang ayat yang akan dibetulkan itu.Berdasarkan ini juga murid
dapat membuat rumusan tentang ayat tersebut.Ini bersesuaian dengan Teori
Mentalis yang mengatakan bahawa kanak-kanak berupaya untuk membuat
rumusan.Ini kerana menurut Chomsky (1956 ) dalam penguasaan bahasa
seseorang itu mempunyai kecekapan dan prestasi dari segi aspek penggunaan
bahasa.
Selepas murid selesai menulis latihan dan didapati jawapan yang diberi oleh murid
itu betul,guru memberi pujian kepada murid.Ini membantu proses pengajaran dan
pembelajaran.Ini bersesuaian dengan Teori Behaviorisme yang berasaskan kepada
teori pelaziman klasik, iaitu kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman
dan ganjaran. Seterusnya ujaran akan terbentuk kerana adanya rangsangan daan
gerak balas.Jika berlaku sebaliknya iaitu jawapan murid salah, guru segera
membetulkan kesalahan tersebut.Sekali lagi guru telah mengaplikasikan Teori
Behaviorisme dalam pengajarannya kerana mengikut fahaman golongan ini,
pengajaran tatabahasa berdasarkan kaedah induktif atau kaedah terus.Untuk
memastikan murid benar-benar faham apa yang diajar, guru memberikan latihan
lanjutan sebagai pengukuhan untuk meningkatkan lagi pemahaman murid dan

13
hasilnya murid faham apa yang diajar oleh guru. Ini kerana mengikut teori ini
pengukuhan amat penting supaya ilmu yang diperoleh murid akan mudah diingati
dan kesannya murid memahami apa yang diajar kepada mereka.

iii) Membina Ayat Berdasarkan Gambar.


Untuk membina ayat berdasarkan gambar ini guru meminta murid duduk dalam satu
kumpulan-kumpulan kecil.Selepas itu guru mengedarkan gambar tunggal dan
gambar bersiri. Melalui gambar-gambar ini murid dikehendaki membina lima ayat
setiap satu gambar.Rajah 7 merupakan contoh gambar yang diberikan kepada
murid.
Rajah 7 : Membina Ayat Berdasarkan Gambar

14
Semasa menjalankan aktiviti ini guru bertindak sebagai pemerhati.Pembelajaran
berlaku secara aktif .Ini kerana murid-murid dalam kumpulan kecil ini bukan sahaja
mendengar apa yang diterangkan oleh guru tetapi juga melibatkan diri dalam
perbincangan dan menjalankan aktiviti praktikal seperti mengemukakan soalan.
Contoh soalan yang berkaitan dengan gambar.
1. Apakah aktiviti-aktiviti yang dilakukan orang dalam gambar ?
2. Di manakah peristiwa di dalam gambar ini berlaku ?
3. Bagaimanakah peristiwa ini berlaku ?
4. Siapakah yang terlibat dalam aktiviti tersebut ?

Murid akan berbincang untuk menjawab soalan ini berdasarkan gambar yang diberi.

15
Secara tidak langsung, Teori Interaksionalisme yang dipelopori oleh Halliday telah
diterapkan ke dalam pengajaran guru.Semasa mencari maklumat dan aktiviti
daripada gambar, mereka berkomunikasi antara satu sama lain dan membentuk
bahasa.Teori ini mementingkan komunikasi sama ada guru dan murid atau murid
dan murid.Melalui interaksi ini mereka menggunakan bahasa, maka terhasillah ayat
penyata bagi menjawab soalan-soalan yang dibincangkan.Ini telah mempengaruhi
murid mempelajari sistem bahasa.
Untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan semasa perbincangan , murid
menggunakan mental mereka untuk menggunakan perkataan-perkataan yang
sesuai bagi membina ayat berdasarkan gambar.Murid terpaksa berfikir apakah
perkataan yang sesuai yang boleh digunakan.Teori Mentalis telah diaplikasikan ke
dalam pengajaran guru.Dalam pengajaran bahasa guru telah mengajarkan
pembinaan ayat dengan menggunakan pelbagai kosa kata. Murid sudah menguasai
kemahiran ini dan menggunakannya ketika membina ayat berdasarkan gambar
yang diberi. Murid dapat menghasilkan ayat lain yang sempurna bentuk dan
maknanya berdasarkan gambar. Dengan ini Teori Konstruktivisme telah
diaplikasikan di dalam pengajaran guru.Golongan ini menganggap teori ini sebagai
pembangunan semula minda untuk mencipta sesuatu yang baru.
Untuk membentuk biasaan , guru memberikan latih tubi sebagai ulangan agar murid
dapat menguasai kemahiran berbahasa melalui latihan yang berulangan.Akhirnya
murid menulis latihan di dalam buku tulis mereka.Ini kerana menurut fahaman
golongan ini , proses ulangan memainkan peranan yang penting dalam pengajaran
bahasa.Ganjaran ini sesuai dengan Teori Behaviorisme di mana kanak-kanak
mempelajari bahasa menerusi hukuman dan ganjaran.Guru telah memberi ganjaran
kepada murid yang telah membina ayat dengan tepat, nahu dan tatabahasanya
yang betul. Ini membantu pengajaran guru menjadi lebih berkesan.

16
iv) Mengulas Petikan
Dalam aktiviti menulis ulasan memerlukan murid-murid memberi maklumbalas
tentang situasi daripada petikan.Aktiviti ini merangkumi aspek pengajaran yang
dapat diperoleh dalam petikan, nilai-nilai murni , amalan-amalan baik dan kebaikan
atau faedah.Ulasan yang ditulis mestilah jelas dan padat.Sebelum proses
pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan kesediaan murid kerana
aktiviti yang akan dijalankan kali ini agak mencabar dan kompleks.Menurut Gagne
tahap pembelajaran yang paling asas ialah belajar melalui penggunaan isyarat,
manakala tahap yang paling kompleks adalah menyelesaikan masalah.
Sebelum memulakan pengajarannya guru membahagikan murid kepada kumpulan
kecil dan mengedarkan petikan seperti pada rajah 8.Murid dikehendaki berbincang
dalam kumpulan tentang aspek pengajaran yang diperoleh dalam petikan.Sebelum
itu guru telah mengajar murid cara-cara mengambil pengajaran daripada
petikan.Rajah 8 ialah contoh petikan untuk aktiviti ini.Aktiviti ini memerlukan murid
membaca, memahami petikan,membuat catatan dan membina ulasan secara
berkumpulan atau individu.Keempat-empat teori digabungkan ke dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ini.
Setelah menjalankan aktiviti-aktiviti sebelumnya, murid sudah berkemahiran dalam
proses pembinaan ayat. Mereka telah berkemahiran dalam membina ayat,
menyusun struktur ayat, memastikan kelancaran dan kesinambungan ayat-ayat
dengan menggunakan penanda wacana dapat diterapkan melalui ulasan yang
lengkap dan padat.Mengulas petikan merupakan aktiviti yang mencabar minda
murid.Semasa perbincangan ,murid sentiasa berinteraksi antara satu sama lain.

17
Rajah 8 : Mengulas Petikan

18
Guru telah menerapkan Teori Interaksionalisme ke dalam pengajarannya.Dengan
perbincangan ini , murid menggunakan bahasa.Dalam perbincangan ini juga murid
akan menghasilkan bahasa seperti ayat penyata dan ayat tanya seperti :
Apakah nilai murni atau pengajaran yang boleh diambil daripada petikan ini ?
Hasil interaksi ini murid belajar sistem bahasa.Murid sentiasa akan mengambil
bahagian secara aktif apabila mereka berada bersama kumpulan kecil dalam proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah memahami perkara-perkaara yang
dipelajari serta lebih lama dapat menyimpannya dalam ingatan.seterusnya murid
akan membuat catatan untuk menyenaraikan nilai dan pengajaran yang diperoleh
daripada petikan.Untuk membina ulasan ini, murid diminta mengubah perkataan
tetapi bukan mengubah maksudnya. Dalam hal ini murid diminta memberi
pendapat di samping memberi ulasan.Sebagai contoh sebaris ayat diambil daripada
petikan iaitu :
“Selepas makan mereka berempat membuang bungkusan nasi lemak itu ke
dalam tong sampah yang disediakan”.
Berdasarkan ayat di atas,Nilai murni yang boleh diambil daripada petikan ialah
berdisplin dan bertanggungjawab.Itulah nilai yang tersirat di sebalik ayat
tersebut.Untuk mencari apa yang tersirat dalam ayat ini, sekali lagi guru
menerapkan Teori Mentalis ke dalam pengajarannya.Murid mengalami proses
berfikir untuk mencari nilai yang tersirat pada ayat tersebut dan memiih penanda
wacana yang sesuai digunakan untuk membina ulasan.Seterusnya murid akan
membina ulasan untuk nilai murni tersebut.Sebagai contoh,
“Sebagai seorang murid ,kita hendaklah sentiasa berdisplin dan mematuhi
peraturan sekolah supaya kita boleh dicontohi oleh murid-murid lain.Di samping itu
kita juga hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab atas apa yang terpikul di
bahu kita supaya kita disukai oleh guru dan rakan-rakan”
Di sini penanda wacana yang digunakan murid ialah perkataan “ di samping itu’.
Seterusnya murid juga berupaya membuat rumusan dan bersesuaian dengan
fahaman golongan ini yang menyatakan bahawa kanak-kanak berupaya membuat

19
rumusan mereka sendiri berdasarkan apa yang telah mereka pelajari.
Untuk membentuk ayat bagi membina ulasan ini ,murid perlu membangunkan minda
mereka mencipta idea baru.Secara tidak langsung guru juga telah mengaplikasikan
Teori Konstruktivisme ke dalam pengajarannya.Guru juga perlu sentiasa
membimbing murid memilih gaya bahasa yang betul bagi mengelakkan murid
mengalami kegagalan yang boleh menghalang pencapaian kemahiran murid.
Setelh selesai perbincangan dalam kumpulan dan murid mencatat hasil
perbincangan, guru meminta ketua kumpulan masing-asing membacakan hasil
perbincangan mereka.Semasa ketua kumpulan membacakan hasil perbincangan
kumpulaan, guru mengangguk-anggukkan kepala dan mengatakan bagus, tanda
apa yang disebut oleh murid itu betul.Dengan ini guru telah mengaplikasikan Teori
Behaviorisme ke dalam pengajarannya.Menurut teori ini,kanak-kanak perlukan
rangsangan untuk membolehkan mereka belajar.Ini merupakan rangsangan dan
gerak balas sama ada dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa.Berasaskan teori
pelaziman klasik, kanak-kanak mempelajari bahasa menerusi hukuman dan
ganjaran.Selepas sesi tersebut, guru meminta murid menulis hasil perbincangan ke
dalam buku latihan.Guru juga memberikan petikan lain sebagai ulangan dan latih
tubi supaya dapat membentu biasaan dan akhirnya murid memahami apa-apa yang
dipelajari.

20
Kesimpulan.

Untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih berkesan , guru
perlu bijaksana dalam menggunakan kepelbagaian teori dan teknik pengajaran agar
objektif pengajaran tercapai.Masalah pembelajaraan sentiasa ada dalam kalangan
murid. Guru perlu bijak untuk mengatasi masalah tersebut agar murid dapat
menguasai kemahiran-kemahiran yang dipelajari.

21
Rujukan.

1. Abdul Aziz Abdul Talib, Menguji Kemahiran Bahasa,Prinsip,Teknik dan


Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, ( 1996 ).
2. Abdullah Hassan, Hasnah Ibrahim, Mashudi Kader, Kesalahan Bahada
Dalam Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, KPM,( 1989 ).
3. Azman Wan Chik , Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 2 : Latihan Guru
dan Bahan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran
Malaysia , Kualau Lumpur, ( 1989 ).
4. Dr.Ali Mahmood, En.Mashudi Bahari, En Lokman Abd Wahid,HBML 1103
Pengenalan Pendidikan Bahasa Melayu, Fakulti Pendidikan, Sastera
dan Sains Sosial ,Open University Malaysia,Meteor Doc. Sdn.Bhd. Kuala
Lumpur,( 2007 ).
5. Ee Ah Meng , Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua, Siri Pendidikan
Fajar Bakti, Kuala Lumpur, ( 1990 ).
6. Hj Abu Zahari B Abu Bakar , Psikologi Pendidikan Untuk Guru,Delta
Petaling Jaya , Selangor,( 1988 ).
7. Kamarudin Hj. Husin,KBSR dan Model Eksploitasi Bahan Bahasa ,
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Kuala Lumpur, ( 1991 ).
8. Lee Shok Mee , Asas Pendidikan 2 , Psikologi Dalam Biik Darjah,
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, ( 1994 ).
9. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmod,
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Dewan Bahasa dan Pustaka ,
Kuala Lumpur, ( 1997 ).
10. Raminah Hj Sabran, Nuwairi Hj Khaza’ai, Monograf Linguistik Pengajaran
Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Jabatan Pengajian Melayu,Universiti
Malaya, ( 1987 ).
11. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesalahan_biasa_tatabahasa_Melayu.
12. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda_baca
13. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa-Melayu.

22
23

Anda mungkin juga menyukai