Anda di halaman 1dari 4

LATIHAN SINOPSIS NOVEL DESTINASI IMPIAN (ISNIN /17.05.

2021)
BACA SINOPSIS DI BAWAH DAN JAWAB SEMUA SOALAN

Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru
kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan  tersebut sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut
sepanjang perjalanan kerana destinasinya jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan
semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa
meneruskan perjalanan tersebut. Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau
berasa letih kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu lama menambahkan
lagi keletihan Firdaus.  Firdaus menyatakan kekesalan kerana menyertai Johari dan Azlina dan
menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila. Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah.
Walaupun sebagai seorang perempuan, dia mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun
berasa letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang Johari. Johari
sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai pembakar semangat untuk meneruskan
perjalanan.

Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai perjalanan berbasikal.
Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain
itu, Johari mengharap agar Firdaus dan Azlina menjadi seorang  yang lasak, berdikari dan berani. Firdaus
berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan untuk mengubah sikap Firdaus.
Johari berjanji  pada dirinya untuk menghentikan perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap
adiknya, Azlina. Johari tidak menduga bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.

Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan  mengayuh basikal telah berakhir kerana berjaya
sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana dapat berkayuh basikal sejauh 50
kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana
ketibaannya telah disambut oleh kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan
Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal.Firdaus sampai di Pantai
Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya. Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan
Firdaus menghabiskan masa bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga
kerana Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.

Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai. Kasmadiana


memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer. Azlina memberitahunya bahawa
dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya
Karman bersama Johari dan Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa
perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar kenyataan yang diberikan
oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib. Azlina menafikan dan mengatakan bahawa
mereka berdua telah ditipu.

Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak mendapat pujian
daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat berjumpa dengan kawan pujaannya
Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian daripada
Firdaus. Firdaus cuba menafikan tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia  mengaku bahawa dia telah
berbohong. Dalam mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus
menerima sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus telah sedar dan
insaf.

Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut dengan tindakan
abangnya dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina dan memberi penjelasan bahawa Firdaus
mampu, yakin dan boleh berdikari selepas pengalaman yang dilalui.

Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan Azlina telah pulang
dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakan-rakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa
mandi, Firdaus betul-betul lemas kerana cuba menyelamatkan  Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus
telah diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah menyedarkan
dan menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan bersikap angkuh lagi. Firdaus tersedar daripada
pengsan dan  mendapati  Azlinadan Johari berada di sisinya. Rakan-rakan Firdaus datang untuk
menziarahinya. Akhirnya,Firdaus menerima nasihat yang diberikan oleh Johari.

LATIHAN :

1. Johari, Firdaus dan Azlina menyahut cabaran datuknya mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar hingga ke
mana?

2. Berapakah jarak perjalanan mereka ke Pantai Morib?

3. Pada jam berapakah Johari, Azlina dan Firdaus bertolak dari rumah untuk memulakan kayuhan mereka ke
Morib ?

4. Yang manakah antara berikut merupakan klimaks / kemuncak novel Destinasi Impian ?

i. Firdaus berjaya menamatkan kayuhan dan disambut oleh rakan-rakannya


ii. Terdapat pelbagai halangan semasa kayuhan termasuklah sikap Firdaus yang
mudah berputus asa
iii. Firdaus lemas di laut dan insaf dengan sikap buruknya terhadap adik dan rakan-
rakannya
iv. Johari, Azlina, dan Firdaus menyahut cabaran dan datuk mereka untuk membuat
kayuhan sehingga ke Pantai Morib

5. Mengapakah tayar basikal Firdaus kempis di pertengahan jalan ?

6. Siapakah watak yang merupakan olahragawati Sekolah Menengah Kapar ?

7. Nyatakan latar tempat Azlina dan Johari memerhatikan Firdaus yang bersama-sama kawan-kawannya ?

8. Nyatakan pengakhiran atau penamat cerita Destinasi Impian

9. Nyatakan sikap Firdaus sepanjang perjalanan ke Morib.

10. Apakah punca Firdaus lemas semasa mandi di pantai ?

10
NOVEL DESTINASI IMPIAN
SENARAI NAMA PEMBENTANG DAN TAJUK PEMBENTANGAN
TINGKATAN 1 JUJUR

BI TAJUK NAMA TINDAKAN


(HANTAR @ TIDAK)
L
1 TEMA AMMAR MIKAIL BIN ABDUL MU'IZZ
ARIF DANIEL BIN SHAHIDFUDDIN
2 PERSOALAN DANISH YADIY BIN MOHD JAIDI
ESTHER TAN HUI SZE
3 PERSOALAN EUSOFF BIN AZMAN
FARHEEN UMAIRAH BINTI MOHAMMAD
FAIZAL
4 PERSOALAN HANIS MAISARAH BINTI HAMADI

5 PERSOALAN MUHAMMAD ADAM IRFAN BIN MOHD SHAH


RIZAL
6 WATAK DAN PERWATAKAN MUHAMMAD AIRELL ZAKWAN BIN MOHD
FIRDAUS EFENDI
MUHAMMAD AL-HAIMAN BIN ABDULLAH
7 WATAK DAN PERWATAKAN MUHAMMAD AMIRUL SYAZWAN BIN
AZLINA SYAIFUL AZUAD

8 WATAK DAN PERWATAKAN MUHAMMAD ASHRAFF BIN RADZUAN


JOHARI
12 BINAAN PLOT MUHAMMAD DANISH ASHRAAF BIN AZMI
MUHAMMAD DANNY ASHRAF BIN MOHD
HAIKAL CHOO
13 TEKNIK PLOT -PEMERIAN NAAIL BINTI NOORFAIZUL ARNI
14 TEKNIK PLOT – DIALOG NG ZHENG XUAN
15 TEKNIK PLOT -IMBAS
KEMBALI NIK FARIS BIN NIK FAUZY
16 TEKNIK PLOT -IMBAS MUKA NORHADIRAH BINTI FAIZAL
17 TEKNIK PLOT -SASPENS NUR IRDINA BATRISYIA BINTI ABDUL KADIR
JAILANE
18 TEKNIK PLOT -MONOLOG NUR IRSYA SYAMIMI BINTI MUHAMMAD
19 LATAR TEMPAT NUR QISTINA BALQIS BINTI HAMIZUL
SHAHRIL
20 LATAR MASA NURUL SYUHADA BINTI SHAHRUN
21 LATAR MASYARAKAT ONG CHENG BIN
22 GAYA BAHASA SINKOPE
DAN PERIBAHASA QAIREEN ADRA ALISHA BINTI MOHD ZAINEE
23 GAYA BAHASA SIMILE SANJEEV RAJ A/L SARAVANAN
24 GAYA BAHASA HIPERBOLA STEVEN KOH JUN HAO
25 GAYA BAHASA METAFORA SUM ZHEN HAU
26 GAYA BAHASA SIMILE MUHAMMAD AUFA KHALISH BIN
MUHAMMAD EZWAN
27 NILAI DAN PENGAJARAN MUHAMMAD AQIL NAJMI BIN MOHD
KAMARIZAL
28 NILAI DAN PENGAJARAN JENNY YEE SEE MAN
29 NILAI DAN PENGAJARAN LAI CHENG LOK

Anda mungkin juga menyukai