Anda di halaman 1dari 3

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU TINGKATAN 3 KERTAS 1

Bahagian A
1 C 6 C 11 D 16 C
2 B 7 A 12 D 17 B
3 D 8 A 13 C 18 A
4 D 9 C 14 D 19 B
5 A 10 D 15 B 20 C

Bahagian B
Soalan 1
(i) atsmofera – atmosfera
(ii) fossil – fosil
(iii) engine – enjin
(iv) plambum – plumbum
(v) ibubapa – ibu bapa

Soalan 2 (Pemahaman)
i) Maksud bakteria ialah organisma seni yang hidup dalam tanah, air, bahan
organik atau badan tumbuh-tumbuhan dan haiwan.
ii) Antara kesan cendawan beracun ialah manusia terdedah kepada
kerosakan hati. Selain itu, akan memusnahkan sintesis protein dalam tubuh
badan manusia di samping boleh memudaratkan kesihatan.
iii) Pada pendapat saya, satu daripada cabarannya ialah modal untuk
memulakan perusahaan cendawan. Selain itu, tapak untuk memulakan atau
menjalankan perusahaan cendawan.
(Jawapan lain yang relevan diterima)

Soalan 3 (Novel)
Watak utama : Alias

• Bertanggungjawab untuk menyara keluarganya dengan mengambil upah


memetik kelapa menggunakan khidmat Chot.
• Menghormati orang yang lebih tua – dia bercakap sopan dengan ibunya, Pak
Din, Mak Su Kiah dan Cikgu Sunan.
• Taat akan perintah Tuhan dengan sentiasa solat dan mengaji al-Quran.
(Jawapan lain yang relevan dengan contoh peristiwa diterima)
Bahagian C
Ulasan / Ringkasan

PERINGKAT MARKAH KRITERIA


Cemerlang 13 - 15 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan
bahan.
Ulasan idea yang jelas dan matang.

Bahasa
Ayat gramatis
Kosa kata luas dan tepat
Ejaan dan tanda baca betul
Penanda wacana yang betul
Kesalahan bahasa yang minimum
Baik 09 - 12 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
Ulasan idea yang jelas.

Bahasa
Ayat masih gramatis
Kosa kata luas
Ejaan dan tanda baca masih betul
Penanda wacana yang masih betul
Kesalahan bahasa yang masih minimum
Memuaskan 05 - 08 Idea
Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan
bahan
Ulasan idea yang kurang jelas.

Bahasa
Ayat kurang gramatis.
Kosa kata terhad.
Kesalahan bahasa yang ketara.
Penguasaan 01 - 04 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
Minimum penguasaan bahasa yang tidak cekap
Tidak menjawab tugasan
Soalan 1
Ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 ialah pembelajaran berpusatkan murid. Selain
itu, pembelajaran secara kolaboratif yang dapat mengubah suasana pembelajaran
menjadi lebih aktif dan menyeronokkan. Seterusnya, pembelajaran abad ke 21 juga
mengaplikasikan pelbagai kemahiran dan pengajaran seperti kemahiran
menyelesaikan masalah, kemahiran berbahasa, dan kemahiran reka cipta. Di
samping itu, pembelajaran secara hands on sehingga murid mampu menghasilkan
sesuatu juga digalakkan dalam pembelajaran abad ke-21. Akhir sekali, pembelajaran
abad ke-21 juga mementingkan aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan
peta pemikiran i-Think yang dapat membantu murid berfikir secara kreatif dan kritis
untuk menghasilkan reka cipta dan inovasi.

Soalan 2
Pembuangan toksik ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
telah meninggalkan pelbagai kesan. Antaranya, pencemaran toksik di sungai
menyebabkan kesihatan penduduk sekitar terjejas. Misalnya, penduduk yang terhidu
sisa kimia akan mengalami sesak nafas, loya, pening, muntah dan pengsan sehingga
mengancam nyawa. Seterusnya, hidupan akuatik di kawasan terlibat akan mati dan
pupus apabila air tercemar. Malahan, keindahan persekitaran turut terjejas seperti
persekitaran akan menjadi kotor dan berbau busuk sekali gus menyebabkan sumber
pendapatan nelayan di kawasan sekitar terjejas ekoran masyarakat yang khuatir
untuk membeli hasil tangkapan. Akhir sekali, kos pembersihan akan meningkat
kerana kerajaan perlu memperuntukkan sejumlah dana bagi menangani dan
membersihkan sungai yang tercemar.

Anda mungkin juga menyukai