Anda di halaman 1dari 14

PUSAT TINGKATAN 6 SMK SULTAN ISMAIL

PENGAJIAN AM 1
(SEMESTER 1)

SKEMA PEMARKAHAN DAN SKEMA


JAWAPAN
NAMA :
TANDATANGAN :
TARIKH :

“…menyampaikan, menggunakan atau menyimpan dengan salah, sesuatu benda rahsia, tidak menjaga dengan
cara yang berpatutan sesuatu benda rahsia atau apa-apa tingkah laku yang membahayakan keselamatan atau
rahsia sesuatu benda rahsia adalah menjadi suatu kesalahan di bawah akta tersebut, yang boleh dihukum
maksimum Penjara seumur hidup.”
Akta Rahsia Rasmi 1972

PERINGATAN :
Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada
pihak yang tidak berkenaan.

Skema ini terdiri daripada 13 halaman bercetak.


© Hak Cipta Panitia Pengajian Am Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail 2023

1
BAHAGIAN B
Soalan Struktur.
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Calon dikehendaki menjawab semua soalan. Markah bagi
setiap soalan antara 3 hingga 4 markah.

Markah Penuh : 15 Markah.


Kriteria Markah Catatan
Isi betul 1 Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Rendah (LOTS)
Isi betul 1 Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
+
Huraian betul 1

Nota :
1. Jika calon memberi dua jawapan dalam setiap jawapan (seperti adanya kata hubung ‘dan’ atau
perkataan lain yang membawa erti adanya dua jawapan), maka jawapan calon yang pertama
sahaja yang akan diperiksa dan diberi markah jika betul.
2. Jika soalan menentukan bilangan jawapan, tetapi calon menambah bilangan jawapan, maka
jawapan yang selebihnya itu tidak akan diperiksa.
3. Terminologi seperti nama organisasi, jika ditulis dalam bentuk singkatan boleh diterima sebagai
jawapab. Contoh, ASEAN, APEC dan sebagainya.
4. Terminologi yang telah diterima pakai umum seperti K-ekonomi atau e-dagangm tidak perlu
diberikan maksudnya dalam jawapan calon.

BAHAGIAN C
Karangan
Bahagian ini mengandungi dua soalan. Calon dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. markah bagi
satu soalan ialah 25 markah.
Markah Penuh : 25 markah.

A. Pemberian markah karangan akan berasaskan kepada perkara-perkara yang berikut :


1. Isi dan Idea (I) [10] markah
2. Hujah (H) [10] markah
3. Kebahasaan (B) [4] markah
4. Format (F) [1] markah
25 markah
Catatan :
i. Pembahagian markah untuk Isi dan Idea (I) :
Baik : 8-10 markah
Sederhana : 5-7 markah
Lemah : 1-4 markah

2
ii. Pembahagian markah untuk Huraian (H) :
Baik : 8-10 markah
Sederhana : 5-7 markah
Lemah : 1-4 markah
iii. Pembahagian markah untuk Kebahasaan (B) :
Baik : 4 markah
Sederhana : 2-3 markah
Lemah : 1 markah
iv. Pembahagian markah untuk Format (F) :
Memenuhi format penulisan (pengenalan, isi dan penutup) : 1 markah
Tidak memenuhi format penulisan : 0 markah

B. Cara pemberian markah


1. Pemarkahan Bahasa (4)
1.1 Bagi 8 kesalahan ejaan atau tanda baca, potong 1 markah. Bagi 4 kesalahan
struktur ayat, potong 1 markah dengan mengambil ingatan apa-apa kesalahan
yang terdapat di dalamnya tidak diambil kira.
1.2 Kesalahan yang sama dan diulang tidak dipotong markah, demikian juga ejaan
yang sejenis.
Contoh ejaan yang sejenis :
Batuk, patuk - ini dikira sejenis.
Suluh, buluh - ini dikira sejenis.
1.3 1 markah minima diberi untuk markah bahasa dan juga bagi jawapan yang terdiri
daripada satu ayat bagi setiap perenggan.
1.4 Kepanjangan karangan
1.4.1 Karangan hendaklah tidak melebih 400 patah perkataan. Karangan yang
selebihnya tidak perlu diperiksa.
1.4.2 Markah maksimum untuk bahasa berdasarkan kepada kepanjangan
karangan adalah seperti berikut :
Lebih daripada 250 patah perkataan : 4 markah
151 hingga 250 patah perkataan : 3 markah
101 hingga 150 patah perkataan : 2 markah
Kurang daripada 100 patah perkataan : 1 markah
1.5 Mencatat kesalahan bahasa dan markah.
1.5.1 Catat kesalah bahasa di ruang kiri skrip jawapan. Setiap satu kesalahan
dicatat dengan angka 1.
1.5.2 Kesalahan struktur ayat ditandai dengan cara :
( ) – Tandakan S di ruang kiri skrip
1.5.3 Kesalahan bahasa kali pertama bagi tatabahasa, ejaan, tanda baca ditandai
dengan cara :

3
Kesalahan yang sama tidak dikira dan ditandai dengan cara :
1.5.4 Tidak relevan (TR), Tidak Jelas (TJ)
2. Karangan yang tidak langsung membincangkan tajuk, beri markah 1 (1/25)
3. Perhatikan bahawa markah tidak diberi untuk butiran yang berulang-ulang.
4. Ada kalanya, anda akan bertemu dengan karangan yang daripada awal lagi sudah
menyeleweng tetapi kemudian pada bahagian akhirnya barulah terdapat butir-butir yang
jitu. Oleh sebab itu, anda hendaklah membaca seluruh karangan itu walaupun separuh
daripadanya menyeleweng, supaya kita dapat berlaku adil terhadap calon. Sebagai
panduan pemeriksaan, kaedah pemberian markah adalah seperti dalam jadual di bawah:

Bil Idea Markah Huraian Markah


Idea Huraian
1 Idea tepat dan relevan 2 Jitu 2
mengikut skema Kurang jitu 1
jawapan Menyeleweng 0
2 Idea kurang tepat tetapi 1 Masih membincangkan idea 1
masih relevan Menyeleweng 0
3 Ida dan huraian tidak releven 0

5. Calon layak diberi markah impak/ persembahan (1 markah) jika jawapannya sempurna
dari segi format penulisan karangan, iaitu ada bahagian pengenalan, isi dan penutup.
6. Mencatat pemberian markah karangan.
6.1 Catat markah pada ruang kanan skrip. Jumlah markah akhir setiap jawapan perlu
diletakkan dalam bulatan.
6.2 Tandakan I – Idea, H – Huraian, B – Bahasa, F – Format
6.3 Tulisakn perkataan ‘Menyeleweng’ di bahagian akhir karangan sekiranya
karangan itu menyeleweng.

PERINGATAN :
1. Calon dikehendaki menjawab satu daripada dua soalan dalam Bahagian C. Sekiranya calon
menjawab kedua-dua soalan, hanya soalan yang mula-mula dijawab oleh calon sahaja yang
perlu disemak oleh pemeriksa.
2. Hanya lima idea terawal sahaja yang disemak oleh pemeriksa. Kesimpulan karangan
hendaklah diambil kira untuk markah format sekiranya karangan calon masih berada dalam
lingkungan 400 patah perkataan.
3. Catatkan jumlah markah akhir di sebelah atas kanan kertas penutup skrip jawapan. Bulatkan
jumlah markah tersebut.

4
Bahagian A

1 D 4 D 7 D 10 C 13 B
2 C 5 B 8 B 11 A 14 A
3 C 6 B 9 C 12 B 15 D

1. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan tentang konsep sebuah negara?
A Mempunyai raja sebagai ketua negara
B Kerajaan yang dipilih oleh rakyat untuk rakyat
C Mempunyai penduduk yang ramai dan berpendidikan
D Mempunyai sempadan, penduduk dan sistem pemerintahan sendiri

Pencatuman Wilayah
Warganegara
Naturalisasi

Kuat Kuasa Undang-undang

2. Berdasarkan rajah diatas, X merujuk kepada


I Seorang yang tinggal di Sabah dan menjadi warganegara
II Seseorang anak berumur bawah 18 tahun yang merupakan warga asing dan ibunya
Seorang warganegara
III Seseorang isteri bagi seorang warganegara yang bermastautin di Persekutuan
melebihi 3 tahun
IV Seseorang berumur 18 tahun dan membuktikan bermastautin di Persekutuan selama
enam tahun
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

3. Yang manakah pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan


Majlis Raja-Raja?
A Jemaah Menteri
B Keanggotaan Parlimen
C Bahasa Kebangsaan
D Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

5
4. Yang manakah padanan yang benar dalam jadual di bawah
Senarai Persekutuan Senarai Bersama
A Perdagangan dan perusahaan Kastam tempatan
B Kewarganegaraan Hari Kelepasan Am Negeri
C Kesihatan awam dan kebersihan Kebajikan orang asli
D Pendidikan Perumahan

• Melaksanakan tugas sebagai Ketua Agama Islam


• Memberikan anugerah bintang kebesaran, pangkat, dan gelaran
5. Pernyataan berikut merupakan persamaan kuasa antara
A Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri
B Yang di-Pertuan Agong dan Sultan
C Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Negeri
D Perdana Menteri dan Menteri Besar

6. Yang manakah benar tentang kuasa perundangan Dewan Undangan Negeri ?


I Menggubal undang-undang bagi perkara yang tidak disebutkan dalam mana-mana
Senarai
II Berkuasa untuk meminda undang-undang Persekutuan yang bercanggah dengan
undang-undang negeri
III Menggubal undang-undang bagi perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri dan
Senarai Bersama
IV Berkuasa menolak sebarang rang undang-undang atau pindaan undang-undang
berkenaan perkara-perkara yang disebut dalam Senarai Negeri dan Senarai
Persekutuan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

7. Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seorang Menteri Besar mengambil tindakan
meletakkan jawatan?
A Dilantik sebagai Senator
B Dituduh terlibat dengan perbuatan rasuah
C Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri
D Dewan Undangan Negeri Meluluskan undi tidak menyokong kepimpinan beliau

6
8. Yang manakah berikut merupakan pendapatan tambahan bagi Sabah dan Sarawak?
I Duti eksais petroleum
II Lesen penerbitan akhbar
III Royalti hasil eksport negeri
IV Kutipan zakat pendapatan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

• Memulihkan keyakinan pelabur asing terhadap perkembangan ekonomi Negara


• Memperkukuh asas ekonomi Negara agar mampu bersaing di peringkat
antarabangsa
9. Pernyataan di atas merujuk kepada peranan
A Majlis Kewangan Negara
B Majlis Pembangunan Negara
C Majlis Tindakan Ekonomi Negara
D Majlis Perundingan Ekonomi Negara

10. Agensi pusat yang manakah bertanggungjawab menjadi pemangkin dalam menjayakan
Program Transformasi Ekonomi (ETP) melalui NKEA
A Unit Perancang Ekonomi
B Unit Kerjasam Awam Swasta
C Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan
D Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

11. Yang manakah merupakan bidang tugas Peguam Negara.


I Memberi arahan memberhentikan perbicaraan
II Melaksanakan pentadbiran bidang kehakiman
III Mengesahkan sesuatu undang-undang yang digubal
IV Menjatuhkan hukuman ke atas pesalah-pesalah
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

12. Situasi yang manakah membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan mengeluarkan denda?
A Pengusahan restoran yang menyalahgunakan logo ‘Halal JAKIM’
B Pengusaha kedai makan yang tidak menjaga kebersihan premisnya
C Penduduk yang membuat penyambungan paip tanpa kelulusan pihak berkuasa
D Penduduk yang gagal membayar cukai pendapatan

7
13. Yang manakah merupakan aspek termaktub dalam integriti?
I Tatasusila yang tinggi
II Menghormati orang tua
III Bersikap jujur dan berobjektif
IV Menguruskan tingkah laku sederhana
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

14. Yang manakah merupakan tindakan wajar bagi meningkatkan kualiti penyampaian sektor
awam?
A Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
B Mewujudkan unit-unit berkaitan dalam jabatan
C Menswastakan perkhidmatan
D Mewujudkan penilaian prestasi

15. Yang manakah menjadi cabaran utama dalam membentuk tadbir urus yang baik?
A Penentuan skim gaji
B Pengaruh amalan tradisi
C Pendidikan yang rendah
D Perkembangan globalisasi

8
Bahagian B

16. Nyatakan empat kategori pengundi yang perlu mengundi secara pos semasa pilihan raya.
[4]
Idea
1 Angkatan Tentera Malaysia dan pasangan
2 Anggota Polis dan pasangan
3 Anggota PGA dan pasangan
4 Pelajar sepenuh masa di luar negara dan pasangan
5 Kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangan
6 Petugas pilihan raya
7 Ahli panel, Pegawai dan Kakitangan SPR
8 Pengamal-pengamal Media yang bertugas semasa pilihan raya yang dibenarkan mengikut
Peraturan-peraturan@Undang-undang Pilihan Raya

17. Jelaskan dua peringkat penting semasa proses penggubalan rang undang-undang di Parlimen.
[4]
Idea Huraian
1 Bacaan Pertama Menteri yang bertanggungjawab akan membacakan
tajuk rang undang-undang yang hendak dibentangkan.
2 Bacaan Kedua Perbahasan terhadap rang undang-undang yang
dibentangkan (pertanyaan lisan dan bertulis).
3 Jawatankuasa Analisis dan penambahbaikan terhadap rang undang-
undang yang telah melalui peringkat perbahasan.
4 Bacaan Ketiga Mendapatkan undian sokongan ahli dewan untuk
meluluskan rang undang-undang.

18. Berikan tiga perkara yang dianggap perbuatan menghina institusi kehakiman negara. [3]
Idea
1 Ingkar terhadap arahan mahkamah.
2 Mempertikai@Membantah keputusan mahkamah secara terbuka.
3 Membuat kenyataan umum berkenaan kes yang masih dalam perbicaraan (prime facie).
4 Mengkritik@Mempersoal kreadibiliti hakim secara terbuka.
5 Mengkritik@Mempersoal proses penghakiman secara terbuka.

19. Nyatakan empat kesan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam sistem
penyampaian perkhidmatan awam. [4]
Idea
1 Memudahkan urusan pelanggan@rakyat.
2 Meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran kerajaan.
3 Meningkatkan kepuasan@keyakinan@kepercayaan pelanggan/rakyat.
4 Meningkatkan ketelusan dalam penyampaian perkhidmatan awam.
5 Meningkatkan integriti dalam kalangan penjawat awam
6 Meningkatkan imej negara@perkhidmatan awam
7 Mengurangkan karenah birokrasi

9
Bahagian C

20. Sistem penyampaian perkhidmatan awam masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran untuk
memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat. Huraikan. [25]
Format : 5 + 0
Kombinasi Idea : cabaran untuk memastikan perkhidmatan terbaik
dapat diberikan kepada rakyat
Idea Huraian
1 Perkembangan globalisasi • Globalisasi menyebabkan penyebaran maklumat
yang pantas.
• Penjawat awam kurang ilmu pengetahuan dan
kemahiran untuk mengharungi cabaran
globalisasi.
2 Kemajuan teknologi maklumat dan • Kemajuan ICT memerlukan perubahan cara kerja.
komunikasi (ICT) • Penjawat awam masih mengamalkan cara kerja
yang lama dan tidak mahu meneroka cara kerja
baru.
3 Kualiti perkhidmatan pihak swasta • Pihak swasta menawarkan perkhidmatan yang
lebih baik dan berkualiti.
• Pelanggan menuntut kualiti perkhidmatan yang
terbaik.
• Pelanggan mempunyai alternatif untuk membuat
pilihan perkhidmatan yang ditawarkan.
4 Kompetensi kakitangan awam • Kebanyakan penjawat awam kurang berusaha
dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran.
• Tidak mahu mengikuti latihan pembangunan
kompetensi kerana menganggap tiada keperluan.
5 Memenuhi ekspektasi pelanggan • Ekspektasi pelanggan terhadap sistem
penyampaian perkhidmatan awam semakin
meningkat.
• Pelanggan lebih sedar tentang hak-hak mereka
dan kewajipan para penjawat awam.
• Berani menyuarakan ketidak puasan hati jika
perkhidmatan yang diberikan tidak mencapai
ekspektasi mereka.
6 Tahap integriti penjawat awam • Terdapat sesetengah penjawat awam yang tidak
berintegriti dengan melakukan penyalahgunaan
kuasa dan terlibat dengan rasuah.

10
• Penguatkuasaan undang-undang dan
mekanisme kawalan dalaman yang agak longgar.
7 Wujud kerenah birokrasi • Proses atau urusan kerja mengambil masa yang
sangat lama kerana melalui pelbagai peringkat
sebelum dapat dilaksanakan.
• Menyukarkan pelanggan, membazir masa dan
kos serta menyebabkan pelanggan tidak mahu
berurusan dengan perkhidmatan awam.
• Tiada pemantauan untuk mengatasi masalah ini.
8 Penyediaan perkhidmatan berkualiti • Pelanggan sering membuat aduan dan
menyuarakan ketidak puasan hati terhadap
sistem penyampaian perkhidmatan awam.
• Realitinya sistem penyampaian perkhidmatan
awam lambat, tidak mesra pelanggan dan tidak
cekap.
• Perkhidmatan yang ditawarkan tidak selari
dengan piagam pelanggan yang ditetapkan.

21. Pengukuhan jati diri bukanlah satu-satunya cara untuk mengekang penularan berita tidak
benar dalam media sosial. Bincangkan. [25]
Format : 1 + 4
Kombinasi Idea : Cara mengekang penularan berita tidak benar dalam media sosial
Idea Huraian
1 Pengukuhan jati diri • Perlu bijak mengenalpasti berita atau maklumat
(wajib) palsu.
• Tidak sewenang-wenangnya menyebarkan berita
atau maklumat dalam media sosial tanpa
membuat penyelidikan kesahihannya.
• Memahami kesan buruk menyebarkan maklumat
tidak benar.
2 Kawalan oleh ibu bapa • Ibu bapa perlu memantau tindakan anak-anak
dalam media sosial.
• Memberi didikan dan menanam sikap berhemah
dan beretika dalam menggunakan media sosial.
• Menyaring berita atau maklumat yang hendak
dikongsikan oleh anak-anak mereka.
3 Penglibatan@kerjasama • Membantu melaporlan kepada pihak berkuasa.
masyarakat

11
• Jika berita atau maklumat yang diterima
meragukan, segera semak terlebih dahulu dan
laporkan jika berita tersebut tidak benar.
4 Memperkasakan penguatkuasaan • Perkasakan peraturan Seksyen 223, Akta
undang-undang Komunikasi dan Multimedia 1998.
• Mengenalpasti individu yang menyebarkan berita
tidak benar dan kenakan tindakan undang-
undang yang setimpal.
5 Kempen kesedaran • KKMM bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk
menganjurkan kempen kesedaran siber kepada
masyarakat.
• Boleh dilaksanakan melalui pelbagai saluran
media untuk memberitahu masyarakat.
• Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap
kesan penyebaran berita tidak benar.
6 Pendidikan etika siber • Memberi didikan kepada masyarakat sejak diusia
kecil mengenai perkongsian berita dan maklumat
dalam media sosial.
• Pendedahan kepada golongan pelajar supaya
mereka lebih berhati-hati sebelum membuat
perkongsian berita atau maklumat.
• Elak daripada menjadi jenayah yang sukar
dibendung pada masa akan.
7 Memperkasakan peranan • SKMM sentiasa bekerjasama dengan PDRM
Suruhanjaya Komunikasi dan dalam menangani penyebaran berita tidak benar.
Multimedia Malaysia (SKMM) • Membuat pemantauan di media sosial, sekat
individu yang sering menyebarkan berita tidak
benar.
• Penapisan bahan-bahan palsu atau tidak benar.
8 Pasukan penyiasatan siber • Menubuhkan pasukan penyiasatan siber bagi
menyisat dan mengenalpasti punca.
• Mencadangkan dan mengambil langkah
penyelesaian bagi mengekang penularan berita
tidak benar daripada terus berlaku.

12
22. Pembentukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil perlu untuk memastikan kedaulatan
negara terus kekal terpelihara. Jelaskan. [25]
Format : 5 + 0
Kombinasi Idea : Kepentingan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil
Idea Huraian
1 Menjamin kestabilan politik • Pengurusan pentadbiran dapat berjalan dengan
lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah.
• Dasar-dasar awam dapat dilaksanakan dan
mencapai objektif.
2 Menggalakan pertumbuhan • Pertumbuhan ekonomi stabil dapat meningkatkan
ekonomi negara KDNK / pendapatan negara.
• Perkembangan ekonomi yang positif dapat
meningkatkan keyakinan pelabur dan menarik
lebih ramai pelabur.
3 Menjamin kesejahteraan hidup • Mengatasi masalah kos sara hidup rakyat.
rakyat • Menyediakan peluang pekerjaan bagi menjamin
kelangsungan hidup rakyat.
• Keperluan asas yang mencukupi seperti tempat
tinggal, makan dan minum serta keperluan harian.
4 Mengatasi ancaman kesihatan • Mengambil langkah proaktif dalam menangani
masalah penularan penyakit.
• Menyediakan bekalan ubat-ubatan yang
mencukupi.
• Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang
berkualiti.
5 Menangani isu pendidikan • Pembangunan dalam pendidikan demi
melahirkan modal insan berkualiti.
• Melahirkan lebih ramai pelajar celik huruf.
• Melahirkan tenaga pengajar yang berilmu
pengetahuan dan berkemahiran.
6 Mengukuhkan perpaduan kaum • Mewujudkan intergrasi antara kaum dan wilayah
di negara ini.
• Mengelakkan berlakunya permusuhan,
perpecahan dan pergaduhan sesama kaum.
7 Meningkatkan Pembangunan • Membangunkan Infrastruktur dan kemudahan
negara awam yang lengkap dan selesa.
• Menyediakan jaringan perhubungan dan
pengangkutan yang memudahkan kehidupan
rakyat.

13
8 Meningkatkan tahap keselamatan • Mengurangkan kadar jenayah demi memastikan
negara keselamatan negara terus terjamin.
• Mengatasi masalah sosial dalam kalangan
masyarakat yang boleh menggugat kestabilan
negara.
9 Meningkatkan daya saing negara • Mampu bersaing di peringkat global dalam
pelbagai bidang.
• Mengukuhkan jenama Malaysia dan menjadi
negara yang digeruni dan disenangi untuk
menjalinkan kerjasama.
10 Memperkukuhkan kerjasama antara • Mengeratkan hubungan antara negara yang telah
negara terbina sejak sekian lama.
• Jalin kerjasama dalam pelbagai bidang yang
mampu memberi manfaat kepada Malaysia.

14

Anda mungkin juga menyukai