Anda di halaman 1dari 15

SULIT 1103/1_MPSMPahang

BAHASA MELAYU
Kertas 1
2022
2 jam

CADANGAN SKEMA

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


TINGKATAN EMPAT
BAHASA MELAYU
Kertas 1

1
SULIT 1103/1_MPSMPahang

BAHAGIAN A
CADANGAN KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Tema/Tugasan
 Karangan menepati tema bahan
rangsangan/tugasan.

Idea
 Idea relevan dengan tema bahan rangsangan/tugasan.
 Huraian jelas dan matang.

Bahasa
 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
 Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
26 – 30  Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.
 Penggunaan ungkapan yang menarik yang sesuai dan
CEMERLANG (28 – 30) tepat.
 Ejaan yang betul mengikut Sistem Ejaan Rumi
(26 – 27) Baharu.
 Penggunaan tanda baca betul dan tepat.

Pengolahan
 Pengolahan menarik dan berkesan.
 Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
 Wacana lengkap.
 Pemerengganan sesuai.

*Ungkapan menarik: peribahasa, pantun, cogan kata,


frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan
hadis, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain.

Tema/Tugasan
 Karangan menepati tema bahan
rangsangan/tugasan.
20 – 25
Idea
KEPUJIAN (23 – 25)
 Idea relevan dengan tema bahan rangsangan/tugasan.
 Huraian jelas.
(20 – 22)

Bahasa
 Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat.
 Penggunaan kosa kata luas.

1
SULIT 1103/1_MPSMPahang

 Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.


 Ejaan yang betul mengikut Sistem Ejaan Rumi
Baharu.
 Penggunaan tanda baca betul dan tepat.

Pengolahan
 Pengolahan menarik.
 Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
 Wacana lengkap.
 Pemerengganan sesuai.

Tema/Tugasan
 Karangan masih menepati bahan
rangsangan/tugasan.

Idea
 Idea masih relevan dengan tema bahan
rangsangan/tugasan.
 Huraian masih jelas.
15 – 19
Bahasa
MEMUASKAN (17 – 19)
 Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat.
 Penggunaan kosa kata masih luas/terhad.
(15 – 16)
 Unsur bahasa yang digunakan masih bervariasi.
 Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
 Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat.

Pengolahan
 Pengolahan masih menarik.
 Laras bahasa masih sesuai mengikut tugasan.
 Wacana masih lengkap.
 Pemerengganan masih sesuai.

Tema/Tugasan
 Karangan kurang menepati bahan
rangsangan/tugasan.

10 – 14
Idea
KURANG  Idea kurang relevan dengan tema bahan
(12 – 14)
MEMUASKAN rangsangan/tugasan.
 Huraian kurang jelas.
(10 - 11)

2
SULIT 1103/1_MPSMPahang

Bahasa
 Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat.
 Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara.
 Penggunaan kosa kata terhad.
 Unsur bahasa yang digunakan kurang bervariasi.
 Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu
tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara.

Pengolahan
 Pengolahan kurang menarik.
 Laras bahasa kurang sesuai mengikut tugasan.
 Wacana kurang lengkap.
 Pemerengganan kurang sesuai.

TIDAK 1–9
 Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran
MENCAPAI
menulis
TAHAP (6– 9)
 Idea tidak menepati tema bahan
PENGUASAAN
rangsangan/tugasan
MINIMUM (1- 5)
 Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.

3
SULIT 1103/1_MPSMPahang

Bahagian B
Cadangan Pemarkahan

Cara Pemeriksaan :

1. Pemeriksaan dijalankan secara holistik berpandukan peringkat dan kriteria yang ditetapkan
2. Jika karangan :
a. Kurang daripada 350 perkataan, periksa seperti biasa
b. Terlalu panjang – periksa seperti biasa hingga ke akhir karangan
3. Kesalahan ejaan hendaklah ditolak ½ markah dan pemotongan maksimum ialah sebanyak 3 markah. Tiada
pemotongan markah bagi kesalahan ejaan yang berulang
4. Cara menanda kesalahan isi , ejaan dan tanda baca :
( ) = Kesalahan isi

_______ = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan

/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas)

// = Kesalahan ejaan yang berulang

= Kesalahan tanda baca

4
SULIT 1103/1_MPSMPahang

Bahagian B
Karangan Respons Terbuka
(70 markah)
CADANGAN KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Tugasan
 Karangan menjawab tugasan.

Idea
 Idea relevan mengikut tugasan.
 Huraian jelas dan matang.
 Contoh yang sesuai.
CEMERLANG 64 –70
Bahasa
(68-70)  Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis.
 Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan
(64-67)
tepat.
 Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
 Ejaan dan tanda baca yang betul.
 Penggunaan unsur bahasa yang bervariasi.
 Gaya bahasa amat menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan seperti
peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.

Pengolahan
 Pengolahan sangat menarik dan berkesan.
 Pemerengganan yang sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan.
 Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.

*Ungkapan menarik: peribahasa, pantun, cogan kata,


frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat,
petikan hadis, maksud ayat Al-Quran dan lain-lain.
Tugasan
 Karangan menjawab tugasan.
55 - 63

(59-63) Idea
 Idea relevan mengikut tugasan.
KEPUJIAN (55-58)  Huraian jelas.
 Contoh yang sesuai.

Bahasa

5
SULIT 1103/1_MPSMPahang

 Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis


tetapi terdapat kesalahan yang minimum
 Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
 Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
 Ejaan dan tanda baca yang betul.
 Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa,
pantun, cogan kata atau frasa.

Pengolahan
 Pengolahan menarik dan berkesan.
 Pemerengganan yang sesuai.
 Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan
idea yang jelas antara perenggan.
 Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.

Tugasan
 Karangan masih menjawab tugasan.

Idea
 Idea masih relevan mengikut tugasan.
 Huraian masih jelas.
 Contoh masih sesuai.

Bahasa
 Penggunaan pelbagai jenis ayat yang gramatis
45-54 tetapi terdapat kesalahan yang minimum
 Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai.
BAIK (50-54)  Penggunaan kosa kata umum.
 Ejaan dan tanda baca yang masih betul.
(45-49)
 Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
 Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa
dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.

Pengolahan
 Pengolahan masih menarik.
 Pemerengganan masih sesuai.
 Wacana masih lengkap.
 Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.

6
SULIT 1103/1_MPSMPahang

Tugasan
 Karangan masih/kurang menjawab tugasan.

Idea
 Idea masih relevan mengikut tugasan.
 Huraian kurang jelas.
 Contoh kurang sesuai.

Bahasa
 Ayat kurang gramatis.
35-44  Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad.
 Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
MEMUASKAN (40-44)  Ejaan dan tanda baca yang betul tetapi terdapat
kesalahan yang minimum.
(35-39)
 Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
 Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan
bahasa dan penggunaan ungkapan kurang
berkesan.

Pengolahan
 Pengolahan kurang menarik.
 Pemerengganan kurang sesuai.
 Wacana masih/kurang lengkap.
 Laras bahasa kurang sesuai mengikut tugasan.

Tugasan
 Karangan kurang menjawab tugasan.

Idea
 Idea masih relevan mengikut tugasan/bercampur
aduk.
21-34  Huraian tidak jelas/ tidak berkembang.
PENGUASAAN  Contoh yang tidak sesuai.
MINIMUM (28-34)

(21-27) Bahasa
 Ayat yang tidak gramatis tetapi masih difahami.
 Penggunaan kata kurang tepat.
 Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
 Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang
ketara.
 Penggunaan unsur bahasa tidak bervariasi.
 Gaya bahasa lemah dari segi keindahan bahasa
7
SULIT 1103/1_MPSMPahang

dan penggunaan ungkapan.

Pengolahan
 Pengolahan tidak menarik.
 Pemerengganan tidak sesuai/ tidak seimbang.
 Wacana tidak lengkap.

 Keseluruhannya karangan sukar/tidak difahami.


TIDAK 1-20  Idea tidak relevan/ bercampur aduk dan huraian
MENCAPAI tidak jelas/ tidak berkembang serta contoh tidak
TAHAP (11-20) sesuai.
PENGUASAAN
MINIMUM (1-10)

PEMARKAHAN TAMAT

8
SULIT 1103/1_MPSMPahang

BAHAGIAN A
[ 30 Markah ]
Soalan ini mesti dijawab.

Maklumat di bawah berkaitan dengan kepelbagaian kraf tangan tempatan.


Sebagai setiausaha siding redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan menyediakan satu laporan tentang Hari
Karnival Kokurikulum yang diadakan di sekolah. Sediakan laporan tersebut selengkapnya.
Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

SIMUNJAN (Sarawak), 21 Ogos -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)


melalui program Studio Kraf Kreatif telah memilih dua sekolah di daerah ini untuk dijadikan
sebagai projek perintis kraf tangan. Projek ini dilaksanakan semasa Hari Karnival Kokurikulum
sekolah tersebut pada bulan Ogos.

Kementerian menjangkakan program ini akan mendapat sambutan yang hangat memandangkan
pelbagai aktiviti dianjurkan seperti mengayam bakul, mereka pakaian daripada bahan terbuang,
mencanting batik dan mengukir lilin.

"Program ini diadakan berterusan dengan melibatkan lebih banyak sekolah dan kita mahu
menggalakkan sekolah-sekolah mewujudkan persatuan kraf dan perkara ini kita akan bincang
dengan Kementerian Pendidikan”.
(Sumber : http://prn.bernama.com/melaka/news-bm)

9
SULIT 1103/1_MPSMPahang

Karangan berformat : Laporan


Idea pendahuluan :
- Tajuk laporan
- Masa
- Tarikh
- Tempat
- Sasaran
- Objektif
Idea :
- Ucapan alu-aluan daripada perasmi
- Aktiviti membina kraf tangan
- Acara-acara lain
- Pameran
- Jualan makanan dan minuman
- Penyampaian hadiah
Idea penutup :
- Secara keseluruhan, acara yang dijalankan mendapat sambutan dan mencapai
objektif
- Ucapan terima kasih kepada yang terlibat

 Cadangan isi tambahan:


1. Perbadanan Kemajuan Kraf tangan Malaysia (MOTAC)
2. Mengasah kreativiti, kemahiran menyelesaikan masalah, meningkatkan fokus
3. EMK – subjek Pendidikan Seni Visual

 Cadangan ungkapan menarik:


 Seperti hidup segan mati tak mahu
 Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas

1
0
SULIT 1103/1_MPSMPahang

BAHAGIAN B
( 70 MARKAH)
Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan

1.
Membaca adalah satu amalan keperluan bagi semua lapisan masyarakat sama ada
untuk tujuan pembelajaran atau menambah ilmu. Begitupun , trend pembacaan hari
ini telah mengalami transformasi yang mana masyarakat mudah untuk mengakses
maklumat menggunakan peranti elektronik. Namun, budaya membaca dalam
kalangan masyarakat dilihat masih rendah dan usaha untuk menyemarakkan
kembali aktiviti tersebut bagi memastikan rakyat di negara ini mengamalkan sikap
suka membaca.
Dipetik dan diubah suai daripada :
Sinar Harian, 14 Februari 2022

Sebagai respons terhadap kandungan artikel di atas, jelas menunjukkan bahawa


budaya membaca dalam kalangan masyarakat masih rendah.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memupuk budaya tersebut.

CADANGAN JAWAPAN

1. pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen-kempen yang menggalakkan amalan membaca.


2. Guru-guru di sekolah seharusnya bekerjasama dalam mengadakan pertandingan bagi memupuk
minat membaca dalam diri pelajar
3. syarikat-syarikat seperti Karangkraf, Sasbadi dan sebagainya perlulah menjalankan peranan
dengan mengeluarkan bahan bacaan yang sesuai untuk semua peringkat umur
4. ibu bapa perlulah menjadi contoh yang terbaik - mengamalkan amalan membaca di hadapan
anak-anak
5. Media massa mengadakan satu dokumentasi yang memaparkan kepentingan membaca dalam
kehidupan dan menayangkannya di televisyen
Peribahasa
1. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
2. Membaca jambatan ilmu
3. Bangsa membaca bangsa berjaya

1
1
SULIT 1103/1_MPSMPahang

2.

Belia pada dekad ini menghadapi pelbagai cabaran dan bersaing untuk mencapai
kemajuan dalam hidup. Oleh itu, para belia perlu bersiap siaga untuk menangani
kesukaran demi kesejahteraan hidup. Sama ada mereka mahu atau tidak, mereka
sewajarnya menyedia atau melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran sebaiknya.
Selain berupaya untuk memimpin, bijak membuat keputusan dan mengendalikan
situasi yang sukar belia juga perlu mempunyai kebolehan dalam mendorong
seseorang ke arah yang lebih baik. Dalam pada itu, belia haruslah berfikiran kreatif
mencetuskan idea serta menghasilkan sesuatu yang baharu,

Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada


Buku Teks KSSM Tingkatan 4.

Berdasarkan petikan di atas, terdapat beberapa ciri belia harapan negara pada
masa akan datang.
Beri komen anda.

CADANGAN JAWAPAN

Cadangan Jawapan
1. Memiliki ciri kepemimpinan
2. Bijaksana membuat keputusan
3. Berupaya mendorong seseorang ke arah kebaikan
4. Berfikiran kreatif mencetuskan idea dan menghasilkan sesuatu yang baharu
5. Berilmu pengetahuan mengendalikan situasi yang sukar

Cadangan Peribahasa
1. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
2. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
3. Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
4. Ilmu suluh kehidupan
5. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

SULIT 4 1103/1_2022MPSMPahang

1
2
SULIT 1103/1_MPSMPahang

3.

KUALA LUMPUR- Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara


tidak langsung menjadi pemangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan
warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Tukang masak
terkenal, Datuk Chef Ismail berpandangan bahawa kemampuan sesuatu makanan
warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama adalah tidak dinafikan.

https://www.sinarharian.com.my/article/4620

Pada pendapat anda, jelaskan peranan yang sepatutnya dimainkan untuk


memastikan makanan warisan tidak terus dilupakan oleh generasi kini.

CADANGAN JAWAPAN
1.Kerajaan perlu mengurangkan kemasukan makanan-makanan dari luar secara besar-besaran
sehingga meminggirkan makanan warisan
2.Kementerian Pendidikan perlu memasukkan silibus makanan warisan dalam pembelajaran di
sekolah
3.Pihak kerajaan memperkenalkan makanan warisan dalam media sosial
4. Mendokumentasikan makanan warisan dalam bentuk buku atau video dan disebarluaskan
kepada generasi yang akan dating

Mana-mana isi yang sesuai diterima

Peribahasa

1.Bagi kacang lupakan kulit


2.Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

1
3
SULIT 1103/1_MPSMPahang

4.

KUALA LUMPUR- Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya di Malaysia secara


tidak langsung menjadi pemangkin kepada perkembangan variasi jenis makanan
warisan yang mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Tukang masak
terkenal, Datuk Chef Ismail berpandangan bahawa kemampuan sesuatu makanan
warisan sebagai salah satu faktor untuk menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang
kaum dan agama adalah tidak dinafikan.

https://www.sinarharian.com.my/article/4620

Petikan di atas menyatakan beberapa sektor yang mempengaruhi industri


pelancongan di negara kita.
Jelaskan faktor-faktor yang menarik pelancong dalam dan luar negara
berkunjung ke negara kita

CADANGAN JAWAPAN

1. Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.


2. Para pelancong dapat menikmati keindahan alam semula jadi yang unik.
3. Kewujudan banyak pulau yang indah dan menarik.
4. Keadaan pantai yang terdapat di Malaysia amat cantik, bersih dan berpasir putih.
5. Keadaan iklim semula jadinya yang panas sepanjang tahun.
6. Wujudnya keunikan budaya di negara kita.
7. Gabungan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong asing
ke Malaysia.
8. Kaya dengan pelbagai makanan tradisional yang dapat dinikmati oleh para pelancong.
9. Memiliki masyarakat majmuk dan kepelbagaian budaya menarik.

PERIBAHASA :

1. Jauh perjalanan luas pengalaman


2. Budi Bahasa Budaya Kita
3. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
4. Kecil tapak tangan, nyiru sama tadahkan
5. Negara Bersih, Rakyat Sihat

1
4

Anda mungkin juga menyukai